Tuesday, December 21, 2010

...2 +1...

hari ni tuhan bg aku berpikiaq lagi. bagi saraf2 dalam otak aku berhubung n aku bleh membesar dgn sihat dan bijak ~~dudududu~~

aku paling xske things happened behind my back, maka berpura2, menipu, 2 faces, back stabbing dan seumpamanya tu mmg sgt2 aku xske. aku lebih suka kalau 'berhadapan' maknanya kalau aku buat salah maka tegur la aku, kalau ada masalah bgtau la spy bleh dibawa berbincang, klu xpuas hati ckp je la. Aku manusia yg xlepas dr kesilapan n alpa, jd ckp je la. sekurang2nya aku bleh belajar. tapi kalau dah nama asmarians maka akan ku pertahankan fakta2 aku sehingga terbukti aku mmg salah. aku xterima dasar pecah n perintah dgn senyum2 kambing huhuhuhu. aku rasa kebanyakan org pun mmg mcm tu, tp tak bermakna aku lgsung xbleh ditegur. tp jgn malukan aku.....itu sudah mengejutkan naga tasik pedu yg baik dok buat taik mata pd musim2 hujan ni....

KES 1 : Smlm aku kecik hati ngan member yg lebih suka guna bos utk teguq aku @ lebih tepat spy bos bleh arahkan aku......marah le juge tp rasanya aku KECIWA dgn cara tu. aku ni ketegaq sgt ka sampai lgsung xbleh dibawa berbincang? Tp kerana azam 1432, maka aku simpan rs keciwa tu n cuba tukaq tenaga tu kpd bentuk lain sbb tenaga boleh ditukaq ttp x bleh dimusnahkan hahahahaha (apa nama hukum ni ek?) hasilnya aku siapkan report tahunan 2010, tempah dewan n  uruskan claim2 tertunggak hohohoho Bernas! anak sapa la ni? Dan alhamdulillah aku dpt bersikap ceria n everything went smooth...........

KES 2 : petang td plak, sorg staff aku mai jumpa cik bos yg bossy ini. "cik shiera, akak nak ckp sket. bleh tak akak guna semua vacum pd hari isnin n khamis utk clearkan dewan gymnastik" .....aiiyyooo hebat sungguh kakak ni, byk tgn dia! "kak, bleh tak esok kita bincang dlm meeting" dgn hebatnya cik bos cuba utk mengutarakan hujahnya. "tp nanti mesti ada yang x setuju"........ttteeeettttt!!! tteett! dan tteettt! lagi kakak ni cba utk manipulate aku utk keluarkan arahan yg mana semua staff lain kna bersetuju n depa xleh nak bg pendapat yg bijak laksana itu. Hhmmmmm....aku terus terpikiaq pasal kes 1. So dgn bijaknya aku buat keputusan..."kak, kita bincang dlm mesyuarat ye. dgr pendapat semua org. kita bincang sebagai satu team"

Tuhan letakkan aku dlm 2 situasi yang berbeza tpi 1 masalah yg sama. mgkin utk buat aku berpikiaq long distance sket n belajaq kaedah2 komunikasi berkesan. bila hati berazam utk menjadi lebih baik, maka ujian pun akan sampai bagai air yg terjun laju dr tempat tinggi (bernas sungguh sapa cikgu dia ni?).....coretan ini ada serius n ada jenaka, tp ada yg bleh dibuat iktibar. bukan nak suruh buat aku jadi idola bintang kecil.......tp kna igt dlm setiap keburukan tu ada kebaikan yg Tuhan sembunyikan, cma kita kena muhasabah diri & berhenti mencari keburukan org lain sbliknya kita cr kaedah utk baiki diri...... kita sudahi majlis kita dengan bacaan Ummul Kitab & Tasbih Kifarah. Amin.

Sunday, December 19, 2010

...chef from hell...

wooaaaa....ntah nape sejak 2 menjak ni aku semangat plak membeli barang dapur. rasanya baru je 2-3 minggu lepas aku memborong kat giant kinrara, semalam ku ulang lagi  plak kat care4. mula dgn nak beli detergent n roti, dah tersasul beli pelbagai jenis bahan mentah n bahan2 memasak. dan dgn semangat tu le jugak smlm aku goreng cendawan ngan udang (2+1 spy aku xyah masak 2 lauk)...n hari ni aku masak kerabu daging pn. pengerusi..........................lol!!!!

dah 2 hari aku makan dgn penuh selera sekali. dah tu bg menyahut cabaran pn. sone, aku tambah pengambilan kalori dgn makan ice cream....lepaih ni aku nak tgk pinggang aku masih sama besaq ngan peha pn sone ka dak? hahahaha.

errkkksss! perut n tekak aku minta makanan, aku nak p goreng apa2 yg patut. Dddaaaaa.............. :)



~~Sambungan 20/12/2010~~

malam ni aku masak spaghetti bolognese sbb teruja tgk DD pnya resepi. aku cuma tambah capsicum ja DD oiiii....... xde la byk sgt pun tp dpt jugak la 2 pinggan. So, aku mkan 2 kali sbb kalau sekali masuk mmg xleh arrr.

DD: byk la jugak spaghetti ni

Weh ngeh ngeh.....jemput makan semua!!

Wednesday, December 15, 2010

..siti says..

weeee bertalu2 plak post aku skang. HAMEK bacalah sampai muak hahahaha. pastu komen jgn xkomen, xberani nak komen dlm post ni bleh la sambung komen dlm FB.

masa kat a.staq aku sempat g karok ngan siti. (siti ni kwn aku dr kecik, kawan main masak2) Sempat gak la tarik 2-3 lagu. xleh layan sgt takut terbabas. adat dok ngan mama & abah xleh la nak balik 2-3 pagi, apatah lagi kalau sampai xbalik umah. hati org tua kena jaga la jugak xleh main redah je ikut hati sendrik. bg yg berakal cetek akan kata aku ni hipokrit, tp bg aku ni cara aku hormatkan dorang. dok bwh bumbung dorang jd kena la play by their rules.

pas karok g makan kueteow iman, pastu mula la bercerita pot pet pot pet terkeluar la cerita pasal bf.  alkisahnya dia masih igt kat en. X  wpun skang ni en. Y suka kat dia. katanya Y ni baik sgt, lurus, jurus cuma hati dia pada X. mmmmm....xleh nak kata apa la kan, soal hati ni mmg susah la. Tetiba dia sound aku

"Liza, aku respect la hang ni. dok KL sengsorang n xdak suami tp hang survive je"  -debush! statement berani mati dr bff.....
"ti, bab hidup mmg la survive tp kdg2 hati rasa ting ting ting ting. cuma skang ni aku lebih selesa  tanpa sapa2. kadang2 bila kita sorang2 kita akan kenal diri kita dan apa yg kita perlukan dalam hidup sbb fikiran kita lebih rasional tanpa emosi"
"Liza, hang ni baik, xbyk songeh. Kdg2 lelaki suka org yang jahat2 sket, nakal sket. Mcm aku la, Y terlalu baik tp hati aku masih kat X w.pun dia selalu sakitkan hati aku" - 2nd debush! statement xleh blah plak. Aku? Baik? oh no no no

tapi betoi gak statement tu.....life ngan aku ni boring kot. aku xpandai sgt nak jimba2., xreti nak menggediks n geletis......setakat g karok, makan2, sekali sekala g shopping, tgk wayang. tu je lah....dolu2 rajin gak g camping n trekking. skang ni pegi keja, balik keja. lately aku byk terperuk layan farmville, sbnqnya aku mmg suka dok umah. xpa la, that fun element tu dah semakin dok mai....dgn adanya asmarians yg havoc n vouge maka ada suntikan vit f dlm hidup. Ditambah plak ngan geng opis yg 'hancit' hahahaha happiiieeeee...







Tuesday, December 14, 2010

...a.staq with lurves....

Lama aku xnaik bas......agak fobia dgn xcident bas yg berleluasa. lgpun dolu2 ada teman seiring n sejalan yg sama2 balik a.staq, so ktorg car pool je la.......lebih tepat kalu aku kata kitorang 'couple' je blk kg heheheh (sweet sungguh). Memandangkan aku sorang ja, lebih baik aku 'bus pool' je, lebih jimat n aku bleh zzZZzzz dlm bas. Okey la tu...

pakcik drebar tu sungguh berhati2...bas pkl 9am, aku sampai a.staq pkl 4++pm. Kebas gak la montot aku, nak baca majalah, aku rasa pening. nak tido...mamat kat depan tu dok buat lagu bangra. akhirnya aku mengelamun jauh.....mengenang memori indah hahahaha. sampai dpn pintu, umah aku sunyi sepi. Sudah! kutolak pintu, my dear abah dok tido, aku masuk slow smpt lagi pikiaq klu pencuri masuk msti tersenyum riang.

terus ke dapur......my mama masak sambal sotong wweeeeeee!! my peberet! sambil makan aku dgr kakak sblh umah aku dok berletiaq/berleter kat anak dia
1. " hang tu dah tua dah, org lain darjah 5-6 dah boleh masak. hang ni apa pun tak tau" - aku terus makan
2. "hang jgn ingat mengaji pandai org pandang, kalau xtau buat gheja jgn harap la orang pandang hang chek ooiiii"-gulp! kata kat aku ka? tp dia bkn tau aku ada kat umah huhuhu kebetulan ja tu dan aku tambah nasi n sambung makan. sedap plak sambal sotong ni dudududu
ada lg mak mcm ni, dok merendahkan self esteem anak sendiri. klu nak marah pun xpyh la jadi mak tiri bawang putih huhuhu. smbil tu aku terpikiaq, Insyaallah my future hubby xkan mati kebuloq hidup ngan aku, tapi mungkin sekali sekala kena keracunan makanan n cirit birit! wahahahahaha.

best gila dok umah, makan makan n makan lagi. 2nd day mak aku buat ayaq asam...huhuhu hebat. malam plak aku makan kueteow iman sambil sembang2 ngan member aku. dok cerita bab hidup msuk plak topik BF. next post aku cite detail sket sbb ada statement menarik dr dia....3rd day pepagi dah makan laksa, masa aku kuar mlm tu mak aku masak laksa.....huhuhu slruuppsss. tgh hari makan gulai rebung madu n daging + temenung goreng garing (pak hencek dulu panggil goreng hangit dududu).....haishhh selero den bedal nasi tu.

aku balik KL on da 3rd day...bas pukul 4.30pm. Nama bas tu mmg sempoi...."Bas Cepat Sedia"  Mantop!!! dah sampai kat Bukit Merah baru aku perasan bas tu byk bunyi2an. bas lama kot. Dolu2 aku buat lawak nak bukak company bas nama..."garenti sampai", idea mai sbb dok gelak bas pancaran matahari. Sepanjang jalan tu aku tgk ramai org kampung dok mengail/memancing....mengail dlm bendang n tali ayaq. mmg skang ni musim mengail, suasana kmpung yg mmg amat menenangkan.......teringat zaman kecit2 masa dok ngan tok n wan kat kampung.........ku tinggalkan Kedah Jelapang Padi n pasti akan kembali lg...........amin.

Friday, December 10, 2010

...pelan-pelan saja...

 By: Kotak

ku tahu kamu juga rasa
apa yang ku rasa
ku tahu cepat atau lambat
kamu kan mengerti
hati bila dipaksakan
pasti takkan baik

pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu
lepaskanlah ikatanmu
dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja

tak ada niat menyakiti
inilah hatiku
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu
lepaskanlah ikatanmu
dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja

pelan-pelan saja
lepaskanlah ikatanmu
dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja
eplan-pelan saja
lepaskan aku lepaskan aku lepaskan aku
pelan-pelan saja

http://www.youtube.com/watch?v=DMqUN6GprOc

Tuesday, December 7, 2010

...welcome 1432H...

"Ya Allah, seketika di akhir tahun 1431 ini Insyaallah akan muncul 1432 yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Yarabbal Alamin. Selamat menyambut Maal Hijrah "

1431H tinggalkan aku dengan pelbagai suka duka, perit jerih, gelak ketawa & air mata. Macam2 peristiwa  berlaku sepanjang tahun lps & tahun sebelumnya. Kalau boleh aku nak isytiharkan cuti peristiwa tp rasanya M'sia ni dah terlalu byk cuti. 2 tahun yang aku kira memberi aku pelbagai pengajaran bermakna..........aku namakan tahun2 ini.... 'TAHUN2 GELAP'........mcm zaman gelap eropah tu....huahuahua!

Butterfly Life Cycle
Mesti hangpa pelik tgk aku letak 'life cycle of a butterfly'.......aku bubuh gambaq tu sbb aku nak igtkan diri aku sendiri bahawa hidup ini adalah satu kitaran, pengalaman, pembelajaran (dan perkataan seumpamanya). Aku nak igtkan diri aku bahawa aku sedang menjalani fasa2 dalam kehidupan aku, yg mana pd hujung fasa tu 'i will turn into a butterfly'.......a very beautiful butterfly!!

apa kaitannya rama2 dengan 1432H?............. jeng jeng jeng sbb itulah azam dungun aku utk tahun 1432H & 2011M. Tahun 2009 aku berazam utk jadi diri aku sendiri, tahun 2010 aku berazam utk menjadi 'a better me', konon2nya sambungan drp azam tahun 2009 la tu. So, tahun 1432 & 2011 aku memulakan operasi berani mati........iaitu operasi melengkapkan diri. Satu lagi kelangsungan daripada azam tahun 2009 & 2010. Aku anggap ini sebagai fasa kepompong....... satu proses pembinaan kendiri. Byk benda yang aku nak  capai dalam fasa ni dan mungkin akan mengambil masa lebih dari setahun.

sebenaqnya, aku baru sedaq yg aku ni xdak hobi. durra suka menjahit....ada yg rajin memasak mcm pn presiden. fs ngan che em suka melancong n melencong huahuahua.......kalau xdak hobi pun mesti dok melayan anak masing2. memandangkan aku hanya ada anak tekak n anak mata, aku nak cari hobi. pikiaq punya pikiaq, aku rasa kalau aku isi masa lapang dengan membaca & study....maka byk ilmu yg aku dapat. lgpun aku kena ada byk ilmu sbb aku pilih utk gheja dlm bidang yg ramai lelaki drp pompuan. Alang2 aku nak membaca n study.....alangkah baiknya kalau aku sambung belajaq! 2in1......kena pulak time thn baru macam ni, maka aku terus jadikan azam untuk melengkapkan diri.............BIJAK!! anak sapa la yg bijak, otak mcm batu geliga huahuahua... (sebenaqnya penyegan, kumpul semua benda jadi satu sbb nak senang hahahahaha bijak! masih bijak!)

Semoga doa yg aku jadikan intro utk post ni dimakbulkan Tuhan., semoga pengirim ucapan tu pun memperoleh kesejahteraan dan akhirnya kesejahteraan kepada anda semua......sahabat yg aku cintai! Amin.




Sunday, December 5, 2010

...5 sen...

Sedih......ntah nape aku kecik hati baca fb hari ni. kecik hati sungguh bila depa dok pulun kutuk kerajaan sbb naikkan harga minyak sbyk 5 sen/liter tu. Paling aku sakit hati bila depa dok pulun perli....ayat2 sarcastic tu mcm ditujukan direct pada aku. siap ungkit rasa bersyukur krn negara ni bebas dari rasuah n judi sbb pemimpin kita seorg Islam..... tahun ni bonus lima ratus so tahun depan bleh la dpat 5 bulan bonus. silly me cause i cried......

Aku paham, byk komplikasi lain yg timbul bila minyak naik, harga pengangkutan awam naik, harga kebykan  barang mgkin naik, aku juga akan rasa kesan ni. semua org akan rasa kesan ni. Sedar atau tak, gaji kakitangan kerajaan masih rendah dibandingkan dengan swasta, kakitangan kerajaan xdak bonus berbulan2, OT kakitgn kerajaan xbleh lebih 1/3 gaji pokok walaupun kena gheja mcm balaci, pegawai kerajaan langsung tidak dibayar OT, kami xbleh sesuka hati buat part time..........makna kata kami juga akan sama2 susah bersama2 rakyat lainnya. So jgn la sesuka hati perli kononnya lepas ni kami bleh dapat 5 bulan bonus.

Tetiba aku rasa mcm dipijak, dihenyak, dilenyek.......segala usaha aku gheja kdg2 hujung minggu pun dok melayan keperluan (@kehendak)  org lain sedangkan aku tak dibayaq sekupang pun sbb xlyk terima OT.... tu semua tak dak makna. Seolah2 usaha semua kakitgn kerajaan to make sure rakyat dpt best service sebenarnya xdak makna langsung....sbb minyak naik 5sen? tau dak sesetengah badan kerajaan dah bekukan OT sbb kekangan kewangan?

tahu tak berapa byk perbelanjaan/buget yg dipotong bg memastikan negara kita ni xmuflis dan pd masa yg sama kena jugak pastikan ada projek utk kontraktor/swasta supaya rakyat kita ada pekerjaan n ada gaji? "Kerajaan pentingkan ekonomi n singkirkan rakyat"....... ekonomi utk sapa? untuk rakyat la...supaya rakyat ada pendapatan, boleh makan, boleh sara diri..........boleh shopping masa YES, boleh buat rumah terbuka, pakai baju raya sedondon, bakaq mercun sesuka hati, lempaq makanan yg xhbh sebab tamak setiap kali ada jamuan tak cukup 1 pinggan maka berpinggan2 ambik makanan free. Bygkanlah kalau ekonomi kita meleset, inflasi naik, kerajaan berhutang dgn bank dunia? apa akan jadi pada rakyat? jgn kata naik 5sen.....silap2 minyak pun xdak, bekalan makanan xckp, pelabur semua lari.........

Malaysia negara pengeluar minyak so minyak xbleh mahal? Berapa telaga minyak kita? berapa tong minyak kita keluarkan setahun? berapa hasil minyak kita? masih untung ka berbanding jumlah subsidi yg kerajaan bayaq utk kembalikan kekayaan negara pd rakyat? Semua benda ada subsidi : minyak petrol, subsidi diesel, subsidi baja, subsidi perubatan, pendidikan,  biasiswa, pinjaman perniagaan, makanan pun ada...beras, gula, minyak, tepung.............aku xmencadangkan kerajaan hapuskan semua subsidi ni sebab kita tak akan mampu nak tanggung semua tu, tapi kalau kerajaan nak kurangkan sikit beban kerajaan untuk jana ekonomi bagi kepentingan anak cucu kita, maka kerajaan tu kejam sgt dah ka?

Sejak 9 tahun kerja ngan kerajaan, inilah kali pertama aku back up langkah kerajaan. selama ni aku pun marah bila kerajaan naikkan harga minyak. mgkn sbb slma ni aku hnya uruskan facilities n maintenance. Tp skang aku nampak dan rasa mcm mana susah nak manage budget n financial sblm kerajaan amek langkah kurangkan subsidi. Selama ni aku nampak masalah sendiri, tp bila aku tgk sekeliling n nampak masalah pihak lain, masalah kerajaan, masalah rakyat miskin.....kita akan nampak knp semua ni rasional. Just when we work hard for the people and not appreciated..........IT HURTS! sucks.......

Subsidi minyak tu akan pegi pada perubatan dan pendidikan........pd org miskin, yg xmampu nak beli seliter minyak pun. Pd fakir yg selama ni memang dok jalan kaki atau naik basikal saja, pd anak2 yatim yg xprnah rasa naik keta ngan mak ayah, pd pakcik makcik yg xprnah tgk LCCT @ KLIA. Anggap saja la semua tu sbgai zakat yg kita bayar utk cover balik masa kita gelak2 kat opis. 10 rezeki yg tuhan bg tu xsemua miik kita, sebahagiannya hak org lain......

Aku xmenjanjikan pemimpin kerajaan yg bebas rasuah, tp sekurang2nya bersangka baik lah pada kakitangan yg ikhlas buat kerja....aku rasa masih ramai pegawai kerajaan yg bersungguh2 kerja mencari REZEKI HALAL tanpa shubahah. Aku bukan pembela kerajaan, tapi buat kali pertama aku sgt kecik hati bila ayat2 sarcastic mcm tu ditulis sesuka hati. Mgkn sepanjang perkhidmatan aku, skang ni aku mula rasa nikmat kerja yg ikhlas.... mgkn jugak sebab aku tak boleh nak jelaskan kenapa kerajaan buat mcm tu w.pun aku sgt2 tahu sebabnya.

Utk bantu kerajaan....dan juga masa depan anak pinak sendiri, tolong la bayaq cukai, bayaq balik pinjaman ptpn, kurangkan membazir ayaq, elektrik, makanan, bayaq duit indah water, jgn buang sampah dlm longkang/pembentung, jgn langgar pembahagi jalan atau tiang elektrik (ingatan utk aku sendiri)...sbb semakin tinggi kos penyelenggaraan yg kerajaan tanggung maka makin byk la subsidi yg akan ditarik balik. Kerajaan xbleh nak sekat terlalu byk perbelanjaan sbb byk sektor/industri yg bergantung pd kerajaan, kalau kerajaan kedekut sgt maka byk syarikat yg akan gulung tikaq maka ramai yg jadi penganggur. berbelanja dgn bijak, jgn jd kedekut sgt sbb kalau rakyat xberbelanja maka ekonomi xmembangun tp kalau terlalu boros, mgkn akan ada peningkatan harga....cthnya masa perayaan maka harga makanan berlipat ganda sebab permintaan yg meningkat mendadak. maknanya, kita sebenarnya yg mengawal ekonomi ......... kita bleh elak peningkatan harga.

Maaf pd kengkawan yang baca leteran, bebelan dan luahan aku yg agak melalut ni.  Sbnrnya aku kecewa......kecewa dgn sikap rakyat subsidi yg hanya tgk harga minyak di negara2 pengeluar minyak tp xnampak penderitaan rakyat negara2 yg gagal urus ekonomi negara. Nauzubillah.

Saturday, December 4, 2010

Sepi

 (Lama xjiwang.....lagu ni kena sgt dgn hdp aku. huhuhu karat weeehhhhhhhhhhh......!!!)

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Saturday, November 27, 2010

...the ex-list...

Having an 'ex' day out hahhahahaha. boleh kah begitu? Xpe kan? bukan org lain tp kwn2 gak........ actually xrancang pun. mulanya kuar lunch ngan A, saje je catching up dgn life masing2. dia adalah org yg paling paham ngan perangai aku, mgkn sbb he is an observer. Abang long la katakan, adik2 pun ramai so dah biasa melayan adik2.....jd melayan la perangai sewel aku. Aku kagum cara dia layan 'bengong' aku ms ktorg couple....sungguh sabaq. nyesal plak aku hangin kat dia lps ktorg break-up. lama la jugak aku acuh xacuh setiap kali dia call. tp dia sabaq je....sbb dia kata dia nak kawan ngan aku sampai bila2 sbb aku baik wweeeeeeee baik keeerrr???  *_* 

Yang menambah kekaguman aku....he remember every details. apa yg aku suka, muka xpuas hati aku, birthday sudah tentu, sampaikan tarikh first day aku masuk keje pun dia igt wakakakaka. xprnh lupa htq sms on my important days, tnya khabaq family..............n dia akan call setiap kali dia extremely hangin, kdg2 just to hear my voice. mgkn 'kutukan' aku buat dia happy kot hahahahaha....kitaorg break up pun sbb keadaan, itu adalah keputusan yang terbaik utk semua org pd waktu tu. Redha jerr..............

Sesi seterusnya  dinner dgn B........yang ni memang dirancang. Kitaorg pegi rumah Bakti Syaheera Cheras ....rumah utk anak2 yatim piatu, yatim n miskin. Kebanyakan budak2 kat sini ada waris, ada juga anak2 dr broken family, mak ayah xmampu nak tanggung dsb. Memandangkan ktorg tgh cari umah anak yatim utk Amal@ISN dan dia kenal kenal somebody there....so why dunt i get his help. betoi dak?

Cerita aku ngan B ni mcm lawak senario + durja ningsun. hehehe lawak ttp menyeramkan. Aku yg tinggal dia sbb byk sangat spare part. Malas nak pening2 kepala n menyakitkan hati. Tp sedey gak la tgk dia menangis huhuhu. Sblm ni dia ja dok tinggal org skang bila dia kna tinggal baru dia tau! Tp masa tu aku dah cukup nekad. Xkan sepanjang hayat aku nak kena bergaduh ngan dia pasal pompuann lain, lgpun kalau hati dia ngan aku, dia xkan buat perangai bodoh mcm tu.

aku plak bukan jenis nak merayu2. "Jgn tinggal saya, percaya lah sy xde orang lain selain awak. selama ni hati sy hanya pd awak" or " Yang, selama ni sy masih menaruh harapan dgn hubungan kita. dah 4 tahun kita bersama. susah senang kita berdua, takkan awak tak sayang hubungan kita?".HAHAHAHAMPEH! mmg tak arrrr. aku mmg xpandai langsung buat ayat2 drama ni. setakat ayat2 sumpahan  bleh la aku bg. So spnjang aku ngan dia, lebih byk scene aksi ganaz drp scene romantik. lgpun aku tak tahan dgn his jelousy. Klu aku pandang org mmg ar aku kna marah tp kalau org tgk aku apasal lak aku jugak yg kena marah?....aku bknnya cantik pun. dah la hitam, gigi pun lintang pukang hahahaha

stelah ku pikir2 biarlah aku lepaskan dia. Mmg best layan kepala dia....gila2, aku bleh buat perangai budak2, tp utk hbhkan sepanjang hayat dgr cite psl awek2 dia....huh xsggup. Utk optimis dia akan berubah pun xsgp. Lg pun aku punya hati n maruah xkan la org dah buat camtu aku masih nak hadap dia sgt2. xde la desperate sgt nak berlaki. mgkn ada yg lebih baik btol dak? Skang dia lebih matang, lebih focus ngan hidup dia. dah ada perancangan hidup. tp bab pompuan ni aku ssh nak komen.

hehehe sekali sekali mengmbau kenangan ni best jugak.....pendek kata kami semua dah dgn hidup masing2. Happy dgn hidup masing2. Jodoh ketentuan Allah, kalau dah jodoh apa pun xleh nak halang. Tp kalau bkn jodoh dah prepare everything pun bleh cancel last minute. Xleh nak salahkan sesiapa pun, tu semua perancangan Dia kerana Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya. mgkn blum masanya, mgkn bkn orgnya.

p.s; Everythings happen for a reason, whether we like it or not. Betul tak babe? Btw stock clearence masih on lagi ker? ..................... lariiikkkkkkk!!

Thursday, November 25, 2010

...haishhh....

Mencabar akal dan hati. Kalau aku layan, maka aku akan jadi sama bodoh mcm dia. Masalahnya makin aku diam, makin menjadi2 pulak. i'm losing my patience with her childish n annoying attitute. Kalau aku diamkan, aku makan hati sorang2....tp nak aku luahkan rasa malu plak. Sbb rasa mcm budak2 sgt!!!

Malu aku nak luahkan rasa PENAT krn berhadapan dgn seorang yang CHILDISH, IMMATURE, ANNOYING & UNGRATEFUL. Berhadapan ke? Xjuge sebab dok protes n kutuk aku kot blkg je. Dunia sdg berhadapan dgn masalah kebuluran, global warming, volcano eruption, earthquake, flood. Lots of unfortunate people suffer from this problems/tragedies. Ramai org kat malaysia ni yg hidup melarat, xdak keluarga, cacat, sakit, lumpuh..............pendek katanya semua org ada masalah masing2 & masalah dorang tu semua heavy....aku pulak sgt2 penat dgn budak yg 'otaknya hanya sebesar matanyeeerrr aje'.

my point is...kalau aku penat n malu ngan her attitude, dia xmalu ka dok buat perangai. Come on, grow up girl. I know u can read this, n i know all this while pun dia dok baca blog ni. Pas2 jd pengkritik xbergaji. Tolong lah.......mcm byk sgt masa dok amek berat pasal aku. Sayang kat aku kew????!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

...itulah sayang...

tanya sama hati apa asal sayang
apakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
ada tanda-tanda hubungan mesra

tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan ...itulah sayang...


http://www.youtube.com/watch?v=czsGKUIQrkY

Friday, November 19, 2010

aku benci kat shaheraliza

kadang2 aku benci ngan budak shaheraliza ni......KETEGAQ! KERAS HATI! dah berbuih mulut aku nasihat dia. tapi dia selalu sakitkan hati aku. shaheraliza ni memang jenis tak makan saman, jenis suka turut hati. tak reti serik. apa nak jadi ngan budak ni......jenuh kawan2 dia dok nasihat. dari dulu sampai la ni, tp xpaham bahasa. satu lagi aku geram ngan dia ni, EGO. tak mau mengalah langsung. Being a fighter tu baguih tapi jgn la kamikaze sgt. kalau dah agak2 takdak chance langsung nak menang, tak payah la nak gagah. 'menang jadi arang kalah jadi abu' nak buat apa.......hitam manis tu comey la tapi kalau dah jadi arang, xdak makna nak manis lagi dah huhuhuhu.

satu lagi yg aku tak puas hati, minah ni mmg jenis SOUND DIRECT. jgn xtau, kalau dia xpuas hati dia bleh face to face ngan org yg berkenaan. direct ja tnya, xdak selindung2 dah. aku igt lg, selamba je dia tnya mak ex-bf   "makcik, betoi ka makcik kenen mamat tu ngan org lain?" huhuhu sadis sungguh. kononnya dia tak hipokrit.....walau pun soklan tu penuh sopan santun dan menggunakan tatabahasa serta intonasi yg betul tapi itu sungguh kurang asam jawa!!!!

kerana KERAS HATI, KETEGAQ, EGO dan SOUND DIRECT ni lah org selalu nampak dia sebagai kasaq, gagah perkasa, macho n rock kapak. macam mana la nak suruh dia ni feminin sikit? adakah dia kena buat come back ngan kumpulan tu? pastu jadi la mcm xberbahasa. org pun tak suka, pastu kalu org kata dia jahat mula la nak bermuram durja.....yg aku salute minah ni, durja ningsun dia xlama. bila hti dia cool dia akan mula bangun balik. tp dia akan igt sampai mati, ala2 berdendam tp dia tak balas. cuma dijadikan batu sempadan spy senang nak buat land survey.....(huhuhu apa kena mengena ntah).

konon HEBAT sgt, tp  lately dia boleh dok layan lagu sedih plak. rock kapak apa mcm ni, ini sudah rock cintan. tangkap leleh, buleh layan lagu "cinta kenangan silam, wajahmu masih dalam anganku, siapa dia selepas daku, wajah siapakah yang dikau cari, terkilan, dia, bukan aku tak cinta"........huishhh rimas la.

cik Shaheraliza, tok sah la dok jadi xsenonoh sgt. byk lagi lagu lain yg hang boleh nyanyi, nak cipta lagu baru pun boleh. contoh lagu baru:-

1. duit, wang and money
2. morgage rumah sapa nak bayaq
3. oh murano
4. uuuuu......my prada
5. ku genggam segulung master
6. antara dato', tan seri dan tun......
7. alahai....paper work tak siap lagi

last but not least......focus shaheraliza. baiki la diri sendiri....dah la huduh jgn dok buat perangai huduh. baiki diri, baiki peribadi, shape ur own future. mmg la susah nak buat tapi " walau susah mcm mana pun hidup ni, sementara ja. kalau hidup sgt perfect pun, masih sementara ja". baiki diri, baiki peribadi.............zasss!!!


(p/s : ternyata aku ni ting tong. haduh susah la..........bleh tolong bg kata2 hikmah tak? huhuhu)






Tuesday, November 16, 2010

...ting ting ting ting....

warghhhh!!! waaaarrrrgggghhhhh!!!! wwwaaarrrrggghhhh!!!!

bila hati berbunyi ting ting ting ting........................maka semua makanan rasa nak telan
1. nasi putih, daging merah & kailan ikan masin
2. roti boy
3. chicken char hor fun n kopi 'o'
4. pan kek & honey
5. marinated beef
6. malta, soya bean drink, teh tawaq, sea coconut
7. masak lemak teloq (resepi dah dpt tp xsmpat nak test power memasak)
8. siakap 3 rasa
9. lamb chop kat damansara @ serdang

bila hati berbunyi ting ting ting ting................rasa nak buat movie marathon 
1. Avatar & Avatar 3D
2. CSI
3. Ben 10
4. Adnan sempit
5. ...........zzzzzzz

bila hati berbunyi ting ting ting ting..............terasa nak window shopping
1. Jusco balakong
2. Giant kinrara
3. Ikea
4. Mid Valley
5. OU
6. Mines Shopping Centre
7. Jusco Equin
8. D.I.Y
9. brand outlet

bila hati rasa ting ting ting ting.......teringin nak kemas umah
1. basuh baju
2. lipat baju
3. iron baju
4. tukar cadar
5. basuh pinggan mangkuk
6. masak  siakap 3 rasa (sekali lg)
7. sapu umah, mop umah, vacuum umah ( oooppppppsss vacuum rosak)
8. kemas stor
9. cuci toilet

bila hati bunyi ting ting ting ting.........rasa nak beraktiviti
1. berkayak.......wwwweeeeee lajunyer.
2. jungle tracking
3. bukit tinggi
4. naik cabel car
5. mandi kat air terjun
6. mandi & minum air laut ...huhuhu
7. tgk montot players rugby..........i loike!

bila hati berbunyi ting ting ting ting......byk benda terlintas kat kepala
1. goyang2 badan dalam kereta
2. say my name......
3. kuda laut
4. cinderella & giant slippers


arrgghhhhhh.....bila hati berbunyi ting ting ting ting seluruh dunia jadi warna oren. tp kalau aku ikutkan hati yang ting ting ting ting............akan ada hati yg jadi tong tong tong tong. jadi aku biarkan hati aku berbunyi ting ting ting ting............

Monday, November 8, 2010

Yang kita sayang atau yang sayang pada kita?.....

(rasanya ini satu cerpen sbg peringatan hidup kita)

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak......Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


written by;
NURAINI JUWITA
sumber;
http://nurjuwita87.blogspot.com/2008/10/mana-satu-pilihan-hati.html

Monday, November 1, 2010

...rambut...

WWEeeeeeee...aku potong rambut lagi. Dah jadi lumrah aku akan potong rambut setiap kali break-up. konon2 mcm starting a new life episode. kalau org kata buang badi pun bleh gak...................tapi dah jadi kegilaan plak. Rasanya ini kali ke 2 aku potong rambut dlm tempoh 3 bulan, bukan trim yer....potong rambut.

hari tu potong paras bahu........ala2 sweet la konon, skang dah buat bob-cut. Depan nampak panjang tpi blkang dah takleh nak diikat langsung. Siap highlight lagi wahahahahaha....i loike. Rambut aku ni dah byk gugur, so aku nak berambut pendek spy senang nak diurus. mgkn sbb dah byk kali luruskan jd rambut cepat putus n gugur. aku potong pendek spy bleh selalu cuci, bleh sejukkan kepala otak. pastu beli hair tonic utk bantu sihatkan kulit kepala.

Kononnya new year ni nak buat boy cut, sbb nak potong semua rambut yang dah diluruskan tu. Mak nak bela rambut original nok!!!! lepas ni jaga that beautiful curls. Mesti ieta pelik, sejak bila lak rambut aku ni jadi curl.......ntah la sejak masuk skolah menengah rambut aku jd curl, tp rasanya kalau dijaga cantik jugeeee..... potong boy cut, highlight kasi cun, pastu bleh buat rambut pacak wwwwweeeeeeee still standing?

Monday, October 25, 2010

...acara rejaman lembing beramai2...

Hadoi.......sakitnya hati bagai ditusuk sembilu! oppsss salah bukan sembilu dah ni, aku rasa direjam menggunakan lembing peserta olympic.....huhuhu. Tak dak usul periksa pastu tuduh aku antara dalang yg memulakan 'api persengketaan'......aku ni xpernah dengki ngan sape2. Setakat hangin satu badan tu memang selalu pun, tapi kalau nak berdengki apatah lagi pasal pangkat, darjat atau yang sewaktu dengannya sememangnya aku tak hadap.  Apatah lagi berpakat utk menjatuhkan sapa2......sesungguhnya aku tak hadap pangkat, kedudukan, wang ringgit hatta ke boyfriend pun aku xhadap. Sebab tu sampai skang aku xkawen ~~dududu~lalalala~~

Sedey plak bila ditempelak mcm tu.....kau langsung xkenal aku tp bleh keluarkan kata2 mcm tu. Kalau aku salah panggil aku utk bagi penjelasan, marah  dan beri teguran, tapi sebaliknya kau dengar tomahan org dan kau judge aku mengikut hati tanpa ada pertimbangan akal.....sedangkan dalam melodrama ni, aku ni xde role dlm mana2 scene sekali pun. usahkan watak sampingan, sebagai pak pacak pun aku terlibat.

Walaupun mulut aku keras tak berbahasa  tapi aku tak gedik mengada-ngada. Walau pun kata2 aku pedas tapi aku tak simpan dendam kesumat dan busuk hati. Sekurang2nya aku telus, what u see is what u get.................ini adalah aku, tak ada 'games' yg aku mainkan. xde drama, xde sinetron. xde hidden agenda. Ikhlas adalah segala2nya, aku xperlu balasan baik dari korang sbb balasan baik itu menanti aku asalkan aku ikhlaskan hati. Aku xperlu pujian melangit atau nama dijulang setinggi awan, kerana aku perlu sentiasa jejak di bumi nyata supaya aku xmudah lupa diri.

25.10.2010 hati aku benar2 kecewa, sesal, terguris.......berpatah arang berkerat rotan. Kecik ati sungguh, luluh sisa2 hormat yang aku simpan. Betul lah tindakan aku me'remove' duri2 dlm daging, supaya daging itu tidak membusuk. Aku nak jaga daging itew sebaik mungkin, letak sos tiram, lada hitam, garam sket......ceriakan dgn kubis, carrot, baby corn, broccoli......slluuurrppsss sedapnya kalau dapat pirate lamb steak kat damansara tu........jom kawan2 kita makan dulu!!!! :)

Friday, October 1, 2010

...STALKER...

A (bukan nama sebenar): "Babe, kalo camni maknanya ko ada stalker arrrrr. Waaaaa hebat........."

Ayat tu terkeluar dr mulut sahabat baik aku.....hehehe x kesah la, dah orang nak amek tahu nak wat camne, itu maknanya orang amek berat. Blocked segala channel pun kalo dorang nak tahu gak maka biarkan ajer. Dorang tu semua sayang kat aku ni.......aku ni kan budak baik walaupun kasar sket ~~wwwweeeeeeeeee~~

Kekadang cerita dari mulut ke mulut pun akan sampai gak ke telinga si polan dan si polan tak kira la polan tu musuh atau kawan. Kadang2 bukan dia yang stalking, tapi org yang menyampai. Aku pun byk dengar cerita yg disampaikan oleh org, jadi mana bleh kalo org nak kata aku stalker sbb aku tak plak g ngendap. Tapi rasa best gak kalo ada org sanggup tunggu bawah umah atau sekadar tgk bumbung  atau lampu umah aku......heheheheh best woooooo. Terasa cam ikan 'gelama' la pulak, hehehe kalo cite pun org tak caye. Hikayat seekor ikan ~~~dududududu~~~

Aku diberitahu bahawa ada gak 'stalker' yg terasa dgn tulisan aku yg takde kena mengena ngan dorang jadi kpd yg berkenaan:-  "Saya mohon maaf, blog ini hanyalah luahan hati saya tentang hidup saya, bukan hidup kamu. Lain kali jangan baca blog orang lain yer, kecuali blog kawan2 kamu. Saya minta maaf yer saudari saudara, tuan puan, cik encik, adik kakak abang, pakcik makcik dan semualah yg terasa hati. Saya memang nak change my privacy setting utk jaga hati korang tp ramai plak kawan2 yang takleh baca nanti. Jadi saya utamakan kawan2 saya dulu lah yer.....tumpang lalu." kata penulis blog kepada pembaca yg tak diketahui statusnya. (p.s: Sila baca dalam intonasi merendah diri, sesungguhnya saya tidak meninggikan suara atau memperli anda. Harap maklum)

Kesimpulannya.....aku rasa semua orang ada stalker dan juga merupakan seorang stalker. Selalunya stalker ni mengintip org yg disayangi sbb ambil berat tetapi ada jugak stalker yg ngintip musuh dorang untuk menjatuhkannya. Ada jugak org yg stalking sebab rasa unsecure atau pun just to know the real situation. cam nak investigate la rasanya kot. Segalanya terpulang kepada individu masing2, in my case ianya tidak merugikan atau memberikan apa2 makna. So aku xnak amek pot cause i'm happy with mylife, are u happy with yours?

To all my stalkers.....i love u, i really do. ;)

Friday, September 17, 2010

...raya 1431 hijrah...

fuiyooooo......raya tahun ni memang 'mangkaq'. tahun lepas aku tak dak mood nak raya, langsung xbuat preparation. tahun ni aku balas dendam kaw-kaw punya. baju raya 3 pasang, kuih raya berbalang2, siap beli serunding daging, cuti sampai 6 hari kalau campur cuti raya n sabtu ahad dan jadi 9 hari.........pergh!!!!

tapi tahun ni aku kembali menggalas tugas seorang 'bangla' mencuci pinggan mangkuk n bancuh ayaq setiap kali tetamu sampai...huhuhuhu! langsung x glamer, akhirnya baju raya penuh labuci  hanya tergantung dalam almari. hanya baju kurung cotton je yg sempat aku pakai..............begitulah juga hari2 seterusnya. ditambah juga dengan timbunan baju yg mesti dibasuh sbb ramai sgt rakyat jelata yg balik beraya. tugas baru ialah secara tak rasminya menjadi drebar paling hebat abad ini.

TAPI...paling mencabar adalah perjalanan balik raya. Kete aku buat hal, speed sensor dia ada masalah, so setiap kali aku laju jer yakni lebih 80kmj, enjin akan cut off. tekan minyak camne pun kete xjln. aku kena slow down sampai sensor tu bleh berfungsi pastu tekan minyak plak.....hadoyaiiii. Dia start jadi camtu kat Sungai Perak.....cubalah bayangkan aku bawak 80kmj dr sungai perak sampai a.staq.

Dan semalam, aku kena bwak 80kmj dari A.Staq sampai KL. sempat la makan jambu n  buah ciku sambil memandu. Dah la drive sorang2.......sampai ja kat rumah, aku rasa mcm nak cium ja parking rumah aku tu. SYUKUR!! hehehehehe.................dan ntah nape aku bleh relax n sabaq Alhamdulillah.

Hari ni masuk opis dgn gumbira, ada 4 org ja dalam opis, tu pun budak2 ni mengular ja. aku pulak teringin nak makan kuih raya. semalam mak aku pelawa kuih aku xmau huhuhu nasib baik bos bagi kuih dapat la aku makan, xkempunan (terima kasih bos!). Sok aku nak pi cari baju raya, mate aku buat birthday party anak dia kat curve, minta2 ada la baju open house kaler kuning-biru yang Fit request tu......amin.

Monday, August 30, 2010

150 juta

Untuk kali ke 150 juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
kenapa engkau masih mahukan dia
apa kau buta apa kau pura-pura suka

150 juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang bual kosong tak ambil tahu
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia menangis tonton crita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya
aku lagi kenal dia............

dan lebih 150 juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis aku ini pula dawai besi

setiap 150 jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat pada aku jujurkan saja
terus kau cubit dagu aku sambil berkata

sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua
saya kenal sayang saya

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

sku mudah baran tidak semena
malah boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa
rahsia kita berdua..............................................

http://www.facebook.com/shiera.shiera#!/video/video.php?v=151427874873135&ref=mf

...mimpi mengarut...

lately ni aku selalu mimpi mengarut..... semalam aku mimpi dok hostel, mcm desasiswa kat USM. Pastu ada lak 'drama queen' mati kat tangga bwh bilik aku. aku yg jumpa 'mayat' dia, so polis pun mai la nak investigate pembunuhan ni. Bijak punya polis angkat mayat dia bwak masuk bilik aku sbb aku dah jadi main suspect, alih2 aku tgk mayat tu menguap, so aku marah la. Rupa2nya si 'drama queen' ni  saja nak penaya aku, sbb tak puas hati ngan aku........dek kerana keciwa ngan fitnah tu, aku bawak diri ke perantauan, g europe. apa punya mimpi daaa.......

hari ahad tu aku tertidoq waktu tgh hari, aku mimpi mengarut gak. pamela anderson jadi kawan aku wakakakakaka.......tapi detail mimpi tu aku tak hengat. 3 hari lepas aku mimpi kena serang dek awek ex-BF aku. kes naya sebab aku takdak apa2 dgn ex aku tuhhh.....akhirnya awek dia buat baik ngan aku sbb nak korek rahsia. aku yg kusut ni, g jogging kat trek balapan msn.....apa cer nihhhhh!!!!

3 hari berturut2 aku mimpi mengarut.......aku langsung tak terpikiaq pasal manusia2 yg ada dlm mimpi aku tu, tp aku bleh mimpi mengarut mcm ni. kadang2 aku bleh gelak sorang bila igt balik mimpi2 ni. balik a.staq ni kempem la makin rancak mimpi mengarut aku, sbb katil aku bawah alang rumah...dudududu

Tuesday, August 17, 2010

tolong bg email

kengkawan, aku open balik aku pya blog to all readers. tp minta tolong tinggalkan e-mail utk aku invite korang. aku terpaksa buat camni atas sebab2 kesihatan hehehehe. pasni setiap kali hangpa nak baca terpaksa la log-in plak, sory la.......

Monday, August 16, 2010

...renungan....

hari ni aku makan kat cafe atlet, pelbagai gelagat atlet aku perhatikan, tua muda, lelaki pompuan, sempurna n oku........mata aku terpaku melihat sorang atlet oku yg cacat penglihatan....dipimpin oleh sahabat. 

selama ni aku melihat tanpa merenung, hari ini aku merenung dan cuba menyelami perasaan dia....... dia hanya makan makanan yg dipilih sahabat yg dpt melihat. aku terpana, kepala ligat memikirkan.... apa perasaan oku cacat penglihatan yang selama ni membuat pilihan melalui penglihatan/pengamatan org lain?

Ya Tuhan betapa kufurnya aku selalu merungut sedangkan aku dijadikan dgn cukup sifat. merungut pabila masakan tak menepati selera sedangkan makanan penuh meja. merungut bila terpaksa menaiki tangga mahupun berjalan jauh, sedangkan kaki aku kuat sempurna. merungut bila bunyi bingit sedangkan telinga masih boleh mendengar melodi indah. merungut tatkala Tuhan memberikan ujian kecil tanda kasih sayangNya padaku....

.....apabila kita mula melihat dgn mata hati, insaf datang menyelimuti diri, terasa kerdil diri ini, mensyukuri nikmat Ilahi.....

.....dam dam dum bunyi mercun.....

aku sambut hari raya pada 4 ramadhan 1431 hehehehe.....awal kan??? 

Day before tu kitaorg g South City Plaza, aku dengki dengan 3 sahabat subahat aku sebab depa bleh makan Merry Brown. So aku g jln2 kat giant n farmasi sebelah tu.....ada plak diskaun, so aku borong pad n panty liner........rupa2nya keesokkan hari aku sambut raya.... memandangkan first day period aku jatuh pada hari sabtu, so aku boleh balas dendam dengan makan sepanjang hari kat umah.

Sbnrnya aku sedikit bersyukur sbb xleh posa bcause on 20/8 aku kena g ketatkan braces. so aku bleh makan puas2 sblom ketatkan braces. lagipun weight aku dah turun sampai 44.3 kg...so aku kena jaga weight supaya tak turun lagi. agak susah nak jaga weight memandangkan aku suka makan berulang....aku tak makan byk sekali gus. malam plak mata dah melekat mcm kena gam....so aku cuma makan 2 kali saja termasuk soq. tu pun bukannya byk sgt.......kalau hari2 biasa takpa la, xdak sapa nak tgkap kalau makan byk kali pun. tp bulan posa mana bleh makan dlm opis hua hua hua

ntah nape aku rasa mcm ada yg sedang bertepuk tgn gelakkan aku......oh iyo ke? perasaan jer tuh.....tp aku xkesah la, lantak lah. aku ok jah. hidup aku semakin selesa, tenang je. kalo sunyi aku ada ASMARIANS dok buat lawak dlm FB, aku ada 'Old Girl Club' kat opis yg selalu buat aku sakit perut tahan gelak. aku ada mate yg sentiasa ada ngan aku, yg selalu buat aku rasa tenang. balik kampung aku ada family yg terima aku seadanya. 

Aku kena bersyukur aku ada segalanya di keliling aku......aku ada karier yg perlu aku jaga dan usahakan dan kembangkan. aku takde harta berkoyan2...tp hidup aku serba mencukupi dan aku tak hidup meminta2, alhamdulillah. aku tak cantik tp tuhan berikan aku sifat yg sempurna. Sekarang aku kena sempurnakan sikap n perangai aku. aku bukan dari keluarga berada.....tp aku mengada-ngada adeihhhss salah ka?? aku dari keluarga biasa tp aku sayang keluarga aku n aku yakin dorang pun sayang aku :) 

aku ada byk kekurangan tp sekurang2nya kekurangan tu buat aku 'sedar diri' dan menginsafi kelemahan aku sebagai manusia. mengakui keagungan Yang Maha Esa dan mencari rahmatNya. Ibadat semata2 takkan membuatkan kita selamat dr api neraka melainkan dengan rahmat dan rahim dr ALlah SWT. jadi kena ada sifat ikhlas dlm hati......kalau nampak serba cantik di luar tapi hati busuk Nuzubillah. Jauhkan aku dr sifat camni. Aku sedang mendidik hati, meletakkan tudung di kepala itu mudah tapi menundukkan hati itu susah. Ramadhan tahun lepas aku bertudung sepenuhnya, maka ramadhan tahun ini semoga aku dapat mendidik hati sendiri, merendah hati mencari keredhaanNya.

Semoga Allah memberikan hidayah untuk aku dan untuk semua umat Muhammad.....amin.

p.s   aku bukan nak tunjuk baik, cuma nak berkongsi dgn sahabat dan selebihnya untuk ingatan diri sendiri.

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan 1431

5.00am - aku terjaga untuk sok. ntah nape hati aku jadi sayu jer.......aku tarik selimut n sambung tidoq. bangun subuh...hati aku masih sayu. Dan terus sayu hingga ke saat aku menulis posting ni. Terasa kosong n tidak sempurna......aku rindu kat arwah tok n arwah wan. Rasa rindu pada suasana ceria ramadhan. rindu ngan riuh rendah adik2 aku bergaduh depan tudung saji........skang ni semua tu dah takde, umah aku sunyi jer. adik2 aku dah start sambung blajar, tinggal mama, abah n adik bongsu aku. dan aku terceruk kat key el ni. makin sayu bila kenangkan tahun lepas n tahun2 sebelum tu.

dan hari ni dpt khabar dr seberang.....akhirnya eddy n maria dah kawen. Tahniah n semoga kekal hingga ke anak cucu. aku xsedih ngan pernikahan depa ni, cuma aku terfikir ke mana hala arah hidup? bangun pagi, g kerja, balik kerja, tidoq..............dan masih berulang2. Tak dak manfaat, aku nak manfaatkan hidup yg singkat ni. apa yg boleh aku lakukan pd keluarga, masyarakat, negara supaya aku rasa hidup aku ni ada manfaat. there must be a reason........tujuan kejadian aku ni.

Aku akui, nikmat dunia ni masih menggembirakan aku....tapi xlama. hati aku masih mencari satu ketenangan n kebahagiaan yg hakiki.Semoga Ramadhan 1431 ni membawa keberkatan dalam hidup aku n semoga aku dapat capai ketenangan hati yg aku cari.....................amin.


2 Ramadhan 1431 (edit post atas)

Cepat sungguh Allh bagi jawapan kat aku......smlm aku belek2 majalah Nur (sbb tv umah aku rosak) aku dapat jawapan kepada soalan2 kat atas........ So.....hari ni aku bangun awal, makan soq dan pi gheja. Mencari rejeki yg halal, 'alat' untuk mencapai matlamat kehidupan sebenar.

p.s    apasal aku rasa lapaq plak, br pkl 1.20pm, semalam tak lapaq pun dududududu

Wednesday, July 28, 2010

...braces & move on...

Kadang2 rasa menyesal gak pakai braces ni, terutama bila nak makan. Hilang nikmat dunia tp aku pujuk diri n teruskan jugak... lagipun alang2 dah pakai kan. Sakit jugak la pipi ni sebab asyik tercucuk ngan besi2 kat gigi tu. Hari ni aku dapat idea menarik....aku tampal besi tu dgn singgam (chewing gum). hilang la sat sakit tu, tapi xkan la nak biar 'singgam' tu lama2...nak makan, nak gosok gigi, nak kumur kena buka jugak. tp sekurang2nya pipi aku x suffer sgt. Aku rasa lepas 2-3 bulan gigi siung aku tu akan turun bawah, jadi xlah rasa pedih mcm la ni.

Rasanya dalam 3 bulan ni, aku dah buat 40% dari apa yang aku nak buat. Keta aku dah tukaq enjin dan dah buat audio, cuma tinggal nak tukaq absorber n tayar. Teringin nak cat n tukar rim...tp itu boleh tunggu 'durian runtuh' kot. Insyallah ada rezeki maka bleh la cat kete. Braces dah pakai, ini kempem jadi la sbb dah xleh nak buang, kalo buang rogi ler duit. Skang tengah cari material utk master...konon2 tgh buat literature review la nih. Yang ni ja slow sikit  sbb byk dok buat benda lagha.....Aku nak settlekan semua ni dolu, dlm masa yg sama aku dok jaga diri supaya sihat. Kalau sihat baru nampak ceria n bersemangat. Cantik tu datang kemudian, lagipun cantik tu subjektif. cthya ada org kata siung aku tu cantik, manis ja bile senyum, ada orang lain plak kata gigi 'ghongok' tak cantik. So yg penting aku selesa dgn diri aku dan aku sihat.

Dok planning hujung tahun ni nak 'berziarah'. Kawan2 tolong la doakan aku supaya tercapai hajat, dah 2 tahun dok simpan niat, tahun ni Insyaallah jadi la kot. Kalau ada kwn2 yang nak join aku meh la, kita planning sama2 sambil simpan duit. Seronok plak rasa, hidup semakin teratur. Aku tulis semua planning dan cuba capai satu2. Kalau setiap hari buat satu langkah, insyaallah lama2 semua planning tu akan tercapai. Setiap pagi, bangun dan motivate diri untuk terus buat yg terbaik utk hari ini, manalah tau kalau xdak esok tp minta2 la panjang umur.

Happy bila aku mula sedar, aku ada ramai kawan2. Asmarians: ieta, hanim, zuriat, kak wa, sone, dd, dura, eta, fs.....malah intan, yusma, suriati, eza dll yang dulunya kita bukan rapat sgt pun tp skang dok buat reunion kat FB. Xlupa gak kwn2 opis....mylin, qubiey, ifa, ina, sue....yg boleh sama2 gelak n sama2 sedih. Sama2 juga nasihat sesama sendiri w.pun kadang2 pahit la sikit ayat tu......xlupa kak intan n abg atan yg byk tolong aku n buat aku mcm family. juga buat mala n mate yg selalu tgk aku nangis, kadang2 kena layan tempias mood tak baik aku. Tak tau pasai apa ntah, pagi ni masa tgh driving p gheja, aku terpikiaq semua ni dan aku rasa bersyukur....aku rasa tenang ja...... aku masih xtau perancanganNya untuk aku, tapi aku yakin itulah yang terbaik.


p.s: aku nak buat treatment untuk tulang belakang ni....tp nantilah dolu. Badan xleh nak terima byk2 treatment sekali gus.

Monday, July 19, 2010

...sila sign-in...

kepada sahabat handai yang selama ni yg rajin baca blog ni, sila sign in as members............sebab lepas ni nak tukar privacy setting. kepada mana2 'secret admirer', silalah sign-in yer, jgn malu2, insyaallah i akan terima semua org................... - tive atau +tive comment akan diterima dengan hati terbuka tp kalau ada unsur2 menghina maka mgkn i takkan publish tp i tetap akan baca ::: wink wink :::

Sunday, June 27, 2010

'Till u do me right - sepupu aku suka sgt lagu nih!!

I was in love with you
And gave my heart to you
I did my best to keep you satisfied
You took the love from me
And used it selfishly
You did not give back your
Love to me at all
I gave the sun to you
You said it was too bright
I gave you diamond rings
You said they didn't shine
I gave my world to you
But you said it's not enough
What in the world could
I have done
To make you be so rough
'Til you do me right
I don't even want to talk to you
I don't even want to hear you speak my name
'Til you do me right
Only wrong is gonna come to you
Nothin' good is gonna come 'til you change
Change your ways
Until you change your evil ways
Girl I was there for you
Someone you could talk to
How could you just keep breakin' my heart
What did I do to you
To make you be so cruel
I don't understand why you've been so wrong
I tried to be your strength
You said I was too strong
I tried to compromise so
We could get along
I gave my love to you despite
Your evil ways
I guess it's clear to me there's only
One thing left to say
[Chorus]
There's a time when you know what you
Feel inside your heart
It's tellin' you that somethin' feels strange
You don't have to deny it
All you gotta do is just try it
You'll find our love grows
Stronger if you're willing to change
[Chorus 2 times]

Friday, June 25, 2010

...apakah namanya kejadian ini.....

Pernah dak hampa rasa, pendapat dan kemahuan tidak sama? cthnya hati harapkan sesuatu yg lain, tapi akal pulak memikirkan penyelesaian yg sebaliknya?????? pastu kita buat keputusan berdasarkan penyelesaian akal tapi keadaan plak jadi sebaliknya..........................

1
hati : aku nak study kat overseas (jepun sbb janji ngan didi nak amek architecture).
akal : susah plak kalau apa2 jadik kat family aku, mesti xleh balik
penyelesaian : study kat usm penang sbb dekat jer....tp atuk aku meninggal masa aku first year dan aku still tak sempat nak tgk jenazah dia,  masa aku sampai kampung jenazah dia dah selamat dikebumikan . dan aku perang dingin dgn mak aku selama berbulan2..................

2
hati : rasa x klik ngan bf sbb lebih byk xbetul drpd betul
akal : mana ada manusia yg sempurna, aku sendiri byk kurangnya. jadi give n take je la.....
penyelesaian : terima dia seadanya dan harap bleh sama-sama baiki kekurangan...............akhirnya byk plak komen dia pasal aku. macam2 serba tak kena. baju besar, tak pandai bergaya, tak pakai lipstick, tak sabar dll.

3
hati : rasa cam xde jodoh je ngan fiance aku sbb dah byk kali tangguh dan aku pun dah xde mood
akal : kalau putus sian plak kat mak aku, pastu kalau mula balik ngan org baru pun aku kena hadapi perkara yg hampir sama jer...proses mengenali hati budi, family n so on
penyelesaian : teruskan juga persiapan, beli barang, amek borang nikah...redah jer. Putus tunang jugak akhirnya, dan rupanya mak aku pun tak berkenan sgt tp dia ikutkan aku jer (kalau aku tahu dah lama aku break-off)

Tu antara beberapa situasi jerrr......kadang2 ada juga situasi di mana aku terpaksa buat keputusan yg  terbaik untuk semua org walau pun bukan itu yg aku nak. walau pun keputusan tu selalunya menyakitkan hati aku, mengorbankan perasaan aku. tapi aku kena hadap n absorb semua kesakitan untuk kebaikan semua.

ntah naper aku terpikir semua ni....ni adalah hasil buah pikiran aku setelah bercerita ngan ifa kat kantin td. tp ifa kata, xyah nak pikir2 sgt, dunia ni sementara, kejap jer...bahagia ke derita ke semuanya tak kekal. ifa suruh aku yakin dengan ketentuan tuhan, bahawa tuhan itu ada dan sedang merancangkan yg terbaik utk aku.............. ::::::wink wink:::

Monday, June 21, 2010

...eeerrrkkkkk sengal otak....

kadang2 nak marah ngan diri sendiri, dah jauh aku berlari tapi kadang2 sengaja nak juga menjengah ke 'titik' yang sama huhuhu pastu sedey, melebek, makan hati, jeruk rasa...........kalau jeruk mangga bleh gak jual kat pasar sg. besi haaiiyyyoookkkkkk!!!

Those moments still  one of  the best part of my life, macam tgk bunga api malam tahun baru........tapi rupa2nya the firework's sparks tu sgt menyakitkan. Bunga api tu cantik, indah, mengasyikkan tapi sementara, apinya menyakitkan dan parut yg tinggal sgt besar n hodoh!!

p.s.: aku tak tau la hampa paham ka dak...........pandai2 la hampa tafsirkan, hampa semuanya degree holder dudududu

Monday, June 14, 2010

...Ceria...

Tadaaaaa!!!! Sempena Piala Dunia aku tukar template blog ni, sebab aku sokong Holand weh weh weh. Dah 2 season piala dunia aku sokong holand sebab jersi dia warna oren buahahahaha takdak kena mengena langsung dengan semangat kesukanan.  Lagipun aku nak ceriakan blog ni.......seceria hidup aku skang buahahahaha.

Semalam g facial n buang milia kat muka (aku xtau ejaan sebenar utk milia). Apakah milia? Bintik2 mcm ruam atau isi/kulit lebih kat badan....beautician tu kata sebab byk makan makanan berminyak. Tapi housemate aku kata, milia juga terbentuk sebab toxic xdikumuh dgan sempurna cthnya sebab kurang minum air. Jadi utk dpt kulit yg mulus dan bersih, bykkan minum air kosong yer. Skang ni aku rajin2kan minum air kosong sebab nak jaga kulit n kesihatan badan, kulit aku ni kering sgt so kena tambah moisture hahahaha. konon ja aku ni pastu tak buat pun dudududu.

Ni aku besarkan gambar aku untuk tnjukkan milia tu.... kat mata kiri tu, bwh mata, tepi mata dan di pipi. Sebenarnya ada byk tapi tak nampak sgt sbb warna kulit, yg bintik2 hitam ja yang nampak jelas skit.
Skang ni tinggal bekas2 treatment tu ja, lepas 2-3 hari parut tu akan hilang maka kulitku akan nampak bersih walaupun tanpa foundation hahahahaa. Tapi aku kena buat sesuatu untuk buang dark circle.

Utk makluman, aku dah start treatment untuk pakai braces hehehehe. 2 batang gigi dah dicabut, 29 Jun ni kena cabut lagi 2 batang....Julai ni doktor akan pasang braces. Insyaallah aku pakai untuk 1 1/2 tahun saja sbb gigi aku ni tak teruk sgt cuma taring tu ja yang tinggi skit. Kekok plak lepas cabut gigi, cakap pun asyik tersasul tambah2 lagi bila ada hurus 's'....angin lebihh daaaa. aku ada amek gigi yg dah dicabut tu...tp blom amek gambar. Gusi pun masih rasa sengal2. Skang ni dah takleh u -turn lagi dah, nak atau tak kena pasang gak braces sebab dah cabut gigi...dah rongak. Jadi aku kena teruskan.....................


Friday, May 28, 2010

...gelang...

Ni gelang2 yang aku collect. baru ja memulakan pengumpulan gelang ni....hehehe! yang penting ia murah sahaja, tak perlu beli yg mahal2. aku ni tak suka pakai emas, so aku beli la manik koran ni dududududu





kalau dicampur dgn bracelets maka agak byk la 'harta pusaka' yang bakal aku tinggalkan pada anak cucu aku nanti hehehehehe.....;). tp mgkn depa dah tak pakai design mcm ni. Aku ada gak beli gelang kat KK, kononnya pearl la, tp akhirnya semua aku bagi kat mak aku.

Kalau hangpa tau mana nak beli borong accessories camni bgtau kat aku...aku nak berniaga plak hehehehe. tak salah jadikan hobi sbgai mata pencarian kan............................

Thursday, May 27, 2010

...accessories.............

Hahahaha....aku dengki tgk hangpa dok boh gambar kasut. aku xbyk kasut. Tapi aku ada la beberapa kerat accessories yang aku dok kumpul. Dah jumlahnya bertabah dengan jayanya....hahahaha.



Ni close-up gambar anak gajah, buah tgn dari
Thai kalau tak salah aku. Saje ja aku close-up sebab nampak cantik & bersinar2. Sweet je kan...........hehehe. Aku ada sekotak key chain yg x digunakan, hadiah dr colleague yg g oversea atau outstation.







Ni gambar dari jauh sket. So hangpa bleh tgk rantai manik koran ngan subang aku tu. Tapi subang ni sekadar hiasan ja laa.... sejak bertudung ni aku dah tak pakai, tapi manalah tau kalau2 aku bleh buat magic pakai subang diluar tudung ..... :)

Rantai2 tu murah2 jer, cuma kena pandai cari yg cantik sket. Skang aku tgh gila shopping kat Hartamas. Byk butik2 yg jual rantai yg cantik pd harga murah. kalau g beli kat klcc dan kawasan sewaktu dengannya mesti mahal. so kena jalan2 n survey harga sblum shopping benda tak penting ni hehehehe




Ni pulak gambar bracelets, ada yang aku beli dan ada yang jugak yg org kasi. sebenarnya ada byk yg dah putus dan ada yg hilang, tak termasuk yg aku dah 'wariskan' pd mak aku hehehehe.

Aku ni menang membeli tp kalah memakai. kalau aku melawa tak tentu pasal tu, mesti aku tgh bosan gila atau tension. so aku happykan diri sendiri. Dan kalau aku g opis dgn make-up berserta accessories, maknanya aku nak motivatekan diri sendiri. Mesti aku tgh malas nak kerja hehehehe.

Dalam jewellery box tu, aku simpan harta yg ada value kat pajak gadai. Masa pencurik tu masuk umah, aku hairan sbb dia tak amek barang dlm box tu walaupun dia dah buka. Aku berpikir2 sepanjang malam, rupanya 'pencurik juvenile' so dia tak amek sbb tak reti nak g jual. Alhamdulillah......

Nanti aku amek gambar gelang2 yang aku beli....skang tgh membykkan koleksi gelang pulak. Tak mahal pun...u can get it for RM10 each. Aku teringin nak jual accessories, brooch etc, kalau hangpa tau mana2 pemborong yg bleh supply tolong bagitau aku. saja ja...suka bila tgk kwn aku jual tudung kat opis ni (dan aku adalah pelanggan tetap hahahahaha.  Tudung awning la katakan!!! dudududu) Kalau ada yg berminat nak beli tudung ni aku bleh jd 'org tengah'.

Sekianlah kerja gila aku ngan camera.....aku masih kurang mengambil gambar. Aku akan luaskan hobi baru aku ni. Sok2 kalau dah byk barang aku bleh buat garage sale hehehehe........................adios!

Monday, May 10, 2010

..gagah berdiri dan terus berlari...

errrmmmm...aku diuji Ilahi sekali lagi, bezanya kali ini aku masih gagah berdiri, tak tersungkur macam yang sebelum ni. Sepanjang malam aku try menangis, nak lepaskan rasa sakit hati, tapi air mata dah tak mau keluar. So pagi ni aku tukaq airmata dengan senyuman manis. Aku senyum pada semua org........milyn hairan ngan perangai aku............

Angka 31 mungkin menjadikan aku redha dengan takdir, terima dengan hati yang terbuka. Sebab angka tu sepatutnya menjadikan aku matang dlm menghadapi masalah. Walaupun 3 minggu lepas aku 'hilang kewarasan' kerana mengikut hati yg marah.......tp aku dah berjanji dgn diri sendiri untuk berubah. Jadi ujian minggu ini aku terima dengan hati yang redha. Cuma penyesalan dan perubahan tu dah tak boleh melembutkan hatinya atau merubah keputusannya. Aku redha je lah........

Hati aku juga terluka dengan keputusan yang dah dibuat, tak sangka keputusan ini yang diambil. Berbulan2 aku melawan perasaan bersalah dan rendah diri, di waktu aku cuba bangun dan berusaha, di waktu tu juga pintu dah tertutup untuk aku. Mungkin aku yang lambat bertindak. Jadi hatinya berubah........Hati adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengubahnya...... maka aku terima segalanya dengan senyuman.

Keputusan ini sepatutnya dah lama dibuat.......tapi aku yg tak tegas dengan diri sendiri. Aku dengan rela membiarkan hati aku dilukai. tapi xpa la, pelangi akan muncul selepas hujan. Hidup hanya sementara, semoga aku kekal bahagia di sana............

( p.s macam berbelit2 je ayat aku kan....sorry la, aku x amek sastera)

Saturday, April 24, 2010

....jelapang padi...

Dr atas pesawat AK5252 aku nampak sawah padi sejauh mata memandang.....tenangnya hati aku. Kecik2 dolu klu kena marah aku akan naik tingkat atas umah tok aku sambil termenung tepi tingkap. Hijau anak2 padi tu buat hati aku cukup tenang.....(menunggu dipujuk).

Dlm teksi aku duduk kat seat sblh driver (aku x ska dok belakang). Mungkin kerana aku happy....aku bersembang ngan pakcik teksi sepanjang jalan dr airport ke umah. Bercerita mcm2, dr hal kerja sampailah tanah yg diambil kerajaan hahahaha best wwooooo. turun dr kete pakcik tu siap senyum sblm dia pergi, aku pun sempat lambai tgn. ~~syahdu~~

balik umah terus bercerita ngan mama. I LUV U MOM. pastu abah balik dr kampung, dia bw balik buah keriang dot!! hampa pernah dgr tak buah keriang dot??? Sedap woooo....rasanya dah bertahun2 aku tak makan. malangnya, itulah generasi terakhir buah keriang dot dr kampung tok aku sebab dorang dah tebang pokok tu....hmmmmmm sayang!!  tu dia aku attach gambar buah keriang dot untuk tatapan semua.....kenali buah-buahan tempatan. hehehehe











hari nih kitorang g melawat adik aku kat beseri...... dia homesick hahahaha rasanya itulah kali pertama dia dok jauh. dia asyik demam n sakit kepala, mgkn tak tahan dengan air kapur kat perlis tu, aku pun bleh sakit kepala mandi ayaq tu. alang2 sampai sana, mama singgah kat Tasik Melati.....panas sioottt!! tapi sempat la kitaorg makan laksa sambil hirup air sirap kat tepi tasik tu. dan aku plak ramah tamah teguq pakcik yg kerja kat situ....eeerrrkkkk? Knp ngan aku nih?

akhirnya.......inilah SHIERA. aku rasa cam aku mula kembali menjadi SHIERA yg becok itu.....shiera yg sengih cam kerang busuk bila jumpa pakcik n makcik. ntah nape aku mudah ramah ngan org tua. Lately aku lebih banyak diam jer...layan perasaan. tp bila hati aku happy ternyata aku ni baik orangnya...buahahahahaha
Aku nak kekal camni, ramah, friendly......becok. taknak moody2. aku nak kembali active, g gym, menari, menyanyi cam dulu. aku nak g spa, manjakan badan....nak cantik2 balik cam tahun lepas. tp tahun ni takleh seksi arrr sebab dah tukar imej dudududu.

Satu lagi, Hanim buat aku jd cool...sebab dia cool jer. Rasa happy bila bersembang ngan Hanim, kalu aku tau dr dolu2 aku kawan baik ngan minah ni, tapi takut arr nak kaco RUKUN 13!! hehehehe. Cuma satu jer aku susah nak ubah, aku terlalu berterus terang sampai kadang2 aku menyakitkan hati org. Aku tak pandai nak selindung perasaan dan pendapat aku, kalau tak, tak kan la boss pun aku sound tepet jer. Mungkin aku kena ubah cara aku bagi pendapat atau perasaan aku.....cam kasar sgt kot.

Insyaallah...ramai kawan2 yg turut sama bantu aku untuk jadi lebih baik. TEGUR aku, bantu aku untuk jadi lebih baik. Tolong jangan diamkan dan jauhkan diri dr aku. Aku sebenarnya masih belajar memperbaiki diri...........LUV U ALL.

Thursday, April 22, 2010

...Tuhan Sedang Mengajar Aku...

Lately aku sedar aku bayak buat perangai, makin cepat hilang sabar, makin kuat mengamuk. Mungkin sebab aku rasa aku dah terlalu lama bersabar.....atau mgkn kerana aku xnampak salah sendiri dan lebih banyak menunding jari pada orang lain.

Dan minggu lepas aku 'diajar' erti rimas dan ditekan. Selama ni aku banyak bg tekanan pada orang, bila aku berada dalam situasi tu baru aku paham. Aku pulak yang minta ruang pada orang  :P. Sesungguhnya tuhan sedang mengajar aku, mendidik aku menjadi lebih baik. Berlian yang mahal mestilah dicanai dulu kan.......

Aku kembali bertatih macam tahun 2008 dulu, waktu aku jatuh tersungkur dan muka aku tersemban 3 kaki dalam tanah huhuhuhu. Waktu tu lah aku mula menulis blog senget ni.  Sekarang aku belajar apa sebenarnya rasa tidak dipedulikan.... selama ni aku selalu kata aku disisihkan, dan bila aku betul2 disisihkan, baru padan muka aku. Sejujurnya, aku sendiri tak sangka buruk benor perangai aku bila hilang sabar.....selama ni aku boleh berdiam dan bersabar, jadi mengapa sekarang aku tiba2 hilang sabar? Kenapa aku tiba2 jadi tamak? Hilang semua pengalaman dan pengajaran dr tahun 2008 tu. Mana SHIERA yang dahulunya dah dimatangkan oleh pengalaman dan kekecewaan? Kenapa aku ulang semula perangai buruk tu?

Aku pun tak tau kenapa, masa aku tgh termenung di tepi tingkap dengan rasa MARAH yg teramat sangat malam tu, tiba-tiba aku mcm dengar org cakap....."shiera, nape jadi macam ni? nape kau boleh jadi seteruk ni? salah tindakan kau ni....". Adakah aku sedang bercakap dgn diri sendiru...huhuhu MISTIK!! Dan rasa marah aku jadi reda.........dan aku mula rasa bersalah. Mulai malam tulah, aku mula mengenang kembali tingkah laku aku...AKU YG BERSALAH. Aku sebenarnya yang tak pandai menghargai orang disekeliling aku. Aku ni mementingkan diri sendiri. Aku sebenarnya yang tidak ikhlas. Aku mengharapkan orang akan melayan, menghargai, memberi komitmen sepertimana aku buat. Sedangkan aku tak sepatutnya buat macam tu, kalau aku benar2 ikhlas, aku tak sepatutnya mengharapkan balasan, walau sebesar zarah pun.

Selama ni Tuhan memberi tanpa aku perlu bersusah payah. Aku tak perlu bersengkang mata belajar siang malam, tp result aku boleh tahan. Aku tak perlu bersusah payah cari kerja, first interview terus dapat kerja, aku tak pernah rasa menganggur. Aku tak pernah ngorat orang, orang je ngorat aku buahahahaha. Aku selalu dapat couple dgn pakwe yang aku syote/admirer tanpa aku perlu approach dia pun (rezeki jgn ditolak). W.pun aku ni takde la cantik cam super model, tak pandai bergaya, selamber badak.....lipstik yg aku beli 8 tahun dulu pun tak habih pakai lagi hahahahaha.

Sekarang Tuhan mahu aku berusaha untuk dapat semua tu. Aku MESTI sambung belajar sebab nak merealisasikan KPI Ifa heheheh.....xdelah. aku kena sambung belajar untuk baiki kehidupan aku. Aku kena bekerja bersungguh2 supaya dapat APC hahahaha......xjugak!!! Aku kena lebih efektif supaya BIG BOSS nampak keupayaan sebenar aku dan bagi aku gaji lebih!! Aku mesti belajar mengambil hati supaya aku dapat bersihkan nama aku, supaya orang kenal siapa aku sebenar. Yang lebih penting, aku kena BERSIH kan hati aku. Bukan rasa rendah diri, tapi rendah hati.

Maka dengan itu, dari hati yang benar2 rendah, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada hati-hati yang telah terluka. maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya!Tolonglah tegur setiap kali saya salah.....jgn didiam kerana nak menjaga hati.

Tolonglah didik saya menjadi insan yang lebih baik........ Amin.

Thursday, April 8, 2010

weh geh geh geh

weh geh geh geh...aku dpt penolong pegawai a.k.a sekutu baru hahahaha. bersemangat aku keja minggu nih. bertambah2 jahat aku kat opis, sakat orang merata2 buahahahaha. lupa lak nak fax smthing td ooppsss i did it again. :)

dato' pun dah cakap perkara yg perlu aku baiki....nampak gayanya bukan masalah besar pun, insyaallah boleh diatasi dengan adanya sekutu aku tuuuu. mei ni sorang lagi staff akan masuk, pasni harap2 kerja akan semakin smooth. lepas tu bleh la aku berehat panjang....amek coti g jalan2, ubah angin, cari new idea, new life. i really need it. at least one part of my life is getting better.

sok nak tepon CB Auto....tanya JFL401 kesayanganku.....dah lama sgt aku abaikan dia. pasni nak jaga dia baik2, spy aku takyah menyusahkan org dah. takyah nak menempel kat orang. ORG tak suka bila kita jadi beban. akhirnya kita akan nampak 'sumone's true colour' ........... terutamanya bila kita dah jadi beban. beban is not needed. insyaallah aku xkan jadi beban pada sesapa pun pas ni.

pasni aku nak baiki diri aku lagi. nak renovate keje aku....asyik renovate facilities jer. nak happy....asyik org rosakkan hidup aku, sampai bila. hehehehe. Soooooo....kita enjoy!!!

Thursday, April 1, 2010

...tudung baru...

hehehehe...dek termakan pujuk rayu qubiey, maka aku beli tudung yg sememangnya lawa.... td lak, aku beli 1 lagi sebab matching ngan baju kebaya aku ni hehehe. terus pakai time tu jugak!! lalalala nanti aku letak gambaq2 tudung tu, kalau sesapa nak beli bleh jugak, aku x amek komisyen yer......

tudung ni specially made, hanya 1 untuk setiap design/colour. santek....katanya diambil dari penang, jd sesapa yg kat sana bleh terus dapatkan dr pembekal la kot. cakap byk pun tak guna, nanti aku letak gambaq.

btw, ada sesapa tau mana nak dpt stok accessories tiruan, kristal, manik dsb mcm gelang, rantai atau subang ? brooch sekali...... kalau tau tolong habaq kat chek naaa.......

Sunday, March 28, 2010

...messed up...

Maaflah ye ieta, sone, dura, hanim dan sesapa yg membaca. post ni sesi luahan perasaan sket...mgkn korang x minat.

after years of frustration.......aku mula hilang arah. aku mula bertindak ikut kata hati tanpa pertimbangan akal. aku cakap ikut sedap, bertindak ikut perasaan. sekuat mana pun aku, bila sampai masanya aku akan rebah jugak. dan mungkin aku dah mula pecah. benteng hati tu dah mula pecah.

hilang kewarasan fikiran seketika........mula la mcm2 bala jadi. dah la xcident. bos plak cari pasal...... xsudah2, kes tahun lepas pun nak ungkit lagi. aku baru je nak tenangkan hati n bekerja. dia cr pasal pulak, siap nak print post dalam FB aku yang terang lagi nyata takdak kena mengena dengan dia. Dia tak penting dalam hidup aku utk aku amek pot hal dia pun. dia bos aku ja, takdak kena mengena ngan life pun......

dah la kerja dtg bertimpa2 pastu lagi nak tambah stress kat opis. patutnya sediakanlah persekitaran kerja harmoni kat opis, ni tidak, asyik menyalahkan staff yang siang malam buat keje untuk cover dia. kalau tak dapat membantu, takpe lah, jgn la menambahkan beban. pelik plak aku rasa camni. cubalah tnjukkan contoh kerja yg baik pada kitaorang ni yg dikatakan junior ni.........

itu satu hal......dgr plak org bercerita kat belakang aku. sedap je mulut kata aku mcm2. Aku susah takde org tolong pun, xde orang amek pot pun. yg sedap mengata satu hal, aku mengadu minta dikasihani pastu aku gak yang kena marah. katanya aku dengar cakap orang....mak aiiii, bleh tak tolong aku cool down n sedapkan hati aku. belikan aku aiskrim ka, rojak ka, blanja aku makan laksa ka......ni aku lak yang kena marah. kalau aku rasa xsecure, tolong la buat aku rasa secure.......kena kat dia pandai la perlukan masa, kalau kena kat aku, dah xdak masa la. fenin.

skang ni housemates pun dah mula kena tempias stress aku nih. w.pun aku tak marah secara direct, tp kekadang tu muka ketat aku tu dah cukup utk buat orang menyampah. nampak macam aku  ni selfish sgt, tp sebnarnya kepala aku serabut. aku malas nak cakap byk2, malas nak pikiaq byk2, malas nak layan org. aku juga malas nak involve dlm sebarang aktiviti. muka dah macam tanah runtuh, mata sembap sebab tak cukup tidur, eyebag n lebam ja mata....sbb xleh nak tidoq, kalau boleh tidoq memang aku layan tidoq 3 hari berturut2. badan aku dah tinggal kulit dgn tulang jer.

huisshhhhh......penat rasanya melayan semua hal yg datang bertimpa2. 'kaunter aduan' pun dah tak nak beroperasi, dah kena marah kalau nak htr borang aduan. camne la i eekkkkk....................