Bg yg membaca, tips ni diperolehi dari http://mysuperkids.net/ masa dok browse sambil makan bihun goreng + tulur. Kaedah penceritaan yg ringkas tu buat aku rasa menarik dan boleh diaplikasikan dlm kehidupan harian. Semoga kita sama2 dapat manfaat.......................chaiiyyyoookk!!
Tips Menghadapi Masalah
Tips hadapi masalah biasanya diperlukan oleh mereka yang banyak masalah lah kan. Betul, masalah ni kita kena hadapi, bukan lari darinya. Kerana selagi tak selesai ia akan terus memburu kita. Namun bukan mudah untuk menghadapi satu-satu masalah, lebih2 lagi dengan jiwa yang goyah, semua benda pun boleh jadi masalah
1. Masalah adalah lumrah hidup.
Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itulah masalah anda sebenarnya. Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup, mungkin baby, orang tua yang dah nyanyuk, atau orang gila.Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kapal laut dicipta kerana masalah besar nak berenang dari satu benua ke satu benua. Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.
2. Masalah adalah masalahnya hati.
Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran Tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain di jemurannya basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?
Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya “Kenapa aku?”. Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan “..Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” Surah 2 ayat 286. Tanyalah “Kenapa bukan aku?” Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 Tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.
Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita… ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.5. Tunduk pada masalah adalah tindakan kurang cerdik.
Masalah, atau apa saja, tidak mampu mengubah kita, tapi kita sendiri! Membiarkan diri kita dihanyutkan oleh masalah, adalah sebodoh-bodoh tindakan. Tiada siapa atau apa yang boleh membuatkan kita sedih, lemah, kuat atau berkuasa, melainkan diri kita sendiri. Jangan biarkan masalah membayangi hidup kita. Biarkan saja ia bermain2, seperti asap2 yang berlegar. Tidak memberi sebarang manfaat mahupun mudarat.6. Masalah adalah trampoline
Masalah kepada sebiji bola ialah apabila ia dipukul dengan kuat ke arah dinding atau lantai. Tapi, ia melantun dengan lebih kuat lagi. Itulah fungsi masalah, untuk menjadikan kita lebih kuat, dan melompat lebih tinggi.7. Masalah adalah cinta diri
Bila sering memikirkan kita asyik dilanda masalah, sebenarnya adalah tanda kita cinta pada diri kita. Jadi, untuk membuktikan kita mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya, ubahlah benda yang menyedihkan dalam masalah itu sebagai perkara yang menggembirakan. Bila bermasalah dalam pelajaran, sebenarnya satu sebab kukuh untuk kita berbaik dengan guru, dengan selalu pergi bertanya soal pelajaran hingga kita dapat faham betul. Bila bermasalah dengan mencari pekerjaan, mungkin sebenarnya peluang untuk kita mengusahakan sesuatu yang lebih tinggi pulangannya dari kerja makan gaji.Tidak perlu sedih bila dilanda masalah. Anggaplah masalah sebagai snek kehidupan. Hadapinya dengan penuh semangat, pasti masalah itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk sebuah senyuman dan kebahagiaan yang pasti.
Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan daku masalah yang berbagai-bagai dan tak putus-putus, besar atau kecil. Kerana di setiap baris masalah itu ada tersimpan rahmat-Mu yang tak terhingga. Dari situlah kutemui cinta-Mu yang tak mungkin kuperolehi dari siapapun manusia di muka bumi ini.
P.S : nota ini hanya sebagai panduan diri sendiri dan sahabat2 yg mahu mengambil iktibar. Sila jangan salah faham dan mengganggap sy cuba berlagak baik dgn bercakap soal ketuhanan. sy hanya mahu membaiki diri yg serba kekurangan ini.......
3 comments:
bagus...buat aku berfikit menggunakan sereblum dan serebrum dengan serentak...*betoi ka aku sebut nama bahagian otak ni* :p...aku main tibai sj...tk ingt pon...ngeh ngeh ngeh :D
aku juga akan amik ni sbg iktibar....serebrum apa bala tu aku x tau teacher eta...hahaha....
aku baca lagi post hang yg ni....aku betoi2 sedey ni...
Post a Comment