Thursday, October 27, 2011

...pewoot xhappy...

nape lak pewoot aku jd sensitip semacam ni? ahad & senin minggu lepas dah kena diarrhoea tp seb baik xmemulas. ahad lepas kena lagi, hari ni pun lagi dan lagi dan lagi. nak kata makanan xbersih atau dah basi, housemate aku elok jer.

hanim pun kena gak 2 hari lepas. ada diarrhoea bawaan angin ke hape ~lalalalalalala~

Tuesday, October 25, 2011

...malam ku bermimpi.... :)



PING** nape aku boh lagu ni? sbb...smlm aku mimpi rambut aku jadi panjang mengurai mcm masa 2008 dolu2. aku search utk tafsir mimpi & katanya kalau mimpi rambut jadi panjang maka akan gembira dan juga panjang umur. Ya Tuhan, kau makbulkanlah doaku, Amin!

Monday, October 24, 2011

...getting ready...

urghhh lambatnya nak masuk tahun depan. *wink*wink* aku ada date-line yg perlu dipenuhi. BERSEDIAKAH AKU?

sebagai langkah awal menuju ke date-line tersebut, aku dah start buat persediaan. persediaan awal ni bagus bg memastikan hati aku cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau keputusan yg mungkin terjadi menjelang tibanya date-line tersebut. kalau semuanya berakhirnya dengan baik maka Alhamdulillah, tp kalau sebaliknya maka aku harap langkah awal ni akan membantu aku. langkah persediaan ni amat bermanfaat dan  akan memberikan kebaikan pada aku xkisahlah apa yg bakal berlaku.

apa aku nak buat?

1. aku kena ada hobi......hobi ni xleh serabutkan kepala aku sbb aku dah cukup serabut kat opis. hobi ni mesti bleh buat aku relax n buat aku 'ghalit'. memandangkan aku ni berjiwa 'seni' (hahahaha) maka aku amek keputusan nak menjahit lalalalala. aku nak beli mesin jahit sama mcm che m (ada unsur2 berlawan2 di situ).

2. Aku nak start a small biz. aku berminat dgn fesyen muslimah, mgkn i'll go into this line. cuma aku masih berkira2, sbb takut hangat2 chicken shit. melalui biz ni aku bleh berjalan2 ke bandung, taiwan, korea n mungkin turki.............part jalan2 tu mmg best. (perasan x hobi menjahit tu ada kesinambungan ngan fesyen ni?)

3. aku dok meninjau universiti2 yg sesoai utk sambung master. 1st time aku wat master dah terkantoi di tengah jalan. sbb xleh nak imbangkan keje ngan study. lgpun jauh di usm mmg susah la. aku nak wat asset & facilities management......so kalau2 ada yg bleh suggest mana2 u yg best, silakan. hujung minggu ni nak g british council, tgk short term courses yg bleh bantu aku with my english. nak speaking ngan bebudak opis ni wat aku semput je, nanti kena kutuk.

aku mula nak walking up the hill....aku perlukan sokongan kawan2 untuk bantu aku. sokongan moral paling diperlukan. aku perlu sentiasa sibuk sblm dan selepas date-line. apa keputusan date-line tu kita serahkan pada Ya-Rabb sbb kata org kalau kita niat baik tuhan akan tolong. Aku akan bersabar................

Wednesday, October 12, 2011

...chicken out...

12/10/2011....hmmmmm my aunty's visit patutnya on 15/10/2011 dan mood pun dah mula swingging like crazy. dah 3 hari dok wat perangai cam budak2....semua pun nak mengamuks. pastu dok memikir perkara yg bukan2.

well, bab memikiaq ni mmg dah lama, but mala's engagement is a kick start to my stupidity. actually, up to this moment .... i still cannot cope with my anger n frustration. Aku pun heran, slalu je camni. masa aku ngan x-fiance dulu dok couple okeh je, bila dah engaged aku mula buat perangai. i started questioning everything, was he the right person? what if this and what if that....................mula sangsi dgn perasaan sendiri. takut ngan bayang2. erkkkssss adakah aku takut pd komitmen? ~lalalalalala~

skang pun sama, sblum ni aku okeh je.......aku bleh lalui segala kekusutan dengan jayanya. bila keadaan makin tenang, jalan makin jelas..........time frame dah ada, en. gorgon dah give his words, i chicken out! adoiyai.....ini bukan masalah org atau keadaan, masalahnya adalah AKU. Am i  a commitment phobic? Pastu aku mula nak question en gorgon. pastu majuk. pastu xnak makan steak lanun yg sedap tu.......pastu nyesal! pastu sedey :(

Pak hencik, sy minta maaf sbb tetiba sy jd dracula. sy bukan sengaja, kedatangan bulan tu buat sy out of control. tambah2 kalau ada moon halo cam hr tu. sy xleh janji utk berubah sbb sy tkt sy xberubah, tp sy akan baiki diri. cuma sy minta pak hencik tolong sy utk jd 'cool' sbb pak hencik selalu cool je bila sy ada tanduk. lgpun dah lama sgt kita xgaduh2 manje....sy nak gaduh2 manje je *wink* iloveu


p.s :
mgkn keadaan kita xsama mcm org lain, mgkn xkan ada majlis hebat utk kita, mgkn sy xkan diterima baik..................tp sy cuma harap satu hr kita akan tersenyum bila kenangkan semua yg pernah kita harungi hanya utk sebuah rasa.

Monday, October 3, 2011

...sabar...



sabar.....
adakah ini yg dikatakan bersabar
atau aku telah lelah dgn telatah manusia
hinggakan aku telan sahaja
kata nista yg mengherdik telinga
dah aku biarkan sahaja
tingkah laku mereka yg memijak kepala

sabar...
inikah yg dikatakan bersabar
bila aku diam seribu bahasa
walaupun hati ditikam kaca
walaupun dosa merejam rasa
kupikul beban walaupun tidak berdaya
untuk sebuah janji yg belum dikota

sabar...
inikah yang dikatakan bersabar
bila tawa mengganti air mata
bila senyuman tiada bermakna
bila di dasar tak seindah muka
bila aku hanya berpura-pura
bersandiwara melindung lara

kalau inilah sabar yg dituntut dariku........
untuk hidup dibawah keredhaan Ilahi
agar terlerai beban dosa dari diri
maka bersabarlah wahai hati............