Monday, October 25, 2010

...acara rejaman lembing beramai2...

Hadoi.......sakitnya hati bagai ditusuk sembilu! oppsss salah bukan sembilu dah ni, aku rasa direjam menggunakan lembing peserta olympic.....huhuhu. Tak dak usul periksa pastu tuduh aku antara dalang yg memulakan 'api persengketaan'......aku ni xpernah dengki ngan sape2. Setakat hangin satu badan tu memang selalu pun, tapi kalau nak berdengki apatah lagi pasal pangkat, darjat atau yang sewaktu dengannya sememangnya aku tak hadap.  Apatah lagi berpakat utk menjatuhkan sapa2......sesungguhnya aku tak hadap pangkat, kedudukan, wang ringgit hatta ke boyfriend pun aku xhadap. Sebab tu sampai skang aku xkawen ~~dududu~lalalala~~

Sedey plak bila ditempelak mcm tu.....kau langsung xkenal aku tp bleh keluarkan kata2 mcm tu. Kalau aku salah panggil aku utk bagi penjelasan, marah  dan beri teguran, tapi sebaliknya kau dengar tomahan org dan kau judge aku mengikut hati tanpa ada pertimbangan akal.....sedangkan dalam melodrama ni, aku ni xde role dlm mana2 scene sekali pun. usahkan watak sampingan, sebagai pak pacak pun aku terlibat.

Walaupun mulut aku keras tak berbahasa  tapi aku tak gedik mengada-ngada. Walau pun kata2 aku pedas tapi aku tak simpan dendam kesumat dan busuk hati. Sekurang2nya aku telus, what u see is what u get.................ini adalah aku, tak ada 'games' yg aku mainkan. xde drama, xde sinetron. xde hidden agenda. Ikhlas adalah segala2nya, aku xperlu balasan baik dari korang sbb balasan baik itu menanti aku asalkan aku ikhlaskan hati. Aku xperlu pujian melangit atau nama dijulang setinggi awan, kerana aku perlu sentiasa jejak di bumi nyata supaya aku xmudah lupa diri.

25.10.2010 hati aku benar2 kecewa, sesal, terguris.......berpatah arang berkerat rotan. Kecik ati sungguh, luluh sisa2 hormat yang aku simpan. Betul lah tindakan aku me'remove' duri2 dlm daging, supaya daging itu tidak membusuk. Aku nak jaga daging itew sebaik mungkin, letak sos tiram, lada hitam, garam sket......ceriakan dgn kubis, carrot, baby corn, broccoli......slluuurrppsss sedapnya kalau dapat pirate lamb steak kat damansara tu........jom kawan2 kita makan dulu!!!! :)

1 comment:

fham5579 said...

beb..tabah beb tabah...amik doa kt keyboard aku baca 3x...Insyaallah