Monday, February 28, 2011

....rayuanku....

aku bukan lagi aku
sebab aku dah xsekeras dulu
walaupun org tak pernah tahu
tapi hatiku selalu je syahdu
dan kdg2 menangis pilu

mungkin kau tak tahu
atau kau pura2 bisu
luka besar kat hati aku
yg pernah kau toreh dulu
mengubah seluruh hidup ku
menjadi sesejuk salju

aku merayu
jgn kau bunuh aku
dengan pujuk rayu
atau kasih sayang mu
lepaskanlah aku dr terus dibelenggu
takdir aku bukan untukmu................................

Sunday, February 27, 2011

...suka vs duka....

lately aku rasa masa berjalan dgn sgt laju. Jan & Feb sgt cepat berlalu dan Mac dah mula say hi.....dan kemudian akan kata bye bye. byk cerita suka dan duka dlm tempoh 2 bulan ni. Aku belek2 blog hangpa, pun mcm tu jugak suka duka silih berganti....rsnya blog aku ni byk cite sedey kot hahahaha sbb kadang2 menulis adalah cara paling senang utk luahkan perasaan yg slma ni kita pendam sorang2. 

Hati perempuan ni dianugerahkan sarat dengan emosi dan perasaan, sbb tu la seorng isteri/ibu bleh setia memenuhi keperluan dan tanggungjawab pada hubby n anak2 walaupun kdg2 kecewa dgn sikap dorang yg xberapa nak sensitif dgn keadaan si ibu/isteri. Sbb tu la jg pompuan suka sgt membebel, itu cara pompuan luahkan isi hati. pompuan skang je kurang membebel sbb dorang dah bleh berceloteh kat blog.....~lalalalala~

smlm ex-housemate aku mai umah, dia kemas barang2 dia sbb aku bakalan menghuni bilik itew ~lalalala lagi~ dia tnya kenapa lelaki ni jenis buta perut kalau bab2 perasaan. xreti nak tnjuk kasih sayang, xmau nak bercerita n luahkan perasaan sndiri. mmmmmmm itulah lelaki. susah nak duga sbb dorang agak kemut utk bercerita pasal hati sendiri....alih2 semuanya jd dingin xtentu pasal. Jd terpulang pd kebijaksanaan kaum ibu utk mengenalpasti perubahan cuaca hubby n bf sendiri. Pastu rectify la sendiri, kadang2 itu lebih mudah drp bersemuka dan bertanya. Tp klu hubby puan2 bukan dr jenis di atas....silalah guna kebijaksanaan puan2 sbb msti puan2 kenal suami puan2 kan kan kan kan..........

Dan ceritera kitaorg berkembang dr stu topik ke satu topik.....cerita sedih ke cerita lawak, masuk cite seram dan cite serius n sensitip. Apakah cite sensitip itu? jeng! jeng! jeng! cite kawin 2, 3 dan 4 ~lalalalala~ Ramai yg sensitip ni dgn topik hangat ini ~lalalalala lagi~ sbb semua org xnak dimadukan, xnak berkongsi suami, xnak cinta dibahagi 2, takut suami xbleh berlaku adil, tkut suami lebih sayangkan madu. Aku paham, aku juga perempuan, aku juga fobia ngan semua perkara di atas. Tp....Sebagai muslimin yg percaya dgn takdir, aku xbleh menghalang perkara yg Allah SWT tulis sebagai halal, w.bagaimanapun sebagai wanita aku juga xbersedia utk menghadapi kesakitan tu. Jadi aku serahkan kembali semuanya kpd ketentuan tuhan. 

Ex-housemate aku plak kata "suami bukanlah hak mutlak isteri, kerana semua atas muka bumi ni xkan kekal selama2nya.....mulanya aku nak laki aku ceraikan aku kalau nak kawen lagi, tp bila dipikir2kan balik semua yg Tuhan bg kat kita adalah pinjaman, semua akan balik pada Yg maha Esa jugak, so aku izinkan kawen asalkan dia  xberzina yg mana aku akan dpt dosa sama. Asalkan dia berterus terang dan buat ikut cara baik. Tp seboleh2nya aku xmau hari tu datang. Nauzubillahi Minzalik" Actually aku pernah terbaca article ni jugak, tp aku xbleh nak kata apa2.......segalanya terpulang pd takdir. Sbb apa2 pun itulah yg terbaik utk aku ~lalalalalalagi~





Monday, February 21, 2011

...i miss my umah petir...

halamak! ulser sudah menyerang!!! lalalalala maka bertambah koleksi penyakit. batuk masih bersisa & tekak masih gatal2 lagi tp getting better. akhirnya, ubat batuk cap ibu dan anak juga yg best! 2 thumbs up!!

Td petang g umah petir....umah tu dah cantik, management cat satu umah. Tak tau nape setiap kali pegi sana rasa berada di umah sendiri. rasa tenang sgt, ikutkan hati nak aje aku pindah balik umah tu. tapi memikirkan nak kena mengangkut dan kemas balik brg2....haiisshhh malas la pulak. Tp memikirkan 'privilage' yg akan aku nikmati:-
1. kalau bgn lewat pun xyah berebut bilik air mahupun toilet
2. pagi2 bleh bersiap kat mana aje aku suka.......xsemstinya dlm bilik
3. aku bleh sepah2 umah tu tnpa rasa bersalah
4. aku bleh tido kat mana2 aku suka.....dalam bilik ke, ruang tamu ke, bilik sebelah ke, jamban ke
5. aku bleh masak apa saja tnpa org tahu kalau masakan aku hangus ke hape ke
6. aku bleh iron baju pagi2 ms nak g keje, xyah nak iron awal2
7. aku bleh batuk kuat2, muntah kuat2, nanyi kuat2, gelak kuat2....................xde org nak pandang2.
8. aku bleh ajak org datang umah pastu kalau xske bleh halau dorang balik...... :)
9. boleh berlengging dlm umah tnpa rasa malu
10. boleh terus menjadi 'umah perlindungan wanita'

tapi........ yg xbestnyer :-
1. tgk cite kelakar tp gelak sorang2
2. pas balik keje, esok plak la baru bleh bercakap ngan orang
3. kalau aku mati sorang2 dah busuk baru org tahu
4. kena berebut parking n ada posibility kete kena block
5. kadang2 ada rasa takut dok sorang2 tambah2 lg time tgk cite hantu
6. makan sorang2 dpn tv.....aduh msti makan main2 je
7. xde tanah sekangkang kera yg bleh ditanam cili, serai, daun kari dsb
8. susah nak basuh selimut sebab ampaian kecik
9. xde bobby, hanjing sebelah umah yg selalu tgu aku balik
10. bkn stakat wanita, tkut laki org pun nak tumpang umah bila gaduh ngan bini dududududu

So kekal berada di sini utk jangka masa yg agak panjang. bla 'Embun' siap nanti, bleh la aku terus pindah g sana je. Lgpun save sikit duit umah, skang pun dah hujung Feb 2011, bulan depan bebudak sengal tu dah hbh practical so dorang akan blah. maka aku bleh la bermaharatulela dlm umah tu......................

...but i still miss my umah petir so much....

Saturday, February 19, 2011

...happynyer kalau....

happynyer.....kalau slalu dpt hadiah - hadiah birthday, hadian v.day, hadiah anniversary, hadiah saje2
happynyer....kalau dapat sejambak bunga - bunga mawar, bunga lily, bunga tuberose
happynyer...kalau hari2 bleh g tgk wayang- no string attach, burlesque, the rite, sanctum, the mechanics
happynyer...kalau sakit ada yg jaga - suapkan ubat, picitkan kepala, selimutkan, letakkan ais, bandagekan tgn
happynyer...kalau ada yg banje - lamb steak, kueteow iman, kueteow theng, rojak 101, baskin robins
happynyer...kalau g jalan2 - g berkelah, jln2 kat night market, lepak kat jetty seagate,  meniti kat batas sawah
happynyer...kalau bleh jumpa tok & wan-bleh manje2, tido atas riba, tido didodoikan, mancing ikan sama2
happyner...kalau igt masa kecik - main kat sawah, kejar & dikejar ayam, main masak2, panjat pokok jambu
happynyer...kalau igt masa bercinta-tgk bintang sama2, cuci 'longkang' sama2, kena marah dek guard sama2

.........semuanya kalau, tapi kalau kite dpt semua yg kita nak mgkn kita xpandai nak hargainya. maka setiap kenangan indah adalah hadiah paling manis yg diberikan oleh kehidupan dan kenangan pahit adalah pengajaran paling berguna utk kita. Jadi sy amat menghargai setiap memori yg tercipta lgpun xde sapa2 pun yg mampu rampas, padam atau halang sy utk 'cherish that moment forever'.................

Thursday, February 17, 2011

...sedetik lebih ...

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

...kak tie...

Shahera Liza huh!! kekdahnyer.......... 
kak t  pusing2 kat situ gak.. macm awak lah shera. .. masih kat roudabout yg sama lagi ker? 
Shahera Liza ha'ah...igt nak tukar roundabout tp masih xjumpa jln keluar, byk sgt cabang n cobaan hahahah 
kak t kalau mcm tu apa kata.. balik semula kat pangkal mana tau leh nmpk dengan clear lepas tu.. huhukkk. 
Shahera Liza benda bulat ni susah nak cari pangkal....lalalalala 
kak t sbelum masuk ke bulatan mesti ada jalan masuk kan.. so pelan2 cari.. mcm cari pangkal sollotape raba2 1 bulatan dulu.. lepas tu baru lah jumpa..pangkal nyer..
 
Shahera Liza hahahaha bestnyer perumpamaan...pangkal selotape yer
 
akhirnya aku tersembur gelak sengsorang kat opis....xmenahan punya perumpamaan. boleh plak cr pangkal selotape dijadikan perumpamaan, smlm ktorg berdua dok balut hadiah utk housemate, hari ni ceritera hidup tu la yg dijadikan perumpamaan. 

tp betul la jugak, semua benda ada permulaan dan pengakhirannya. kerana semuanya tak kekal, samada nak lepaskan dengan rela atau kerana terpaksa. semua adalah takdir, dan aku perlu beriman kepada qada' & qadar maka aku perlu terima dengan redha. Dan kekdahnya...............kita saksikan bersama2 di episod seterusnya.

Bersambung................

Wednesday, February 16, 2011

...I LOVE ME...

Jatuh centa dgn diri sendiri.....bleh? hahahahaha.

Akhirnya aku nampak positif side of my EGO wakakakakaka. Sbb aku xske buat muka kesian dan minta dikasihani, sbb aku xske dipandang rendah, sbb aku selalu nak buktikan yg i'm okey, sbb aku selalu nak tunjukkan yg aku ni tabah & kuat semangat, sbb aku xske nak 'melebek' seolah2 aku ni insan yg lemah.....maka aku selalunya akan bangun dan melawan. Tp melawan in a positif way., bukannya cari gaduh ye dudududu...........so sekarang ni aku bangun dan mulakan kerja2 kat opis dengan giatnya. Dan aku rasa berNYAWA dan berGUNA.

Dan sepanjang hari memohon pd Ya Rahman supaya diberikan kekuatan & hati yang tabah untuk teruskan hidup atas muka bumiNya. Krn sehebat manapun kesusahan atau seindah manapun hidup ni, segala2nya hanyalah pinjaman yang bersifat sementara. Sbb segala yg ada di langit & dibumi adalah milik Nya dan xada satu pun hak kita. Sedangkan tubuh dan nyawa ini juga adalah pinjaman, jadi apa yg kita nak mengaku HAK kita. Aku xmahu Ya Rahim tarik balik nikmatNya yg aku kecapi selama ni disebabkan oleh rasa kedekut untuk sama2 berkongsi nikmat tu (kat mana ntah aku bc statement ni). 

Mgkn ada insan kamil yg tersenyum membaca post aku krn menganggap aku hipokrit, org byk dosa mcm aku bercakap pasal ketuhanan. Xpa, aku terima...sebab akhirnya yang menilai adalah Al Haq, tuhan ku dan tuhan mu..................................amin.


p.s: 
"Dan apabila kita mencintai dan menghargai diri sendiri, maka barulah org lain akan mencintai dan menghargai kita...................kerana hanya kita yg meletakkan diri kita samada di lumpur atau pun di menara."


Monday, February 14, 2011

...fesyen cendawan butang...

13 Feb 2011 - dek tak tahan dengan demam, batuk dan selsema......AKU POTONG RAMBUT! aku pun xtau apa kena mengena rambut aku ngan masalah kesihatan aku ni tp aku potong boy cut. Konon2nya nak buang semua coloured & straighten hair aku ni. 

Dah lama aku dok nak potong rambut n bela rambut ikal mayang aku balik, kononnya back to the real me, tp aku lupa aku dah buang gigi aku, aku dah pakai braces......so no more turnning back ~lalalala~

Alan (hair stylist) : u x sayang ka, nanti x cantik
aku : xpe, i xthn asyik sakit
alan: nanti boyfriend u marah, dia x suka
aku : i xde boyfriend
alan: nanti u nak cari boyfriend
aku : i pakai tudung dia xnampak. lgpun kalau dia nak yg rambut panjang & cantik suruh dia cr yang lain. i xcantik! lgpun i xmo cr boyfriend, malas.
alan: oooo....u xmo cari ye. nanti u dapat la, kalau u cr tak jumpa tp kalau xmo cari nanti dia cari u.
aku: mmmm.......................

akhirnya aku namakan fesyen ni, rambut cendawan butang. sbb dah nampak mcm cendawan butang hahahaha. xpa la, mudah sikit nak diurus. lgpun kalau aku mati senang org nak mandi mayat aku...erkksss cakap pasal mati, aku nak beli cincin belah rotan utk bagi pada org yg urus jenazah aku. dulu ada sebentuk cincin belah rotan yg aku pakai tp hilang, aku bukak n letak atas kabinet tv umah kwn aku pastu hilang. nak beli balik la......mmg dok simpan utk si pengurus jenazah. sian dia nak kena bersihkan perut aku nanti. org byk dosa cam aku ni xtau la mcm mana keadaannya nanti.....aduishhhh!!

p.s : andai ku tahu................

Saturday, February 12, 2011

...cuti...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sabtu - 12 Feb 2011 - 1230 : Hari ni cuti. mulanya nak basuh kete tp tak cukup bertenaga utk itu. Tekak masih itchy n a little bit sore, running nose and chest pain turut melengkapkan liga penyakit kebangsaan ni. Huhuhuhu mcm2 kan, last 2 years i had a fever, a bad one.  Demam for weeks, rasanya more than 3 weeks, sampai kena masuk 2 bottles of glucose dgn bekalan ubat yg dah bleh bukak klinik bergerak. It started dgn sore throats jugak, ms tu kat Kulim utk kursus bina semangat (most precious memories....) pastu dah melarat2........

demam berminggu2, siap menggigil lagi dah mcm demam kepialu. tp masa tu ada babe, moha n kak amy yg dok perosah spy aku amek ubat n makan ubat. Kebetulan arwah mak moha pun ada, dia la yg urut n buat mcm sauna kat aku wakekeke....huh sakit la jugak tahan tgn dia mengurut bdn. tp sgt relaxing..........al-fatihah utk mak moha. kak amy plak bw aku g spital, dia la yg tunggu aku kena masuk glucose n bwak aku balik. Dan babe, mcm biasa dok peringatkan supaya aku makan ubat.

Rasanya ni dah masuk minggu ke 3 atau ke empat aku dok makan mcm2 jenis ubat. mcm post aku yg lepas, lepas satu, satu penyakit yg datang. w.pun demam tu taklah teruk sgt tp batuk aku ni sgt teruk. rasa mcm nak tercabut anak tekak. akhirnya aku beli Mucinex....ubat utk hilangkan kahak yg kat TV tu. Harap2 cpt la hilang kahak n batuk aku nih. 

Aku terima sakit ni sbg 'kifarah'........ penghapus dosa. kalau dibandingkan dgn dosa aku, sakit ni xleh nak delete sekelumit pun dr dosa2 aku. huhuhu aku tau pd sesetengah org aku ni amat jahat dan mmg patut aku terima semua ni. tak kisah la apa pun tanggapan org2 ni, aku cuma nak hidup tenang. sama mcm dorang..........aku yakin satu hari aku juga akan hidup tenang. amin.

Wednesday, February 9, 2011

...penghibur hatiku....

Janganlah Kau Risau Akan Jodohmu....

by Abu Hanifah on Wednesday, February 9, 2011 at 8:35am
 

Jodoh Ketentuan Allah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 


Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah.. 

....new collection....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Hari ni aku nak tayang koleksi penyakit yang aku dapat dalam tahun 2011......

1. cramp kat abdoment - so doctor kat isn ni diagnose sbgai infection. dia kasi ubat utk infection, tahan sakit & antibiotik. Maka seminggulah aku usung ubat ke hulu n ke hilir. huh! amat berdisiplin.

2. Masih rasa x selesa ngan infection itu so aku g klinik plak- doc tambah lagi antibiotik sampai 3 jenis. pastu try dapatkan aku pnya test result yg aku buat sebelum ni, hampeh! sampai hari ni klinik tu tak call aku pun.

3. tekak terasa perit, pahit mulut n loya2 - mgkn dah ter'oberdos' dek antibiotik hahahahaa, atau kawan aku kata aku makan ubat ms perut kosong. maka 2-3 hari aku dok kemam sweets utk hilangkan loya, n akhirnya pd hri terakhir medication period tu aku skip aku punya antibiotik....... (kena tegur tp aku dah tak xtahan).

4. G umah kenduri aku makan sirih, perit2 tekak aku bertukar kepada gatal2 tekak yg disusuli dgn batuk2. mulanya sikit n akhirnya melampau. Dapat arahan berkuatkuasa pd hari yg sama untuk makan ubat batuk. Aku buat pilihan ubat batuk yg salah, sgt xsedap n pahit. aku makan ubat batuk 2-3 kali pastu aku tgl botol tu kat alor staq....wink wink...

5. Batuk222.....pastu cari pasal, tido tanpa selimut dgn kipas menghala tepat ke aku. padahnya, aku bgun pagi dengan sakit dada yg teramat sgt. dgn rela aku g klinik sbb mmg sgt xtahan, aku diam je dok tahan sakit. agak2 kalau xmalu mmg aku nak nangis tp sbb bergaya macho maka buat muka toya je la. 

6. sambung makan ubat batuk, pain killer dan antibiotik. rasanya betul dah sukatan ubat batuk tu, tp aku bleh mabuk, lena bagai diulit intan. plus plak hari tu aku makan lewat, petang baru jumpa nasi, perut aku jd sengkak mgkn sbb dah masuk angin. sgt tak selesa, asyik dok pegang perut mcm org mengandung anak sulung. pastu aku tgk ja ubat, aku dah mula muak & loya......lgsung xleh nak telan. kalu cuba jugak makanya aku muntah.

7. semalam aku dapat sakit di hati.............nak nangis dah xdak ayaq mata. lgpun salah aku. aku cuba buat org paham situasi aku tp rasanya pendekatan aku tu xbleh buat dia paham. aku paham org tp org tak paham aku. aku ikhlas dan bersangka baik dgn org tp rasa mcm sekali lagi aku dilabelkan 'jahat'. jd aku diamkan saja.....mcm dulu2, mcm zaman sekolah, mcm zaman universiti, mcm masa mula2 frust bercinta, mcm masa aku putus tunang, mcm sepanjang tahun 2009. diam yg memakan diri sendiri. hanim try ciger, aku nak try dadah, hanim kata dia ada kaki, so kami sepakat nak try ecstasy.........hahahahaha bongok!

8. Aku bosan makan ubat sdgkan aku ttp xsihat. aku berhenti makan ubat. Aku berhenti berpantang minum ais. smlm aku masak nasi ngan goreng ikan pekasam ja. nasib baik lalu makan, xdak la sememeh sgt mcm hari2 sblom tu. aku minum baki teh o yg mala letak dlm fridge, lantak! natijahnya, aku dpt selsema dan aku asyik bersin berselang seli dgn batuk.

9. tanda2 stressed sudah kembali, aku mula muntah2 time tgh malam n pg2 buta. tido yg sgt xberkualiti, asyik terjaga sepanjang mlm. tp smpat mimpi, " aku g kedai baju, terberkenan dgn baju warna purple so aku try, mulanya aku pakai yg sedikit pendek, agak over so aku try yg no. 2.....warna purple jugak tp separas lutut aku masih x suka n aku letak balik. pastu aku  jln dlm hujan renyai2, pakai raincoat ala2 mat saleh gitu, warna ceklat. rsnya xlah over w.pun lebih cantik dr org sekeliling tp aku x rasa malu dgn org keliling. akhirnya aku bukak raincoat dan berjalan basah kuyup dlm hujan renyai..............." apa maknanya semua ni huhuhuhu!

10.  Dan jam loceng sdh xdperlukan sbb aku dah mula terjaga waktu subuh sepi'e. lebih awal dr jam loceng....so hari ni aku sempat tgk tv3 & MHI. Dan belakang aku mula sakit....terlalu awal utk tanda2 period.  mgkn aku kurang senaman, so berazam nak g training kat gym...eerrrkkkksss boleh percaya kah? arrggghhhh.......apa lagi yg akan terjadi????

hari baru 8/2/2011 tp dah macam2 jadi.......tahun 2011 is not a good year for me, or maybe it will be a great year cuma dugaannya datang dulu. cuba menjadi setabah dulu..........cuba gelak ketawa. tp rasanya hati aku semakin mati. xtau la hangpa perasan tak yg aku juga bersandiwara.................. menangis dalam hujan jd org tak perasan!


p/s kalau aku tulis novel hangpa beli dak????? beli la........bleh aku g HCM lagi.

Tuesday, February 8, 2011

...baju baju & baju lagi.....

Salam..........kalau semalam aku tayang handbag, bag n purse. hari ni aku nak tayang baju, baju & baju yg aku beli kat vietnam. Hahahahaha......biaq hampa muntah darah tgk sesi tayang menayang ni sbb aku dengki tgk hampa dok tayang gambaq anak!!!! kehkehkeh


Ni baju yang aku n pn ieta berkenan......aku rembat  sbb mcm kiut!

cantik kan manik itew


Baju ni aku beli kat hjh basiroh...murah je RM 42. lihat maniks itewwwww


aku beli baju ni untuk fifi.....dia suka sgt baju ni, maka kalu setiap kali p umah dia aku pakai baju ni, hampa jgn dok tanya apa2.....


ni ao dai.......baju vietnam, aku buat 2 untuk memenuhi nafsu shopping ku






ni skirt yg pn rozy tolong bargain.............

ni baju paling vouge dr vietnam................hanya untuk majlis2 rasmi ja ~lalalala~


Aku dah pakai sehelai yg kaler hijau so aku xamek gambar la. takut ada bauuuu........gambaq kain semayang tak yah la kot nooo.... mcm dah ciwi sesgt! Kecoh ler cik shiera ini.......

Monday, February 7, 2011

...beg, handbag, bagpack n purse.... wink wink...

Hari ni aku demam n batuk2, semalam bgn pagi je terus sakit dada. Mgkn sbb tidoq xselimut dan kena lak angin kipas yg menderu2. Aku salahkan tuan rumah yg tak sediakan selimut, lain kali kalu nak ajak geng lepak maka kena sediakan selimut yg mencukupi yer.

memandangkan dada aku sgt sakit, maka aku serah diri kat tuan doktor. bukan senang aku nak jumpa doktor dgn rela hati. so hari ni aku amek MC dan dok umah. sedang aku bersenang lenang, tetiba aku terperasan banyak plak beg aku wakakakaka............n semua tu baru je dibeli in 2011 dudududu

ini beg sponsor dr Insyirah Travel......tq ye cik FS   

Satu lagi beg cenderamata dr FS & Insyirah Travel......Thankssss
Beg vietnam...ieta tolong bargain sampai tuan kedai menangis
Bagpack kalau2 nak teruskan niat g tengok candi pulak pasni
Beg lappy....cumils kan

Balik dr vietnam....aku terbeli handbag ni kat IOI Mall masa cr hadiah org kawen. Xsengaja la....
 



Purse hadiah dari tuan kedai.....dgn linangan airmata dia kasi hadiah ni huhu

 
beg paling best abad ini...... hahahaha

Hadiah pre-birthday.....sbb purse tahun lepas dah koyak. thanks ogre!

longgokan bag, handbag n purse
har har har...............banyak le puloks aku membeli belah. meriangkan hati yg gundah gulana. shopping is the best remedy.......ini tak termasuk kain baju yg aku beli kat vietnam. ooppsss lupa aku ada beli kasut hahaha

tp lately simptom2 depressed/stressed aku kembali menyerang. perlu ke aku selesaikan atau jus let time tell................smoga tuhan bg petunjuk pd aku sblom habis semua simpanan aku dlm bank hahahahaha

Saturday, February 5, 2011

...adoyai...

Lemas dan rimas dengan minah karan ni, dah dia yg dok intip blog aku pastu dok mereka cite lak aku yg dok jd stalker dia. Ngeh222......kalau rasa aku dok jd stalker kamu maka block je la dah dok simpan wat mende, saje la tu nak rasa glamer....

Kadang2 rasa bosan dengan orang yang suka menyalahkan org lain ni, cuba cermin diri sendiri sblum menunding jari pada org lain. Muhasabah sikit diri sendiri, takut kamu je lebih sudu dari kuah. Belajar sampai ke menara gading, xkan xreti nak menilai dan membandingkan setiap situasi yg berlaku. Xkan kamu xpaham2 n xreti2 dgn keadaan sekelilling yg dah macam melodrama @ sinetron indonesia ni? jalan cerita yg berulang2 tapi kamu masih bebal.

Ni lah masalahnye kalau jenis rasa diri tu gud2 je.....rasa taksub dgn diri sendiri. Diri sendiri menjadi focus utama, hati sendiri, perasaan sendiri, jiwa sendiri, syok sendiri, keluarga sendiri. Sampai dah xnampak org lain, hati org lain, keluarga org lain...pendek katanya org lainlah punca segala2nya. diri sendiri xpernah salah. org lain je la yg dengki kat ko, org lain je la yg musnahkan hidup ko, org lain lah yang xsempurna, org lainlah yg jahat. Cuba ko pikir nape tuhan bg ko cubaan yg sama berulang2 kali, manalah tau kalu2 ko sendiri pernah aniayakan org lain, fitnah org lain, sakitkan hati org, mulut ko mcm jamban ke..............dududududu!

Aku dengan kau mcm langit ngan bumi, kau cantik n sempurna, aku ni serba xkena. Kau gadis dambaan jejaka, aku ni apa yg ada. Apa kata ko jgn bergaduh ngan aku sbb ko yg pilih keadaan ni. Bila aku diam ko bahan aku, bila aku layan ko plak yg sawan. Aku bg no tepon hp skali ngan opis ko xnak tepon pastu dok buat propa dalam wall ko, buduh benor caranya tu, xmatang lgsung. Dan aku terpaksa guna kaedah pramatang ni utk skool ko sbb aku xde no tepon kamu. aku juge xleh nak masuk wall kamu, xtau umah kamu, xtau opis kamu mahupun no tepon opis. sesungguhnya aku xamek pot pasal kamu. tapi kamu ni sayang sungguh kat aku sampai nak ajak dok skali.....buleh ke?


p/s maaf la kengkawan yg membaca, aku dah tak tau camne nak sekolahkan org yg mengalami 'mati otak'. payah nak pahamkan dia bhw kadag2 aku dan dia berada dlm situasi yg sama. sbb minah ni mmg xleh nak relatekan situasi org lain ngan dia........dan xreti nak pikir panjang. dia hanya nak menang!

Wednesday, February 2, 2011

...penang...

Dah lama xtrn penang. pe khabar pulau mutiara yg sentiasa jadi tumpuan dek kerana isu2 politik. rasanya last jejak kaki kat penang pd pertengahan 2010 itupun sebab meeting, kalau saja2 nak p sana memang tak arrr....bukan sbb dah benci dgn penang atau orgnya cuma dah tak relevan dgn hidup aku dudududu.

Lgpun penang bukan besaq manapun, kalau terserempak dgn family ex-fiance aku maka susah nak lari. dunt get me wrong, i dunt hate them in fact i luv them cuma skang bukan masa aku lagi dah. xsalah berhubung dlm phone, atau kalau depa kat kl bleh la jumpa tp kalau kat penang aku rasa janggal. aku xmo la nanti org kg n adik beradik dia igt aku ada rasa lagi kat dia n still nak buat baik ngan his family to tackle him again.... yg paling penting aku xmo org kesian kat aku, pandangan kesian org pd aku buat aku rasa mcm sgt lemah & pathetic. Aku xska dilihat sbgai lemah n minta dikasihani....aku sgp kecewa drpd merendahkan maruah aku. huhuhu EGO!

5 tahun di USM Penang...mcm2 pengalaman dwoh. First love pun kat situ, buat assignment sampai kejar dek hanjing, buat bancian kete n pengguna feri, first time makan nasi kandaq yg buat aku demam, memcari makan kat semua pasar malam, kunci tertinggal dlm umah, xcident motor........makna kata pelbagai memori lah. tempat jatuh lagikan dikenang ini pulak tempat yg mematangkan hidup aku. 

So kiranya esok adalah 'homecoming' bg aku la, cant wait to reach penang, makan rojak 101, char kue teow, mee udang, laksa asam, cendol......mabeles. Jalan2 kat batu feringghi night market utk cuci mata, smbil ushar pape yg patut. Semoga esok akan memberi aku 'souvenir' terakhir dr kamu.......................oh penang!


p.s ayat terakhir tu xleh blah.........

Tuesday, February 1, 2011

Berganti Hati - Anggun

Lirik Lagu Anggun – Berganti Hati
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda
Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

http://www.youtube.com/watch?v=g85ij7elqkU 

...tudung...

tadi pn. sue bwak tudung/shawl kat upis. santek2....maka ku hamek inner n shawl utk dipakai ngan ao dai yg setia menunggu.warna warni......bak warna pelangi, saje je nak meriahkan suasana fesyen warga opis. tgk puan ietafakyra melawa, aku rasa nak melawa jugak. pastu suke tgk pn syarifah fathynah menggayakan tudung pelbagai rupa. Tp xleh lebih2, takut jd pokok krismas.

tapi tertinggal kat upis la puloks, kalu aku decide utk amek coti rabu ni maka esok aku g amek. kalu tak...maka on wednesday la aku amek. Hari tu amek shawl yg ada batu kat bwh.....hehehe ada peminat yg ske ngan tudung tu. anak si wani (bdk opis aku) bleh lepak atas peha sambil gentel2 kristal tu sbb kristal tu cam mickey mouse. padahal selama ni dia mmg xmo kat org. rupa2nya nak mengikut aku sbb aku pakai tudung, nak jalan2.

baju dah baru, kasut juge baru, tudung baru, mgkn imej bleh baru.........nak membarukan muka aku yg dah macam kucing hilang anak. xsemenggah sungguh. 

p/s nak naik seri wajah kena makan kuih seri muka ker? atau cukup sekadar facial....dududu