Tuesday, August 23, 2011

Honey Cornflakes

Bagi  menceriakan hari Sabtu & Ahad aku yang suram.....aku buat kuih raya paling senang di alam 'kuih raya'. Honey Cornflakes atau Cornflakes Madu.

Bahan-bahan:-
250 gram cornflakes
125 gram butter
1/2 cup gula perang
5 sudu makan madu/golden syrup
choclate/colourful rice

Cara-caranya:-

1. Cairkan mentega, gula perang dan madu atas api sederhana. AWAS jgn sampai hangit, sentiasa kacau spy x jd gula hangus!
2. Tuangkan atas cornflakes, gaul sebati.
3. Masukkan dlm paper cup kemudian taburkan choclate rice.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama beberapa minit sehingga agak kekuningan.

mcm biasa aku ada buat sikit penanbahan  pada resepi asal kat atas hehehehe. Aku tambah kuaci kwang! kwang! kwang!. bg yg suka bleh juga tambah bahan kekacang yg lain. aku pernah tgk org tambah oat.

Selain tu aku kurangkan sket madu, kononya xmo manis sgt! tp still manis so aku nak kurangkan gula perang plak, itupun kalau aku buat lagi la.

ni rupanya dari jarak dekat

sblum bakaq

ni pun xbakaq lagi


sesudah dibakaq

oppsss! lupa nak cakap, aku xbubuh choc rice.....aku letak manik warna warni tu. sbb aku rasa comey skit!
ishhkkk kalau la au rajin setiap kali aku boring, maka mcm2 la yg bakal terhasil.

Saturday, August 6, 2011

...agaq2 kering...

Hari ni rasa sunyi la puloks. Kak T balik Selayang dan Mala balik Temerloh. Mcm biasa aku je yg tinggal sengsorang kat umah............sunyi......... Macam xbiasa lak, sblm ni pun 4 thn aku dok sengsorang. Baru 6 bulan je ada housemate. Rasanya ni dah tahun ke 2 aku puasa tnpa bf. Dah tu ngada2 lak kan.....

So aku try buat agaq2 kering utk raya ni. Bahan2 aku amek kat blog jurnal resepi bdria. ni aku letakkan kalau korang nak try:-

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali 
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda 
Cara-caranya:-
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  6. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


bahan2 nyer

Agar2 direndam
Warna biru

warna kuning (tp pucat sikit kan)
Aku kurangkan kandungan gula sbb aku xska manis. Pandai2 ja kan, dah la 1st time try dah memandai2 tukaq resepi. Kalau menjadi aku nak buat kaler merah n hijau plak...... kita tgk camne!



Siap dipotong....cuma kena tunggu esok utk jemuq bawah terik matahari !!


Wednesday, August 3, 2011

.........

"end of something is a beginning of another thing"

Hmmmm.....hari ni aku rasa tenang. ~TENANG~ walaupun perasaan masih bercampur baur tp wujud ketenangan jiwa kat situ. Good 4 my soul. Mungkin juga aku serahkan takdir aku pada Ilahi dan mula berharap padaNya buat aku lebih yakin.

Tp kata2 Kak T semalam buat aku sedar yg Tuhan sedang mengajar aku secara tak langsung. Hidup Maria yg xtenang dan mula mengacau aku, buat aku berfikir lebih jauh dgn situasi aku sekarang. Alhamdulillah keputusan minggu lepas adalah TEPAT. Selebihnya aku serahkan pada takdir. Tp sebagai pengajaran kat Maria, aku dapatkan penjelasan dr Ba dan  aku inform Eddy. Kalau aku dah terima takdir dan maafkan dia, jd kenapa nak kacau aku yg sememangnya tengah mabuk shopping dan xsempat nak pot life dia. Ingat kata pepatah "sarang bee jgn dijolok, harimau sleep jgn dikejut" Auuum Auuum Aummm

Post terakhir aku (sblum post ni) bukan lah post yg boleh dibanggakan, walaupun bahasa aku kasaq tp aku jarang nak menggunakan kata2 makian dalam chord d major cam tu. Tp aku xkan delete, krn itu adalah lambang kemarahan aku dan kebodohan aku. Ini adalah kali ke2 aku hilang kawalan selepas tragedi menung di tepi tingkap. Aku akan ulang membaca bg mengingatkan aku mcm mana aku bleh hilang kawalan sampai mcm tu, spy ia jd pengajaran kat aku. Rsnya time tu kalau ada mangsa depan mata ,ada yg bakalan kena jurus makian 7 petala langit sambil dihujani ayaq liuq aku. :)

Aku harap ada ruang untuk aku bahagia dgnnya yg aku sayang (yerrkkk jiwang karat). Aku harap  JODOH KAMI ditentukan oleh ALLAH, bukan jodoh dr JIN Atau SYAITAN. Sehingga waktu tu tiba, aku akan teruskan hidup aku dengan baik. Kerana bila hati kita sama2 ikhlas, Allah akan tahu dan dia takkan menganiaya hambaNya..............amin.

Semoga ini akan jadi satu permulaan yang baik untuk aku, untuk kamu, untuk kita dan untuk semua. AMIN