Thursday, February 4, 2010

...Malted Cupcakes...

Hari ini kita akan mengeksplor satu lagi hasil bakeri iaitu cupcakes. Resipi yang saya dapat ini ialah dari buku "Cupcakes from the Primrose Bakery" ditulis oleh Martha Swfit & Lisa Thomas.


Ini resipinya - Malted Cupcakes.

110gram unsalted butter (tapi saya pakai lepa susu - Brand Buttermas)
120gram light brown sugar
100 gram caster sugar
2 large eggs
125gram self raising flour
60gram plain flour
50gram ovaltine (malted drink)
125ml semi skimmed milk
1/2 teaspoon vanilla
1 tablespoon sour cream (saya tukar kepada alternatif lain iaitu mencampurkan 1 cawan susu cair ideal dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan 1/2 jam dan boleh digunakan)

Cara buat:-
1. Pukul Butter & Gula sehingga bertukar warna yang lebih cerah

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga rata (tapi jangan terlalu lama ya)

3. Didalam ini ialah susu, vanilla & campuran susu cair ideal & cuka bagi menggantikan sour cream

4. Tepung diayak terlebih dahulu, kemudian dicampurkan dengan ovaltine, gaul rata.



5. Perlahankan mixer anda, Masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu tadi. Mulakan tepung, habis menggaulpun menggunakan tepung ya. Saya menggunakan saiz liner 12 cm dan mengisi adunan cupcakes sebanyak 50gram.


6. Okay, siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180c selama 20 - 25 minit (tengok keadaan oven anda sendiri ya.)



7. sudah siap, bolehlah dihiaskan dengan buttercream dan sekiranya anda tidak suka terlalu manis cupcakes ini sedang dimakan begitu sahaja:-)


Selamat Mencuba!

3 comments:

iEtaFAkyR@ said...

wah...terernya! huhuuhhu...aku tk reti masak kek n koi2 cennii weii..kena belajaq nih!

Diamilikku said...

hang buat ka weh???
nanti buat bawak mai umah aku naaa

sengetminda said...

hahaha....aku copy resepi org :P actually aku teruja dgn blog dura, penuh informasi. so aku nak mencabar kewibawaan dura buahahaha