Showing posts with label Jiwa Raga. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Raga. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

HUKM

Menjengah Wad Psikiatri HUKM adalah satu pengalaman yg sgt bermakna. Ada lucu, gelak tawa, ada derita, sedih, airmata, ada rasa takut, ngeri, rasa nak 'shoot' pesakit kat situ................tapi lebih banyak gelak la. Macam2 ragam pesakit buat aku sakit perut tahan gelak............

Pesakit 1 -Cik Palmolive-

Cik Palmolive : Nurse, tolong saya, sabun saya hilang.......tolong la saya, sabun saya hilang....
Nurse : Esok la cari, pergi tido.....
Cik Palmolive: Nurse, cari la sabun saya. Sabun Palmolive...P A L M O L I V E......palmolive!!
Nurse : Nak mandi ke? Bila nak mandi
Cik Palmolive : Esok pagi saya mau mandi
Nurse: Esok cari la.....
Cik Palmolive : Tolong la cari, sy tak boleh tido, sabun saya hilang.......................


Pesakit 2 - Cik Juling (aku xtau nama dia, bkn nak hina kekurangan dia)

Cik Juling : Itu nak makan ka...
Aku : Ye nak makan
Cik Juling : (Berjalan nak amek bubur McD)
Aku : eh...tak boleh, sy nak makan....
Cik Juling: Sikit pun tak boleh ke.......
Aku : tak boleh! (rs cam aku lak yg 'masuk air' dok layan dia ni)


Pesakit 3 - Makcik Tasbih (Sbb dia bw tasbih, pakai coat & kasut dgn 1" heel)

Scene 1...
Makcik Tasbih:  Nak satu boleh (terus hulur tangan amek goreng pisang, tapi bukan 1.....3 keping sekali amek)

Scene 2...
Makcik Tasbih: Nak satu (terus amek 2 keping nugget).............
Makcik Tasbih : (Datang dan tercegat depan kitaorg dgn buat muka marah sbb nugget dah disimpan)

Scene 3...
Makcik Tasbih : Dari mana ni....
Aku: Bukit Jalil....
Makcik Tasbih : ooo....bukit jalil.
Aku : tahu ke?
Makcik Tasbih : Tau...yang ada stadium tu...
Aku : (cerdik juga kamu ni......sambil terus jalan laju2 sebelum dia 'shoot aku')

Scene 4
Makcik Tasbih kejar aku sampai ke pintu sambil senyum..............argghhh ngeri nyer!! Kalau dia cekik aku, dia tak salah. Tapi kalau aku terajang dia, mau aku plak jadi penghuni tetap wad ni!!!

Pesakit 4 - Nyonya Garfu (sbb dia cucuk tangan dgn garfu)
Nyonya Garfu : (Kalau xsalah dia dok baca kitab Injil. Tetiba tampar diri dia sendiri)
Kwn aku : Agak2 nyonya ni xnak minta tolong tamparkan pipi dia ke? Kalau dia minta tolong, saya ada pakej, nak yang sehala atau yang pergi-balik!!
Aku : (Keras perut tahan gelak......)
Nyonya garfu dapat 2 hari cuti, tp isnin ni kena masuk wad balik.......


Ada juga pesakit dari kalangan org cerdik pandai....ada master dlm pengajian agama. Tp terlebih mengkaji! Makcik Jamilah lak temankan anak dia, kesian bila seorang ibu kena menjaga anak yg sepatutnya menjaga ibunya. Amoi sebelah katil Makcik Jamilah lak nampak cam ok, tapi seludup rokok n ubat penenang. Valium ke hapa ke aku pun xtau. Byk lak tu....dah kena pindah katil, agaknya ke single room kot. 

Makcik gangster (sebab dia rmbut pendek, xde gigi pastu mmg cam gangster arr! Siap gaduh ngan Makcik Tasbih) dapat keluar wad, pastu terus tukar baju smbil berbogel kat katil dia. Cik Palmolive menangis sbb takut org lelaki tgk Makcik Gangster berbogel......hehehehe. Caring gak Cik Palmolive ni......tp xkena tempat!

Hampir kesemua pesakit ni mendengar bisikan2 atau suara2 yg menyuruh diaorang buat mcm2. Ada yg rs nak mencederakan diri sendiri. Aku pelik gak kenapa org nak sakitkan diri, baik terajang je bangla yg jd guard Giant tp kerek mcm dah jd panglima tentera. Nyonya garfu cucuk tgn ngan garfu sbb nurse xkasi dia balik, baik dia cucuk tangan nurse tu (tp kang terus lak masuk wad gila). Time kepala tengah serabut, syaitan mula berbisik supaya kita terus hanyut dengan perasaan sendiri. Makin sedih, makin tertekan dan akhirnya mengalami kemurungan. 

Aku sempat baca ciri2 kemurungan yg dorang tampal kat dinding, antaranya:-

# Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
# Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
# Mudah berputus asa.
# Perasaan bersalah dan tidak berguna.
# Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
# Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
# Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
# Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
# Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
 Kalau korang ada 3-5 drpd ciri2 di atas dan berterusan selama 2-3 minggu...silalah dapatkan bantuan. jgn dok sengsorang, buat aktiviti dgn kengkawan n family.

Sblum tido smlm, aku teringat kat Makcik Tasbih, apa la yg buat dia jadi macam tu? Kecewa? Sedih? Terlalu banyak makan? .............. walau apa pun, moga tuhan jauhkan aku dan kawan2 aku dari jadi camtu. Melihat pesakit2 tu buat aku sedar, aku jauh lebih beruntung dari dorang. Aku ada kasih sayang family dan sahabat2 yg sentiasa membimbing aku. Dan HUKM juga buat aku lebih menghargai silaturrahim yang terjalin, menerima setiap kekurangan dan mencari kebaikan drp kelemahan tu.


Tuesday, February 7, 2012

...marah...

hati aku start panas last week.....bila dah lama sgt simpan maka hari ni segala2nya terluah. Hamek!! Skrg dah tahu perangi buruk aku. tunggu apa lagi, sila angkat kaki la. jgn suruh aku wat keputusan, ko buat je keputusan. susah kan............sebab selama ni ko biarkan org buat keputusan untuk ko. ko xpernah buat keputusan untuk hidup ko. spy ko bleh put the blame on others, ko mmg xpernahnya salah.

bila aku ngamuk, org hanya boleh kata 'sabar sabar sabar' dah bertahun2 aku bersabar. sabar dgn kata2 org, sabar dgn perangai orang, sabar dengan setiap kesakitan. Aku SABAR n hari ni aku mmg hilang sabar. 

tapi seorang sahabat yang kdg2 buat aku rasa irritated kerana kelantangan kata2nya dapat buat aku tersenyum. Dan aku akui kebenaran kata2 dia. ni nasihat dia 

"kenapa kau mencari yang susah dan bersangka2. ikutlah nasihatku, tariklah nafasmu dan hembuslah perlahan2 bersama2 ingatanmu pada Khaliqmu. tiada yg mustahil kerana penciptamu sedang membolak balikkan hatimu kerana Dia cemburu, hatimu hanya untukNya." 

dan aku tersenyum, mengakui kebenaran kata2nya. Dan aku bahagia, kerana Khaliq ku mengharapkan hati aku kembali kepadaNya. Sdgkan cintaku padaNya xsempurna.

p.s : xde la susah sgt nak redakan kemarahan aku, xyah susah2 nak buat lawak yg akhirnya buat aku lebih marah. sedikit ilmu dan kebijaksanaan berjaya meredakan segunung amarah. dan ini buat aku berfikir, layakkah kamu menjadi imamku?

Saturday, December 3, 2011

...cintaku untukMu...

~✿..Aku LEMAH..aku salah, aku BERDOSA..aku bukan wanita solehah, aku bukan siapa siapa..aku cuma HAMBA HINA, aku bukan permata..aku cuma kaca, perilaku TIDAK TERJAGA..bicaraku kadang tiada santunnya, hatiku kadang BERPRASANGKA..✿~

Aku tahu..
Aku MALU..
Ya Allah..Tuhanku..
MAAFKAN aku..
Maafkan aku..

>>> Ya Allah, kuangkat kedua tanganku..SUDIKAH Engkau MENERIMA cintaku, berdarah-darah akan kutempuh..menggapai tarikat cintaMu..tujuh syurga pun TIDAK MAMPU kuraih, menerima diri yang penuh DOSA dan NODA ini..kuharap cinta dan ampunanMu..setinggi arasyMu seluas semesta cinta..TERIMALAH hambaMu yang HINA ini..♥♥♥

Friday, July 29, 2011

...caci maki dalam chord D minor....

(terdahulu bagi ibu2 mengandung jangan baca post ni sbb aku nak guna perkataan yg xsesuai utk pengetahuan bayi. so sorry pada kawan2 kalau rasa xsuka pada apa yang aku bakal hamburkan ni)

DASAR JANTAN S*@!...............sesuka hati hang saja gunakan aku selama ni kan. aku diam kan saja so hang makin berani amek kesempatan kat aku, SAYANG konon, RINDU konon. Macam HARAM!!!!!

apa yg aku tak buat spy hang tinggal aku? cakap elok sudah, pujuk pun sudah. buat perangai cam bangang pun sudah, buat melodrama pun sudah, skang hang nak aku maki hang ka? okey....hang memang macam VARVIDALOKA!!! apa yang hang buta perut sgt??? Apa salah aku kat hang sampai hang MEMPERGUNAKAN aku sampai ke tahap macam bangang???? YA aku mmg BODOH sbb percayakan hang. mati2 aku igt aku kenal hati budi hang, aku salah. 

hang xkesian ka kat org2 yg sayang hang n harapkan hang? balik la jaga hang punya life n org2 yg sayang hang. JANGAN cari aku, i mean it asshole!!! Biar aku hidup dgn cara aku sendiri, xdak faedah pun hang dok hadap muka aku yg huduh, hitam, gigi bersepah, pendek. dah la bahasa aku kasaq n aku xpernah buat baik untuk amek hati hang pun. 

xdak keinginan konon? macam HARAM!!! portray macam hang terpaksa, xgembira, terpaksa konon.............sapa yg paksa hang? semuanya LAKONAN semata2..................n thank you aku ni la yg bodoh p percaya semua tu n layan hang!!!! hang xnampak ka yg hang dok seksa aku??? AKU pun ada perasaan la, n aku dah tak mampu nak tanggung semua ni sorang2 sedangkan hang xpernah dipersalahkan pun!!! Sedangkan semuanya lakonan hang, hang yg GIGIH dok cari aku......mmg DASAR BAJINGAN!!!

FLOW CHART hang mmg hampeh!! aku dah xmo follow the flow. jgn cari aku, kalau aku mati sekali pun jgn sibok nak ziarah. simpan saja fatihah hang tu untuk diri hang sendiri. org kata aku ni jahat dok aniaya org tp org xnampak hang dok aniaya aku. org hina aku kata aku xsepadan ngan hang, tp sebenaqnya aku rasa HANG YG XLAYAK UNTUK AKU!!

Monday, July 18, 2011

...lagi2 outstation...

zaman outstation kembali lagi.....lalalalala! Mula-mula miri-kota kinabalu-sandakan, seminggu kemudian Kuala Terengganu. Bulan ni Penang-Alor Setar-Nilai, yang bestnya sebab ianya back to back. Dari AS terus ke ke Nilai walaupun singgah KUL tapi hanya beberapa jam je sebelum bertolak ke Nilai.

Memang letih tapi pemandangan Nilai Spring Resort ni buat aku relax. dapat pulak bilik menghadap golf course. pool pun menarik, pool kanak2 agak luas. Boleh ler sesapa nak lari dari KL sekejap n tenangkan jiwa kat sini. Silap2 aku la yang akan jadi tetamu tetap setiap kali aku serabut nak rasa nak lari dari umah. tetiba teringat term "remaja lari dari rumah!!" - adoyai xleh blah

Ni view dari bilik aku
Skang aku dok ngadap lappy dengan view mcm kat gambar tu................amat tenang! kalau ini view umah aku, maka aku sanggup je berulang g keje Nilai-Bukit Jalil tiap2 hari......................

Saturday, June 4, 2011

...aku dah jadi ZOMBA...

Jumaat - 3 Jun 2011

Aku terjaga time azan subuh & tetiba aku rasa macam mayat hidup. Aku dah bertukaq jadi ZOMBA! Untuk seminggu ni, tiap2 pagi aku bangun & g keje yg mana aku tak buat apa2 pun kat opis kecuali utk beberapa perkara dan juga meeting, pastu lunch n sambung doing nothing. Kepala aku sgt kosong........habih keje balik umah, masak dinner, makan & tido. Mulanya aku rasa aku jadi camni sbb housemates aku stay kat UKM sbb bertugas utk SukMa 2011.........

Rupa2nya aku memang blur, 2 kali salah jalan. Aku drive mengikut rutin harian tanpa pikiaq mana nak pi. mula2 masa nak p lunch kat TPM, aku relaks je kona masuk ke Maybank sedangkan aku nak p fudkot TPM. Mmg aku selalu p Maybank TPM. Kali kedua masa nak pi amek IC kat carre4, aku drive straight ja kat lane kiri sedangkan sepatutnya aku amek lane kanan utk kona masuk carre4. nasib baik masa aku nak sampai kat tepit lite tu, lampu jadi hijau so aku dengan bergaya teruih kona kanan hahahahaha

Apa pun, aku sedaq yg aku takleh terus melayan kepala 'blur' aku ni. Aku tak mau terus jadi ZOMBA yg hanya ikut rutin semata2. Alhamdulillah aku terjaga dari 'hibernasi', seb baik! paih tu Pn Eta telah bagi ayat best 'bersangka baik dgn Allah, dia sdg merancang yang terbaik utk aku'. Thank You Teacher!!

sexy zomba.......huhu i loike!!

Wednesday, June 1, 2011

...walau apa terjadi...berjalanlah tanpa henti...


Dah 2-3 hari tingin nak menulis tp 'BLUR'. Aku masih beku, kaku, lesu, bisu. Still nak hadam perasaan sendiri. Bukan menidakkan ketentuan, tp menyesali keadaan. Banyak soalan dalam kotak pikiran tp jawapan yg aku dapat hanya satu - "dah tak tau nak kata/pikiaq apa dah".

So aku pakai nasihat PPS(H1) - go with the flow. Thanks to uols yg concern. Tak sangka lak ada sahabat yg sama2 nangis ngan aku.....isk isk. Terharu babe!! Terima kasih kerana mendoakan yg terbaik untuk aku, teruskan berdoa *wink*. ~ walau apa terjadi......berjalanlah tanpa henti~

Monday, May 30, 2011

...tired...


..................& just wanna stop...........

Tuesday, May 17, 2011

...Nora Elena...

7.00pm - housemate dah kuar g dating. umah dah siap kemas last weekends. facebook xde org. cityville dah xde energy. pm & sms senyap je, dah xde yg menghantar. makanya SUNYI & SEPI. so layan la Nora Elena sambil update blog, tetiba aku ter'touching' lak ngan ayat Nora Elena tu......."selama ni aku lupakan sejarah hitam dengan berpura2 gembira".  touching sampai termenangis, pastu sampai skang le sakit kepala.

p.s. ikut rasa binasa, ikut hati mati..........

cinta sampai mati......lalalala

Friday, April 29, 2011

...hilang segala2nya...

haduih! hari ni aku hilang my fav handbag, my fav purse, my fav watch, my camera and my beloved HP.......semuanya sebab aku konon2nya xbersangka buruk dgn org dalam surau kat R&R Gurun. Adeh! deh! deh! duit dlm tu ada la dlm RM200/- itu pun sbb dah byk letak minyak n top up T&G. jadi kengkawan jgn percaya pd org w.pun dlm surau....semayang skang dah kena berkiblatkan handbag.

kunci kete pun dia amek sekali, haduh....skali ngan kunci umah lama pulak tu. Mmg menyusahkan aku sungguh. Td aku relax je tapi sekarang aku rasa nak menangis la pulak.........byk benda nak kena settle ni, nak kena gi buat report polis, buat IC, lesen. Esok nak kena tukar kunci kete, aduih! umah lama aku pun nak kena tukar kunci la jugak, barang2 aku still ada kat dalam tu. 

Paling buat aku rasa terkilan HP tu sbb byk message yang aku slalu ulang2 baca buat penghilang windu.....wwwwaaaaaaa skang aku dah start nangis. rasanya tuhan dok makbulkan doa aku kot, maka semua saki baki kenangan yg ada ditarik balik. Semua bnda yg aku sayang dah xde, mula2 hilang En. Ogre, pastu camera yg ada gambar die, HP yg ada message dia, satu2nya no tepon aku yg dia ada..........ameklah!  ameklah semua kalau ini yg terbaik utk aku huhuhuhu! 

Abg plus tu kata "Dugaan ni, akan ada yg lebih baik utk awak. Semuanya ada hikmah".....Amin. Nak g sambung nangis sampai lebam...................

Tuesday, April 26, 2011

Saturday, April 23, 2011

...bodoh...

haduih! pasai pa la org cerdik cam aku boleh jadi bodoh dan kena tipu berkali2??????...cerdik ka kalau selalu kena tipu & digunakan? ~lalalalala~

Dato' KP kata "Emotion isnt sumthing u should listen to"................BETUL!!!!

Thursday, April 21, 2011

...lower than low....

"low.........................lower than low" dlm byk2 KP berceloteh, itu je ayat dier yg lekat dlm otak aku. Sbb itu lah perasaan aku 1-2 hari ni. Sgt low........low self esteem, xsangka hari ni aku bleh rasa camni hnya kerana kata2. Tp kalau kata2 tu datang dari org yg selama ni dok gelak & nangis sesama............*sigh*

2 hari ni kata2 tu je yg ligat dlm kepala hotak aku, berputar2 macam merry-go-round! Aku cuba abaikan, tp ayat2 tu mmg xleh blah. Kalau dah ungkit sampai ke gaji & umur. Aduih!!!! Mmg terserlah ketidak-matangan.  Slma ni aku terima 'angin' dia yg xmenentu, tp skrang kata2 tu dah xleh nak ditarik balik. Aku dah berputus asa, berpatah arang berkerat rotan. Setakat nak bercakap dan bekerja bukan masalah, tp untuk terima balik dlm personal life aku sebagai 'sahabat'.......i dont think i'll accept her without prejudice and with sincere. Mcm mana nak terima org kalau hati kita dah tak ikhlas, mampu ke kita berada di sisi dia kalau hati selalu ada prasangka.

Kadang2 aku terpikir, macam mana org boleh terima walau pun disakiti dgn kata2 yg tak sepatutnya.  Susah untuk aku terima kata2 mcm ni, drpd org yg kononnya anggap aku sbg sahabat. Bg aku kalau aku sebahagian dari hidup dia maka kata2 mcm ni xkan keluar. Walau seburuk mana pun situasi atau masalah dan salah faham, kata2 yg dah mcm menghina ni xsepatutnya keluar. Apatah lagi dari org2 yang kita sayang. Bergenang air mata aku baca ayat2 dia, walau pun aku mmg tau mulut dia camtu tp aku terpana. Xsangka dia bertindak sama dgn org2 yg dia kata kawan/sahabat. Jadi selama ni aku ni mcm org lain juga la.........xde beza pun.

Hari ni aku mampu tersenyum dan kenal kawan2 sekeliling aku.  Aku tak mahu kata nista org buat aku jatuh, aku xmau melayan emosi kecewa. Aku sendiri kena bangun dan tak boleh biar org pijak kepala aku sesuka hati, nasib aku di tangan aku, dengan izin Allah aku boleh ubah diri aku. Dan hari ni aku bekerja dengan lebih baik dari semalam, aku tak mahu mengiyakan kata2 dia. I know i'm better than that!!




 

Thursday, April 7, 2011

...menyampah...

HADUIHHH!!!! perasaan menyampah tengok org ni dah melampau2......ntah nape.
Org tnya soalan aku menyampah,
org cakap banyak pun aku menyampah,
org gelak aku menyampah,
org memandai2 pun aku menyampah,
org pemalas tahap babun pun aku menyampah
org xsedaq diri lagi2 la menyampah
org like status aku, pun aku menyampah
org call aku pun aku menyampah
org buat lawak xkena masa pun aku menyampah
hatta org dok layan BB  cam org lain xde hp pun aku nyampah

kdg2 rasa cam nak duduk dalam gua batu, dok sorang2 jgn bercampur dengan org. agaknya baru le hati aku suka tgk org. Aku nak buat baik ngan org, tapi kalau perangai tu macam mintak penampaq......haduih!!! Tolong la jgn tambah dosa aku dgn dok buat perangai bongok cam2........................

Saturday, March 5, 2011

....dan akhirnya....

dan akhirnya, aku dah tak kuasa melibatkan diri dengan pembohongan2 yg xberkesudahan. Hmmmmm kesian, tp aku hanya mampu untuk kesian n simpati. Selebihnya tanggunglah sendiri, krn beban yg aku galas dah cukup berat untuk aku bawa.

dan untuk ke sekian kali, kamu masih begitu. masih kaku dan bisu.....................mgkn juga setiap yg bakal dituturkan juga satu pembohongan. aku xtau & aku xmau tau. detik kamu bingkas bangun & mengubah topik perbualan, detik itu juga airmata aku menitis dan menjadi titik nokhtah yg tak mungkin kamu dapat lihat dengan mata mahu pun dengan hati.


Monday, February 14, 2011

...fesyen cendawan butang...

13 Feb 2011 - dek tak tahan dengan demam, batuk dan selsema......AKU POTONG RAMBUT! aku pun xtau apa kena mengena rambut aku ngan masalah kesihatan aku ni tp aku potong boy cut. Konon2nya nak buang semua coloured & straighten hair aku ni. 

Dah lama aku dok nak potong rambut n bela rambut ikal mayang aku balik, kononnya back to the real me, tp aku lupa aku dah buang gigi aku, aku dah pakai braces......so no more turnning back ~lalalala~

Alan (hair stylist) : u x sayang ka, nanti x cantik
aku : xpe, i xthn asyik sakit
alan: nanti boyfriend u marah, dia x suka
aku : i xde boyfriend
alan: nanti u nak cari boyfriend
aku : i pakai tudung dia xnampak. lgpun kalau dia nak yg rambut panjang & cantik suruh dia cr yang lain. i xcantik! lgpun i xmo cr boyfriend, malas.
alan: oooo....u xmo cari ye. nanti u dapat la, kalau u cr tak jumpa tp kalau xmo cari nanti dia cari u.
aku: mmmm.......................

akhirnya aku namakan fesyen ni, rambut cendawan butang. sbb dah nampak mcm cendawan butang hahahaha. xpa la, mudah sikit nak diurus. lgpun kalau aku mati senang org nak mandi mayat aku...erkksss cakap pasal mati, aku nak beli cincin belah rotan utk bagi pada org yg urus jenazah aku. dulu ada sebentuk cincin belah rotan yg aku pakai tp hilang, aku bukak n letak atas kabinet tv umah kwn aku pastu hilang. nak beli balik la......mmg dok simpan utk si pengurus jenazah. sian dia nak kena bersihkan perut aku nanti. org byk dosa cam aku ni xtau la mcm mana keadaannya nanti.....aduishhhh!!

p.s : andai ku tahu................

Saturday, February 12, 2011

...cuti...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sabtu - 12 Feb 2011 - 1230 : Hari ni cuti. mulanya nak basuh kete tp tak cukup bertenaga utk itu. Tekak masih itchy n a little bit sore, running nose and chest pain turut melengkapkan liga penyakit kebangsaan ni. Huhuhuhu mcm2 kan, last 2 years i had a fever, a bad one.  Demam for weeks, rasanya more than 3 weeks, sampai kena masuk 2 bottles of glucose dgn bekalan ubat yg dah bleh bukak klinik bergerak. It started dgn sore throats jugak, ms tu kat Kulim utk kursus bina semangat (most precious memories....) pastu dah melarat2........

demam berminggu2, siap menggigil lagi dah mcm demam kepialu. tp masa tu ada babe, moha n kak amy yg dok perosah spy aku amek ubat n makan ubat. Kebetulan arwah mak moha pun ada, dia la yg urut n buat mcm sauna kat aku wakekeke....huh sakit la jugak tahan tgn dia mengurut bdn. tp sgt relaxing..........al-fatihah utk mak moha. kak amy plak bw aku g spital, dia la yg tunggu aku kena masuk glucose n bwak aku balik. Dan babe, mcm biasa dok peringatkan supaya aku makan ubat.

Rasanya ni dah masuk minggu ke 3 atau ke empat aku dok makan mcm2 jenis ubat. mcm post aku yg lepas, lepas satu, satu penyakit yg datang. w.pun demam tu taklah teruk sgt tp batuk aku ni sgt teruk. rasa mcm nak tercabut anak tekak. akhirnya aku beli Mucinex....ubat utk hilangkan kahak yg kat TV tu. Harap2 cpt la hilang kahak n batuk aku nih. 

Aku terima sakit ni sbg 'kifarah'........ penghapus dosa. kalau dibandingkan dgn dosa aku, sakit ni xleh nak delete sekelumit pun dr dosa2 aku. huhuhu aku tau pd sesetengah org aku ni amat jahat dan mmg patut aku terima semua ni. tak kisah la apa pun tanggapan org2 ni, aku cuma nak hidup tenang. sama mcm dorang..........aku yakin satu hari aku juga akan hidup tenang. amin.

Wednesday, February 9, 2011

....new collection....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

Hari ni aku nak tayang koleksi penyakit yang aku dapat dalam tahun 2011......

1. cramp kat abdoment - so doctor kat isn ni diagnose sbgai infection. dia kasi ubat utk infection, tahan sakit & antibiotik. Maka seminggulah aku usung ubat ke hulu n ke hilir. huh! amat berdisiplin.

2. Masih rasa x selesa ngan infection itu so aku g klinik plak- doc tambah lagi antibiotik sampai 3 jenis. pastu try dapatkan aku pnya test result yg aku buat sebelum ni, hampeh! sampai hari ni klinik tu tak call aku pun.

3. tekak terasa perit, pahit mulut n loya2 - mgkn dah ter'oberdos' dek antibiotik hahahahaa, atau kawan aku kata aku makan ubat ms perut kosong. maka 2-3 hari aku dok kemam sweets utk hilangkan loya, n akhirnya pd hri terakhir medication period tu aku skip aku punya antibiotik....... (kena tegur tp aku dah tak xtahan).

4. G umah kenduri aku makan sirih, perit2 tekak aku bertukar kepada gatal2 tekak yg disusuli dgn batuk2. mulanya sikit n akhirnya melampau. Dapat arahan berkuatkuasa pd hari yg sama untuk makan ubat batuk. Aku buat pilihan ubat batuk yg salah, sgt xsedap n pahit. aku makan ubat batuk 2-3 kali pastu aku tgl botol tu kat alor staq....wink wink...

5. Batuk222.....pastu cari pasal, tido tanpa selimut dgn kipas menghala tepat ke aku. padahnya, aku bgun pagi dengan sakit dada yg teramat sgt. dgn rela aku g klinik sbb mmg sgt xtahan, aku diam je dok tahan sakit. agak2 kalau xmalu mmg aku nak nangis tp sbb bergaya macho maka buat muka toya je la. 

6. sambung makan ubat batuk, pain killer dan antibiotik. rasanya betul dah sukatan ubat batuk tu, tp aku bleh mabuk, lena bagai diulit intan. plus plak hari tu aku makan lewat, petang baru jumpa nasi, perut aku jd sengkak mgkn sbb dah masuk angin. sgt tak selesa, asyik dok pegang perut mcm org mengandung anak sulung. pastu aku tgk ja ubat, aku dah mula muak & loya......lgsung xleh nak telan. kalu cuba jugak makanya aku muntah.

7. semalam aku dapat sakit di hati.............nak nangis dah xdak ayaq mata. lgpun salah aku. aku cuba buat org paham situasi aku tp rasanya pendekatan aku tu xbleh buat dia paham. aku paham org tp org tak paham aku. aku ikhlas dan bersangka baik dgn org tp rasa mcm sekali lagi aku dilabelkan 'jahat'. jd aku diamkan saja.....mcm dulu2, mcm zaman sekolah, mcm zaman universiti, mcm masa mula2 frust bercinta, mcm masa aku putus tunang, mcm sepanjang tahun 2009. diam yg memakan diri sendiri. hanim try ciger, aku nak try dadah, hanim kata dia ada kaki, so kami sepakat nak try ecstasy.........hahahahaha bongok!

8. Aku bosan makan ubat sdgkan aku ttp xsihat. aku berhenti makan ubat. Aku berhenti berpantang minum ais. smlm aku masak nasi ngan goreng ikan pekasam ja. nasib baik lalu makan, xdak la sememeh sgt mcm hari2 sblom tu. aku minum baki teh o yg mala letak dlm fridge, lantak! natijahnya, aku dpt selsema dan aku asyik bersin berselang seli dgn batuk.

9. tanda2 stressed sudah kembali, aku mula muntah2 time tgh malam n pg2 buta. tido yg sgt xberkualiti, asyik terjaga sepanjang mlm. tp smpat mimpi, " aku g kedai baju, terberkenan dgn baju warna purple so aku try, mulanya aku pakai yg sedikit pendek, agak over so aku try yg no. 2.....warna purple jugak tp separas lutut aku masih x suka n aku letak balik. pastu aku  jln dlm hujan renyai2, pakai raincoat ala2 mat saleh gitu, warna ceklat. rsnya xlah over w.pun lebih cantik dr org sekeliling tp aku x rasa malu dgn org keliling. akhirnya aku bukak raincoat dan berjalan basah kuyup dlm hujan renyai..............." apa maknanya semua ni huhuhuhu!

10.  Dan jam loceng sdh xdperlukan sbb aku dah mula terjaga waktu subuh sepi'e. lebih awal dr jam loceng....so hari ni aku sempat tgk tv3 & MHI. Dan belakang aku mula sakit....terlalu awal utk tanda2 period.  mgkn aku kurang senaman, so berazam nak g training kat gym...eerrrkkkksss boleh percaya kah? arrggghhhh.......apa lagi yg akan terjadi????

hari baru 8/2/2011 tp dah macam2 jadi.......tahun 2011 is not a good year for me, or maybe it will be a great year cuma dugaannya datang dulu. cuba menjadi setabah dulu..........cuba gelak ketawa. tp rasanya hati aku semakin mati. xtau la hangpa perasan tak yg aku juga bersandiwara.................. menangis dalam hujan jd org tak perasan!


p/s kalau aku tulis novel hangpa beli dak????? beli la........bleh aku g HCM lagi.

Saturday, February 5, 2011

...adoyai...

Lemas dan rimas dengan minah karan ni, dah dia yg dok intip blog aku pastu dok mereka cite lak aku yg dok jd stalker dia. Ngeh222......kalau rasa aku dok jd stalker kamu maka block je la dah dok simpan wat mende, saje la tu nak rasa glamer....

Kadang2 rasa bosan dengan orang yang suka menyalahkan org lain ni, cuba cermin diri sendiri sblum menunding jari pada org lain. Muhasabah sikit diri sendiri, takut kamu je lebih sudu dari kuah. Belajar sampai ke menara gading, xkan xreti nak menilai dan membandingkan setiap situasi yg berlaku. Xkan kamu xpaham2 n xreti2 dgn keadaan sekelilling yg dah macam melodrama @ sinetron indonesia ni? jalan cerita yg berulang2 tapi kamu masih bebal.

Ni lah masalahnye kalau jenis rasa diri tu gud2 je.....rasa taksub dgn diri sendiri. Diri sendiri menjadi focus utama, hati sendiri, perasaan sendiri, jiwa sendiri, syok sendiri, keluarga sendiri. Sampai dah xnampak org lain, hati org lain, keluarga org lain...pendek katanya org lainlah punca segala2nya. diri sendiri xpernah salah. org lain je la yg dengki kat ko, org lain je la yg musnahkan hidup ko, org lain lah yang xsempurna, org lainlah yg jahat. Cuba ko pikir nape tuhan bg ko cubaan yg sama berulang2 kali, manalah tau kalu2 ko sendiri pernah aniayakan org lain, fitnah org lain, sakitkan hati org, mulut ko mcm jamban ke..............dududududu!

Aku dengan kau mcm langit ngan bumi, kau cantik n sempurna, aku ni serba xkena. Kau gadis dambaan jejaka, aku ni apa yg ada. Apa kata ko jgn bergaduh ngan aku sbb ko yg pilih keadaan ni. Bila aku diam ko bahan aku, bila aku layan ko plak yg sawan. Aku bg no tepon hp skali ngan opis ko xnak tepon pastu dok buat propa dalam wall ko, buduh benor caranya tu, xmatang lgsung. Dan aku terpaksa guna kaedah pramatang ni utk skool ko sbb aku xde no tepon kamu. aku juge xleh nak masuk wall kamu, xtau umah kamu, xtau opis kamu mahupun no tepon opis. sesungguhnya aku xamek pot pasal kamu. tapi kamu ni sayang sungguh kat aku sampai nak ajak dok skali.....buleh ke?


p/s maaf la kengkawan yg membaca, aku dah tak tau camne nak sekolahkan org yg mengalami 'mati otak'. payah nak pahamkan dia bhw kadag2 aku dan dia berada dlm situasi yg sama. sbb minah ni mmg xleh nak relatekan situasi org lain ngan dia........dan xreti nak pikir panjang. dia hanya nak menang!

Monday, January 10, 2011

....i hebat....

Setelah sekian lama, aku berjaya buat dia berbicara. tahniah cik shiera! anda hebat! hahahahaha.......... dan akhirnya aku jugak boleh berbicara tanpa berselindung, lebih terbuka n berterus terang. Ikhlas dr hati yg ting ting ting ting. Babe, bukankah bercerita itu lebih mudah? Buka sikit hati tu, jgn ler pendam sengsorang.....pastu mula nak buat kepala sendiri. Jangan monyet! Itu akan mendatangkan bahaya kepada nelayan laut dalam..............we are human, we talk to each other, not 'at' each other. Sila daftarkan diri anda dalam kursus komunikasi berkesan.....dududududu

Dan rupa2nya kita juga pernah ada masalah komunikasi. Byk perkara yg xjelas sbb kita xbleh nak berterus terang. kalau dulu kita berterus terang mungkin keadaan xmcm ni............mungkin je la. Aku mmg byk soal, nk wat camne, planner mmg camtu kena ada cukup information utk buat perancangan. Spy keputusan yg kita buat tu xsalah & xmendatangkan masalah. kalau hr ni kita buat keputusan pastu masalah dtg bertimpa2.......maka ada 2 kemungkinan. No.1 kita sdg diuji.....No.2 salah buat keputusan hehehehehe
(bernas pendapat cik shiera...apa kata nasihat diri sendiri n jgn cari masalah. bukan ke awak sedang create masalah?)

Kalaulah sesi luahan perasaan itu mmg benar2 ikhlas....maka byk yg aku sesalkan. tapi aku xleh nak terus hanyut dgn perasaan tu. rasanya ini mungkin keputusan terbaik & hang buat ni utk aku jugak, tp aku tetap nak salahkan hang jugak hahahaha. supaya hati aku tenang dan spy lebih senang utk aku 'hilang'.

Pesanan akhir dr penaja...

"CINTA bukanlah satu2nya asas kepada satu hubungan, selain cinta hubungan juga perlu diperkukuhkan dengan rasa hormat n kepercayaan. Pengorbanan juga xmenjanjikan satu2 hubungan itu akan kekal,sebaliknya ia mengundang lebih kesakitan"

Aku pun xtau apa yg membolehkan hubungan boleh berkekalan. yang pasti i'm looking 4 a life partner, maknanya aku bukan mencari seseorang utk memenuhi keperluan hidup aku atau melengkapkan diri aku yg xsempurna. sebaliknya aku mencari seseorg yg akan bersama2 aku meredah ranjau hidup. Bukannya untuk menjadi pasangan yg sempurna bagai pinang di belah dua, tapi menjadi pasangan yang bersama2 mengharungi ketidak sempurnaan itu. Semoga kita bahagia, with each other or without each other.....................love u.