Tuesday, February 7, 2012

...marah...

hati aku start panas last week.....bila dah lama sgt simpan maka hari ni segala2nya terluah. Hamek!! Skrg dah tahu perangi buruk aku. tunggu apa lagi, sila angkat kaki la. jgn suruh aku wat keputusan, ko buat je keputusan. susah kan............sebab selama ni ko biarkan org buat keputusan untuk ko. ko xpernah buat keputusan untuk hidup ko. spy ko bleh put the blame on others, ko mmg xpernahnya salah.

bila aku ngamuk, org hanya boleh kata 'sabar sabar sabar' dah bertahun2 aku bersabar. sabar dgn kata2 org, sabar dgn perangai orang, sabar dengan setiap kesakitan. Aku SABAR n hari ni aku mmg hilang sabar. 

tapi seorang sahabat yang kdg2 buat aku rasa irritated kerana kelantangan kata2nya dapat buat aku tersenyum. Dan aku akui kebenaran kata2 dia. ni nasihat dia 

"kenapa kau mencari yang susah dan bersangka2. ikutlah nasihatku, tariklah nafasmu dan hembuslah perlahan2 bersama2 ingatanmu pada Khaliqmu. tiada yg mustahil kerana penciptamu sedang membolak balikkan hatimu kerana Dia cemburu, hatimu hanya untukNya." 

dan aku tersenyum, mengakui kebenaran kata2nya. Dan aku bahagia, kerana Khaliq ku mengharapkan hati aku kembali kepadaNya. Sdgkan cintaku padaNya xsempurna.

p.s : xde la susah sgt nak redakan kemarahan aku, xyah susah2 nak buat lawak yg akhirnya buat aku lebih marah. sedikit ilmu dan kebijaksanaan berjaya meredakan segunung amarah. dan ini buat aku berfikir, layakkah kamu menjadi imamku?