Friday, May 25, 2012

...falsafah dlm kete...

Hari ni sehari suntuk aku kat Putrajaya. Merayap kat Perhimpunan Sejuta Belia 2012, banyak gila booth. Drpd pakaian, makanan, jabatan kerajaan, pokok2..............pendek kata SEMUA ADA!! tapi aku cuma jalan 1/3 daripada keseluruhan booth, xlarat dowh! 

aku dok teruja dengan pokok cabai hahahaha. pastu dok teruja tgk greenbox iaitu satu sistem utk tanam pokok dlm pasu, sgt sesoai utk aku yg bakalan dok tingkat 4 ni lalalala. kebetulan aku kenai tokey syarikat yg jual sistem ni, aku nak beli boh kat opis dan umah! Green environment la sgt.

Projek sayuq Pak Choy aku pun sgt 'mengujakan', biji benih yang aku semai dalam bekas telur terpakai tu dah mula jadi anak pokok! Jenuh makan sayuq la lepaih ni, tp cuaca skang sgt panas, jgn la pokok tu mati lepas aku pindah masuk dalam pasu nanti. Pokok serai, daun kari dan daun pandan aku pun semakin membesar, sekali lagi cuaca yg sgt panas ni mencabar kredibiliti aku sebagai bakal petani berjaya huhuhu

Masa drive balik umah, aku yg masih teruja dengan sayur2an telah berfalsafah. fal'sayur'fah aku ialah:-

"biji benih yang elok, akan tumbuh subur xkira la disemai dalam pasu plastik ka, pasu kaca ka, dlm tin ka, hatta dicampak ke tanah pun, ia akan tetap tumbuh subur" - maksudnya xkisah la kat mana kita skalipun, kita tetap dpt contribute yg terbaik, yang penting kita kena jd org yg HEBAT!

Ni gambaq hari Selasa 22 Mei 2012
ni gambaq 26 Mei 2012.......

Tuesday, May 15, 2012

...home sweet home...

Lamanya xmenulis!!! banyak betul sawang. tp, baru mula 2 ayat dah tak tahu nak tulis apa. sbb life skang terbatas kpd kerja n study. oh ! 1 lagi....umah!

Td g tgk my home sweet home, ex-owner yang liat tu dah kuar. tp almari, sofa n bagai2 bersepah kat depan umah. Sabtu lepas aku g clearkan umah tu, hr ni bw contractor utk ukur rumah. nak letak kitchen cab, buat cab untuk oven n microwave, baiki toilet sket n pecahkan 1 bilik utk luaskan ruang tamu..............pastu letak tile n cat umah.




santek kan.........idaman aku nih!
Tengah dok kecoh2 ukur tu, akak umah bawah datang, umah ni bocor katanya.....adus! nak kena wat waterproofing kat lantai bilik air n mungkin nak kena pecah dinding n lantai utk tukar coldwater pipe kat dinding sbb yg dalam tu dia pakai pvc jer. maintenance xcover utk pipe yang kat dlm umah.  apa2 pun.....i buat jer, kalau ada masalah lagi lps ni maka i have nothing to do with it ~ngeh ngeh ngeh~

pastu akak tu citer, ex-owner masih stay kat umah tu sbb aku xkunci grill. dia tido n mandi kat umah tu. anak bini dia dah balik kelate sbb xtahan ngan dia. mamat ni kaki kuda rupanya. adeh...........mcm2. anak dah 4, umo baru 30 tahun (tu la kalau xready jgn kawen). aku kunci grill tu sabtu lepas, agaknya lepas tu br dia dah xmasuk umah. tp umah tu dah xde elektrik n air.........camne dia duduk? adeh!!

Kdg2 rasa menyesal beli umah ni sbb byk sgt problemnya, tapi diingat2kan balik mngkin ada hikmahnya nanti. kalau bkn utk aku mgkn utk org lain. skurang2nya aku dah nampak hikmah aku beli umah ni kepada akak bawah umah aku tu, masalah bocor dia akan selesai. (rupa2nya bila kita terima segalanya seadanya tanpa banyak pikir, maka hati kita lebih tenang).

monthly payment umah tu mmg rendah, tapi kos minyak n tol meningkat dgn hebatnya. 30km dari bukit jalil.....waduh2!! so aku dok pikir nak wat sumthing yg boleh mendatangkan duit. tapi apa ek???.........any opinion???