Wednesday, July 28, 2010

...braces & move on...

Kadang2 rasa menyesal gak pakai braces ni, terutama bila nak makan. Hilang nikmat dunia tp aku pujuk diri n teruskan jugak... lagipun alang2 dah pakai kan. Sakit jugak la pipi ni sebab asyik tercucuk ngan besi2 kat gigi tu. Hari ni aku dapat idea menarik....aku tampal besi tu dgn singgam (chewing gum). hilang la sat sakit tu, tapi xkan la nak biar 'singgam' tu lama2...nak makan, nak gosok gigi, nak kumur kena buka jugak. tp sekurang2nya pipi aku x suffer sgt. Aku rasa lepas 2-3 bulan gigi siung aku tu akan turun bawah, jadi xlah rasa pedih mcm la ni.

Rasanya dalam 3 bulan ni, aku dah buat 40% dari apa yang aku nak buat. Keta aku dah tukaq enjin dan dah buat audio, cuma tinggal nak tukaq absorber n tayar. Teringin nak cat n tukar rim...tp itu boleh tunggu 'durian runtuh' kot. Insyallah ada rezeki maka bleh la cat kete. Braces dah pakai, ini kempem jadi la sbb dah xleh nak buang, kalo buang rogi ler duit. Skang tengah cari material utk master...konon2 tgh buat literature review la nih. Yang ni ja slow sikit  sbb byk dok buat benda lagha.....Aku nak settlekan semua ni dolu, dlm masa yg sama aku dok jaga diri supaya sihat. Kalau sihat baru nampak ceria n bersemangat. Cantik tu datang kemudian, lagipun cantik tu subjektif. cthya ada org kata siung aku tu cantik, manis ja bile senyum, ada orang lain plak kata gigi 'ghongok' tak cantik. So yg penting aku selesa dgn diri aku dan aku sihat.

Dok planning hujung tahun ni nak 'berziarah'. Kawan2 tolong la doakan aku supaya tercapai hajat, dah 2 tahun dok simpan niat, tahun ni Insyaallah jadi la kot. Kalau ada kwn2 yang nak join aku meh la, kita planning sama2 sambil simpan duit. Seronok plak rasa, hidup semakin teratur. Aku tulis semua planning dan cuba capai satu2. Kalau setiap hari buat satu langkah, insyaallah lama2 semua planning tu akan tercapai. Setiap pagi, bangun dan motivate diri untuk terus buat yg terbaik utk hari ini, manalah tau kalau xdak esok tp minta2 la panjang umur.

Happy bila aku mula sedar, aku ada ramai kawan2. Asmarians: ieta, hanim, zuriat, kak wa, sone, dd, dura, eta, fs.....malah intan, yusma, suriati, eza dll yang dulunya kita bukan rapat sgt pun tp skang dok buat reunion kat FB. Xlupa gak kwn2 opis....mylin, qubiey, ifa, ina, sue....yg boleh sama2 gelak n sama2 sedih. Sama2 juga nasihat sesama sendiri w.pun kadang2 pahit la sikit ayat tu......xlupa kak intan n abg atan yg byk tolong aku n buat aku mcm family. juga buat mala n mate yg selalu tgk aku nangis, kadang2 kena layan tempias mood tak baik aku. Tak tau pasai apa ntah, pagi ni masa tgh driving p gheja, aku terpikiaq semua ni dan aku rasa bersyukur....aku rasa tenang ja...... aku masih xtau perancanganNya untuk aku, tapi aku yakin itulah yang terbaik.


p.s: aku nak buat treatment untuk tulang belakang ni....tp nantilah dolu. Badan xleh nak terima byk2 treatment sekali gus.

Monday, July 19, 2010

...sila sign-in...

kepada sahabat handai yang selama ni yg rajin baca blog ni, sila sign in as members............sebab lepas ni nak tukar privacy setting. kepada mana2 'secret admirer', silalah sign-in yer, jgn malu2, insyaallah i akan terima semua org................... - tive atau +tive comment akan diterima dengan hati terbuka tp kalau ada unsur2 menghina maka mgkn i takkan publish tp i tetap akan baca ::: wink wink :::