Saturday, November 27, 2010

...the ex-list...

Having an 'ex' day out hahhahahaha. boleh kah begitu? Xpe kan? bukan org lain tp kwn2 gak........ actually xrancang pun. mulanya kuar lunch ngan A, saje je catching up dgn life masing2. dia adalah org yg paling paham ngan perangai aku, mgkn sbb he is an observer. Abang long la katakan, adik2 pun ramai so dah biasa melayan adik2.....jd melayan la perangai sewel aku. Aku kagum cara dia layan 'bengong' aku ms ktorg couple....sungguh sabaq. nyesal plak aku hangin kat dia lps ktorg break-up. lama la jugak aku acuh xacuh setiap kali dia call. tp dia sabaq je....sbb dia kata dia nak kawan ngan aku sampai bila2 sbb aku baik wweeeeeeee baik keeerrr???  *_* 

Yang menambah kekaguman aku....he remember every details. apa yg aku suka, muka xpuas hati aku, birthday sudah tentu, sampaikan tarikh first day aku masuk keje pun dia igt wakakakaka. xprnh lupa htq sms on my important days, tnya khabaq family..............n dia akan call setiap kali dia extremely hangin, kdg2 just to hear my voice. mgkn 'kutukan' aku buat dia happy kot hahahahaha....kitaorg break up pun sbb keadaan, itu adalah keputusan yang terbaik utk semua org pd waktu tu. Redha jerr..............

Sesi seterusnya  dinner dgn B........yang ni memang dirancang. Kitaorg pegi rumah Bakti Syaheera Cheras ....rumah utk anak2 yatim piatu, yatim n miskin. Kebanyakan budak2 kat sini ada waris, ada juga anak2 dr broken family, mak ayah xmampu nak tanggung dsb. Memandangkan ktorg tgh cari umah anak yatim utk Amal@ISN dan dia kenal kenal somebody there....so why dunt i get his help. betoi dak?

Cerita aku ngan B ni mcm lawak senario + durja ningsun. hehehe lawak ttp menyeramkan. Aku yg tinggal dia sbb byk sangat spare part. Malas nak pening2 kepala n menyakitkan hati. Tp sedey gak la tgk dia menangis huhuhu. Sblm ni dia ja dok tinggal org skang bila dia kna tinggal baru dia tau! Tp masa tu aku dah cukup nekad. Xkan sepanjang hayat aku nak kena bergaduh ngan dia pasal pompuann lain, lgpun kalau hati dia ngan aku, dia xkan buat perangai bodoh mcm tu.

aku plak bukan jenis nak merayu2. "Jgn tinggal saya, percaya lah sy xde orang lain selain awak. selama ni hati sy hanya pd awak" or " Yang, selama ni sy masih menaruh harapan dgn hubungan kita. dah 4 tahun kita bersama. susah senang kita berdua, takkan awak tak sayang hubungan kita?".HAHAHAHAMPEH! mmg tak arrrr. aku mmg xpandai langsung buat ayat2 drama ni. setakat ayat2 sumpahan  bleh la aku bg. So spnjang aku ngan dia, lebih byk scene aksi ganaz drp scene romantik. lgpun aku tak tahan dgn his jelousy. Klu aku pandang org mmg ar aku kna marah tp kalau org tgk aku apasal lak aku jugak yg kena marah?....aku bknnya cantik pun. dah la hitam, gigi pun lintang pukang hahahaha

stelah ku pikir2 biarlah aku lepaskan dia. Mmg best layan kepala dia....gila2, aku bleh buat perangai budak2, tp utk hbhkan sepanjang hayat dgr cite psl awek2 dia....huh xsggup. Utk optimis dia akan berubah pun xsgp. Lg pun aku punya hati n maruah xkan la org dah buat camtu aku masih nak hadap dia sgt2. xde la desperate sgt nak berlaki. mgkn ada yg lebih baik btol dak? Skang dia lebih matang, lebih focus ngan hidup dia. dah ada perancangan hidup. tp bab pompuan ni aku ssh nak komen.

hehehe sekali sekali mengmbau kenangan ni best jugak.....pendek kata kami semua dah dgn hidup masing2. Happy dgn hidup masing2. Jodoh ketentuan Allah, kalau dah jodoh apa pun xleh nak halang. Tp kalau bkn jodoh dah prepare everything pun bleh cancel last minute. Xleh nak salahkan sesiapa pun, tu semua perancangan Dia kerana Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya. mgkn blum masanya, mgkn bkn orgnya.

p.s; Everythings happen for a reason, whether we like it or not. Betul tak babe? Btw stock clearence masih on lagi ker? ..................... lariiikkkkkkk!!

Thursday, November 25, 2010

...haishhh....

Mencabar akal dan hati. Kalau aku layan, maka aku akan jadi sama bodoh mcm dia. Masalahnya makin aku diam, makin menjadi2 pulak. i'm losing my patience with her childish n annoying attitute. Kalau aku diamkan, aku makan hati sorang2....tp nak aku luahkan rasa malu plak. Sbb rasa mcm budak2 sgt!!!

Malu aku nak luahkan rasa PENAT krn berhadapan dgn seorang yang CHILDISH, IMMATURE, ANNOYING & UNGRATEFUL. Berhadapan ke? Xjuge sebab dok protes n kutuk aku kot blkg je. Dunia sdg berhadapan dgn masalah kebuluran, global warming, volcano eruption, earthquake, flood. Lots of unfortunate people suffer from this problems/tragedies. Ramai org kat malaysia ni yg hidup melarat, xdak keluarga, cacat, sakit, lumpuh..............pendek katanya semua org ada masalah masing2 & masalah dorang tu semua heavy....aku pulak sgt2 penat dgn budak yg 'otaknya hanya sebesar matanyeeerrr aje'.

my point is...kalau aku penat n malu ngan her attitude, dia xmalu ka dok buat perangai. Come on, grow up girl. I know u can read this, n i know all this while pun dia dok baca blog ni. Pas2 jd pengkritik xbergaji. Tolong lah.......mcm byk sgt masa dok amek berat pasal aku. Sayang kat aku kew????!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

...itulah sayang...

tanya sama hati apa asal sayang
apakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
ada tanda-tanda hubungan mesra

tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan ...itulah sayang...


http://www.youtube.com/watch?v=czsGKUIQrkY

Friday, November 19, 2010

aku benci kat shaheraliza

kadang2 aku benci ngan budak shaheraliza ni......KETEGAQ! KERAS HATI! dah berbuih mulut aku nasihat dia. tapi dia selalu sakitkan hati aku. shaheraliza ni memang jenis tak makan saman, jenis suka turut hati. tak reti serik. apa nak jadi ngan budak ni......jenuh kawan2 dia dok nasihat. dari dulu sampai la ni, tp xpaham bahasa. satu lagi aku geram ngan dia ni, EGO. tak mau mengalah langsung. Being a fighter tu baguih tapi jgn la kamikaze sgt. kalau dah agak2 takdak chance langsung nak menang, tak payah la nak gagah. 'menang jadi arang kalah jadi abu' nak buat apa.......hitam manis tu comey la tapi kalau dah jadi arang, xdak makna nak manis lagi dah huhuhuhu.

satu lagi yg aku tak puas hati, minah ni mmg jenis SOUND DIRECT. jgn xtau, kalau dia xpuas hati dia bleh face to face ngan org yg berkenaan. direct ja tnya, xdak selindung2 dah. aku igt lg, selamba je dia tnya mak ex-bf   "makcik, betoi ka makcik kenen mamat tu ngan org lain?" huhuhu sadis sungguh. kononnya dia tak hipokrit.....walau pun soklan tu penuh sopan santun dan menggunakan tatabahasa serta intonasi yg betul tapi itu sungguh kurang asam jawa!!!!

kerana KERAS HATI, KETEGAQ, EGO dan SOUND DIRECT ni lah org selalu nampak dia sebagai kasaq, gagah perkasa, macho n rock kapak. macam mana la nak suruh dia ni feminin sikit? adakah dia kena buat come back ngan kumpulan tu? pastu jadi la mcm xberbahasa. org pun tak suka, pastu kalu org kata dia jahat mula la nak bermuram durja.....yg aku salute minah ni, durja ningsun dia xlama. bila hti dia cool dia akan mula bangun balik. tp dia akan igt sampai mati, ala2 berdendam tp dia tak balas. cuma dijadikan batu sempadan spy senang nak buat land survey.....(huhuhu apa kena mengena ntah).

konon HEBAT sgt, tp  lately dia boleh dok layan lagu sedih plak. rock kapak apa mcm ni, ini sudah rock cintan. tangkap leleh, buleh layan lagu "cinta kenangan silam, wajahmu masih dalam anganku, siapa dia selepas daku, wajah siapakah yang dikau cari, terkilan, dia, bukan aku tak cinta"........huishhh rimas la.

cik Shaheraliza, tok sah la dok jadi xsenonoh sgt. byk lagi lagu lain yg hang boleh nyanyi, nak cipta lagu baru pun boleh. contoh lagu baru:-

1. duit, wang and money
2. morgage rumah sapa nak bayaq
3. oh murano
4. uuuuu......my prada
5. ku genggam segulung master
6. antara dato', tan seri dan tun......
7. alahai....paper work tak siap lagi

last but not least......focus shaheraliza. baiki la diri sendiri....dah la huduh jgn dok buat perangai huduh. baiki diri, baiki peribadi, shape ur own future. mmg la susah nak buat tapi " walau susah mcm mana pun hidup ni, sementara ja. kalau hidup sgt perfect pun, masih sementara ja". baiki diri, baiki peribadi.............zasss!!!


(p/s : ternyata aku ni ting tong. haduh susah la..........bleh tolong bg kata2 hikmah tak? huhuhu)






Tuesday, November 16, 2010

...ting ting ting ting....

warghhhh!!! waaaarrrrgggghhhhh!!!! wwwaaarrrrggghhhh!!!!

bila hati berbunyi ting ting ting ting........................maka semua makanan rasa nak telan
1. nasi putih, daging merah & kailan ikan masin
2. roti boy
3. chicken char hor fun n kopi 'o'
4. pan kek & honey
5. marinated beef
6. malta, soya bean drink, teh tawaq, sea coconut
7. masak lemak teloq (resepi dah dpt tp xsmpat nak test power memasak)
8. siakap 3 rasa
9. lamb chop kat damansara @ serdang

bila hati berbunyi ting ting ting ting................rasa nak buat movie marathon 
1. Avatar & Avatar 3D
2. CSI
3. Ben 10
4. Adnan sempit
5. ...........zzzzzzz

bila hati berbunyi ting ting ting ting..............terasa nak window shopping
1. Jusco balakong
2. Giant kinrara
3. Ikea
4. Mid Valley
5. OU
6. Mines Shopping Centre
7. Jusco Equin
8. D.I.Y
9. brand outlet

bila hati rasa ting ting ting ting.......teringin nak kemas umah
1. basuh baju
2. lipat baju
3. iron baju
4. tukar cadar
5. basuh pinggan mangkuk
6. masak  siakap 3 rasa (sekali lg)
7. sapu umah, mop umah, vacuum umah ( oooppppppsss vacuum rosak)
8. kemas stor
9. cuci toilet

bila hati bunyi ting ting ting ting.........rasa nak beraktiviti
1. berkayak.......wwwweeeeee lajunyer.
2. jungle tracking
3. bukit tinggi
4. naik cabel car
5. mandi kat air terjun
6. mandi & minum air laut ...huhuhu
7. tgk montot players rugby..........i loike!

bila hati berbunyi ting ting ting ting......byk benda terlintas kat kepala
1. goyang2 badan dalam kereta
2. say my name......
3. kuda laut
4. cinderella & giant slippers


arrgghhhhhh.....bila hati berbunyi ting ting ting ting seluruh dunia jadi warna oren. tp kalau aku ikutkan hati yang ting ting ting ting............akan ada hati yg jadi tong tong tong tong. jadi aku biarkan hati aku berbunyi ting ting ting ting............

Monday, November 8, 2010

Yang kita sayang atau yang sayang pada kita?.....

(rasanya ini satu cerpen sbg peringatan hidup kita)

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak......Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


written by;
NURAINI JUWITA
sumber;
http://nurjuwita87.blogspot.com/2008/10/mana-satu-pilihan-hati.html

Monday, November 1, 2010

...rambut...

WWEeeeeeee...aku potong rambut lagi. Dah jadi lumrah aku akan potong rambut setiap kali break-up. konon2 mcm starting a new life episode. kalau org kata buang badi pun bleh gak...................tapi dah jadi kegilaan plak. Rasanya ini kali ke 2 aku potong rambut dlm tempoh 3 bulan, bukan trim yer....potong rambut.

hari tu potong paras bahu........ala2 sweet la konon, skang dah buat bob-cut. Depan nampak panjang tpi blkang dah takleh nak diikat langsung. Siap highlight lagi wahahahahaha....i loike. Rambut aku ni dah byk gugur, so aku nak berambut pendek spy senang nak diurus. mgkn sbb dah byk kali luruskan jd rambut cepat putus n gugur. aku potong pendek spy bleh selalu cuci, bleh sejukkan kepala otak. pastu beli hair tonic utk bantu sihatkan kulit kepala.

Kononnya new year ni nak buat boy cut, sbb nak potong semua rambut yang dah diluruskan tu. Mak nak bela rambut original nok!!!! lepas ni jaga that beautiful curls. Mesti ieta pelik, sejak bila lak rambut aku ni jadi curl.......ntah la sejak masuk skolah menengah rambut aku jd curl, tp rasanya kalau dijaga cantik jugeeee..... potong boy cut, highlight kasi cun, pastu bleh buat rambut pacak wwwwweeeeeeee still standing?