Saturday, April 24, 2010

....jelapang padi...

Dr atas pesawat AK5252 aku nampak sawah padi sejauh mata memandang.....tenangnya hati aku. Kecik2 dolu klu kena marah aku akan naik tingkat atas umah tok aku sambil termenung tepi tingkap. Hijau anak2 padi tu buat hati aku cukup tenang.....(menunggu dipujuk).

Dlm teksi aku duduk kat seat sblh driver (aku x ska dok belakang). Mungkin kerana aku happy....aku bersembang ngan pakcik teksi sepanjang jalan dr airport ke umah. Bercerita mcm2, dr hal kerja sampailah tanah yg diambil kerajaan hahahaha best wwooooo. turun dr kete pakcik tu siap senyum sblm dia pergi, aku pun sempat lambai tgn. ~~syahdu~~

balik umah terus bercerita ngan mama. I LUV U MOM. pastu abah balik dr kampung, dia bw balik buah keriang dot!! hampa pernah dgr tak buah keriang dot??? Sedap woooo....rasanya dah bertahun2 aku tak makan. malangnya, itulah generasi terakhir buah keriang dot dr kampung tok aku sebab dorang dah tebang pokok tu....hmmmmmm sayang!!  tu dia aku attach gambar buah keriang dot untuk tatapan semua.....kenali buah-buahan tempatan. hehehehe











hari nih kitorang g melawat adik aku kat beseri...... dia homesick hahahaha rasanya itulah kali pertama dia dok jauh. dia asyik demam n sakit kepala, mgkn tak tahan dengan air kapur kat perlis tu, aku pun bleh sakit kepala mandi ayaq tu. alang2 sampai sana, mama singgah kat Tasik Melati.....panas sioottt!! tapi sempat la kitaorg makan laksa sambil hirup air sirap kat tepi tasik tu. dan aku plak ramah tamah teguq pakcik yg kerja kat situ....eeerrrkkkk? Knp ngan aku nih?

akhirnya.......inilah SHIERA. aku rasa cam aku mula kembali menjadi SHIERA yg becok itu.....shiera yg sengih cam kerang busuk bila jumpa pakcik n makcik. ntah nape aku mudah ramah ngan org tua. Lately aku lebih banyak diam jer...layan perasaan. tp bila hati aku happy ternyata aku ni baik orangnya...buahahahahaha
Aku nak kekal camni, ramah, friendly......becok. taknak moody2. aku nak kembali active, g gym, menari, menyanyi cam dulu. aku nak g spa, manjakan badan....nak cantik2 balik cam tahun lepas. tp tahun ni takleh seksi arrr sebab dah tukar imej dudududu.

Satu lagi, Hanim buat aku jd cool...sebab dia cool jer. Rasa happy bila bersembang ngan Hanim, kalu aku tau dr dolu2 aku kawan baik ngan minah ni, tapi takut arr nak kaco RUKUN 13!! hehehehe. Cuma satu jer aku susah nak ubah, aku terlalu berterus terang sampai kadang2 aku menyakitkan hati org. Aku tak pandai nak selindung perasaan dan pendapat aku, kalau tak, tak kan la boss pun aku sound tepet jer. Mungkin aku kena ubah cara aku bagi pendapat atau perasaan aku.....cam kasar sgt kot.

Insyaallah...ramai kawan2 yg turut sama bantu aku untuk jadi lebih baik. TEGUR aku, bantu aku untuk jadi lebih baik. Tolong jangan diamkan dan jauhkan diri dr aku. Aku sebenarnya masih belajar memperbaiki diri...........LUV U ALL.

Thursday, April 22, 2010

...Tuhan Sedang Mengajar Aku...

Lately aku sedar aku bayak buat perangai, makin cepat hilang sabar, makin kuat mengamuk. Mungkin sebab aku rasa aku dah terlalu lama bersabar.....atau mgkn kerana aku xnampak salah sendiri dan lebih banyak menunding jari pada orang lain.

Dan minggu lepas aku 'diajar' erti rimas dan ditekan. Selama ni aku banyak bg tekanan pada orang, bila aku berada dalam situasi tu baru aku paham. Aku pulak yang minta ruang pada orang  :P. Sesungguhnya tuhan sedang mengajar aku, mendidik aku menjadi lebih baik. Berlian yang mahal mestilah dicanai dulu kan.......

Aku kembali bertatih macam tahun 2008 dulu, waktu aku jatuh tersungkur dan muka aku tersemban 3 kaki dalam tanah huhuhuhu. Waktu tu lah aku mula menulis blog senget ni.  Sekarang aku belajar apa sebenarnya rasa tidak dipedulikan.... selama ni aku selalu kata aku disisihkan, dan bila aku betul2 disisihkan, baru padan muka aku. Sejujurnya, aku sendiri tak sangka buruk benor perangai aku bila hilang sabar.....selama ni aku boleh berdiam dan bersabar, jadi mengapa sekarang aku tiba2 hilang sabar? Kenapa aku tiba2 jadi tamak? Hilang semua pengalaman dan pengajaran dr tahun 2008 tu. Mana SHIERA yang dahulunya dah dimatangkan oleh pengalaman dan kekecewaan? Kenapa aku ulang semula perangai buruk tu?

Aku pun tak tau kenapa, masa aku tgh termenung di tepi tingkap dengan rasa MARAH yg teramat sangat malam tu, tiba-tiba aku mcm dengar org cakap....."shiera, nape jadi macam ni? nape kau boleh jadi seteruk ni? salah tindakan kau ni....". Adakah aku sedang bercakap dgn diri sendiru...huhuhu MISTIK!! Dan rasa marah aku jadi reda.........dan aku mula rasa bersalah. Mulai malam tulah, aku mula mengenang kembali tingkah laku aku...AKU YG BERSALAH. Aku sebenarnya yang tak pandai menghargai orang disekeliling aku. Aku ni mementingkan diri sendiri. Aku sebenarnya yang tidak ikhlas. Aku mengharapkan orang akan melayan, menghargai, memberi komitmen sepertimana aku buat. Sedangkan aku tak sepatutnya buat macam tu, kalau aku benar2 ikhlas, aku tak sepatutnya mengharapkan balasan, walau sebesar zarah pun.

Selama ni Tuhan memberi tanpa aku perlu bersusah payah. Aku tak perlu bersengkang mata belajar siang malam, tp result aku boleh tahan. Aku tak perlu bersusah payah cari kerja, first interview terus dapat kerja, aku tak pernah rasa menganggur. Aku tak pernah ngorat orang, orang je ngorat aku buahahahaha. Aku selalu dapat couple dgn pakwe yang aku syote/admirer tanpa aku perlu approach dia pun (rezeki jgn ditolak). W.pun aku ni takde la cantik cam super model, tak pandai bergaya, selamber badak.....lipstik yg aku beli 8 tahun dulu pun tak habih pakai lagi hahahahaha.

Sekarang Tuhan mahu aku berusaha untuk dapat semua tu. Aku MESTI sambung belajar sebab nak merealisasikan KPI Ifa heheheh.....xdelah. aku kena sambung belajar untuk baiki kehidupan aku. Aku kena bekerja bersungguh2 supaya dapat APC hahahaha......xjugak!!! Aku kena lebih efektif supaya BIG BOSS nampak keupayaan sebenar aku dan bagi aku gaji lebih!! Aku mesti belajar mengambil hati supaya aku dapat bersihkan nama aku, supaya orang kenal siapa aku sebenar. Yang lebih penting, aku kena BERSIH kan hati aku. Bukan rasa rendah diri, tapi rendah hati.

Maka dengan itu, dari hati yang benar2 rendah, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada hati-hati yang telah terluka. maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya!Tolonglah tegur setiap kali saya salah.....jgn didiam kerana nak menjaga hati.

Tolonglah didik saya menjadi insan yang lebih baik........ Amin.

Thursday, April 8, 2010

weh geh geh geh

weh geh geh geh...aku dpt penolong pegawai a.k.a sekutu baru hahahaha. bersemangat aku keja minggu nih. bertambah2 jahat aku kat opis, sakat orang merata2 buahahahaha. lupa lak nak fax smthing td ooppsss i did it again. :)

dato' pun dah cakap perkara yg perlu aku baiki....nampak gayanya bukan masalah besar pun, insyaallah boleh diatasi dengan adanya sekutu aku tuuuu. mei ni sorang lagi staff akan masuk, pasni harap2 kerja akan semakin smooth. lepas tu bleh la aku berehat panjang....amek coti g jalan2, ubah angin, cari new idea, new life. i really need it. at least one part of my life is getting better.

sok nak tepon CB Auto....tanya JFL401 kesayanganku.....dah lama sgt aku abaikan dia. pasni nak jaga dia baik2, spy aku takyah menyusahkan org dah. takyah nak menempel kat orang. ORG tak suka bila kita jadi beban. akhirnya kita akan nampak 'sumone's true colour' ........... terutamanya bila kita dah jadi beban. beban is not needed. insyaallah aku xkan jadi beban pada sesapa pun pas ni.

pasni aku nak baiki diri aku lagi. nak renovate keje aku....asyik renovate facilities jer. nak happy....asyik org rosakkan hidup aku, sampai bila. hehehehe. Soooooo....kita enjoy!!!

Thursday, April 1, 2010

...tudung baru...

hehehehe...dek termakan pujuk rayu qubiey, maka aku beli tudung yg sememangnya lawa.... td lak, aku beli 1 lagi sebab matching ngan baju kebaya aku ni hehehe. terus pakai time tu jugak!! lalalala nanti aku letak gambaq2 tudung tu, kalau sesapa nak beli bleh jugak, aku x amek komisyen yer......

tudung ni specially made, hanya 1 untuk setiap design/colour. santek....katanya diambil dari penang, jd sesapa yg kat sana bleh terus dapatkan dr pembekal la kot. cakap byk pun tak guna, nanti aku letak gambaq.

btw, ada sesapa tau mana nak dpt stok accessories tiruan, kristal, manik dsb mcm gelang, rantai atau subang ? brooch sekali...... kalau tau tolong habaq kat chek naaa.......