Tuesday, March 27, 2012

...MARCH 2012...

aku nak kek cam ni!! *ngee*
dalam byk2 doa yang aku minta, tuhan makbulkan doa spy aku sibuk! March 2012 sgt2 sibuks, sampai xsempat nak layan gosip kat TER. celah tu la nak settlekan lawyer n loan umah, celah ni la nak settlekan paper2 yang sebenarnya xberapa muka surat pun tp aku malas nak menulis, celah tu jugak nak pahamkan balance sheet & ratio analysis..............dah la terhegeh2 nak paham kekekekek. tp sebenarnya aku 'menular' lebih byk dr buat keje................kuikuikui

26/3 - sesi karoks sempena bday aku, sue n ina. Layan...........pecah anak tekak aku layan 'I Set Fire To The Rain'..........secara xlangsung pecah gegendang tinge org bilik sebelah! :) memandangkan 3 org celebrates bday maka sambutannya agak gah! tp hari kejadian/bday amatlah xhebat sbb kena standby sepanjang hari utk buat presentation. uhhh! apa celopsss......

 ........... apa2 pun mak redha, dengan kurniaan kesibukan yang melanda, mak nampak hikmahnya. Otak xbyk masa nak pikiaq, malam dah ngantuks so terus melelapkan mata. semoga April cepat berlalu dan Mei membawa ketenangan.


p.s : ....dok menunggu 'Kad Ucapanmu', manalah tau nak kena karok lagu dayangku intan tu. lalalalalala

Friday, March 9, 2012

...13% dan gaji buta...

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dalam bulan Mac ni.......kunci umah Saujana Putra dah bleh amek dan dah ada potential tenant, kalau jadi maka ada la rezaki lebih. Enstek pun dah siap, hujung bulan dah bleh amek kunci. Kalau sesapa nak sewa sila roger k......

Panjang jodoh aku ngan UiTM, dapat further dlm Facilities Management. Semoga kali ni tak berhenti separuh jalan mcm 10 tahun lepas....huhuhu. Kalau tak, ini dah my 2nd Master (mood perasan hehehe). Pendaftaran dah settle, dah terlepas 1st class (lalalalala smbil tgn letak dibahu). Sgt teruja nak memulakan hidup sbgi student, kalau dulu belajar hnya sbb nak cr keje, skang dah tahu matlamat belajar.

Dan Alhamdulillah lagi bila dapat kenaikan 13%,  tapi syg benefit SBPA yang lain xdapat. Mgkn CUEPACS kena perjuangkan nasib penjawat awam dengan lebih bijak. Kalau kena cara, maka semua akan dapat faedah jangka panjang. Mcm tarik rambut dlm tepung, rambut xputus dan tepung xselerak. Aku dah agak kerajaan akan batal SBPA sbb tuntutan CUEPACS tu xmunasabah.

Tapi aku sakit hati bila ada dikalangan kengkawan yang wat post berani mati............

"gaji naik, semoga kakitangan kerajaan tak makan gaji buta"........

AMBOIIII....apa celloOps!! Jgn kata kakitangan kerajaan, staf swasta pun ramai yg ngular, buat keje cam hampeh, muka masam mcm cuka getah. Aku keje cam balaci, sabtu/ahad pun pernah je msk opis tnpa claim OT sbb xlayak, xde elaun kenderaan sdgkan Kembara Hebat itu la yang aku lenjan g meeting dan ke sana sini dan aku xclaim mileage pun walaupun slalu p putrajaya. Belum masuk kena maki, sindir dek boss.  hujung minggu ni cuti aku akan go to waste sbb nak kena sediakan budget 2013, haaaa apa celops!!! Itu xtermasuk event yang xdak kena mengena ngan aku tp still kena attend terutamanya event kementerian.........dan semua tu atas dasar 'sy yang mengikut perintah' je.

Xdinafikan ramai kakitangan kerajaan yg hampes, tp jgn la tibai semua skali. Sama ja sektor swasta mahupun kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan xnaik mengikut merit walaupun kerajaan buat untung bilion2 (kalau untung la), kakitangan kerajaan xdapat bonus 2-3 kali setahun dengan jumlah bonus 3-4 bulan gaji. Kakitangan kerajaan dihantar bertugas kat tempat2 jin bertendang yg sektor swasta xkan p kecuali dengan projek kerajaan. Mesti ada kaun keluarga, sahabat handai kita di kalangan kakitangan kerajaan yg sama2 rs benefit ni. Maka bersyukur dan be happy for them la.

"Aku  bersyukur kerana aku hidup atas gaji kerajaan, pinjaman pelajaran kerajaan, sekolah kerajaan, hospital kerajaan..........................tapi aku juga tak sanjung kerajaan atas batu jemala patik. Jadi pandai2lah menilai"

Saturday, March 3, 2012

HUKM

Menjengah Wad Psikiatri HUKM adalah satu pengalaman yg sgt bermakna. Ada lucu, gelak tawa, ada derita, sedih, airmata, ada rasa takut, ngeri, rasa nak 'shoot' pesakit kat situ................tapi lebih banyak gelak la. Macam2 ragam pesakit buat aku sakit perut tahan gelak............

Pesakit 1 -Cik Palmolive-

Cik Palmolive : Nurse, tolong saya, sabun saya hilang.......tolong la saya, sabun saya hilang....
Nurse : Esok la cari, pergi tido.....
Cik Palmolive: Nurse, cari la sabun saya. Sabun Palmolive...P A L M O L I V E......palmolive!!
Nurse : Nak mandi ke? Bila nak mandi
Cik Palmolive : Esok pagi saya mau mandi
Nurse: Esok cari la.....
Cik Palmolive : Tolong la cari, sy tak boleh tido, sabun saya hilang.......................


Pesakit 2 - Cik Juling (aku xtau nama dia, bkn nak hina kekurangan dia)

Cik Juling : Itu nak makan ka...
Aku : Ye nak makan
Cik Juling : (Berjalan nak amek bubur McD)
Aku : eh...tak boleh, sy nak makan....
Cik Juling: Sikit pun tak boleh ke.......
Aku : tak boleh! (rs cam aku lak yg 'masuk air' dok layan dia ni)


Pesakit 3 - Makcik Tasbih (Sbb dia bw tasbih, pakai coat & kasut dgn 1" heel)

Scene 1...
Makcik Tasbih:  Nak satu boleh (terus hulur tangan amek goreng pisang, tapi bukan 1.....3 keping sekali amek)

Scene 2...
Makcik Tasbih: Nak satu (terus amek 2 keping nugget).............
Makcik Tasbih : (Datang dan tercegat depan kitaorg dgn buat muka marah sbb nugget dah disimpan)

Scene 3...
Makcik Tasbih : Dari mana ni....
Aku: Bukit Jalil....
Makcik Tasbih : ooo....bukit jalil.
Aku : tahu ke?
Makcik Tasbih : Tau...yang ada stadium tu...
Aku : (cerdik juga kamu ni......sambil terus jalan laju2 sebelum dia 'shoot aku')

Scene 4
Makcik Tasbih kejar aku sampai ke pintu sambil senyum..............argghhh ngeri nyer!! Kalau dia cekik aku, dia tak salah. Tapi kalau aku terajang dia, mau aku plak jadi penghuni tetap wad ni!!!

Pesakit 4 - Nyonya Garfu (sbb dia cucuk tangan dgn garfu)
Nyonya Garfu : (Kalau xsalah dia dok baca kitab Injil. Tetiba tampar diri dia sendiri)
Kwn aku : Agak2 nyonya ni xnak minta tolong tamparkan pipi dia ke? Kalau dia minta tolong, saya ada pakej, nak yang sehala atau yang pergi-balik!!
Aku : (Keras perut tahan gelak......)
Nyonya garfu dapat 2 hari cuti, tp isnin ni kena masuk wad balik.......


Ada juga pesakit dari kalangan org cerdik pandai....ada master dlm pengajian agama. Tp terlebih mengkaji! Makcik Jamilah lak temankan anak dia, kesian bila seorang ibu kena menjaga anak yg sepatutnya menjaga ibunya. Amoi sebelah katil Makcik Jamilah lak nampak cam ok, tapi seludup rokok n ubat penenang. Valium ke hapa ke aku pun xtau. Byk lak tu....dah kena pindah katil, agaknya ke single room kot. 

Makcik gangster (sebab dia rmbut pendek, xde gigi pastu mmg cam gangster arr! Siap gaduh ngan Makcik Tasbih) dapat keluar wad, pastu terus tukar baju smbil berbogel kat katil dia. Cik Palmolive menangis sbb takut org lelaki tgk Makcik Gangster berbogel......hehehehe. Caring gak Cik Palmolive ni......tp xkena tempat!

Hampir kesemua pesakit ni mendengar bisikan2 atau suara2 yg menyuruh diaorang buat mcm2. Ada yg rs nak mencederakan diri sendiri. Aku pelik gak kenapa org nak sakitkan diri, baik terajang je bangla yg jd guard Giant tp kerek mcm dah jd panglima tentera. Nyonya garfu cucuk tgn ngan garfu sbb nurse xkasi dia balik, baik dia cucuk tangan nurse tu (tp kang terus lak masuk wad gila). Time kepala tengah serabut, syaitan mula berbisik supaya kita terus hanyut dengan perasaan sendiri. Makin sedih, makin tertekan dan akhirnya mengalami kemurungan. 

Aku sempat baca ciri2 kemurungan yg dorang tampal kat dinding, antaranya:-

# Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
# Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
# Mudah berputus asa.
# Perasaan bersalah dan tidak berguna.
# Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
# Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
# Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
# Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
# Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
 Kalau korang ada 3-5 drpd ciri2 di atas dan berterusan selama 2-3 minggu...silalah dapatkan bantuan. jgn dok sengsorang, buat aktiviti dgn kengkawan n family.

Sblum tido smlm, aku teringat kat Makcik Tasbih, apa la yg buat dia jadi macam tu? Kecewa? Sedih? Terlalu banyak makan? .............. walau apa pun, moga tuhan jauhkan aku dan kawan2 aku dari jadi camtu. Melihat pesakit2 tu buat aku sedar, aku jauh lebih beruntung dari dorang. Aku ada kasih sayang family dan sahabat2 yg sentiasa membimbing aku. Dan HUKM juga buat aku lebih menghargai silaturrahim yang terjalin, menerima setiap kekurangan dan mencari kebaikan drp kelemahan tu.