nak kata hidup aku ni menderita, xde la kot. nak kata bahagia sgt pun, xjugak. aku ada tertengok equation kat bwh ni :
life + love = happy
life - love = sad
2 life = happy + sad
life = 1/2 happy + 1/2 sad
mmg bergeliga org yg buat this mathematical equation. mesti addmath dia power!! tp gitu le life....xsemua perkara yg kita nak, kita bleh dapat. dan xsemua benda yg kita dapat adalah seperti yg kita nak. banyak perkara yg terpaksa aku lepaskan, tp bila tangan aku kosong maka aku bleh capai benda lain plak. mgkn perkara yg lebih baik, mungkin juga sebaliknya.
aku cuba untuk belajar terima kenyataan.....walaupun pahit. cuba tersenyum walau pun sakit. nampak happy cam xde masalah, dlm hati tuhan je tahu. aku juga belajar, kalau kita tingkatkan tahap kesabaran kita lebih dr biasa, kadang2 resultnya amat memuaskan. belajar menghargai masa dan ketika bersama walau pun sekejap je, cherish every moment together. walaupun masa tu pendek, lebih baik diisi dengan gelak ketawa, drpd ada masa yg panjang tp diisi dengan 'silent moment' yg sia2.
Aku juga belajar menghargai diri sendiri, xleh nak mengharapkan org sentiasa mencipta bahagia tu utk aku. Xleh nak harap org sentiasa menciptakan kenangan indah utk aku. Memandangkan hdp aku xsama ngan org lain, maka masa yg sgt lapang tu aku isikan dgn aktiviti indah. Xyah nak dok bersedih tgu tepon bunyi atau sms masuk. Last week g Bukit Tabur, cam nak ber'terabur' gigi panjat bukit tu, nasib baik ada braces yg memastikan gigi berada di gusi! first 1/2 hour tu sgtlah azab sbb xfit, dah bertahun2 tinggalkan aktiviti daki mendaki ni! This week dorang panjat tangga Batu Caves tp aku siboks mencipta kenangan indah kat lain*ngeeee*. Xnak arr panjat tangga, sakit lutut dwoh! tgk next week lak apa kejadahnya aktiviti dorang! yg pastinya sgt2 happy dgn aktiviti riadah ni, penat lelah terbayar bila sampai ke puncak bukit tu. tapi nak kena g gym n beli kasut outdoor lah, sakit ibu jari kaki mak!!
Cantik kan pemandangan dr atas bukit ni. Tp mmg konsep mendaki la, kalau dah dinding batu 90deg, xsesia aku panjat pokok jambu kat umah Arwah Tok Minah dolu......
Aku juga belajar bersabar dengan kata-kata org. Ke'melantakkan'lah apa org nak kata, yup i've made mistakes but life doesn't come with instructions. hehehe cumils tak alasan aku? toink! Sabar je la nak buat camne. Walau pun kekadang ini adalah tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku TAPI ini juga tidak adil, tidak adil, tidak adil baginya. terpulanglah kepada Yg Maha Adil untuk menilai dan menentukan takdir hidup aku. Aku pasrah....................(statement xleh blah). Apa2 kembali pd pelajaran sblm ni la, blajar untuk mengindahkan hidup sendiri. ini la yg dikatakan 'mencipta bahagia dlm derita' keh keh keh keh.
Semua ni bukan pengorbanan ye...sbb xmemenuhi syarat2 sah korban. ini cuma tolak ansur, supaya kita boleh bahagia, walau dgn cara kita sendiri. Sbb xsemua org melalui jalan hidup yg sama.
"Ada sungai yg berliku, ada sungai yang berbatu, ada air terjun, ada sungai cetek, ada sungai dalam, ada anak sungai, muara sungai, ulu sungai, ada tasik ladam kuda (tasik yg terbentuk akibat penukaran aliran sungai.....geografi). Tapi semua sungai menuju ke laut............kalau air sungai melimpah, dan pasir sungai berubah sekalipun, sungai tetap mengalir ke laut"
ps: aku sendiri xberapa paham dengan metafora aku kali ni *wink wink wink*
4 comments:
aku faham...pasai kisah kita memang tak sama...tapi ada juga persamaannya...kebarangkalian aku akan jadi penulis puisi jiwa tiap kali ombak hempas jiwa....merana betoi...shopping...makan...best therapy betoi...bahagiakan diri sendiri...betoi tu...aku sokong...good job :)
p/s: aku pon tak faham apa aku tulis...dah macam baru tamat derjah nam kat skolah tamilnadu pon ada muahahahhahaha :D
aku pun xberapa paham komen hang ni, dah 2 kali aku baca tp xberapa nak paham. teruk sungguh karangan bahasa melayu hang ni.
tp aku buat2 paham *wink*
aahhh korang memang tau. aku baca aku suka, tp aku baca dan baca dan baca lagi. paham kot. sampai nk komen pun dah tak reti. :P
muahahhahahahahaha...lawak haih.... :D
Post a Comment