Friday, November 27, 2009

...selamat hari raya aidiladha...

selamat hari raya aidiladha pada semua. semoga pengorbanan ishak dan ismail menjadi iktibar n panduan pada diri aku dan semua.

bercerita pasal pengorbanan, kdg2 rs mcm pengorbanan aku x dihargai. org x perasan pun hahaha. biaq la, buat la apa suka, aku dah malas nak kata apa. tuhan ku adalah tuhan mu, aku yakin tuhan nampak dan tau hati aku. aku yakin suatu hari tuhan akan makbulkan doa aku. doa nabi ayob pun amek masa bertahun2......ini plak aku yg bukan nabi huhuhu....

Al-Insyirah-Berlapang Dada..............semoga segalanya akan bertambah baik. Amin.

Monday, November 23, 2009

...lapisan kesabaran...

aku kena belajar bersabar. Nov-Dis 2008 aku mula belajar menjadi seorang yg sabar tahap dewataraya... tinggi tahap kesabaran sampaikan layak masuk kerajaan langit & duduk atas teko ayah pin. Skang kesabaran tu makin menipis...macam lapisan ozon. byk hal yg membuatkan hati aku panas, pemanasan global ini mewujudkan lobang2 pada lapisan kesabaran aku.

HUHUHU......skang aku kena hijaukan hati dan menebalkan lapisan kesabaran aku. Mesti halang partikel2 kemarahan yg mampu melobangkan kesabaran aku, bisikan syaitan yg menggelegakkan minda. Hati mau sabar, jiwa mau tuli........

Ku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim............................................

Thursday, November 19, 2009

...sket2 marah, sket2 majuk....

baru je ckp, love me 4 my good n my bad ....hahahaha.

cobaan buat lawak aku gagal memandangkan aku dapat statement 'sket2 marah, sket2 majuk' huhuhu aku selalu kena cam ni, jarang la dpt org yg paham lawak bodo aku. takpa la, dah memangnya aku ni bodo, jadi teruskan buat bodo jer la.

cuma aku terpikir, manusia mudah menerima kebaikan dan kelebihan pasangan/orang lain, tapi when it come to bad habits atau kelemahan, org mula la xske. sebab tu aku kata kenal aku dolu then decide, jgn menyesal kemudian hari. hahaha still masih belum terlewat utk buat keputusan babe.............

this is my biggest fear.....bimbang org xleh terima kelemahan aku. sbb tu aku sentiasa cuba utk mengelakkan kesilapan. aku terima kekurangan org dengan tgn terbuka, but when it come to me seolah2 setiap kelemahan dan kesilapan disembur balik ke muka. aku sendiri x suka dgn kelemahan dan kekurangan diri, so i'll end up angry with myself.

do i have no rights to get angry? no rights to show my feelings? no rights to know the truth? adakah aku kena ikut kehendak dan keperluan org lain utk menjaga hati org? hati aku? hahaha same questions over n over again...hehehe. xpe la, walau macam mana pun penerimaan org "INILAH AKU"... aku xbleh menjadi org lain, i'm just being me. try to be my very best.

and do take notes, luahan hati ni aku x tujukan pada sapa2. it just an open disscussion berdasarkan situasi. keadaan smlm trigger my mind, buat aku berfikir tp aku x marah pd sapa2 pun.............semoga takdir hidup aku adalah lukisan terindah dari Ilahi untuk aku, kerana aku yakin dgn kasih sayang Ilahi.

Wednesday, November 18, 2009

...ieta....

ske plak aku baca blog si ieta ni. tetiba gatal nak kawen ahakkksss!! hahaha. Lain orang lain le takdirnye, ye dak? lain plak cobaannye, ye dak? ramai yg kawen atas dasar centa, ramai gak yg cerai. Tapi ramai jugak yg bahagia. Takdir masing2.......

Tp sblom serah pd takdir kena la usaha dolu. Mcm hang la ieta oiii kalau hang jadi ibu dan isteri yg terbaek, aku pun nak berusaha menjadi shiera yg lebih baik.... aku pun teringin nak ciom bau kasturi di langit ke 7 tu huhuhu.

Memandangkan 2010 dah mula tepon cakap nak mai, aku pun nak mulakan azam tahun baru aku. Rasanya azam tahun lepas dah tercapai 80% - 90%. Azam tahun 2009 'Aku nak jadi aku', jadi azam tahun 2010 ' aku nak jadi aku yang lebih baik'. Lantak la apa org nak kata, aku nak baiki salah dolu. aku xmo pandang belakang, jangan pandang belakang, tp sekali sekala kena tengok side mirror gak, takut langgar org masa memotong ahakksss.

aku punye self esteem & self confident in life perlukan booster. kerja aku rasanya xde masalah sgt, seb baik la aku amalkan dasar 'pecah dan perintah' so aku xde campur sgt work n personal. tapi tipu la kalau kata personal prob langsung xmempengaruhi keje.

just wondering.....macam mana hidup aku kalaulah aku dah kawen n have my own family. mampu ke aku juggling between work, family n personal desire. mampu ke......harap2 aku dibantu n disokong. kat sini la peranan tolak ansur n tanggungjawab. sonoknyer...... semoga aku dapat 'teman masa tua' yg akan syg aku 4ever. love me 4 my good and my bad............amin

Friday, November 6, 2009

...kain pasang 4m....

Ada kawan pernah tnya......"x syg ke lama bercinta kmdian putus..." aku x tau camne nak xplain. tp aku bg satu perumpamaan la ye....................

Kalau beli kain pasang utk buat baju, biasanya kain pasang ni dipotong 4m. Tapi aku kecik jer....3.5m pun dah cukup. Ikutkan sayang memanglah sayang, byk kain lebih. Tapi kalu aku buat baju untuk hbhkan semua kain....baju tu akan jadi besar, longgar, tak cantik di pakai... silap2 langsung xleh pakai. kalu boleh kecikkan balik bju tu ok le...kalau tak dah kena kasi orang.

begitu juga kawen, hnya kerana sygkan masa yg dah dihabihkan utk bercinta maka nak dteruskan jugak kawen. lps tu bru rasa tak sesuai, hati dah tak cinta, suka kat org lain. pastu tak bahagia...menyesal, menyeksa diri....silap2 bercerai.

Nasib baik la aku xdegil nak kawen ngan 'mamat penang' tu. nsib baik la aku lepaskan dia bila dia kata dah tawar hati. rupanya2 mmg hati dia pd org lain w.pun dia tak mengaku. hri ni awek dia htr message...dulu xngaku. skang perli2 n marah aku. kalau aku degil...mgkn skang aku tgh filekan divorce hehehe

semoga aku bahagia..........................

Thursday, November 5, 2009

...ape masalah aku....

Ape masalah aku sebenarnyer ni? he he he rasanya masalah paling besar ialah "diri aku sendiri". Aku bleh handle frustration tp xleh nak handle kegembiraan. Aku rasa rendah diri n x yakin pada diri sendiri. aku jadi 'serik' kerana hubungan dolu2.....aku perlu 'a partner' yg bleh tolong aku keluar dr trauma ni....

rupa2nya ketabahan aku menjadikan aku 'over protective'. setiap kesusahan menjadikan aku lebih keras kepala n keras hati huhuhu....xnak!! tp aku takut utk tunjukkan perasaan sendri... so aku diam dlm byk hal, akhirnya aku meletop sengsorang. aku takut to love and to be loved...takut aku akan kecewa lagi. aku jadi xreti nak sayang org...aku akan end up menyakiti org yg sayang aku.

aku juga jadi terlalu berhati2 . Aku cuba untuk menjadi sempurna.....sedangkan aku tau aku x mampu. aku takut nak buat salah. sedangkan kesilapan adalah pengalaman. sampaikan goreng ikan pun aku takut salah...hahaha lawak.

bla aku tahu aku disayangi (mcm tajuk lagu hehe) aku jadi takut. takut aku xmampu jadi yg terbaik. takut aku tak setanding.... x sepadan. aku takut setiap keburukan dan kelemahan aku akan dilemparkan balik ke muka aku mcm dolu2, takut 'ketidak sempurnaan' aku akan diungkit.....mcm dolu2.

aku terlalu banyak menyalahkan diri sendiri. w.pun org tak nampak, tapi aku terlalu byk memikirkan hati org. pastu aku kecik hati sengsorang, serabut sengsorang. pastu mula la nak meroyan. aku terlalu memandang rendah pada diri endiri.aku terlalu memikirkan kekurangan aku.

Ya Tuhan........kau ampunkanlah dosa2 ku... kau tunjukkanlah aku jalan bahagia. Izinkan aku bahagia dan mencari keredhaan mu. Ya Tuhan, sesungguhnya benteng hatiku semakin rapuh, aku takut ia pecah. Teguhkanlah hatiku. Ya Tuhan.......berikanlah aku satu kehidupan sederhana yang sempurna, sebelum aku menutup mata. Ya Tuhan, pandanglah aku, dengarkanlah rintihanku, tolonglah aku........jgn lah kau biarkan jiwaku mati tanpa kasihMU.

???

Aku lupa aku ada blog huhuhu