Friday, December 30, 2011

...selamat tinggal 2011...

dah agak lama xmencoret kat sini, nak kata bz tak jugak. lately malas nak komen. serabut dgn keje yg meletihkan hati hahahaha! apa kena mengena kerja dgn hati?.......panjang ceritanya. pendek kata, aku sedang menghabiskan sisa2 cuti tahun 2011 dengan doing nothing kat umah, sepatutnya aku kat a.staq, menghabiskan cuti smbil meraikan detik2 bahagia siti zuriah zulmi.........tapi atas klausa 'sy yg menurut perintah' aku terpaksa berada di KL. nak menambahkan lara di hati ~meeting cancelled~ dan keberadaan aku di KL adalah sia2 huhuhuhu

2011 bermula dgn tidak baik; baik dr segi personal mahupun kerjaya. byk sgt masalah2 yg sebenarnya tak sepatutnya berlaku pun. dan aku rs aku xhandle masalah tu dgn baik. masalah personal......aku cuma biarkan and follow the flow, kerjaya plak aku layan wat keje secara sentimental.....angguk je setiap kata2 bos. makna kata 2011 aku berlalu cmtu je, ada la 1-2 plan aku yg berjaya antaranya aku dah ada umah (yg juga hutang) dan insyallah kalau berjaya dgn interview maka aku akan smbg study yg sepatutnya dah lama aku buat. tp aku xrasa aku lebih baik dari tahun sebelumnya, macam makin teruk ada la. Namun, 2011 byk mengajar aku erti persahabatan.....aku sgt2 bersyukur kerana aku ada geng tapau kat opis dan juga group TER yg sgt2 happening!! dan xlupa PPS(H1). i love u guys so much.....aku mmg degil & laser tp silalah tegur salah silap aku. kita xsemstinya sentiasa sependapat tp yg penting kita menghormati pendapat masing2. kita mungkin bertelegah, tp kita bleh sama2 nangis dlm gembira atau duka. situasi kita mgkn xsama tp kita support each other in our own ways. ....I LOVE U.

Semoga 2012 akan bermula dgn lebih baik. Aku nak baiki my leadership skill,  xperlu membebel tp lebih tegas. selalunya aku ni nmpak je garang tp hati kecik. aku nak jd lebih tenang tetapi TEGAS. insyaallah! rasanya masih xmampu nak mulakan business kerana kekangan masa, nak kena belajar sesuaikan diri dgn study n kerja. so kena tambah ilmu sblm starts a biz, kecuali yg kecik2 mcm jual kuih ka....lalalala

dr segi personal lak, aku hanya mengharapkan yg terbaik  kerana perancangan tuhan adalah yg terbaik utk aku. so aku tunggu je janji Allah dan janji 'hamba Allah' tu........semoga dia kotakan kata2 dia. walaupun aku sgt sceptical dgn situasi skang ni, tp aku hanya mampu 'holding on him' & bersabar......aku harap dia kotakan 'no more' yg dia ckp tu krn i take that as a penegasan kepada ayat sebelumnya. U don't play2 or i will scrum u...... :)(mampu ke aku nak scrum org hahaha)


kepada semua insan yg hadir dlm hidup aku sepanjang 2011.....aku hargai pengalaman yang korang berikan. mohon maaf andai kata aku dah melukakan hati. aku cuma manusia biasa xmampu lari dari melakukan kesilapan. dan aku xleh janji yg aku xkan buat silap lagi, cuma aku akan baiki diri aku. 

ting ting ting ting .......menanti detik tahun baru.

Saturday, December 3, 2011

...cintaku untukMu...

~✿..Aku LEMAH..aku salah, aku BERDOSA..aku bukan wanita solehah, aku bukan siapa siapa..aku cuma HAMBA HINA, aku bukan permata..aku cuma kaca, perilaku TIDAK TERJAGA..bicaraku kadang tiada santunnya, hatiku kadang BERPRASANGKA..✿~

Aku tahu..
Aku MALU..
Ya Allah..Tuhanku..
MAAFKAN aku..
Maafkan aku..

>>> Ya Allah, kuangkat kedua tanganku..SUDIKAH Engkau MENERIMA cintaku, berdarah-darah akan kutempuh..menggapai tarikat cintaMu..tujuh syurga pun TIDAK MAMPU kuraih, menerima diri yang penuh DOSA dan NODA ini..kuharap cinta dan ampunanMu..setinggi arasyMu seluas semesta cinta..TERIMALAH hambaMu yang HINA ini..♥♥♥

Sunday, November 20, 2011

...mmmm....

I bought the house, n suddenly feels like it's not a good decision. Quite far from bukit jalil  dan ada tol in each routes. umah masih dihuni, so agent akan hantar notis pada org tu. not happy dgn my new neighbours.

Tp mgkn akan ada hikmah lain. pertamanya, rumah sendiri so kalau jauh ka, susah ka, apa ka, umah ni atas nama aku bukan nama cik puteh. keduanya aku bleh buat apa saja, nak lentang, nak tonggeng, nak baring, nak sepah xdak sapa yg larang. after 3-4 tahun aku akan sewakan pd org lain, mgkn masa tu harga sewa dah jd 400-500. berbanding ngan aku bayaq xsampai 200 sebulan tu ~lalalalala~Pastu kenal agent yg xkedekut ilmu, dok ajaq aku camne nak invest in property. harap2 dapat rejeki lebih ~lalalalala~ nak jimat lagi aku sewa plak 1 drp 3 bilik tu hahahahaha. mata duitan sungguh!!! Nak wat camne, kena cari rejeki lebih utk diri sendiri.

Hikmah lainnya, hidup akan lebih tenang sebab 'my beloved stalker' dah xleh buat lawatan sambil belajar ke umah aku. Setakat blog n FB tu sukati ko ler. Pendek kata, can't wait to move in. 


Tuesday, November 15, 2011

....umah...

aku dok gemuruh jiwa ni. betul ka tindakan aku nak beli another house ni? tp ni umah lelong la.....flat aja, aku nak duduk. drpd dok bayaq sewa kat cik puteh, baik aku beli umah sendiri. tp jauh sikit dari bukit jalil. lepas ibu pejabat baru siap, mungkin aku akan pindah ke teratak idaman aku tu la....itu pun kalau aku xjual hahahahaha. manalah tau kalau dapat good price, boleh wat modal beli umah besaq skit lagi. pastu dok sorang2, pastu sunyi, pastu sakit jiwa! adeh!

Aku dok berdoa akan ada kebaikan bila aku beli umah ni, mmg jauh sikit tp senang nak ke shah alam. mengambil kira aku nak sambung study, kalau diterima UiTM la lalalala. mana tau abis study bleh jd tutor sambilan ka. bleh tambah pendapatan. lgpun aku ni bkn bleh dok ngan org, aku serabut kalau umah mcm tadika. rumah buruk takpa, tp jgn bersepah.Smoga ada kebaikan, mudah2an.

p.s : laki aku cuci kaki ja masuk umah.....tapi tgn mi nak pegang steering tucson tau sayang. i love u!
(ada gak yg sembelit nak beli tucson ni hahahaha)

Sunday, November 13, 2011

...terima kasih...

TERIMA KASIH ... sbb masih pegang tangan mi, walau mi minta dilepaskan.
TERIMA KASIH ... sbb masih bertahan walau pun mi hampir berputus asa.
TERIMA KASIH ... sbb masih tersenyum saat mi buat macam2 perangai.
TERIMA KASIH ... sbb masih menyapu air mata mi, walau pun mi menepis.
TERIMA KASIH ... sbb masih percayakan mi walaupun mi xyakin dgn diri sendiri.

MAAFKAN ... kerana mi pernah lari
MAAFKAN ... kerana mi mahu sembunyi
MAAFKAN ... kerana mi sering sangsi
MAAFKAN ... kerana mi selalu menyakiti
MAAFKAN ... kerana mi xpandai menghargai

........................semoga akan hadir pelangi sesudah hujan.........................................



( apa yg ko merepek ni setan!!!!! camne plak ko bleh termomosi ni? adeh! adoinya pun! btw i mean it!)

Saturday, November 12, 2011

...doakan aku..

Sahabat,
mungkin jalan bahagia kita tidak sama
kerana jalanku tak seindah jalanmu
tiada kalungan bunga buat penghias jalanku
tiada pelukan mesra menerima aku
jalanku ditaburi duri derita
dipenuhi kata-kata penyesak rasa
dihujani airmata membersih luka

Sahabat,
mungkin takdir hidupku tak sama dengan mu
kerana aku tak dipandang mulia
kerana aku tak dilahirkan jelita
dan hadirku tidak ditatang
melainkan disengkang, dibantah, dilarang

namun
doakan aku wahai sahabat
moga-moga aku bahagia
andai kata bukan disini
kuharap mungkin di sana.................

Tuesday, November 8, 2011

...Aidiladha...

Raya datang lagi...... dan aku buat hebat balik pagi sabtu dan kembali ke KL pd petang Isnin. Journey to KL agak mencabar sbb jammed bermula kat Bukit Gantang-Terowong Ipoh. Pastu dia smbung plak dr Tol Ipoh (U)-Simpang Pulai. Baru nak bernapas dia jammed plak disana sini.......dan antara punca jammed

1. bottle neck yg menyebabkan pengguna jalan raya huru hara xreti nak bertolak ansur dan akhirnya semua kena mengesot pelan2 atas jalan.
2. Pemandu kenderaan perasan - yg try nak over take lori tp hampir 2 minit berlalu masih dok sebelah lori sbb xmampu nak potong lori tu di jalan mendaki bukit.
3. Pemandu lori dan bas yang xmampu menahan rasa nak juga memotong lori @bas lain di hadapan walaupun depa tu sama saja....yakni siput.
4. Kenderaan bajet hebat - Murano/honda/merce/bmw atau kete hebat seangkatannya yg sengaja bawak 120kmj atau kurang di laluan kanan walaupun kete dia bleh ditekan sehingga 220kmj. Sbb nak habaq kata kete dia hebat tp dia saje yg xnak bawa laju2.........
5. Penjual ikan yakni selfish yg dok lorong tengah padahal dia xberani nak tekan lebih drp 100kmj tp tetap xnak dok lorong kiri.

Dengan yg sedemikian, sy rasa xsalah kalau sy guna lorong kiri tp bawak lebih drp 120kmj...sebab lorong tu kosong. Semua nak guna lorong tengah dan lorong kanan, jadi saya beralah je la.......dudududu!
nampak tak lori potong lori potong lori......hmmmm

Tuesday, November 1, 2011

...resepi slimfit sepanjang zaman....

Penyakitku datang lagi.......dah mula pulak penyakit xleh tido ni. Pkl 10.30 dah ngantuks......layan tido smbil hujan melanda bukit jalil. pastu terjaga pukul 12.30 dia buat xleh nak tidoq plak! dah seminggu gak la camni, dah tu camne xcekeding. w.pun cukup makan tapi xcukup rehat, stressed, xckp tido.....camne nak membesar. apa yg stressed sgt pun xtau la......simptom2 tu dah ada. Terjaga malam + loya time pagi. cam morning sickness je kan lalalalala

simptom ni agak biasa bg aku, started since 2003 rsnya. ms tu aku pelik gak la tp lps jmpa doktor dia kata tu simptom2 stress. n last 2 weeks i got breakouts/pimples on my body n head. byk lak tu, aku igtkan food poisoning/alergy sbb masa yg sama juga aku kena diarrhoea. selepas diarrhoea yg ketiga baru aku jumpa doktor dan katanya aku ada Indigestive Diarrhoea Syndrome, mgkn sbb antibiotik atau detox programme yg aku amek maka usus aku kekurangan bakteria baik so aku dinasihatkan banyakkan minum vitagen atau yakult. ubat yg sedap diminum...............

diarrhoea + insomnia = kurus. Untuk melengkapkan resepi utk kekal 'slimfit' sepanjang masa, kita tunggu aku start hilang selera makan plak. Bleh mampuih gak camni......boleh tak kalau aku nak reformat cpu kepala hotak aku ni, delete unused icon, letak apa2 anti-virus terhebat di pasaran. hmmmm kalau la semudah itew.....

Thursday, October 27, 2011

...pewoot xhappy...

nape lak pewoot aku jd sensitip semacam ni? ahad & senin minggu lepas dah kena diarrhoea tp seb baik xmemulas. ahad lepas kena lagi, hari ni pun lagi dan lagi dan lagi. nak kata makanan xbersih atau dah basi, housemate aku elok jer.

hanim pun kena gak 2 hari lepas. ada diarrhoea bawaan angin ke hape ~lalalalalalala~

Tuesday, October 25, 2011

...malam ku bermimpi.... :)



PING** nape aku boh lagu ni? sbb...smlm aku mimpi rambut aku jadi panjang mengurai mcm masa 2008 dolu2. aku search utk tafsir mimpi & katanya kalau mimpi rambut jadi panjang maka akan gembira dan juga panjang umur. Ya Tuhan, kau makbulkanlah doaku, Amin!

Monday, October 24, 2011

...getting ready...

urghhh lambatnya nak masuk tahun depan. *wink*wink* aku ada date-line yg perlu dipenuhi. BERSEDIAKAH AKU?

sebagai langkah awal menuju ke date-line tersebut, aku dah start buat persediaan. persediaan awal ni bagus bg memastikan hati aku cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau keputusan yg mungkin terjadi menjelang tibanya date-line tersebut. kalau semuanya berakhirnya dengan baik maka Alhamdulillah, tp kalau sebaliknya maka aku harap langkah awal ni akan membantu aku. langkah persediaan ni amat bermanfaat dan  akan memberikan kebaikan pada aku xkisahlah apa yg bakal berlaku.

apa aku nak buat?

1. aku kena ada hobi......hobi ni xleh serabutkan kepala aku sbb aku dah cukup serabut kat opis. hobi ni mesti bleh buat aku relax n buat aku 'ghalit'. memandangkan aku ni berjiwa 'seni' (hahahaha) maka aku amek keputusan nak menjahit lalalalala. aku nak beli mesin jahit sama mcm che m (ada unsur2 berlawan2 di situ).

2. Aku nak start a small biz. aku berminat dgn fesyen muslimah, mgkn i'll go into this line. cuma aku masih berkira2, sbb takut hangat2 chicken shit. melalui biz ni aku bleh berjalan2 ke bandung, taiwan, korea n mungkin turki.............part jalan2 tu mmg best. (perasan x hobi menjahit tu ada kesinambungan ngan fesyen ni?)

3. aku dok meninjau universiti2 yg sesoai utk sambung master. 1st time aku wat master dah terkantoi di tengah jalan. sbb xleh nak imbangkan keje ngan study. lgpun jauh di usm mmg susah la. aku nak wat asset & facilities management......so kalau2 ada yg bleh suggest mana2 u yg best, silakan. hujung minggu ni nak g british council, tgk short term courses yg bleh bantu aku with my english. nak speaking ngan bebudak opis ni wat aku semput je, nanti kena kutuk.

aku mula nak walking up the hill....aku perlukan sokongan kawan2 untuk bantu aku. sokongan moral paling diperlukan. aku perlu sentiasa sibuk sblm dan selepas date-line. apa keputusan date-line tu kita serahkan pada Ya-Rabb sbb kata org kalau kita niat baik tuhan akan tolong. Aku akan bersabar................

Wednesday, October 12, 2011

...chicken out...

12/10/2011....hmmmmm my aunty's visit patutnya on 15/10/2011 dan mood pun dah mula swingging like crazy. dah 3 hari dok wat perangai cam budak2....semua pun nak mengamuks. pastu dok memikir perkara yg bukan2.

well, bab memikiaq ni mmg dah lama, but mala's engagement is a kick start to my stupidity. actually, up to this moment .... i still cannot cope with my anger n frustration. Aku pun heran, slalu je camni. masa aku ngan x-fiance dulu dok couple okeh je, bila dah engaged aku mula buat perangai. i started questioning everything, was he the right person? what if this and what if that....................mula sangsi dgn perasaan sendiri. takut ngan bayang2. erkkkssss adakah aku takut pd komitmen? ~lalalalalala~

skang pun sama, sblum ni aku okeh je.......aku bleh lalui segala kekusutan dengan jayanya. bila keadaan makin tenang, jalan makin jelas..........time frame dah ada, en. gorgon dah give his words, i chicken out! adoiyai.....ini bukan masalah org atau keadaan, masalahnya adalah AKU. Am i  a commitment phobic? Pastu aku mula nak question en gorgon. pastu majuk. pastu xnak makan steak lanun yg sedap tu.......pastu nyesal! pastu sedey :(

Pak hencik, sy minta maaf sbb tetiba sy jd dracula. sy bukan sengaja, kedatangan bulan tu buat sy out of control. tambah2 kalau ada moon halo cam hr tu. sy xleh janji utk berubah sbb sy tkt sy xberubah, tp sy akan baiki diri. cuma sy minta pak hencik tolong sy utk jd 'cool' sbb pak hencik selalu cool je bila sy ada tanduk. lgpun dah lama sgt kita xgaduh2 manje....sy nak gaduh2 manje je *wink* iloveu


p.s :
mgkn keadaan kita xsama mcm org lain, mgkn xkan ada majlis hebat utk kita, mgkn sy xkan diterima baik..................tp sy cuma harap satu hr kita akan tersenyum bila kenangkan semua yg pernah kita harungi hanya utk sebuah rasa.

Monday, October 3, 2011

...sabar...



sabar.....
adakah ini yg dikatakan bersabar
atau aku telah lelah dgn telatah manusia
hinggakan aku telan sahaja
kata nista yg mengherdik telinga
dah aku biarkan sahaja
tingkah laku mereka yg memijak kepala

sabar...
inikah yg dikatakan bersabar
bila aku diam seribu bahasa
walaupun hati ditikam kaca
walaupun dosa merejam rasa
kupikul beban walaupun tidak berdaya
untuk sebuah janji yg belum dikota

sabar...
inikah yang dikatakan bersabar
bila tawa mengganti air mata
bila senyuman tiada bermakna
bila di dasar tak seindah muka
bila aku hanya berpura-pura
bersandiwara melindung lara

kalau inilah sabar yg dituntut dariku........
untuk hidup dibawah keredhaan Ilahi
agar terlerai beban dosa dari diri
maka bersabarlah wahai hati............

Friday, September 23, 2011

...I do...

Jawapan kepada sebuah soalan yg selalu buat aku terkedu........walau pun dah ditanya sebelum ni! :) :) :) :) 


Monday, September 19, 2011

Tips menghadapi Masalah................

Bg yg membaca, tips ni diperolehi dari http://mysuperkids.net/ masa dok browse sambil makan bihun goreng + tulur. Kaedah penceritaan yg ringkas tu buat aku rasa menarik dan boleh diaplikasikan dlm kehidupan harian. Semoga kita sama2 dapat manfaat.......................chaiiyyyoookk!!


Tips Menghadapi Masalah

Tips hadapi masalah biasanya diperlukan oleh mereka yang banyak masalah lah kan. Betul, masalah ni kita kena hadapi, bukan lari darinya. Kerana selagi tak selesai ia akan terus memburu kita. Namun bukan mudah untuk menghadapi satu-satu masalah, lebih2 lagi dengan jiwa yang goyah, semua benda pun boleh jadi masalah 

1. Masalah adalah lumrah hidup.

Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itulah masalah anda sebenarnya. Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup, mungkin baby, orang tua yang dah nyanyuk, atau orang gila.
Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kapal laut dicipta kerana masalah besar nak berenang dari satu benua ke satu benua. Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.

2. Masalah adalah masalahnya hati.

Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran Tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain di jemurannya basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.

3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?

Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya “Kenapa aku?”. Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan “..Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” Surah 2 ayat 286. Tanyalah “Kenapa bukan aku?” Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 Tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.

4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.

Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita… ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.

5. Tunduk pada masalah adalah tindakan kurang cerdik.

Masalah, atau apa saja, tidak mampu mengubah kita, tapi kita sendiri! Membiarkan diri kita dihanyutkan oleh masalah, adalah sebodoh-bodoh tindakan. Tiada siapa atau apa yang boleh membuatkan kita sedih, lemah, kuat atau berkuasa, melainkan diri kita sendiri. Jangan biarkan masalah membayangi hidup kita. Biarkan saja ia bermain2, seperti asap2 yang berlegar. Tidak memberi sebarang manfaat mahupun mudarat.

6. Masalah adalah trampoline

Masalah kepada sebiji bola ialah apabila ia dipukul dengan kuat ke arah dinding atau lantai. Tapi, ia melantun dengan lebih kuat lagi. Itulah fungsi masalah, untuk menjadikan kita lebih kuat, dan melompat lebih tinggi.

7. Masalah adalah cinta diri

Bila sering memikirkan kita asyik dilanda masalah, sebenarnya adalah tanda kita cinta pada diri kita. Jadi, untuk membuktikan kita mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya, ubahlah benda yang menyedihkan dalam masalah itu sebagai perkara yang menggembirakan. Bila bermasalah dalam pelajaran, sebenarnya satu sebab kukuh untuk kita berbaik dengan guru, dengan selalu pergi bertanya soal pelajaran hingga kita dapat faham betul. Bila bermasalah dengan mencari pekerjaan, mungkin sebenarnya peluang untuk kita mengusahakan sesuatu yang lebih tinggi pulangannya dari kerja makan gaji.




Tidak perlu sedih bila dilanda masalah. Anggaplah masalah sebagai snek kehidupan. Hadapinya dengan penuh semangat, pasti masalah itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk sebuah senyuman dan kebahagiaan yang pasti.


:)Semangat!


Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan daku masalah yang berbagai-bagai dan tak putus-putus, besar atau kecil. Kerana di setiap baris masalah itu ada tersimpan rahmat-Mu yang tak terhingga. Dari situlah kutemui cinta-Mu yang tak mungkin kuperolehi dari siapapun manusia di muka bumi ini.


P.S : nota ini hanya sebagai panduan diri sendiri dan sahabat2 yg mahu mengambil iktibar. Sila jangan salah faham dan mengganggap sy cuba berlagak baik dgn bercakap soal ketuhanan. sy hanya mahu membaiki diri yg serba kekurangan ini.......

Thursday, September 15, 2011

....naik 1.5 kg...

weeeeeeeehhhaaaa yaaabeeedaaa beeeduuuuu!!!!!! lalalalalala!!!

Khamis adalah hari Batik Mesia bg kakitangan kerajaan. Memandangkan aku sedang menguatkuasakan undang2 penyegan nak iron baju, maka aku pakai la kebaya nyonya yg dipadankan ngan kain batik. Lite n easy untuk jari jemari runcing aku ni mengiron. Sedang aku menyarungkan pakaian dan membutangkan baju kebaya tersebut, tiba- tiba.....................................

(sila sambungkan karangan di atas tidak melebihi 150 patah perkataan) :)


KETAT!!!! WALAWEHHH!!! aku pun tersengeh2 depan cermin setbod sambil terbayang2 kati kat opis.....bawa kete pown dgn happy tanpa stress walaupun jalan penuh ngan kete. pulaih stereng pun bleh tersiku plak pemegang kat pintu tu! heh JFL mak dah sempit nok!!

Sampai opis dengan berlagaknya ajak Pn Hanim p tmbang kati.........hehehehe! naik 1.5 kg yer anak-anak ikan mak!!! X sia2 mak makan nasi sejuk di aidilfitri, xsia2 mak drive sampai bangi makan sup keting, lalalalala xsia2 mak kena paksa ngan che m teman dia p karoks sambil makan mee goreng mamak!

Rasanya berat naik selepas aidilfitri, maknanya 1.5 kg in 2 weeks.............tolonglah naik lagi! ucapan terima kasih kepada en. chauffeur, sahabat2, teman mengulaq dll yg sabaq menemani aku menikmati makanan xkira masa. terima kasih juga pd kak tie yg selalu memasak utk aku, I LOVE U ALL..........


try buat muka comey
control sket hahahah

Monday, September 12, 2011

...loi...

LOI

ni aku punya pe'el terkini.......semua benda aku buat LOI. apa jadi sekali pun semua benda aku buat LOI ja, makan ja aku cargas hahahahaha! 

6/9/2011 & 8/9/2011- aku nak simpan date ni. sbb peristiwa bersejarah ni kena diingat, manalah tau kot2 ada kekeliruan fakta sejarah di kemudian hari mcm mat sabu tu. kalau dah timbul kekeliruan fakta di kemudian hari ni, takut ada plak adegan saman menyaman. time tu mungkin 'hero' &  'pengkhianat negara' sama2 dan xdok, maka tinggal anak2 ja la yg dok bergaduh........xbahik la cam tu. xkan nak bermusuhan sampai 7 keturunan pulak. apatah lagi bergaduh utk sesuatu yg sgt jelas bukan 100% memihak kepada mana2 side.

so...apa kena mengena LOI dgn peristiwa hari ini dalam sejarah tu? sbb my first expression & action adalah LOI saja. dengan muka LOI dan hati yg penuh perasaan LOI aku lalui kedua2 hari dengan jayanya. aku xsangka aku bleh jadi camtu sbb selalunya aku ni cepat melatah n mengamuks. Tp bleh plak aku 'tiada rasa'..... mungkin sbb dah biasa - alah bisa tegal biasa-

Skrang aku cuma nak dok goyang kaki dan melihat kesungguhan kata2. Adakah ianya masih melodramatic mcm episod2 sebelum ni? Sekadar kata2 yg menagih simpati. Adakah teraniaya atau tergolong dlm kumpulan org2 yg menganiaya diri sendiri. Dan aku menjadi LOI kerana aku dah xkan melarikan diri lagi......................drama drama drama!


P.S : Drama Queen Closet adalah tiada kena mengena dengan setiap persoalan di atas. dan Puan DQ kita juga tidak terlibat secara langsung dengan pembikinan ceritera ini.

Thursday, September 8, 2011

...wayang...

byk cite menariks kat wayang ni! hr tu sone nak tgk Hantu Bonceng tp dah sold out. Katanya kutipan mencecah RM5 juta. Hmmmm......mcm ada keinginan untuk buat back to back this weekend. Kita senaraikan dulu ye....................

1. Hantu Bonceng
2. The Smurfs
3. Conan
4. Brides Maid
5. Contagion
6. Colombiana

Nampak gayanya 3 teratas tu amat menariks untuk ditonton! nak kena check tiket nih. Nak hajak sapa ey? Kena tanya Along & Ikin....tp hantu wayang ni mcm dah tengoks jer. Cik Zuriati Zulmi....sudikah anda bergandingan dengan sy untuk menonton cerita pecah panggung ini? lalalalalala



p/s:  ada cite baru bakal kuar tp bukan pecah panggung.....pecah punggung! lalalalalala

Wednesday, September 7, 2011

...selamat hari raya aidilfitri...

di kesempatan ini aku hulurkan tangan memohon maaf kepada semua warga blogger yg xberapa nak ramai dan juga followers sembunyi2. kalau ada ayat2 yang mengguris jiwa atau kata2 yg xsedap dibaca maka mohon dimaafkan.

sejujurnya, ada ayat2 yg ditujukan khas buat insan2 yg berkenaan, maka maaf juga turut dipinta bg kata2 menyeksa jiwa ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.......................................





Tuesday, August 23, 2011

Honey Cornflakes

Bagi  menceriakan hari Sabtu & Ahad aku yang suram.....aku buat kuih raya paling senang di alam 'kuih raya'. Honey Cornflakes atau Cornflakes Madu.

Bahan-bahan:-
250 gram cornflakes
125 gram butter
1/2 cup gula perang
5 sudu makan madu/golden syrup
choclate/colourful rice

Cara-caranya:-

1. Cairkan mentega, gula perang dan madu atas api sederhana. AWAS jgn sampai hangit, sentiasa kacau spy x jd gula hangus!
2. Tuangkan atas cornflakes, gaul sebati.
3. Masukkan dlm paper cup kemudian taburkan choclate rice.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama beberapa minit sehingga agak kekuningan.

mcm biasa aku ada buat sikit penanbahan  pada resepi asal kat atas hehehehe. Aku tambah kuaci kwang! kwang! kwang!. bg yg suka bleh juga tambah bahan kekacang yg lain. aku pernah tgk org tambah oat.

Selain tu aku kurangkan sket madu, kononya xmo manis sgt! tp still manis so aku nak kurangkan gula perang plak, itupun kalau aku buat lagi la.

ni rupanya dari jarak dekat

sblum bakaq

ni pun xbakaq lagi


sesudah dibakaq

oppsss! lupa nak cakap, aku xbubuh choc rice.....aku letak manik warna warni tu. sbb aku rasa comey skit!
ishhkkk kalau la au rajin setiap kali aku boring, maka mcm2 la yg bakal terhasil.

Saturday, August 6, 2011

...agaq2 kering...

Hari ni rasa sunyi la puloks. Kak T balik Selayang dan Mala balik Temerloh. Mcm biasa aku je yg tinggal sengsorang kat umah............sunyi......... Macam xbiasa lak, sblm ni pun 4 thn aku dok sengsorang. Baru 6 bulan je ada housemate. Rasanya ni dah tahun ke 2 aku puasa tnpa bf. Dah tu ngada2 lak kan.....

So aku try buat agaq2 kering utk raya ni. Bahan2 aku amek kat blog jurnal resepi bdria. ni aku letakkan kalau korang nak try:-

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali 
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda 
Cara-caranya:-
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  6. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


bahan2 nyer

Agar2 direndam
Warna biru

warna kuning (tp pucat sikit kan)
Aku kurangkan kandungan gula sbb aku xska manis. Pandai2 ja kan, dah la 1st time try dah memandai2 tukaq resepi. Kalau menjadi aku nak buat kaler merah n hijau plak...... kita tgk camne!



Siap dipotong....cuma kena tunggu esok utk jemuq bawah terik matahari !!


Wednesday, August 3, 2011

.........

"end of something is a beginning of another thing"

Hmmmm.....hari ni aku rasa tenang. ~TENANG~ walaupun perasaan masih bercampur baur tp wujud ketenangan jiwa kat situ. Good 4 my soul. Mungkin juga aku serahkan takdir aku pada Ilahi dan mula berharap padaNya buat aku lebih yakin.

Tp kata2 Kak T semalam buat aku sedar yg Tuhan sedang mengajar aku secara tak langsung. Hidup Maria yg xtenang dan mula mengacau aku, buat aku berfikir lebih jauh dgn situasi aku sekarang. Alhamdulillah keputusan minggu lepas adalah TEPAT. Selebihnya aku serahkan pada takdir. Tp sebagai pengajaran kat Maria, aku dapatkan penjelasan dr Ba dan  aku inform Eddy. Kalau aku dah terima takdir dan maafkan dia, jd kenapa nak kacau aku yg sememangnya tengah mabuk shopping dan xsempat nak pot life dia. Ingat kata pepatah "sarang bee jgn dijolok, harimau sleep jgn dikejut" Auuum Auuum Aummm

Post terakhir aku (sblum post ni) bukan lah post yg boleh dibanggakan, walaupun bahasa aku kasaq tp aku jarang nak menggunakan kata2 makian dalam chord d major cam tu. Tp aku xkan delete, krn itu adalah lambang kemarahan aku dan kebodohan aku. Ini adalah kali ke2 aku hilang kawalan selepas tragedi menung di tepi tingkap. Aku akan ulang membaca bg mengingatkan aku mcm mana aku bleh hilang kawalan sampai mcm tu, spy ia jd pengajaran kat aku. Rsnya time tu kalau ada mangsa depan mata ,ada yg bakalan kena jurus makian 7 petala langit sambil dihujani ayaq liuq aku. :)

Aku harap ada ruang untuk aku bahagia dgnnya yg aku sayang (yerrkkk jiwang karat). Aku harap  JODOH KAMI ditentukan oleh ALLAH, bukan jodoh dr JIN Atau SYAITAN. Sehingga waktu tu tiba, aku akan teruskan hidup aku dengan baik. Kerana bila hati kita sama2 ikhlas, Allah akan tahu dan dia takkan menganiaya hambaNya..............amin.

Semoga ini akan jadi satu permulaan yang baik untuk aku, untuk kamu, untuk kita dan untuk semua. AMIN



Friday, July 29, 2011

...caci maki dalam chord D minor....

(terdahulu bagi ibu2 mengandung jangan baca post ni sbb aku nak guna perkataan yg xsesuai utk pengetahuan bayi. so sorry pada kawan2 kalau rasa xsuka pada apa yang aku bakal hamburkan ni)

DASAR JANTAN S*@!...............sesuka hati hang saja gunakan aku selama ni kan. aku diam kan saja so hang makin berani amek kesempatan kat aku, SAYANG konon, RINDU konon. Macam HARAM!!!!!

apa yg aku tak buat spy hang tinggal aku? cakap elok sudah, pujuk pun sudah. buat perangai cam bangang pun sudah, buat melodrama pun sudah, skang hang nak aku maki hang ka? okey....hang memang macam VARVIDALOKA!!! apa yang hang buta perut sgt??? Apa salah aku kat hang sampai hang MEMPERGUNAKAN aku sampai ke tahap macam bangang???? YA aku mmg BODOH sbb percayakan hang. mati2 aku igt aku kenal hati budi hang, aku salah. 

hang xkesian ka kat org2 yg sayang hang n harapkan hang? balik la jaga hang punya life n org2 yg sayang hang. JANGAN cari aku, i mean it asshole!!! Biar aku hidup dgn cara aku sendiri, xdak faedah pun hang dok hadap muka aku yg huduh, hitam, gigi bersepah, pendek. dah la bahasa aku kasaq n aku xpernah buat baik untuk amek hati hang pun. 

xdak keinginan konon? macam HARAM!!! portray macam hang terpaksa, xgembira, terpaksa konon.............sapa yg paksa hang? semuanya LAKONAN semata2..................n thank you aku ni la yg bodoh p percaya semua tu n layan hang!!!! hang xnampak ka yg hang dok seksa aku??? AKU pun ada perasaan la, n aku dah tak mampu nak tanggung semua ni sorang2 sedangkan hang xpernah dipersalahkan pun!!! Sedangkan semuanya lakonan hang, hang yg GIGIH dok cari aku......mmg DASAR BAJINGAN!!!

FLOW CHART hang mmg hampeh!! aku dah xmo follow the flow. jgn cari aku, kalau aku mati sekali pun jgn sibok nak ziarah. simpan saja fatihah hang tu untuk diri hang sendiri. org kata aku ni jahat dok aniaya org tp org xnampak hang dok aniaya aku. org hina aku kata aku xsepadan ngan hang, tp sebenaqnya aku rasa HANG YG XLAYAK UNTUK AKU!!

Tuesday, July 26, 2011

...mari belajar peribahasa....



1. Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. -  bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya


2. kalau takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantaiKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar


3. Anak kambing takkan menjadi anak harimau - penakut takkan jadi berani.


4. Angan lalu faham bertumbuk - suatu hal yang banyak halangannya, ada kemahuan tp tiada berdaya.


5. Apa tampangnya, itu tumbuhnya - hasil sesuatu pekerjaan berdasarkan kepada ukuran usaha yg dikerjakan.


6. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan - takkan tercapai maksudnya kalau tak berusaha.


7. Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi - mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri.


8. Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah - usaha yang tidak bersungguh-sungguh


9. Bagai menanti arah hanyut - mengharapkan sesuatu yang belum tentu.


10. Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air - berkehendakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.

Sunday, July 24, 2011

...cinta sendiri by kahitna...



Lirik Lagu Kahitna Cinta Sendiri 



kau ungkapkan kepadaku 
kan ada saatnya nanti
engkau milikku satu
ku menunggu dalam bimbang
adakah sungguhnya aku
kasih yg kau inginkan

biar aku yg pergi
bila tak juga pasti
adakah selama ini
aku cinta sendiri

biar aku menepi
bukan lelah menanti
namun apalah artinya
cinta pada bayangan

pedih aku rasakan
kenyataannya
cinta tak harus 
saling memiliki

ku menunggu dalam bimbang
adakah sungguhnya aku
kasih yg kau inginkan

biar aku yg pergi
bila tak juga pasti
adakah selama ini
aku cinta sendiri

biar aku menepi
bukan lelah menanti
namun apalah artinya
cinta pada bayangan

pedih aku rasakan
kenyataannya
cinta tak harus 
saling memiliki

jujur aku tak yakin bisa
jalani hari tanpa dirimu
namun apalah artinya
cinta pada bayangan

biar aku yg pergi
bila tak juga pasti
adakah selama ini
aku cinta sendiri

biar aku menepi
bukan lelah menanti
namun apalah artinya
cinta pada bayangan

pedih aku rasakan
kenyataannya
cinta tak harus 
saling memiliki



p.s: paham ke idok??? ke buat2 xpaham?...........................

Monday, July 18, 2011

...lagi2 outstation...

zaman outstation kembali lagi.....lalalalala! Mula-mula miri-kota kinabalu-sandakan, seminggu kemudian Kuala Terengganu. Bulan ni Penang-Alor Setar-Nilai, yang bestnya sebab ianya back to back. Dari AS terus ke ke Nilai walaupun singgah KUL tapi hanya beberapa jam je sebelum bertolak ke Nilai.

Memang letih tapi pemandangan Nilai Spring Resort ni buat aku relax. dapat pulak bilik menghadap golf course. pool pun menarik, pool kanak2 agak luas. Boleh ler sesapa nak lari dari KL sekejap n tenangkan jiwa kat sini. Silap2 aku la yang akan jadi tetamu tetap setiap kali aku serabut nak rasa nak lari dari umah. tetiba teringat term "remaja lari dari rumah!!" - adoyai xleh blah

Ni view dari bilik aku
Skang aku dok ngadap lappy dengan view mcm kat gambar tu................amat tenang! kalau ini view umah aku, maka aku sanggup je berulang g keje Nilai-Bukit Jalil tiap2 hari......................

Saturday, June 18, 2011

...3D2N...

3D2N merantau kat miri-kota kinabalu-sandakan pun xmampu halang otak aku dr terus berputar. apatah lagi trip kali ni lebih banyak dok ataih flight dr berjalan, untungnya duit aku lgsung xdisentuh sbb makan ditaja oleh en. boss. Sgt gila.....letih mcm nak patah tulang belakang, jumpa katil je teruih kebabbbboooommmm.

aku dok rasa nak kembali ke sandakan.....nak g teroka sepilok & snorkeling kat sipadan ka. tetiba terasa nak dekatkan diri pada nature ...... ya la sgt!! xdak apa pun yg aku rancang dah berjalan! Sian kat aku, tp kerja dah makin seronok! Harap2 life will be good to me in the future.

btw....miri xdak apa2 yg menarik, sekadar sebuah bandaraya kaya dgn minyak. 1st telaga minyak di malaysia terletak kat atas bukit dikenali sbg Old Lady. Harap2 bleh menjenguk Sandakan lagi !

Friday, June 10, 2011

...patah tumbuh hilang berganti 2...

Bulan ni mmg bulan menghabihkan duit hahahaha.... Bodyshop buat sale, GAP buat sale ~lalalalala~ since i'm not GAP's fan so aku xkesah sgt.
Citenyer...aku temankan along g GAP, tp aku lekat kat kedai sebelah iaitu.....FOSSIL. Ntah nape aku agak gilakan leather items. Memandangkan aku punyer purse dah kena cilok, aku usha purse kat situ. Sbnarnya aku mmg dah lama cari ganti, cari purse Guess yang sama tapi dah xde. Tgk Carlo Rino cam kekanak riang, not my taste sgt la.



Kebetulan jumpa yg berkenan di hati, faktor utama pemilihan adalah salah satu compartment tu muat tepon aku ~lalalalala~ terus tapau! Ada 3 colours, tp aku amek dark choc sbb dah ada niat nak tapau handbag...............*wink*

Kali ni aku beli sendiri ye, bukan pre-birthday gift @ post birtday gift. Tp duit org kasi~hahahaha gift la jugak kan? terima kasih daun keladi my prenz~

Saturday, June 4, 2011

...aku dah jadi ZOMBA...

Jumaat - 3 Jun 2011

Aku terjaga time azan subuh & tetiba aku rasa macam mayat hidup. Aku dah bertukaq jadi ZOMBA! Untuk seminggu ni, tiap2 pagi aku bangun & g keje yg mana aku tak buat apa2 pun kat opis kecuali utk beberapa perkara dan juga meeting, pastu lunch n sambung doing nothing. Kepala aku sgt kosong........habih keje balik umah, masak dinner, makan & tido. Mulanya aku rasa aku jadi camni sbb housemates aku stay kat UKM sbb bertugas utk SukMa 2011.........

Rupa2nya aku memang blur, 2 kali salah jalan. Aku drive mengikut rutin harian tanpa pikiaq mana nak pi. mula2 masa nak p lunch kat TPM, aku relaks je kona masuk ke Maybank sedangkan aku nak p fudkot TPM. Mmg aku selalu p Maybank TPM. Kali kedua masa nak pi amek IC kat carre4, aku drive straight ja kat lane kiri sedangkan sepatutnya aku amek lane kanan utk kona masuk carre4. nasib baik masa aku nak sampai kat tepit lite tu, lampu jadi hijau so aku dengan bergaya teruih kona kanan hahahahaha

Apa pun, aku sedaq yg aku takleh terus melayan kepala 'blur' aku ni. Aku tak mau terus jadi ZOMBA yg hanya ikut rutin semata2. Alhamdulillah aku terjaga dari 'hibernasi', seb baik! paih tu Pn Eta telah bagi ayat best 'bersangka baik dgn Allah, dia sdg merancang yang terbaik utk aku'. Thank You Teacher!!

sexy zomba.......huhu i loike!!

Wednesday, June 1, 2011

...walau apa terjadi...berjalanlah tanpa henti...


Dah 2-3 hari tingin nak menulis tp 'BLUR'. Aku masih beku, kaku, lesu, bisu. Still nak hadam perasaan sendiri. Bukan menidakkan ketentuan, tp menyesali keadaan. Banyak soalan dalam kotak pikiran tp jawapan yg aku dapat hanya satu - "dah tak tau nak kata/pikiaq apa dah".

So aku pakai nasihat PPS(H1) - go with the flow. Thanks to uols yg concern. Tak sangka lak ada sahabat yg sama2 nangis ngan aku.....isk isk. Terharu babe!! Terima kasih kerana mendoakan yg terbaik untuk aku, teruskan berdoa *wink*. ~ walau apa terjadi......berjalanlah tanpa henti~

Monday, May 30, 2011

...tired...


..................& just wanna stop...........

Wednesday, May 18, 2011

...nak letak lagu...

weh camne nak letak lagu? tolong ajaq, mp3 kat design panel tu cam harrrrr........ harimau! hehehe. Tolong kongsi ilmu anda!!

Tuesday, May 17, 2011

...Nora Elena...

7.00pm - housemate dah kuar g dating. umah dah siap kemas last weekends. facebook xde org. cityville dah xde energy. pm & sms senyap je, dah xde yg menghantar. makanya SUNYI & SEPI. so layan la Nora Elena sambil update blog, tetiba aku ter'touching' lak ngan ayat Nora Elena tu......."selama ni aku lupakan sejarah hitam dengan berpura2 gembira".  touching sampai termenangis, pastu sampai skang le sakit kepala.

p.s. ikut rasa binasa, ikut hati mati..........

cinta sampai mati......lalalala

Sunday, May 15, 2011

... if ...

"If someone Wants You, Nothing Can Keep Him Away, If He Doesn't Want You, Nothing Can Make Him Stay. Stop Making Excuses For A person And His Behaviour. Stop Trying To Change Yourself For A Relationship That's Not Meant To Be. Slower Is Better. Never Live Your Life For someone Before You Find What Makes You Truly Happy."


Aku amek ayat2 PEMBAKAR SEMANGAT ni dr sepopu aku punya wall FB..............btol la tu, no need to rush, if it is meant to be maka ia akan jadi gak. At the right moment & with the right person & with right amount of EFFORT......Insyaallah. Lagipun sapa yg lebih tau hikmah semuanya selain Dia? So, LET TIME TELL..................

"ni apa..........."

p.s : sesuatu yg aku belajaq from past experience, stay truely to yourself n never be someone else. Tp kena sentiasa baiki diri untuk jadi lebih baik & baiki kelemahan..................

...hikayat seekor tikus...

Hmmm...dah lama tak berperang ngan lipas. Aku rasa koloni lipas kat umah ni dah pupus selepas aku mengamuk secara besar2an. Skang ni tikus la pulak, ni la masalahnya kalu dok umah teres, masa dok flat dolu okeh ja.........

Mana datang tikus itew? Mesti dari longkang, besaq plak tu. Aku punya terkejut masa dia lintas depan aku, sampai aku termenjerit! 1st  time aku menjerit, usually aku just terdiam n blah ja, xkira la tikus ka, ulaq ka, bewak ka...... cam kak-abang menjerit pun ada gak! :) Tikus tu dah sama besaq ngan kucing, aku bukan saja geli, takut pun ada, kalau tikus tu serang aku camne ~lalalala~ Aku sanggup tahan buang air kecik sbb takut nak g toilet. Sampai skang xmasuk dapur! Aduih perut lapaq plak tu.....

ditambah pulak ngan indon mana ntah yang dok htr sms kat aku punya akaun beruk-band. dah la guna bahasa jawa barat, aku xpaham dia dan aku rasa dia pun tak paham aku tulis apa. YA AMPUNNNNNN....dia hantaq lagi!!! waduh2!!! 

indon: Setiap mlm smpet online nlpn aq satu menit pun tak smpet memang lah?
indon: Tega temen koe punya perasaan gak c u
indon: Kelingan pa gak koe ma gak koe d sana lg ngpain mlh asyik 2 an thok
indon: D ingat 2 koe  pernah sms  sapa?
indon: Jembot koe lah
indon: Asyik y on sampe2 pon pun kasih mati 
indon: Oh g2 lah yadah gak papa  wis ra syng brati pean.
indon: Ma'af ya aq td ngmng kasar ke km met mlm met bersenang2 

penat dah aku cakap bahasa melayu 'persuratan' nak bagi dia paham, kang kalau aku start buat kesusasteraan melayu klasik maka dengan aku pun xpaham apa yg aku tulis huhuhuhu. 

p.s : please xplain n make me understand, dalam bahasa yang lebih mudah & difahami............. 

Sunday, May 8, 2011

...patah tumbuh hilang berganti...

2-3 hari gak la aku bangun dgn rasa terkilan hilang handbag. dah le en. ogre dgn tanpa segan silu kata aku 'cuai'. memang la cuai....bersangka baik yg tak kena tempat lalalala. Tapi balik KL ja, aku g buat IC, kad ATM & beli handphone. Skang misi seterusnya ialah  buat lesen n activekan ASB yg dah aku deactivated lalalala. Langkah utama ialah beli purse & handbag tp lps gaji la kot sbb skang ni memang sengkek gila huhuhu. kalaulah pokok pisang depan umah aku ni bleh buahkan duit.....

Skang ni aku dah tak igt sgt kat brg2 tu, dah lupa daratan sbb dah dapat yg baru. Jadi btol la kata org 'patah tumbuh, hilang berganti'.....mmg tak sama tp ok ja........ smoga aku dapat meneruskan langkah TUN TEJA dgn penuh waja. 

p.s:  hati masih membeku, dingin dan sejuk! tapi cahaya matahari selepas hujan akan bw pelangi ~lalalalala~


Wednesday, May 4, 2011

.....cerita rangkuman 2...

1. Handphone - semalam tido bleh mimpi tgh pilih BB, pastu test iPad. Kalau dah sampai ke dalam mimpi maka malam ini jugak aku kena dapatkan sebuah 'telefon bimbit'....xkira la blackberry ka, iphone 4 ka, samsung galaxy ka, e71 ka, hatta apa2 jenih tipon sekali pun. tapi aku masih berkira2 samada perlu aku dapatkan no lama atau pakai yang baru aja, matikan hubungan dengan semua anasir2 yg ada........any idea?

2. PPUM - smlm g spital. Niatnya hnya melawat pesakit atas dasar 'courtesy'. Melilau dalam PPUM cari wad & pesakit sbb aku xtau dia dok wad apa...bleh cam2? Seb baik puan hanim sanggup menemani, kalau x mmg mati kutu la jugak bila berjalan sorang2. Bila jumpa pesakit, dok 2 minit aja pastu terus balik. Anyway semoga cepat sembuh, may Allah always be with u.

Boleh tak arkitek yg nak design hospital ni tolong buat mapping dulu spy pelawat tak melilau merata jalan. Tolong mesra pengguna la sikit, kalau dah klinik luar tu xyah la sama building ngan wad, bukannya depa dok wad pun, pe kata ltk trauma & wad sementara satu building ngan wad2 lain....haduih! Nak aku ajaq jugak ka? Inter building connection tu bleh bagi lawa skit dak? Haduih penat melilau, baik hospital ASetaq pun baguih dr ni.

3. Terkilan- rasa terkilan kehilangan beg dah dapat diatasi. malam ni nak g beli purse yg sama hahahahaha. Kali ni aku beli sendiri okeh, dah xde la hadiah dr sesapa. Xpa la, selama ni pun aku beli sendiri gak huhuhuhu. Tp jgn la terlebih membeli sbb kdg2 aku ni akan lupa daratan bila bershopping terutamanya bila nak hiburkan hati sendiri..........wink. Ya Allah, temukan la jodoh aku ngan mamat yg bleh beli aku Times Square hahahahahaha.

MODE:  Tengah happy xtentu pasal........

Sunday, May 1, 2011

...epy kawen...

Ni la sepopu aku Erfizal & wife die Sarah.......... Semoga kekal ke Langit Ke 7
kezen aku yg dulu kecit je kawen hari ni. masa kecit2 dia ni pelat. cakap laju2 tp pelat hahahaha. sgt cumils.  Tapi jumaat lepas dia dah jadi laki orang, berapa kali lafaz tu aku xtau la pulak. Wife die sgt kiut.......bagaikan beauty & the beast. Sebab perbezaan saiz yg amat ketara......tp kalau dah jodoh semua tu tak jadi hal.

Berkaca mata aku tgk muka happy chak & pak chak aku (my aunt & uncle)...kalau la aku mampu berikan kegembiraan tu pd mak bapak aku. Insyaallah!

Wow!! Xde sorang pun dr makcik & pakcik aku serta kezen2 yang mengajukan soalan keramat itew. kecuali mak ngah aku yg sememangnya tak tau apa2. Aku maafkan dia sbb dah berabad xjumpa dia hahahaha, makngah adalah teman 'bergaduh' masa aku kecik. Selalu rebut channel TV ngan dia, aku nak tengok katun n dia nak tgk drama. Lepas arwah pak ngah aku meninggal, dia balik dok ngan family dia. So mmg dah berabad aku xjumpa dia. Apa lagi, abih la pipi aku digomol dek makngah.

Pastu Tok Lang, dia ni adik kepada arwah tok aku. suke benor die tgk aku. last jumpa dia masa aku kecik jer, memandangkan aku cucu sulong n duduk ngan tok & wan....maka aku jd peberet la. Masa nak balik mak chak aku sempat snap gambaq aku.......mampos! hahahahaha!. malah Chik (panggilan untuk makcik aku) yg dok buat tunjuk perasaan kat kezen2 aku yg lain pun dok bermanja2 ngan aku. Kezen2 aku berbulu je sbb dorang kata aku kamcing ngan chik hahahahaha. Aku mmg cucu yg dimanjakan, malah kdg2 rasa sgt melampau manjanya. Makcik2 aku masih bermanja & memanjakan aku.......*wink* 

Melihatkan kemeriahan semua ni, aku rs tingin nak kawen ~lalalalala~ nak rasa kasih sayang mak & pak mertua n ipar duai. Kalau dulu ngan ex fiance mmg dah merasa sgt2 laa kasih syg family dia. sampai skang pun kadang2 dorang masih call, aku je yg segan nak berbaik sgt ngan dorang. takut wife dia terasa..... Aku nak rasa kawen cam org lain, ada pelamin bagai. Xnak la kawen tangkap muat jer........bukan la nak buat besar2an siap ada gamelan, wayang kulit, mak yong segala, tapi ada la makan beradabnyer, pelamin anganku dimakbulkannyer, bilik pengantinnyer.......mesti best kan. Dan dengan status 'cucu sulong' ni, maka perkahwinan aku ler yg dinanti2kan ni hehehehehe...........Insyaallah, kalau hati ikhlas & istiqamah dlm berdoa mesti tuhan makbulkan. amin. (pujuk hati sendiri)

....bersambung

Friday, April 29, 2011

...ASB...

bangun pagi terus teringat psal buku ASB, rasanya dok dlm handbag tu juge, dah le dia ada IC aku. Terus call ASNB utk freeze account, seb baik boleh. hadus semua dah dibekukan. Ptg ni tukar kunci keta...mau la 2-3 ratus.

dalam dok sedih2 aku teringat, aku kata nak cuba bahagia walau hanya tinggal selembar benang. Jd inilah masanya utk aku berusaha utk mencari bahagia di hati. Tuhan baru amek sikit je nikmat dia, mgkn dia akan ganti yang lebih baik. 

Celah2 tu juga teringat statement aku sendiri, aku beriman dengan qada' dan qadar. takdir baik dan takdir buruk yang Allah tulis, semuanya ada hikmah. Lgpun kalau kita nak buat baik ni, tuhan akan turunkan ujian sepantas kilat. Alhamdulillah, tuhan masih beri aku peluang untuk merasakan kemanisan ujianNya. Setiap yang tertulis untukku adalah yang terbaik bagiku, kerana Tuhan lebih mengetahui.............

Terima kasih kawan2 yang sama2 bersimpati dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih kepada yg sudi membantu w.pun aku jauh, TQ pd my mama & abah yang muka kelat je sebab kesian kat aku kot, time kasih kat plus & makcik2 cleaners yg dok bebel kat aku, sib baik aku sibuk dok makan hati sengsorang kalau tak mesti aku 'dush' makcik2 yg berleter tak habih2 tu. Msti makcik2 tu berkenan kat aku yg dok termenung sambil relax2.......walau dalam hati sgt sakit huhuhu.

Pharmy kata"tuhan tarik sikit je nikmat dia tu sbb nak kasi sesuatu yang lebih baik". Amin.


p.s aku bukan poyo ckp pasal agama, aku cuma cuba baiki diri........supaya tuhanku dan tuhanmu menerima aku dan taubatku. Amin.

...hilang segala2nya...

haduih! hari ni aku hilang my fav handbag, my fav purse, my fav watch, my camera and my beloved HP.......semuanya sebab aku konon2nya xbersangka buruk dgn org dalam surau kat R&R Gurun. Adeh! deh! deh! duit dlm tu ada la dlm RM200/- itu pun sbb dah byk letak minyak n top up T&G. jadi kengkawan jgn percaya pd org w.pun dlm surau....semayang skang dah kena berkiblatkan handbag.

kunci kete pun dia amek sekali, haduh....skali ngan kunci umah lama pulak tu. Mmg menyusahkan aku sungguh. Td aku relax je tapi sekarang aku rasa nak menangis la pulak.........byk benda nak kena settle ni, nak kena gi buat report polis, buat IC, lesen. Esok nak kena tukar kunci kete, aduih! umah lama aku pun nak kena tukar kunci la jugak, barang2 aku still ada kat dalam tu. 

Paling buat aku rasa terkilan HP tu sbb byk message yang aku slalu ulang2 baca buat penghilang windu.....wwwwaaaaaaa skang aku dah start nangis. rasanya tuhan dok makbulkan doa aku kot, maka semua saki baki kenangan yg ada ditarik balik. Semua bnda yg aku sayang dah xde, mula2 hilang En. Ogre, pastu camera yg ada gambar die, HP yg ada message dia, satu2nya no tepon aku yg dia ada..........ameklah!  ameklah semua kalau ini yg terbaik utk aku huhuhuhu! 

Abg plus tu kata "Dugaan ni, akan ada yg lebih baik utk awak. Semuanya ada hikmah".....Amin. Nak g sambung nangis sampai lebam...................

Tuesday, April 26, 2011

...giving up...

..1st day...

tamatlah hari pertama dgn mata yg bengkak n muka yg sembap. siap amek mc lagi.........sakit kepala ngan sakit hati sama naik jer ~hahahahaha~

rupa2nya xlama mana pun. Tetiba je......."message received". Aduih! nyesal nanges sehari suntuk! *wink*

Saturday, April 23, 2011

...bodoh...

haduih! pasai pa la org cerdik cam aku boleh jadi bodoh dan kena tipu berkali2??????...cerdik ka kalau selalu kena tipu & digunakan? ~lalalalala~

Dato' KP kata "Emotion isnt sumthing u should listen to"................BETUL!!!!