Thursday, October 4, 2012

...3 bulan lagi...

 
OKT - DIS 2012 ...............masa sgt pendek tapi kitaorg sgt relaks. Kitaorg sgt chill, curi masa to spend time together, sgt xmacam org yang nak kawin. Mgkin sebab waktu kerja yang sgt berbeza buat kitaorg susah nak dptkan masa utk beli barang. Atau sebenarnya kitaorg mmg sgt sengal? hahahaha

Aku dah survey bbrp pelamin yg menambat nafsu mata. Skang ni pelamin style senget2 pastu kaler putih. Bunga2an je yang lebih utk memeriahkan suasana. Tapi ok gak, simple but nice.


Dlm dok syok2 tu tetiba aku terpikir, apa perasaan dok atas pelamin dgn semua mata memandang. Ada ke kwn2 yang sudi nak memeriahkan kenduri  aku ni :( .............. maklumlah, sapa la aku ni. Syahdu je rasa..............tapi pastu aku sambung gediks berangan nak kawin. 


Ni nak kena call tuan punya butik pengantin ni, nak confirm date untuk sewa pelamin, bilik pengantin n meja makan beradap. Org tu kasi aku RM 2700 utk semua, tapi agaknya utk basic ja la kot. Kalau mcm gambaq ni mgkn kena tambah la kot.


Ni kali kedua aku buat persiapan untuk kawen. Jgn la cancel lagi macam hari tu. Penat dah aku ni. Mau aku bakar butik pengantin tu! Biaq padan muka, sama ngan aku. Kalau aku masih xpuas ati, aku bakar satu taman perumahan kat kemuning tu, atau bakaq mentari court. padan muka!


Dan aku harap semua org akan turut happy untuk aku. Doakan kebahagiaan aku, xdak benda yg xdak risiko, perkahwinan pun satu risiko. Aku harap risiko yg aku amek ni mendatangkan keuntungan untuk aku. Dan aku harap doa kwn2 akan bantu aku.


Kdg2 rasa cam nak give up, byk sgt halangan setiap kali aku mula rasa bunga2 bahagia. Bkn aku ketegaq xmau terima nasihat, but step in my shoes, live my life.........bukan setakat faham, tapi rasa setiap yg aku rasa.  Lepas tu baru pandang mata aku n bgtau yg aku salah. Tapi nak kena amek 33 tahun utk rasa perjalanan hidup aku......sanggup ka? hehe 


Takpa la, aku terima je la. Kita bahagia dgn cara sendiri. Apa2 pun.....aku ni nak kena boh gear 5 utk selesaikan bab nikah kawin, pastu nak settle rumah n anak2. sambil layan paper work yg mmg aku xsuka. Haissshhh. Sekian.