Friday, May 28, 2010

...gelang...

Ni gelang2 yang aku collect. baru ja memulakan pengumpulan gelang ni....hehehe! yang penting ia murah sahaja, tak perlu beli yg mahal2. aku ni tak suka pakai emas, so aku beli la manik koran ni dududududu





kalau dicampur dgn bracelets maka agak byk la 'harta pusaka' yang bakal aku tinggalkan pada anak cucu aku nanti hehehehehe.....;). tp mgkn depa dah tak pakai design mcm ni. Aku ada gak beli gelang kat KK, kononnya pearl la, tp akhirnya semua aku bagi kat mak aku.

Kalau hangpa tau mana nak beli borong accessories camni bgtau kat aku...aku nak berniaga plak hehehehe. tak salah jadikan hobi sbgai mata pencarian kan............................

Thursday, May 27, 2010

...accessories.............

Hahahaha....aku dengki tgk hangpa dok boh gambar kasut. aku xbyk kasut. Tapi aku ada la beberapa kerat accessories yang aku dok kumpul. Dah jumlahnya bertabah dengan jayanya....hahahaha.



Ni close-up gambar anak gajah, buah tgn dari
Thai kalau tak salah aku. Saje ja aku close-up sebab nampak cantik & bersinar2. Sweet je kan...........hehehe. Aku ada sekotak key chain yg x digunakan, hadiah dr colleague yg g oversea atau outstation.







Ni gambar dari jauh sket. So hangpa bleh tgk rantai manik koran ngan subang aku tu. Tapi subang ni sekadar hiasan ja laa.... sejak bertudung ni aku dah tak pakai, tapi manalah tau kalau2 aku bleh buat magic pakai subang diluar tudung ..... :)

Rantai2 tu murah2 jer, cuma kena pandai cari yg cantik sket. Skang aku tgh gila shopping kat Hartamas. Byk butik2 yg jual rantai yg cantik pd harga murah. kalau g beli kat klcc dan kawasan sewaktu dengannya mesti mahal. so kena jalan2 n survey harga sblum shopping benda tak penting ni hehehehe




Ni pulak gambar bracelets, ada yang aku beli dan ada yang jugak yg org kasi. sebenarnya ada byk yg dah putus dan ada yg hilang, tak termasuk yg aku dah 'wariskan' pd mak aku hehehehe.

Aku ni menang membeli tp kalah memakai. kalau aku melawa tak tentu pasal tu, mesti aku tgh bosan gila atau tension. so aku happykan diri sendiri. Dan kalau aku g opis dgn make-up berserta accessories, maknanya aku nak motivatekan diri sendiri. Mesti aku tgh malas nak kerja hehehehe.

Dalam jewellery box tu, aku simpan harta yg ada value kat pajak gadai. Masa pencurik tu masuk umah, aku hairan sbb dia tak amek barang dlm box tu walaupun dia dah buka. Aku berpikir2 sepanjang malam, rupanya 'pencurik juvenile' so dia tak amek sbb tak reti nak g jual. Alhamdulillah......

Nanti aku amek gambar gelang2 yang aku beli....skang tgh membykkan koleksi gelang pulak. Tak mahal pun...u can get it for RM10 each. Aku teringin nak jual accessories, brooch etc, kalau hangpa tau mana2 pemborong yg bleh supply tolong bagitau aku. saja ja...suka bila tgk kwn aku jual tudung kat opis ni (dan aku adalah pelanggan tetap hahahahaha.  Tudung awning la katakan!!! dudududu) Kalau ada yg berminat nak beli tudung ni aku bleh jd 'org tengah'.

Sekianlah kerja gila aku ngan camera.....aku masih kurang mengambil gambar. Aku akan luaskan hobi baru aku ni. Sok2 kalau dah byk barang aku bleh buat garage sale hehehehe........................adios!

Monday, May 10, 2010

..gagah berdiri dan terus berlari...

errrmmmm...aku diuji Ilahi sekali lagi, bezanya kali ini aku masih gagah berdiri, tak tersungkur macam yang sebelum ni. Sepanjang malam aku try menangis, nak lepaskan rasa sakit hati, tapi air mata dah tak mau keluar. So pagi ni aku tukaq airmata dengan senyuman manis. Aku senyum pada semua org........milyn hairan ngan perangai aku............

Angka 31 mungkin menjadikan aku redha dengan takdir, terima dengan hati yang terbuka. Sebab angka tu sepatutnya menjadikan aku matang dlm menghadapi masalah. Walaupun 3 minggu lepas aku 'hilang kewarasan' kerana mengikut hati yg marah.......tp aku dah berjanji dgn diri sendiri untuk berubah. Jadi ujian minggu ini aku terima dengan hati yang redha. Cuma penyesalan dan perubahan tu dah tak boleh melembutkan hatinya atau merubah keputusannya. Aku redha je lah........

Hati aku juga terluka dengan keputusan yang dah dibuat, tak sangka keputusan ini yang diambil. Berbulan2 aku melawan perasaan bersalah dan rendah diri, di waktu aku cuba bangun dan berusaha, di waktu tu juga pintu dah tertutup untuk aku. Mungkin aku yang lambat bertindak. Jadi hatinya berubah........Hati adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengubahnya...... maka aku terima segalanya dengan senyuman.

Keputusan ini sepatutnya dah lama dibuat.......tapi aku yg tak tegas dengan diri sendiri. Aku dengan rela membiarkan hati aku dilukai. tapi xpa la, pelangi akan muncul selepas hujan. Hidup hanya sementara, semoga aku kekal bahagia di sana............

( p.s macam berbelit2 je ayat aku kan....sorry la, aku x amek sastera)