Friday, September 23, 2011

...I do...

Jawapan kepada sebuah soalan yg selalu buat aku terkedu........walau pun dah ditanya sebelum ni! :) :) :) :) 


Monday, September 19, 2011

Tips menghadapi Masalah................

Bg yg membaca, tips ni diperolehi dari http://mysuperkids.net/ masa dok browse sambil makan bihun goreng + tulur. Kaedah penceritaan yg ringkas tu buat aku rasa menarik dan boleh diaplikasikan dlm kehidupan harian. Semoga kita sama2 dapat manfaat.......................chaiiyyyoookk!!


Tips Menghadapi Masalah

Tips hadapi masalah biasanya diperlukan oleh mereka yang banyak masalah lah kan. Betul, masalah ni kita kena hadapi, bukan lari darinya. Kerana selagi tak selesai ia akan terus memburu kita. Namun bukan mudah untuk menghadapi satu-satu masalah, lebih2 lagi dengan jiwa yang goyah, semua benda pun boleh jadi masalah 

1. Masalah adalah lumrah hidup.

Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itulah masalah anda sebenarnya. Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup, mungkin baby, orang tua yang dah nyanyuk, atau orang gila.
Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kapal laut dicipta kerana masalah besar nak berenang dari satu benua ke satu benua. Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.

2. Masalah adalah masalahnya hati.

Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran Tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain di jemurannya basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.

3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?

Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya “Kenapa aku?”. Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan “..Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” Surah 2 ayat 286. Tanyalah “Kenapa bukan aku?” Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 Tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.

4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.

Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita… ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.

5. Tunduk pada masalah adalah tindakan kurang cerdik.

Masalah, atau apa saja, tidak mampu mengubah kita, tapi kita sendiri! Membiarkan diri kita dihanyutkan oleh masalah, adalah sebodoh-bodoh tindakan. Tiada siapa atau apa yang boleh membuatkan kita sedih, lemah, kuat atau berkuasa, melainkan diri kita sendiri. Jangan biarkan masalah membayangi hidup kita. Biarkan saja ia bermain2, seperti asap2 yang berlegar. Tidak memberi sebarang manfaat mahupun mudarat.

6. Masalah adalah trampoline

Masalah kepada sebiji bola ialah apabila ia dipukul dengan kuat ke arah dinding atau lantai. Tapi, ia melantun dengan lebih kuat lagi. Itulah fungsi masalah, untuk menjadikan kita lebih kuat, dan melompat lebih tinggi.

7. Masalah adalah cinta diri

Bila sering memikirkan kita asyik dilanda masalah, sebenarnya adalah tanda kita cinta pada diri kita. Jadi, untuk membuktikan kita mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya, ubahlah benda yang menyedihkan dalam masalah itu sebagai perkara yang menggembirakan. Bila bermasalah dalam pelajaran, sebenarnya satu sebab kukuh untuk kita berbaik dengan guru, dengan selalu pergi bertanya soal pelajaran hingga kita dapat faham betul. Bila bermasalah dengan mencari pekerjaan, mungkin sebenarnya peluang untuk kita mengusahakan sesuatu yang lebih tinggi pulangannya dari kerja makan gaji.




Tidak perlu sedih bila dilanda masalah. Anggaplah masalah sebagai snek kehidupan. Hadapinya dengan penuh semangat, pasti masalah itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk sebuah senyuman dan kebahagiaan yang pasti.


:)Semangat!


Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan daku masalah yang berbagai-bagai dan tak putus-putus, besar atau kecil. Kerana di setiap baris masalah itu ada tersimpan rahmat-Mu yang tak terhingga. Dari situlah kutemui cinta-Mu yang tak mungkin kuperolehi dari siapapun manusia di muka bumi ini.


P.S : nota ini hanya sebagai panduan diri sendiri dan sahabat2 yg mahu mengambil iktibar. Sila jangan salah faham dan mengganggap sy cuba berlagak baik dgn bercakap soal ketuhanan. sy hanya mahu membaiki diri yg serba kekurangan ini.......

Thursday, September 15, 2011

....naik 1.5 kg...

weeeeeeeehhhaaaa yaaabeeedaaa beeeduuuuu!!!!!! lalalalalala!!!

Khamis adalah hari Batik Mesia bg kakitangan kerajaan. Memandangkan aku sedang menguatkuasakan undang2 penyegan nak iron baju, maka aku pakai la kebaya nyonya yg dipadankan ngan kain batik. Lite n easy untuk jari jemari runcing aku ni mengiron. Sedang aku menyarungkan pakaian dan membutangkan baju kebaya tersebut, tiba- tiba.....................................

(sila sambungkan karangan di atas tidak melebihi 150 patah perkataan) :)


KETAT!!!! WALAWEHHH!!! aku pun tersengeh2 depan cermin setbod sambil terbayang2 kati kat opis.....bawa kete pown dgn happy tanpa stress walaupun jalan penuh ngan kete. pulaih stereng pun bleh tersiku plak pemegang kat pintu tu! heh JFL mak dah sempit nok!!

Sampai opis dengan berlagaknya ajak Pn Hanim p tmbang kati.........hehehehe! naik 1.5 kg yer anak-anak ikan mak!!! X sia2 mak makan nasi sejuk di aidilfitri, xsia2 mak drive sampai bangi makan sup keting, lalalalala xsia2 mak kena paksa ngan che m teman dia p karoks sambil makan mee goreng mamak!

Rasanya berat naik selepas aidilfitri, maknanya 1.5 kg in 2 weeks.............tolonglah naik lagi! ucapan terima kasih kepada en. chauffeur, sahabat2, teman mengulaq dll yg sabaq menemani aku menikmati makanan xkira masa. terima kasih juga pd kak tie yg selalu memasak utk aku, I LOVE U ALL..........


try buat muka comey
control sket hahahah

Monday, September 12, 2011

...loi...

LOI

ni aku punya pe'el terkini.......semua benda aku buat LOI. apa jadi sekali pun semua benda aku buat LOI ja, makan ja aku cargas hahahahaha! 

6/9/2011 & 8/9/2011- aku nak simpan date ni. sbb peristiwa bersejarah ni kena diingat, manalah tau kot2 ada kekeliruan fakta sejarah di kemudian hari mcm mat sabu tu. kalau dah timbul kekeliruan fakta di kemudian hari ni, takut ada plak adegan saman menyaman. time tu mungkin 'hero' &  'pengkhianat negara' sama2 dan xdok, maka tinggal anak2 ja la yg dok bergaduh........xbahik la cam tu. xkan nak bermusuhan sampai 7 keturunan pulak. apatah lagi bergaduh utk sesuatu yg sgt jelas bukan 100% memihak kepada mana2 side.

so...apa kena mengena LOI dgn peristiwa hari ini dalam sejarah tu? sbb my first expression & action adalah LOI saja. dengan muka LOI dan hati yg penuh perasaan LOI aku lalui kedua2 hari dengan jayanya. aku xsangka aku bleh jadi camtu sbb selalunya aku ni cepat melatah n mengamuks. Tp bleh plak aku 'tiada rasa'..... mungkin sbb dah biasa - alah bisa tegal biasa-

Skrang aku cuma nak dok goyang kaki dan melihat kesungguhan kata2. Adakah ianya masih melodramatic mcm episod2 sebelum ni? Sekadar kata2 yg menagih simpati. Adakah teraniaya atau tergolong dlm kumpulan org2 yg menganiaya diri sendiri. Dan aku menjadi LOI kerana aku dah xkan melarikan diri lagi......................drama drama drama!


P.S : Drama Queen Closet adalah tiada kena mengena dengan setiap persoalan di atas. dan Puan DQ kita juga tidak terlibat secara langsung dengan pembikinan ceritera ini.

Thursday, September 8, 2011

...wayang...

byk cite menariks kat wayang ni! hr tu sone nak tgk Hantu Bonceng tp dah sold out. Katanya kutipan mencecah RM5 juta. Hmmmm......mcm ada keinginan untuk buat back to back this weekend. Kita senaraikan dulu ye....................

1. Hantu Bonceng
2. The Smurfs
3. Conan
4. Brides Maid
5. Contagion
6. Colombiana

Nampak gayanya 3 teratas tu amat menariks untuk ditonton! nak kena check tiket nih. Nak hajak sapa ey? Kena tanya Along & Ikin....tp hantu wayang ni mcm dah tengoks jer. Cik Zuriati Zulmi....sudikah anda bergandingan dengan sy untuk menonton cerita pecah panggung ini? lalalalalala



p/s:  ada cite baru bakal kuar tp bukan pecah panggung.....pecah punggung! lalalalalala

Wednesday, September 7, 2011

...selamat hari raya aidilfitri...

di kesempatan ini aku hulurkan tangan memohon maaf kepada semua warga blogger yg xberapa nak ramai dan juga followers sembunyi2. kalau ada ayat2 yang mengguris jiwa atau kata2 yg xsedap dibaca maka mohon dimaafkan.

sejujurnya, ada ayat2 yg ditujukan khas buat insan2 yg berkenaan, maka maaf juga turut dipinta bg kata2 menyeksa jiwa ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.......................................