Showing posts with label Resepi Bonda. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bonda. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Honey Cornflakes

Bagi  menceriakan hari Sabtu & Ahad aku yang suram.....aku buat kuih raya paling senang di alam 'kuih raya'. Honey Cornflakes atau Cornflakes Madu.

Bahan-bahan:-
250 gram cornflakes
125 gram butter
1/2 cup gula perang
5 sudu makan madu/golden syrup
choclate/colourful rice

Cara-caranya:-

1. Cairkan mentega, gula perang dan madu atas api sederhana. AWAS jgn sampai hangit, sentiasa kacau spy x jd gula hangus!
2. Tuangkan atas cornflakes, gaul sebati.
3. Masukkan dlm paper cup kemudian taburkan choclate rice.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama beberapa minit sehingga agak kekuningan.

mcm biasa aku ada buat sikit penanbahan  pada resepi asal kat atas hehehehe. Aku tambah kuaci kwang! kwang! kwang!. bg yg suka bleh juga tambah bahan kekacang yg lain. aku pernah tgk org tambah oat.

Selain tu aku kurangkan sket madu, kononya xmo manis sgt! tp still manis so aku nak kurangkan gula perang plak, itupun kalau aku buat lagi la.

ni rupanya dari jarak dekat

sblum bakaq

ni pun xbakaq lagi


sesudah dibakaq

oppsss! lupa nak cakap, aku xbubuh choc rice.....aku letak manik warna warni tu. sbb aku rasa comey skit!
ishhkkk kalau la au rajin setiap kali aku boring, maka mcm2 la yg bakal terhasil.

Saturday, August 6, 2011

...agaq2 kering...

Hari ni rasa sunyi la puloks. Kak T balik Selayang dan Mala balik Temerloh. Mcm biasa aku je yg tinggal sengsorang kat umah............sunyi......... Macam xbiasa lak, sblm ni pun 4 thn aku dok sengsorang. Baru 6 bulan je ada housemate. Rasanya ni dah tahun ke 2 aku puasa tnpa bf. Dah tu ngada2 lak kan.....

So aku try buat agaq2 kering utk raya ni. Bahan2 aku amek kat blog jurnal resepi bdria. ni aku letakkan kalau korang nak try:-

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali 
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda 
Cara-caranya:-
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  6. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


bahan2 nyer

Agar2 direndam
Warna biru

warna kuning (tp pucat sikit kan)
Aku kurangkan kandungan gula sbb aku xska manis. Pandai2 ja kan, dah la 1st time try dah memandai2 tukaq resepi. Kalau menjadi aku nak buat kaler merah n hijau plak...... kita tgk camne!



Siap dipotong....cuma kena tunggu esok utk jemuq bawah terik matahari !!


Thursday, February 4, 2010

...Malted Cupcakes...

Hari ini kita akan mengeksplor satu lagi hasil bakeri iaitu cupcakes. Resipi yang saya dapat ini ialah dari buku "Cupcakes from the Primrose Bakery" ditulis oleh Martha Swfit & Lisa Thomas.


Ini resipinya - Malted Cupcakes.

110gram unsalted butter (tapi saya pakai lepa susu - Brand Buttermas)
120gram light brown sugar
100 gram caster sugar
2 large eggs
125gram self raising flour
60gram plain flour
50gram ovaltine (malted drink)
125ml semi skimmed milk
1/2 teaspoon vanilla
1 tablespoon sour cream (saya tukar kepada alternatif lain iaitu mencampurkan 1 cawan susu cair ideal dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan 1/2 jam dan boleh digunakan)

Cara buat:-
1. Pukul Butter & Gula sehingga bertukar warna yang lebih cerah

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga rata (tapi jangan terlalu lama ya)

3. Didalam ini ialah susu, vanilla & campuran susu cair ideal & cuka bagi menggantikan sour cream

4. Tepung diayak terlebih dahulu, kemudian dicampurkan dengan ovaltine, gaul rata.



5. Perlahankan mixer anda, Masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu tadi. Mulakan tepung, habis menggaulpun menggunakan tepung ya. Saya menggunakan saiz liner 12 cm dan mengisi adunan cupcakes sebanyak 50gram.


6. Okay, siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180c selama 20 - 25 minit (tengok keadaan oven anda sendiri ya.)



7. sudah siap, bolehlah dihiaskan dengan buttercream dan sekiranya anda tidak suka terlalu manis cupcakes ini sedang dimakan begitu sahaja:-)


Selamat Mencuba!