Thursday, April 22, 2010

...Tuhan Sedang Mengajar Aku...

Lately aku sedar aku bayak buat perangai, makin cepat hilang sabar, makin kuat mengamuk. Mungkin sebab aku rasa aku dah terlalu lama bersabar.....atau mgkn kerana aku xnampak salah sendiri dan lebih banyak menunding jari pada orang lain.

Dan minggu lepas aku 'diajar' erti rimas dan ditekan. Selama ni aku banyak bg tekanan pada orang, bila aku berada dalam situasi tu baru aku paham. Aku pulak yang minta ruang pada orang  :P. Sesungguhnya tuhan sedang mengajar aku, mendidik aku menjadi lebih baik. Berlian yang mahal mestilah dicanai dulu kan.......

Aku kembali bertatih macam tahun 2008 dulu, waktu aku jatuh tersungkur dan muka aku tersemban 3 kaki dalam tanah huhuhuhu. Waktu tu lah aku mula menulis blog senget ni.  Sekarang aku belajar apa sebenarnya rasa tidak dipedulikan.... selama ni aku selalu kata aku disisihkan, dan bila aku betul2 disisihkan, baru padan muka aku. Sejujurnya, aku sendiri tak sangka buruk benor perangai aku bila hilang sabar.....selama ni aku boleh berdiam dan bersabar, jadi mengapa sekarang aku tiba2 hilang sabar? Kenapa aku tiba2 jadi tamak? Hilang semua pengalaman dan pengajaran dr tahun 2008 tu. Mana SHIERA yang dahulunya dah dimatangkan oleh pengalaman dan kekecewaan? Kenapa aku ulang semula perangai buruk tu?

Aku pun tak tau kenapa, masa aku tgh termenung di tepi tingkap dengan rasa MARAH yg teramat sangat malam tu, tiba-tiba aku mcm dengar org cakap....."shiera, nape jadi macam ni? nape kau boleh jadi seteruk ni? salah tindakan kau ni....". Adakah aku sedang bercakap dgn diri sendiru...huhuhu MISTIK!! Dan rasa marah aku jadi reda.........dan aku mula rasa bersalah. Mulai malam tulah, aku mula mengenang kembali tingkah laku aku...AKU YG BERSALAH. Aku sebenarnya yang tak pandai menghargai orang disekeliling aku. Aku ni mementingkan diri sendiri. Aku sebenarnya yang tidak ikhlas. Aku mengharapkan orang akan melayan, menghargai, memberi komitmen sepertimana aku buat. Sedangkan aku tak sepatutnya buat macam tu, kalau aku benar2 ikhlas, aku tak sepatutnya mengharapkan balasan, walau sebesar zarah pun.

Selama ni Tuhan memberi tanpa aku perlu bersusah payah. Aku tak perlu bersengkang mata belajar siang malam, tp result aku boleh tahan. Aku tak perlu bersusah payah cari kerja, first interview terus dapat kerja, aku tak pernah rasa menganggur. Aku tak pernah ngorat orang, orang je ngorat aku buahahahaha. Aku selalu dapat couple dgn pakwe yang aku syote/admirer tanpa aku perlu approach dia pun (rezeki jgn ditolak). W.pun aku ni takde la cantik cam super model, tak pandai bergaya, selamber badak.....lipstik yg aku beli 8 tahun dulu pun tak habih pakai lagi hahahahaha.

Sekarang Tuhan mahu aku berusaha untuk dapat semua tu. Aku MESTI sambung belajar sebab nak merealisasikan KPI Ifa heheheh.....xdelah. aku kena sambung belajar untuk baiki kehidupan aku. Aku kena bekerja bersungguh2 supaya dapat APC hahahaha......xjugak!!! Aku kena lebih efektif supaya BIG BOSS nampak keupayaan sebenar aku dan bagi aku gaji lebih!! Aku mesti belajar mengambil hati supaya aku dapat bersihkan nama aku, supaya orang kenal siapa aku sebenar. Yang lebih penting, aku kena BERSIH kan hati aku. Bukan rasa rendah diri, tapi rendah hati.

Maka dengan itu, dari hati yang benar2 rendah, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada hati-hati yang telah terluka. maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya!Tolonglah tegur setiap kali saya salah.....jgn didiam kerana nak menjaga hati.

Tolonglah didik saya menjadi insan yang lebih baik........ Amin.

3 comments:

fham5579 said...

btui tu ....pas dgr org bg ceramah kita sendiri kena motivate diri kita sendiri mcm yg hg buat la ni..insyaallah skrg2 nya bila kita fikir positif selalu jiwa kita tenang walaupun masalah tu masih ada...(mcm apa yg aku sedang lalui la ni..hehehe)....Good Luck...
sambung belajar tu aku setuju tumpang single mingle lagi ni...keja xpa Insyaallah aku leh cover sedaya termampu..ewah

sengetminda said...

hahahaha....best2!! pasai kerja hang relax hanim, aku nak pas kat hang slow2, yang mana aku dah mula aku akan habihkan, aku bagi hang start yg baru...supaya tak pening kepala.

kita kerjasama....manalah tau ada rezeki tahun depan aku lak yang buyung, masa tu hang kena cover aku la pulak buahahaha ~~wink wink~~

iEtaFAkyR@ said...

wah! bos n asst cerita hal mak buyong nih... jeles i. :D