Friday, June 25, 2010

...apakah namanya kejadian ini.....

Pernah dak hampa rasa, pendapat dan kemahuan tidak sama? cthnya hati harapkan sesuatu yg lain, tapi akal pulak memikirkan penyelesaian yg sebaliknya?????? pastu kita buat keputusan berdasarkan penyelesaian akal tapi keadaan plak jadi sebaliknya..........................

1
hati : aku nak study kat overseas (jepun sbb janji ngan didi nak amek architecture).
akal : susah plak kalau apa2 jadik kat family aku, mesti xleh balik
penyelesaian : study kat usm penang sbb dekat jer....tp atuk aku meninggal masa aku first year dan aku still tak sempat nak tgk jenazah dia,  masa aku sampai kampung jenazah dia dah selamat dikebumikan . dan aku perang dingin dgn mak aku selama berbulan2..................

2
hati : rasa x klik ngan bf sbb lebih byk xbetul drpd betul
akal : mana ada manusia yg sempurna, aku sendiri byk kurangnya. jadi give n take je la.....
penyelesaian : terima dia seadanya dan harap bleh sama-sama baiki kekurangan...............akhirnya byk plak komen dia pasal aku. macam2 serba tak kena. baju besar, tak pandai bergaya, tak pakai lipstick, tak sabar dll.

3
hati : rasa cam xde jodoh je ngan fiance aku sbb dah byk kali tangguh dan aku pun dah xde mood
akal : kalau putus sian plak kat mak aku, pastu kalau mula balik ngan org baru pun aku kena hadapi perkara yg hampir sama jer...proses mengenali hati budi, family n so on
penyelesaian : teruskan juga persiapan, beli barang, amek borang nikah...redah jer. Putus tunang jugak akhirnya, dan rupanya mak aku pun tak berkenan sgt tp dia ikutkan aku jer (kalau aku tahu dah lama aku break-off)

Tu antara beberapa situasi jerrr......kadang2 ada juga situasi di mana aku terpaksa buat keputusan yg  terbaik untuk semua org walau pun bukan itu yg aku nak. walau pun keputusan tu selalunya menyakitkan hati aku, mengorbankan perasaan aku. tapi aku kena hadap n absorb semua kesakitan untuk kebaikan semua.

ntah naper aku terpikir semua ni....ni adalah hasil buah pikiran aku setelah bercerita ngan ifa kat kantin td. tp ifa kata, xyah nak pikir2 sgt, dunia ni sementara, kejap jer...bahagia ke derita ke semuanya tak kekal. ifa suruh aku yakin dengan ketentuan tuhan, bahawa tuhan itu ada dan sedang merancangkan yg terbaik utk aku.............. ::::::wink wink:::

3 comments:

iEtaFAkyR@ said...

yeah. u go ifa! heheehhee... ha, centu la aku akan ckp if i were ifa gak. eh, apa aku ckp nih. ha betoi lah tu! :p

fham5579 said...

aku tgk hg ni cam ala2 rock kapak ja kdg2 tp pandai no hg susun ayat camni...syabas2...btui kata ifa n ita tu...kalau dok pikiaq sgt masalah hidup pn x ceria n ruginya biarkan masa2 x best tu berlalu begitu sj..biaq jaaaa..enjoy ur life...yg kan terjadi biarkan dia terjadi (ewah)

sengetminda said...

rock kapak ka gigi kapak? hahahaha
tu la pasal hanim oiii, aku la ni malaih nak pikiaq lebih2, biar Tuhan buat kerja dia plak, Dia Maha Mengetahui kan..... yg penting aku capai KPI tahun ni.