Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Friday, April 13, 2012

..T E N A N G....

Sah dah nak kena g karok ni, tapi masih tak berkesempatan............sbb dah terlalu byk paperwork nak kena tulis. Itu xmasuk assignment lagi, hehehe...........dan aku yg malas nak mengarang ni mula la buat byk alasan. (Tp kalu menulis blog rajin plak). 5 minggu pertama sebagai student, kepala masih terawang2. bila dah kantoi 1st test baru la sedaq dunia. HAMEK KO! skang tengah gigih menyiapkan assignment sbb nak cover balik 1st test yang cam hancit.

lately byk entry aku yg xgumbira, balik2 cite yg lebih kurang sama. tp Insyaallah....semua akan jadi lebih baik. rasanya dah 2 bulan waktu tido aku kacau bilau. 2-3 minggu lepas paling kritikal, 2.30 am baru lelap tp 6.30am automatik mata terbukak......jam pun xsmpat bunyi. tp 2 hari ni aku dah bleh tido sblm pkl 11pm....dan dah tak banyak terkejut. sekadar 1-2 kali terjaga sblm pagi. Agaknya sbb aku T E N A N G kot....................

Dear friends, aku minta korang doakan yang terbaik untuk aku, sbb doa sahabat yang tidak diketahui sahabatnya adalah antara doa-doa yang mudah dimakbulkan. A M I N 

Friday, March 9, 2012

...13% dan gaji buta...

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dalam bulan Mac ni.......kunci umah Saujana Putra dah bleh amek dan dah ada potential tenant, kalau jadi maka ada la rezaki lebih. Enstek pun dah siap, hujung bulan dah bleh amek kunci. Kalau sesapa nak sewa sila roger k......

Panjang jodoh aku ngan UiTM, dapat further dlm Facilities Management. Semoga kali ni tak berhenti separuh jalan mcm 10 tahun lepas....huhuhu. Kalau tak, ini dah my 2nd Master (mood perasan hehehe). Pendaftaran dah settle, dah terlepas 1st class (lalalalala smbil tgn letak dibahu). Sgt teruja nak memulakan hidup sbgi student, kalau dulu belajar hnya sbb nak cr keje, skang dah tahu matlamat belajar.

Dan Alhamdulillah lagi bila dapat kenaikan 13%,  tapi syg benefit SBPA yang lain xdapat. Mgkn CUEPACS kena perjuangkan nasib penjawat awam dengan lebih bijak. Kalau kena cara, maka semua akan dapat faedah jangka panjang. Mcm tarik rambut dlm tepung, rambut xputus dan tepung xselerak. Aku dah agak kerajaan akan batal SBPA sbb tuntutan CUEPACS tu xmunasabah.

Tapi aku sakit hati bila ada dikalangan kengkawan yang wat post berani mati............

"gaji naik, semoga kakitangan kerajaan tak makan gaji buta"........

AMBOIIII....apa celloOps!! Jgn kata kakitangan kerajaan, staf swasta pun ramai yg ngular, buat keje cam hampeh, muka masam mcm cuka getah. Aku keje cam balaci, sabtu/ahad pun pernah je msk opis tnpa claim OT sbb xlayak, xde elaun kenderaan sdgkan Kembara Hebat itu la yang aku lenjan g meeting dan ke sana sini dan aku xclaim mileage pun walaupun slalu p putrajaya. Belum masuk kena maki, sindir dek boss.  hujung minggu ni cuti aku akan go to waste sbb nak kena sediakan budget 2013, haaaa apa celops!!! Itu xtermasuk event yang xdak kena mengena ngan aku tp still kena attend terutamanya event kementerian.........dan semua tu atas dasar 'sy yang mengikut perintah' je.

Xdinafikan ramai kakitangan kerajaan yg hampes, tp jgn la tibai semua skali. Sama ja sektor swasta mahupun kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan xnaik mengikut merit walaupun kerajaan buat untung bilion2 (kalau untung la), kakitangan kerajaan xdapat bonus 2-3 kali setahun dengan jumlah bonus 3-4 bulan gaji. Kakitangan kerajaan dihantar bertugas kat tempat2 jin bertendang yg sektor swasta xkan p kecuali dengan projek kerajaan. Mesti ada kaun keluarga, sahabat handai kita di kalangan kakitangan kerajaan yg sama2 rs benefit ni. Maka bersyukur dan be happy for them la.

"Aku  bersyukur kerana aku hidup atas gaji kerajaan, pinjaman pelajaran kerajaan, sekolah kerajaan, hospital kerajaan..........................tapi aku juga tak sanjung kerajaan atas batu jemala patik. Jadi pandai2lah menilai"

Tuesday, January 31, 2012

....pasrah vs redha....

Bff aku kata "kalau redha kena ikhlas, xleh marah, xde airmata............kalau pasrah tu terima seadanya walau hati sakit n xikhlas mana pun" .... ntah mana ceramah yg didengarnya. tp betol la tuuuuu...........

Lately aku terpaksa jawab soalan yg sama byk2 kali. Jawapannya "aku beriman kepada qada' dan qadar" atau "aku terima takdir aku seadanya"..........................tapi sebenarnya aku xde la redha pun. Aku pasrah jer. Kalau itu yg terbaik utk aku dari Ilahi. Dan ada yg kurang bersetuju, niatnya baik, xmo aku merana. Cuma aku rasa dah sampai masanya aku serahkan segalanya pada takdir. Aku bukan berputus asa.....aku cuma rasa 'mungkin ini mmg takdir aku'.

Ada di kalangan bff yg terima situasi aku, ada yg tidak. Bagi yg melihat segalanya, aku rasa mereka faham. Walau pun aku jarang bercerita kecuali dgn Puan H (bukan nama sebenar kui kui kui) tp rasanya ramai yang tahu situasi sebenar. Sbnrnya Pn. H adalah org yg paling concern kalau melibatkan hal ni, dia tak mo aku sedih! (I love u Puan H) ......tp dia juga mahukan yg terbaik utk aku. Walaupun kadang2 dia naik hantu gak dgn perangai & kedegilan resaksa pemusnah bumi yg semakin berleluasa.

Orite, meh aku terus terang. Aku xminta kawan2 memberikan sokongan moral yg tak berbelah bagi dengan membawa sepanduk, cogankata, pom-pom mahupun pancaragam. Aku juga paham kalau ada kawan2 yg terlepas kata sbb depa xtau apa pun. Aku cuma minta TERIMA AKU SEADANYA.

Aku juga paham kalo satu hari nanti aku merana, derita dan sengsara kerana disia-siakan. Dan masa tu semua orang akan menunding jari pada aku sambil gelak2 sengih sambil berkata 'padan muka, ketegaq sgt! xdengar nasihat'. Maka aku akan tunduk sambil kata......hamba salah, hamba xpandai, hamba ketegaq sambil kuis2 hujung jari kaki sendiri *ngeee*




Saturday, January 21, 2012

...ulangkaji...


toink toink toink

pagi aku tulis post "...bahagia dalam derita..." petang tercetus percanggahan teori dgn praktikal. post tu adalah teori dan hakikatnya xseindah teori.......(aku xtau nak kata apa). Dalam usaha mewujudkan 'kenangan indah', ada masanya yg xberapa nak indah pun berminat nak tempa sejarah! huhuhu

So aku baca post lama tu ulang2 kali. Nak mengulangkaji teori tu, supaya dapat di'hayatitasrib'kan dengan sepenuh jiwa. Bukan senang nak bahagia weeehhhh!!!!

Kadang2 bahagia itu bersalut derita, kadang2 ketawa tu berbalut airmata.
(aku baca dlm majalah sbb tu sedap je bunyinyer.)

Sunday, January 15, 2012

...bahagia dlm derita...

aku rasa nak wat novel la. tajuk seperti di atas hahahaha! rasanya belum habis baca 1st chapter org dah baling buku aku, ngantuks!

nak kata hidup aku ni menderita, xde la kot. nak kata bahagia sgt pun, xjugak. aku ada tertengok equation kat bwh ni :

life + love = happy
life - love = sad

2 life = happy + sad
life = 1/2 happy + 1/2 sad

mmg bergeliga org yg buat this mathematical equation. mesti addmath dia power!! tp gitu le life....xsemua perkara yg kita nak, kita bleh dapat. dan xsemua benda yg kita dapat adalah seperti yg kita nak. banyak perkara yg terpaksa aku lepaskan, tp bila tangan aku kosong maka aku bleh capai benda lain plak. mgkn perkara yg lebih baik, mungkin juga sebaliknya. 

aku cuba untuk belajar terima kenyataan.....walaupun pahit. cuba tersenyum walau pun sakit. nampak happy cam xde masalah, dlm hati tuhan je tahu. aku juga belajar, kalau kita tingkatkan tahap kesabaran kita lebih dr biasa, kadang2 resultnya amat memuaskan. belajar menghargai masa dan ketika bersama walau pun sekejap je, cherish every moment together. walaupun masa tu pendek, lebih baik diisi dengan gelak ketawa, drpd ada masa yg panjang tp diisi dengan 'silent moment' yg sia2. 


aku juga 'ditegur' to act wisely, xperlu rumitkan keadaan. cakap je, xperlu throw tantrum xtentu pasal. and yes, aku ngaku it was childish. tetiba termalu sendiri wat perangai cam budak2, padahal umur dah 30an, watpe belajar tinggi2 masuk asrama penuh bagai (mrsm okeh), kerje hebat tp mcm budak2!!  *wink* lain kali xmo dah jadi ju-on, nak cuba jadi hantu lain puloks :)



Aku juga belajar menghargai diri sendiri, xleh nak mengharapkan org sentiasa mencipta bahagia tu utk aku. Xleh nak harap org sentiasa menciptakan kenangan indah utk aku. Memandangkan hdp aku xsama ngan org lain, maka masa yg sgt lapang tu aku isikan dgn aktiviti indah. Xyah nak dok bersedih tgu tepon bunyi atau sms masuk. Last week g Bukit Tabur, cam nak ber'terabur' gigi panjat bukit tu, nasib baik ada braces yg memastikan gigi berada di gusi! first 1/2 hour tu sgtlah azab sbb xfit, dah bertahun2 tinggalkan aktiviti daki mendaki ni! This week dorang panjat tangga Batu Caves tp aku siboks mencipta kenangan indah kat lain*ngeeee*. Xnak arr panjat tangga, sakit lutut dwoh! tgk next week lak apa kejadahnya aktiviti dorang! yg pastinya sgt2 happy dgn aktiviti riadah ni, penat lelah terbayar bila sampai ke puncak bukit tu. tapi nak kena g gym n beli kasut outdoor lah, sakit ibu jari kaki mak!!

 Cantik kan pemandangan dr atas bukit ni. Tp mmg konsep mendaki la, kalau dah dinding batu 90deg, xsesia aku panjat pokok jambu kat umah Arwah Tok Minah dolu......

Aku juga belajar bersabar dengan kata-kata org. Ke'melantakkan'lah apa org nak kata, yup i've made mistakes but life doesn't come with instructions. hehehe cumils tak alasan aku? toink! Sabar je la nak buat camne. Walau pun kekadang ini adalah tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku TAPI ini juga tidak adil, tidak adil, tidak adil baginya. terpulanglah kepada Yg Maha Adil untuk menilai dan menentukan takdir hidup aku. Aku pasrah....................(statement xleh blah). Apa2 kembali pd pelajaran sblm ni la, blajar untuk mengindahkan hidup sendiri. ini la yg dikatakan 'mencipta bahagia dlm derita' keh keh keh keh.

Semua ni bukan pengorbanan ye...sbb xmemenuhi syarat2 sah korban. ini cuma tolak ansur, supaya kita boleh bahagia, walau dgn cara kita sendiri. Sbb xsemua org melalui jalan hidup yg sama. 


"Ada sungai yg berliku, ada sungai yang berbatu, ada air terjun, ada sungai cetek, ada sungai dalam, ada anak sungai, muara sungai, ulu sungai, ada tasik ladam kuda (tasik yg terbentuk akibat penukaran aliran sungai.....geografi).   Tapi semua sungai menuju ke laut............kalau air sungai melimpah, dan pasir sungai berubah sekalipun, sungai tetap mengalir ke laut"


ps: aku sendiri xberapa paham dengan metafora aku kali ni *wink wink wink*
















Saturday, January 7, 2012

...resdung...

lately hidung aku jadi xselesa...........start dgn demam selsema masa raya haji, pastu sentiasa xselesa. mcm ada 'sumthing' je behind my nostril and throat. pastu ada breakouts kat belakang badan n kepala. masa g facial n body scrub minah tu kata mgkn aku ada resdung.

so la ni aku dok tgh gila buat rawatan resdung. Aku gigih sgt buat treatment ni sbb rasa tak selesa at the back of my throat is so irritating. kadang2 aku mula la rasa nak cam sesak nafas sbb rs xselesa kat belakang tekak tu. 1st time tu cuak la jugak, kelam kabut nak bernafas.  bila dah bleh control aku punya panic attact tu maka keadaan lebih tenang n nafas lebih teratur.

makan HPA Herbs n buat rawatan asap tu. nak buat utk 1-2 bulan lagi................skang dah nampak kesan sikit. dah mula selesa.....harap2 la menjadi!

Friday, December 30, 2011

...selamat tinggal 2011...

dah agak lama xmencoret kat sini, nak kata bz tak jugak. lately malas nak komen. serabut dgn keje yg meletihkan hati hahahaha! apa kena mengena kerja dgn hati?.......panjang ceritanya. pendek kata, aku sedang menghabiskan sisa2 cuti tahun 2011 dengan doing nothing kat umah, sepatutnya aku kat a.staq, menghabiskan cuti smbil meraikan detik2 bahagia siti zuriah zulmi.........tapi atas klausa 'sy yg menurut perintah' aku terpaksa berada di KL. nak menambahkan lara di hati ~meeting cancelled~ dan keberadaan aku di KL adalah sia2 huhuhuhu

2011 bermula dgn tidak baik; baik dr segi personal mahupun kerjaya. byk sgt masalah2 yg sebenarnya tak sepatutnya berlaku pun. dan aku rs aku xhandle masalah tu dgn baik. masalah personal......aku cuma biarkan and follow the flow, kerjaya plak aku layan wat keje secara sentimental.....angguk je setiap kata2 bos. makna kata 2011 aku berlalu cmtu je, ada la 1-2 plan aku yg berjaya antaranya aku dah ada umah (yg juga hutang) dan insyallah kalau berjaya dgn interview maka aku akan smbg study yg sepatutnya dah lama aku buat. tp aku xrasa aku lebih baik dari tahun sebelumnya, macam makin teruk ada la. Namun, 2011 byk mengajar aku erti persahabatan.....aku sgt2 bersyukur kerana aku ada geng tapau kat opis dan juga group TER yg sgt2 happening!! dan xlupa PPS(H1). i love u guys so much.....aku mmg degil & laser tp silalah tegur salah silap aku. kita xsemstinya sentiasa sependapat tp yg penting kita menghormati pendapat masing2. kita mungkin bertelegah, tp kita bleh sama2 nangis dlm gembira atau duka. situasi kita mgkn xsama tp kita support each other in our own ways. ....I LOVE U.

Semoga 2012 akan bermula dgn lebih baik. Aku nak baiki my leadership skill,  xperlu membebel tp lebih tegas. selalunya aku ni nmpak je garang tp hati kecik. aku nak jd lebih tenang tetapi TEGAS. insyaallah! rasanya masih xmampu nak mulakan business kerana kekangan masa, nak kena belajar sesuaikan diri dgn study n kerja. so kena tambah ilmu sblm starts a biz, kecuali yg kecik2 mcm jual kuih ka....lalalala

dr segi personal lak, aku hanya mengharapkan yg terbaik  kerana perancangan tuhan adalah yg terbaik utk aku. so aku tunggu je janji Allah dan janji 'hamba Allah' tu........semoga dia kotakan kata2 dia. walaupun aku sgt sceptical dgn situasi skang ni, tp aku hanya mampu 'holding on him' & bersabar......aku harap dia kotakan 'no more' yg dia ckp tu krn i take that as a penegasan kepada ayat sebelumnya. U don't play2 or i will scrum u...... :)(mampu ke aku nak scrum org hahaha)


kepada semua insan yg hadir dlm hidup aku sepanjang 2011.....aku hargai pengalaman yang korang berikan. mohon maaf andai kata aku dah melukakan hati. aku cuma manusia biasa xmampu lari dari melakukan kesilapan. dan aku xleh janji yg aku xkan buat silap lagi, cuma aku akan baiki diri aku. 

ting ting ting ting .......menanti detik tahun baru.

Tuesday, November 8, 2011

...Aidiladha...

Raya datang lagi...... dan aku buat hebat balik pagi sabtu dan kembali ke KL pd petang Isnin. Journey to KL agak mencabar sbb jammed bermula kat Bukit Gantang-Terowong Ipoh. Pastu dia smbung plak dr Tol Ipoh (U)-Simpang Pulai. Baru nak bernapas dia jammed plak disana sini.......dan antara punca jammed

1. bottle neck yg menyebabkan pengguna jalan raya huru hara xreti nak bertolak ansur dan akhirnya semua kena mengesot pelan2 atas jalan.
2. Pemandu kenderaan perasan - yg try nak over take lori tp hampir 2 minit berlalu masih dok sebelah lori sbb xmampu nak potong lori tu di jalan mendaki bukit.
3. Pemandu lori dan bas yang xmampu menahan rasa nak juga memotong lori @bas lain di hadapan walaupun depa tu sama saja....yakni siput.
4. Kenderaan bajet hebat - Murano/honda/merce/bmw atau kete hebat seangkatannya yg sengaja bawak 120kmj atau kurang di laluan kanan walaupun kete dia bleh ditekan sehingga 220kmj. Sbb nak habaq kata kete dia hebat tp dia saje yg xnak bawa laju2.........
5. Penjual ikan yakni selfish yg dok lorong tengah padahal dia xberani nak tekan lebih drp 100kmj tp tetap xnak dok lorong kiri.

Dengan yg sedemikian, sy rasa xsalah kalau sy guna lorong kiri tp bawak lebih drp 120kmj...sebab lorong tu kosong. Semua nak guna lorong tengah dan lorong kanan, jadi saya beralah je la.......dudududu!
nampak tak lori potong lori potong lori......hmmmm

Tuesday, November 1, 2011

...resepi slimfit sepanjang zaman....

Penyakitku datang lagi.......dah mula pulak penyakit xleh tido ni. Pkl 10.30 dah ngantuks......layan tido smbil hujan melanda bukit jalil. pastu terjaga pukul 12.30 dia buat xleh nak tidoq plak! dah seminggu gak la camni, dah tu camne xcekeding. w.pun cukup makan tapi xcukup rehat, stressed, xckp tido.....camne nak membesar. apa yg stressed sgt pun xtau la......simptom2 tu dah ada. Terjaga malam + loya time pagi. cam morning sickness je kan lalalalala

simptom ni agak biasa bg aku, started since 2003 rsnya. ms tu aku pelik gak la tp lps jmpa doktor dia kata tu simptom2 stress. n last 2 weeks i got breakouts/pimples on my body n head. byk lak tu, aku igtkan food poisoning/alergy sbb masa yg sama juga aku kena diarrhoea. selepas diarrhoea yg ketiga baru aku jumpa doktor dan katanya aku ada Indigestive Diarrhoea Syndrome, mgkn sbb antibiotik atau detox programme yg aku amek maka usus aku kekurangan bakteria baik so aku dinasihatkan banyakkan minum vitagen atau yakult. ubat yg sedap diminum...............

diarrhoea + insomnia = kurus. Untuk melengkapkan resepi utk kekal 'slimfit' sepanjang masa, kita tunggu aku start hilang selera makan plak. Bleh mampuih gak camni......boleh tak kalau aku nak reformat cpu kepala hotak aku ni, delete unused icon, letak apa2 anti-virus terhebat di pasaran. hmmmm kalau la semudah itew.....

Thursday, October 27, 2011

...pewoot xhappy...

nape lak pewoot aku jd sensitip semacam ni? ahad & senin minggu lepas dah kena diarrhoea tp seb baik xmemulas. ahad lepas kena lagi, hari ni pun lagi dan lagi dan lagi. nak kata makanan xbersih atau dah basi, housemate aku elok jer.

hanim pun kena gak 2 hari lepas. ada diarrhoea bawaan angin ke hape ~lalalalalalala~

Wednesday, October 12, 2011

...chicken out...

12/10/2011....hmmmmm my aunty's visit patutnya on 15/10/2011 dan mood pun dah mula swingging like crazy. dah 3 hari dok wat perangai cam budak2....semua pun nak mengamuks. pastu dok memikir perkara yg bukan2.

well, bab memikiaq ni mmg dah lama, but mala's engagement is a kick start to my stupidity. actually, up to this moment .... i still cannot cope with my anger n frustration. Aku pun heran, slalu je camni. masa aku ngan x-fiance dulu dok couple okeh je, bila dah engaged aku mula buat perangai. i started questioning everything, was he the right person? what if this and what if that....................mula sangsi dgn perasaan sendiri. takut ngan bayang2. erkkkssss adakah aku takut pd komitmen? ~lalalalalala~

skang pun sama, sblum ni aku okeh je.......aku bleh lalui segala kekusutan dengan jayanya. bila keadaan makin tenang, jalan makin jelas..........time frame dah ada, en. gorgon dah give his words, i chicken out! adoiyai.....ini bukan masalah org atau keadaan, masalahnya adalah AKU. Am i  a commitment phobic? Pastu aku mula nak question en gorgon. pastu majuk. pastu xnak makan steak lanun yg sedap tu.......pastu nyesal! pastu sedey :(

Pak hencik, sy minta maaf sbb tetiba sy jd dracula. sy bukan sengaja, kedatangan bulan tu buat sy out of control. tambah2 kalau ada moon halo cam hr tu. sy xleh janji utk berubah sbb sy tkt sy xberubah, tp sy akan baiki diri. cuma sy minta pak hencik tolong sy utk jd 'cool' sbb pak hencik selalu cool je bila sy ada tanduk. lgpun dah lama sgt kita xgaduh2 manje....sy nak gaduh2 manje je *wink* iloveu


p.s :
mgkn keadaan kita xsama mcm org lain, mgkn xkan ada majlis hebat utk kita, mgkn sy xkan diterima baik..................tp sy cuma harap satu hr kita akan tersenyum bila kenangkan semua yg pernah kita harungi hanya utk sebuah rasa.

Monday, September 12, 2011

...loi...

LOI

ni aku punya pe'el terkini.......semua benda aku buat LOI. apa jadi sekali pun semua benda aku buat LOI ja, makan ja aku cargas hahahahaha! 

6/9/2011 & 8/9/2011- aku nak simpan date ni. sbb peristiwa bersejarah ni kena diingat, manalah tau kot2 ada kekeliruan fakta sejarah di kemudian hari mcm mat sabu tu. kalau dah timbul kekeliruan fakta di kemudian hari ni, takut ada plak adegan saman menyaman. time tu mungkin 'hero' &  'pengkhianat negara' sama2 dan xdok, maka tinggal anak2 ja la yg dok bergaduh........xbahik la cam tu. xkan nak bermusuhan sampai 7 keturunan pulak. apatah lagi bergaduh utk sesuatu yg sgt jelas bukan 100% memihak kepada mana2 side.

so...apa kena mengena LOI dgn peristiwa hari ini dalam sejarah tu? sbb my first expression & action adalah LOI saja. dengan muka LOI dan hati yg penuh perasaan LOI aku lalui kedua2 hari dengan jayanya. aku xsangka aku bleh jadi camtu sbb selalunya aku ni cepat melatah n mengamuks. Tp bleh plak aku 'tiada rasa'..... mungkin sbb dah biasa - alah bisa tegal biasa-

Skrang aku cuma nak dok goyang kaki dan melihat kesungguhan kata2. Adakah ianya masih melodramatic mcm episod2 sebelum ni? Sekadar kata2 yg menagih simpati. Adakah teraniaya atau tergolong dlm kumpulan org2 yg menganiaya diri sendiri. Dan aku menjadi LOI kerana aku dah xkan melarikan diri lagi......................drama drama drama!


P.S : Drama Queen Closet adalah tiada kena mengena dengan setiap persoalan di atas. dan Puan DQ kita juga tidak terlibat secara langsung dengan pembikinan ceritera ini.

Saturday, June 18, 2011

...3D2N...

3D2N merantau kat miri-kota kinabalu-sandakan pun xmampu halang otak aku dr terus berputar. apatah lagi trip kali ni lebih banyak dok ataih flight dr berjalan, untungnya duit aku lgsung xdisentuh sbb makan ditaja oleh en. boss. Sgt gila.....letih mcm nak patah tulang belakang, jumpa katil je teruih kebabbbboooommmm.

aku dok rasa nak kembali ke sandakan.....nak g teroka sepilok & snorkeling kat sipadan ka. tetiba terasa nak dekatkan diri pada nature ...... ya la sgt!! xdak apa pun yg aku rancang dah berjalan! Sian kat aku, tp kerja dah makin seronok! Harap2 life will be good to me in the future.

btw....miri xdak apa2 yg menarik, sekadar sebuah bandaraya kaya dgn minyak. 1st telaga minyak di malaysia terletak kat atas bukit dikenali sbg Old Lady. Harap2 bleh menjenguk Sandakan lagi !

Sunday, May 15, 2011

...hikayat seekor tikus...

Hmmm...dah lama tak berperang ngan lipas. Aku rasa koloni lipas kat umah ni dah pupus selepas aku mengamuk secara besar2an. Skang ni tikus la pulak, ni la masalahnya kalu dok umah teres, masa dok flat dolu okeh ja.........

Mana datang tikus itew? Mesti dari longkang, besaq plak tu. Aku punya terkejut masa dia lintas depan aku, sampai aku termenjerit! 1st  time aku menjerit, usually aku just terdiam n blah ja, xkira la tikus ka, ulaq ka, bewak ka...... cam kak-abang menjerit pun ada gak! :) Tikus tu dah sama besaq ngan kucing, aku bukan saja geli, takut pun ada, kalau tikus tu serang aku camne ~lalalala~ Aku sanggup tahan buang air kecik sbb takut nak g toilet. Sampai skang xmasuk dapur! Aduih perut lapaq plak tu.....

ditambah pulak ngan indon mana ntah yang dok htr sms kat aku punya akaun beruk-band. dah la guna bahasa jawa barat, aku xpaham dia dan aku rasa dia pun tak paham aku tulis apa. YA AMPUNNNNNN....dia hantaq lagi!!! waduh2!!! 

indon: Setiap mlm smpet online nlpn aq satu menit pun tak smpet memang lah?
indon: Tega temen koe punya perasaan gak c u
indon: Kelingan pa gak koe ma gak koe d sana lg ngpain mlh asyik 2 an thok
indon: D ingat 2 koe  pernah sms  sapa?
indon: Jembot koe lah
indon: Asyik y on sampe2 pon pun kasih mati 
indon: Oh g2 lah yadah gak papa  wis ra syng brati pean.
indon: Ma'af ya aq td ngmng kasar ke km met mlm met bersenang2 

penat dah aku cakap bahasa melayu 'persuratan' nak bagi dia paham, kang kalau aku start buat kesusasteraan melayu klasik maka dengan aku pun xpaham apa yg aku tulis huhuhuhu. 

p.s : please xplain n make me understand, dalam bahasa yang lebih mudah & difahami............. 

Tuesday, April 26, 2011

..1st day...

tamatlah hari pertama dgn mata yg bengkak n muka yg sembap. siap amek mc lagi.........sakit kepala ngan sakit hati sama naik jer ~hahahahaha~

rupa2nya xlama mana pun. Tetiba je......."message received". Aduih! nyesal nanges sehari suntuk! *wink*

Monday, March 21, 2011

...lagi lagi peribahasa...


peribahasa 1 - "Telunjuk lurus kelingking berkait"
peribahasa 2 - "Memaku dulang paku serpih, mengata orang kau yg lebih"
peribahasa 3 - "Meneropong kuman di seberang laut, gajah di depan mata dilupakan"

Peribahasa untuk diri sendiri - "alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal BAHU" ............ nah hamek rasakan bau assyem keti.... aku!!!

p.s : Dear, xsampai hati nak tulis peribahasa u...terlalu mendalam n makan dalam huhuhu! *wink wink*

Saturday, March 19, 2011

...smile...

That smile....that same smile!! uhuksss. 

Ni la buah hati pengarang jantung aku, chenta hati & chenta mati hahahaha. Aku start minat mamat ni sbb tgk citer 'Speed'..... itu pun masa scene dia tersenyum sbb gelakkan sandra bullock yg sgt2 terkejut sbb langgar stroller baby.

Mgkin jugak sbb character dia yg selalunya serius buat senyuman (yg selalunya sekali sekala tu) nampak SGT MANIS! Character dia yg buat aku makin sukeeee......adoih!

Sampai skang aku masih suka tgk mamat ni w.pun lakonan dia tak la setara mana pun huhuhuhu. Tp aku bukan 'die heart fan'  sbb aku xngikut pun kisah hidup dia, filem2 lakonan dia pun aku tak igt melainkan Speed dan The Matrix. 




 
p.s : character dia yg buat aku chenta mati tu.......lalalalalala. Siapakah  hangpa pnya pelakon pooojaan suatu ketika dolu.........................




Sunday, March 13, 2011

..peribahasa...

Minggu ni aku belajar makna peribahasa & merasai sendiri maksud tersebut. Sakit la jugak.....tp sakit bermakna bertambah pengalaman dan pengetahuan



Peribahasa 1 :  "Bagai melepaskan anjing yang tersepit" - hadoi sakit woooo. Ntah nape hati aku mudah kesian kat org tp org xrasa nak kesian kat aku pun. Bkn org lain pun tp org yg ngaku kawan2 jgk ni. Aku dah tak tau mcm mana nak react,w.pun muka aku ketat tp hati n kepala aku kosong. Pada aku seorg kawan xpatut meletakkan kawannya dalam keadaan yg xelok. 

Aku xmahu simpan rasa marah & dendam sbb aku masih kenangkan budi baik yg pernah dia buat. Tp utk berkawan mcm dulu mgkn tidak. 



 Peribahasa 2 : "Rumah siap pahat berbunyi" - susah nak cakap, ni pun mengundang rasa terkilan gak. aku mmg xpandai la bab2 kete segala ni, tp aku kena hadap gak. sbb kalau aku xbuat sapa yang nak buatkan untuk aku. Jd kalau sekadar kena tipu dek mekanik atau pun mahal tu....adatlah. sbb aku ni bodoh......aku cuma ikut je ckp org yg sudi membantu aku. Bukan xleh terima teguran tp terkilan sbb bila segalanya dah siap baru nak berbunyi, sdgkan masa aku terhegeh2  uruskan semua ni sorang2 xde lak yg nak piat telinga aku atau tegor aku n bgtau yang aku wat salah.....huhuhu sedey & kecik hati.

Peribahasa 3 : "bagai melukut di tepi gantang" - dah 2 minggu aku dok bergaduh ngan diri aku sendiri. Setiap kali diperlakukan begitu, aku akan kecik hati sengsorang n gaduh ngan diri sendiri. nak marah lebih2 xbleh sbb i know where i stand n i have no rights to say anything. Xpe cik shiera, ko kumpul la sakit hati ko byk2, cari salah  byk2, kalau xde salah pun cari ler jugak......... sakitkan hati sendiri. Moga2 satu hari bila ko igtkan balik semua ni, ko akan tersenyum sbb ko tahu keputusan yg ko ambil adalah keputusan yg wajar *wink wink*


Monday, March 7, 2011

...Rugi Cuti...

hadoi! rugi cuti mak satu hari, amek cuti hari ni sbb nak kemaskan umah petir, ada tenant baru nak masuk. alih2 kete mak tak siap lagi. Mamat ni pun, smlm aku dah bgtau nak guna kete tp buat2 bijak kononnya nak buat kete tu sampai tip top.......kok ye pun bgtau la, adoihhhhh! bernanah hati mak!!  Kalu nak amek hati aku pun xyah la over2, mmg tak laaa......


Sudahnya aku stuck kat umah jer, xleh nak bergerak. nampak gayanya aku kemaskan umah je la.....nasib baik WHI ada cite pasal tudung. bertepet2 kena ataih batang hidung aku. antara lainnya tujuan pemakaian tudung & konsep tudung n fesyen ~lalalalala~ Aku mula pakai tudung secara konsisten mulai Ramadhan tahun 2009, tp tudung aku ni masih xdpt nak bentuk aku jd muslimah sejati. makna kata aku masih di tahap lama masa sblom pakai tudung. Kena semak balik checklist..............satu hari aku nak juga jadi baik, lebih baik drpd skang. Woooot wooot memandangkan hari ni aku xtau nak watpe, maka bolehlah aku mulakan dengan menyemak checklist diri.

Dgn waktu terluang yg byk ni maka mulalah otak senget aku berputar laju....hadoi! hati mula la rasa mcm2 ~lalalalala~ adakala rasa bahagia ngan layanan bak puteri, tp kdg2 rasa syahdu. Mcm hari sabtu n ahad lepas, msti korang pelik ngan link2 videoclip yg syahdu itew. No worries okeh, aku ngan housemate tgh wat sesi karok rock kapak 80-an. ditambah lak aku xde transport sbb JFL kat mamat hebat yg berjanji nak baiki sampai tip top maka bertambah2 la sengal otak aku ni. Smua jenis lagu aku dgr hahahahahaha. sib baik xdgr lagu negaraku.

Pg td tetiba je emosi terganggu bg tempoh 10 minit padal kecik sgt sbbnya. malas nak pikir maka aku layan farmville n cityville. Bak kata en. ogre 'there are things that cannot be push, let time tell'........jadi aku malas nak pikiaq sesuatu yg di luar bidang kuasa aku, biar tuhan je tentukan sbb Dia lebih mengetahui. Pn. Ieta, Pn Fit N Pn Haliza.....jgn lupa temu janji bisnes kita hokeh.

p.s: kete dah bikin, umah dah in progress........bila la nak sambung belajaq nih huhuhu

Sunday, February 27, 2011

...suka vs duka....

lately aku rasa masa berjalan dgn sgt laju. Jan & Feb sgt cepat berlalu dan Mac dah mula say hi.....dan kemudian akan kata bye bye. byk cerita suka dan duka dlm tempoh 2 bulan ni. Aku belek2 blog hangpa, pun mcm tu jugak suka duka silih berganti....rsnya blog aku ni byk cite sedey kot hahahaha sbb kadang2 menulis adalah cara paling senang utk luahkan perasaan yg slma ni kita pendam sorang2. 

Hati perempuan ni dianugerahkan sarat dengan emosi dan perasaan, sbb tu la seorng isteri/ibu bleh setia memenuhi keperluan dan tanggungjawab pada hubby n anak2 walaupun kdg2 kecewa dgn sikap dorang yg xberapa nak sensitif dgn keadaan si ibu/isteri. Sbb tu la jg pompuan suka sgt membebel, itu cara pompuan luahkan isi hati. pompuan skang je kurang membebel sbb dorang dah bleh berceloteh kat blog.....~lalalalala~

smlm ex-housemate aku mai umah, dia kemas barang2 dia sbb aku bakalan menghuni bilik itew ~lalalala lagi~ dia tnya kenapa lelaki ni jenis buta perut kalau bab2 perasaan. xreti nak tnjuk kasih sayang, xmau nak bercerita n luahkan perasaan sndiri. mmmmmmm itulah lelaki. susah nak duga sbb dorang agak kemut utk bercerita pasal hati sendiri....alih2 semuanya jd dingin xtentu pasal. Jd terpulang pd kebijaksanaan kaum ibu utk mengenalpasti perubahan cuaca hubby n bf sendiri. Pastu rectify la sendiri, kadang2 itu lebih mudah drp bersemuka dan bertanya. Tp klu hubby puan2 bukan dr jenis di atas....silalah guna kebijaksanaan puan2 sbb msti puan2 kenal suami puan2 kan kan kan kan..........

Dan ceritera kitaorg berkembang dr stu topik ke satu topik.....cerita sedih ke cerita lawak, masuk cite seram dan cite serius n sensitip. Apakah cite sensitip itu? jeng! jeng! jeng! cite kawin 2, 3 dan 4 ~lalalalala~ Ramai yg sensitip ni dgn topik hangat ini ~lalalalala lagi~ sbb semua org xnak dimadukan, xnak berkongsi suami, xnak cinta dibahagi 2, takut suami xbleh berlaku adil, tkut suami lebih sayangkan madu. Aku paham, aku juga perempuan, aku juga fobia ngan semua perkara di atas. Tp....Sebagai muslimin yg percaya dgn takdir, aku xbleh menghalang perkara yg Allah SWT tulis sebagai halal, w.bagaimanapun sebagai wanita aku juga xbersedia utk menghadapi kesakitan tu. Jadi aku serahkan kembali semuanya kpd ketentuan tuhan. 

Ex-housemate aku plak kata "suami bukanlah hak mutlak isteri, kerana semua atas muka bumi ni xkan kekal selama2nya.....mulanya aku nak laki aku ceraikan aku kalau nak kawen lagi, tp bila dipikir2kan balik semua yg Tuhan bg kat kita adalah pinjaman, semua akan balik pada Yg maha Esa jugak, so aku izinkan kawen asalkan dia  xberzina yg mana aku akan dpt dosa sama. Asalkan dia berterus terang dan buat ikut cara baik. Tp seboleh2nya aku xmau hari tu datang. Nauzubillahi Minzalik" Actually aku pernah terbaca article ni jugak, tp aku xbleh nak kata apa2.......segalanya terpulang pd takdir. Sbb apa2 pun itulah yg terbaik utk aku ~lalalalalalagi~