Monday, May 10, 2010

..gagah berdiri dan terus berlari...

errrmmmm...aku diuji Ilahi sekali lagi, bezanya kali ini aku masih gagah berdiri, tak tersungkur macam yang sebelum ni. Sepanjang malam aku try menangis, nak lepaskan rasa sakit hati, tapi air mata dah tak mau keluar. So pagi ni aku tukaq airmata dengan senyuman manis. Aku senyum pada semua org........milyn hairan ngan perangai aku............

Angka 31 mungkin menjadikan aku redha dengan takdir, terima dengan hati yang terbuka. Sebab angka tu sepatutnya menjadikan aku matang dlm menghadapi masalah. Walaupun 3 minggu lepas aku 'hilang kewarasan' kerana mengikut hati yg marah.......tp aku dah berjanji dgn diri sendiri untuk berubah. Jadi ujian minggu ini aku terima dengan hati yang redha. Cuma penyesalan dan perubahan tu dah tak boleh melembutkan hatinya atau merubah keputusannya. Aku redha je lah........

Hati aku juga terluka dengan keputusan yang dah dibuat, tak sangka keputusan ini yang diambil. Berbulan2 aku melawan perasaan bersalah dan rendah diri, di waktu aku cuba bangun dan berusaha, di waktu tu juga pintu dah tertutup untuk aku. Mungkin aku yang lambat bertindak. Jadi hatinya berubah........Hati adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengubahnya...... maka aku terima segalanya dengan senyuman.

Keputusan ini sepatutnya dah lama dibuat.......tapi aku yg tak tegas dengan diri sendiri. Aku dengan rela membiarkan hati aku dilukai. tapi xpa la, pelangi akan muncul selepas hujan. Hidup hanya sementara, semoga aku kekal bahagia di sana............

( p.s macam berbelit2 je ayat aku kan....sorry la, aku x amek sastera)

7 comments:

iEtaFAkyR@ said...

Shiera dearest....apa yg sgt derita ni?semoga hg terus tabah n sabaq sbbnya aku nk tlg pun tk tau ujung pangkal,maka hanya doa n pesanan yg jd iringan utk hang ok! Tcare beb...

sengetminda said...

wahai sahabat...aku kembali single mingle dudududu. agak kecewa dgn apa yg terjadi tp aku tak salahkan takdir....sbb apa yg kita dapat adalah apa yg kita usahakan. so aku redha. cuma utk kata redha itu lebih mudah dari melakukannya

fham5579 said...

weh x amik sastera pn mcm cantik ja ayat hg susun...be strong ok..langit x selalunya mendung..akan kluar pelangi nnti...akan ada hikmah disebalik apa yg berlaku..hg baik and u deserve to dpt benda yg baik juga...sekurangnya Tuhan syg hang dgn tunjukkan kt hg sebelum terlambat...ok friend...

iEtaFAkyR@ said...

lorrr.... *shakes head* hmmm, semoga hg tabah melalui detik2 cenni. sorry wei, kalo entry2 bulan May aku sarat dgn kisah percintaan & kekeluargaan, buat hg semak kepala. tk payah jengah la k... *hugsss*

sengetminda said...

Hanim: ~~wink wink~~ hang tau dak, aku bersyukur sgt aku ada hang2 time2 camni. Sekurang2nya ada org yg paham sepenuhnya situasi aku heheheh

ieta: kisah centa aku yg kecundang...tapi aku happy bila kawan2 aku happy. jadi aku x sedey dgn entry hang. Lgpun kwn2 aku kata, aku akan dapat yang terbaik sebab aku menunggu lebih lama. minta2 masin mulut depa kuikuikui

btw.....aku semakin happy. xcaya tanya hanim. :)

Naddiea said...

shera,being single maybe better than being paired at the moment.enjoy life as u can..insyaallah ada yang terbaik menanti hang kat luaq tu..

apa2 pun jangan sedey2 kay...puan faziatun ada untuk menceriakan hari2 anda...*wink*

sengetminda said...

hahahaha...hari2 aku dok bergelak kutawa ngan hanim. xde lah sedey2....aku happy jer ramai kengkawan tolong bg aku idea utk menghabihkan sisa duit yg ada....dududu SHOPPING!!