Friday, February 12, 2010

...tabah...

mmmmm.......aku rasa cam dah tulis pasal ni, tp smlm aku 'dihidangkan' lagi dengan alasan yang sama huhuhuhu. INI TIDAK ADIL (dududu), being a strong woman doesn't mean that i can be hurt again n again. Aku punya hati la.......sama je mcm manusia yang lain.

tahu tak.... menjadi seorang yang tabah n kuat itu adalah lebih menyakitkan daripada menjadi seorang yang 'cengeng n lemah'. Sebagai anak n cucu sulong, aku hanya menangis dalam hati dan bila aku sorang2 jer...... aku xleh nak tunjukkan perasaan sebenar, cause i am a shoulder to cry. Aku menangis waktu malam, waktu takde org nampak, nangis sorang2 dlm bilik n bilik air. takde org akan lap airmata aku, takde org yang akan pat my shoulder. Actually, i do cry a lot.......but alone. so people think i'm strong, but deep down inside hanya tuhan je yang tahu.

jadi, adalah amat tak adil kalau aku dipilih untuk disakiti semata2 utk menjaga hati org yg 'cengeng n lemah' ni. jgn jadikan aku mangsa keadaan........kesian la kat aku nih.bukan niat nak merungut, atau nak mengungkit, apatah lagi membuka pekung di dada. masuk kali ni dah 3 kali/org yang bagi alasan ni kat aku. sakit wooooo kalu asyik kena benda yg sama.

pada yang membaca, jgn la buat camni. semua org ada perasaan, tak kira la org tu tabah ke, kuat ke, hebat ke. paku yang dipakukan ke papan, tetap akan meninggalkan lubang w.pun dah dicabut.......(madah berhelah utk hari ni :P)

Thursday, February 11, 2010

...colmar resort, bukit tinggi...

balik jer dr outstation kat kuantan kitaorg singgah colmar, memandangkan dah petang maka xleh la nak masuk 'wabbit' park n japanese tea garden. maka jalan2 kat colmar je lah. sgt  tenang sebab xramai org.

peja dok tertanya2 camne dorang buat building dalam hutan, maklumlah dorang perintis kat hutan tu. aku sengeh jer...tingat orang dolu2 buka tanah hutan utk pertanian tanpa bantuan teknologi canggih cam skang ni.
tapi time tu sapa rajin dia la tuan tanah kedaung, tanda jer pakai tali dah tanah tu jadi hakmilik sendiri. kalu sistem tu masih digunapakai, aku rasa habih tanah hutan kat mesia  dudududu.

tenang otak tgk pemandangan kat atas bukit tinggi tu......rasa cam nak g semula. sapa nak ikut sila isi borang.


gambar tak clear sbb pakai hp camera aku yg chokia tuh........perut tu mmg idola dia pun hahahaha. nak kena beli camera lah....nak mula hobi baru, aku minta maaf awal2 pada mangsa2 hobi baru aku nanti.

Thursday, February 4, 2010

...Malted Cupcakes...

Hari ini kita akan mengeksplor satu lagi hasil bakeri iaitu cupcakes. Resipi yang saya dapat ini ialah dari buku "Cupcakes from the Primrose Bakery" ditulis oleh Martha Swfit & Lisa Thomas.


Ini resipinya - Malted Cupcakes.

110gram unsalted butter (tapi saya pakai lepa susu - Brand Buttermas)
120gram light brown sugar
100 gram caster sugar
2 large eggs
125gram self raising flour
60gram plain flour
50gram ovaltine (malted drink)
125ml semi skimmed milk
1/2 teaspoon vanilla
1 tablespoon sour cream (saya tukar kepada alternatif lain iaitu mencampurkan 1 cawan susu cair ideal dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan 1/2 jam dan boleh digunakan)

Cara buat:-
1. Pukul Butter & Gula sehingga bertukar warna yang lebih cerah

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga rata (tapi jangan terlalu lama ya)

3. Didalam ini ialah susu, vanilla & campuran susu cair ideal & cuka bagi menggantikan sour cream

4. Tepung diayak terlebih dahulu, kemudian dicampurkan dengan ovaltine, gaul rata.



5. Perlahankan mixer anda, Masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu tadi. Mulakan tepung, habis menggaulpun menggunakan tepung ya. Saya menggunakan saiz liner 12 cm dan mengisi adunan cupcakes sebanyak 50gram.


6. Okay, siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180c selama 20 - 25 minit (tengok keadaan oven anda sendiri ya.)



7. sudah siap, bolehlah dihiaskan dengan buttercream dan sekiranya anda tidak suka terlalu manis cupcakes ini sedang dimakan begitu sahaja:-)


Selamat Mencuba!