Saturday, July 25, 2009

boleh tak sesiapa bagi aku nasihat?.....

Aku cuma manusia biasa yang nak merasa bahagia sama macam orang lain, tapi kenapa nasib tak pernah menyebelahi aku. mgkn aku selalu lupakan DIA, yang memberi rahmat. Mgkn juga DIA sayangkan aku, setiap kali aku jauh dariNya, dia bg aku ujian, bw aku balik kat DIA.
Aku cuba cari BAHAGIA DI HATI, bahagia walaupun tak punya apa2, tapi aku tak sekuat tu................. aku sunyi, nak ada teman. Teman yang boleh diajak berbual, berdebat, bergaduh, bermanja, bergantung. Teman untuk sama2 susah dan senang. Teman yang boleh bimbing aku. Teman yang boleh marah aku bila buat salah. Teman yang berleter kat aku sebab dia sayang aku.Teman yang akan makan masakan aku walaupun x sedap. Teman yang akan puji aku walaupun terpaksa..........
aku ingatkan, aku takkan sedih. sbb aku pernah lalui rasa kecewa yang lebih teruk dr ni. Tapi rupanya, melupakan orang yang aku cinta tp dia tak cintakan aku lebih mudah dr cuba melupakan org yang sayangkan aku (dan tentunya aku juga sayangkan dia walaupun rasa cinta tu belum tentu hadir).
Hanya aku yang tahu betapa sakitnya menjadi aku selama 30 tahun ni.Dan hari ni aku sakit lagi. Mungkin tak ditakdirkan aku bahagia macam orang lain. Aku terima ketentuan DIA untuk aku, kerana DIA maha mengetahui sesuatu yang aku tak tahu.Mgkn suatu hari bila aku betul merayu padaNYA, DIA akan pandang aku dan beri aku kebahagiaan tu. Kerana DIA dah janji setiap makhluk berpasangan. Samada di dunia atu di akhirat.
kata org, cinta tak perlu dicari, ia akan hadir sendiri. tapi kenapa cinta berputik dlm hati aku pada waktu aku terpaksa melepaskannya? Selfish kah aku kalau aku tetap nak kan cinta tu, dan akan ada yang terluka kerana aku. Atau selfish kah org itu yang tak mahu melepaskannya walau tahu cintanya dah pudar. perlukah aku memperjuangkan kebahagiaan aku atau terus menjadi aku seperti sebelum ini yakni berkorban untuk kebahagiaan org lain?

boleh tak sesiapa bagi aku nasihat?

Thursday, July 23, 2009

Perempuan Di Neraka

Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia.

1. Antaranya, Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit- ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran darinya...............(ku ingatkan diriku sendiri agar aku insaf & bertaubat)

Thursday, July 16, 2009

....kerja....

aku bosan dah keje cam ni. semua org nak ikut kepala hotak dorang jer, aku keje dalam keadaan dan kemudahan yang amat minima.....huhuhu.

ditambah plak pc aku dijangkiti virus H1N1......habih semua documen x dpt diselamatkan. keje aku selama 8 tahun di semua hilang.....gone with the wind. Kire2nye aku skang kena buat 'wind of change' ler hu hu

aku sorang buat semua keje...dorang yang bahagian/cawangan/unit dengan staf pelbagi rupa saiz dan warna pun buat keje lembap...inikan aku yang buat keje sorang2. Dengan sorang je staf aku yang bulat dan berkulit sawo matang tu............kitaorg dorang la yang handle everything hu hu. pastu ramai2 lak menyibuk keje aku nih.

sakitnya hati. agak2 kalu aku blah jer dari tmpat ni dengan tidak bertanggungjawab bleh ker???

nak pegi bercuti....sama jer, balik kena ngadap keje dan bos yg sama gak. nak balik kg? aku takut dgn soalan2 mak aku......bila nak kawen!! arrrggghhhhh.....sape nak kat aku ni? dah le kecik....hitam...buruk....tak cantik....kasarbahasa.....ni bakal jadi penganggur plak nih!!

dugaan...................inikah dugaan untukku? Ya Rabb....tuhan yang memiliki langit dan bumi, tuhan yang memegang hati2 manusia. Tabahkan hatiku, kukuhkan jiwaku......berikan aku ketenangan dan kekuatan untuk terus meredah badai dunia. Sehinggalah semuanya berhenti dan aku kembali bersama mu.................................................................................di alam abadi.

Wednesday, July 15, 2009

...cinta 4...

E-mail group yang gua join tgh bincang topik cinta & perkahwinan. Ni antara komen yang menyentuh hati gua dan menyedarkan gua........................................sama2 kt renung:-
Jom kita sama-sama muhasabah dan sentiasa perbetulkan niat kita, tujuan yang di atas sekali adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah. kerana Dia yang memiliki cinta, pemilik hati yang sentiasa berubah ini.

"Ya muqollibal qulub.. tsabbit qulubana 'ala dinik"

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu."dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)

walaupun kita belanjakan segenap kekayaan kita untuk mengekalkan cinta, tidak akan berguna jika tidak diizinkan Allah.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (30:21)

isteri itu untuk kita cenderung dan merasa tenteram, tapi orang sekarang ini belum lagi bergelar isteri tapi sudah lebih dari itu.Jadi secara asasnya, memang cinta itu satu keperluan dalam mengekalkan rumahtangga. namun perlu diingat selalu, iaitu Al-khaliq kepada cinta itu. maka, mintalah pada al-Khaliq itu untuk mengekalkan cinta kita. carilah keredhoanNya, nescaya dia akan penuhi permintaan kita. cuma kadang2 kita selalu silap.. baca buku cara bercinta macam2, tapi terlupa untuk bertaqarrub pada Allah.

Friday, July 10, 2009

...kawan@sahabat....

susah benor berkawan/bersahabat skang ni. kawan makan kawan, kawan tikam kawan, kawan lupa kawan ...................hu hu hu. aku camni jelah......buat le pe korang suka, kalu rasa nak cari maka carilah. asal korang bahagia, aku cam tu le jugak..........................

dah cuba pandang2, tapi paling muka.................dah cuba tegur2, macam tak suka....................... cuba ajak lepak, tp takde masa. hu hu hu ye la aku ni tak serupa orang, jahat so org x suka. sooooosial kan.....uhuk uhuk. sib baik dapat member se'persatuan', maka dapatlah aku ni berkawan.

semalam bercerita dengan 'club mambers'......sedey plak rasa. dengar nasib setiap orang, macam2 citer. tapi apa2 pun, kita yang menentukan nasib kita sendiri. makna kata kita boleh ubah keadaan tu dengan usaha, doa dan tawakal. insyallah. meh la kite keluar dr 'semak' ni......

sapa tak nak jadi baik? merasai nikmat hidup & bahagia cam orang lain. tapi skang bukan masa aku. so sesiapa yang 'baik' kat luar tu, tolong la bimbing kawan ko nih..........................tolong la.

Thursday, July 9, 2009

...semak...

aku semak hari nih!!!! semak perut, semak hati, meja aku semak, kepala aku semak....rasa cam nak smash something je...... tapi kalau aku buat camtu aku gak yang rugi...dudududu...
baru je semalam gelak2 ngan '2 sahabat seangkatan', hari ni rasa cam nak nangis lak hu hu hu.

masalahnyer aku nak nangis, tapi mata aku tak leh nangis. aku nak buang rasa semak ni...tapi die tak nak kuar. aku jadi numb, tak boleh merasa atau lebih tepat, tk leh nak meluahkan rasa.

keje berlambak (salah aku x pandai organize masa), jiwa semak, perut lapar lak nih, pundi kencing penuh......................arghh.......rase camnak balik kg pastu keje kilang atau migrate je kat mana2. agak2 bangladesh terima tak sorang lagi rakyat, kulit pun lebih kurang jer. kwang kwang kwang

Tuesday, July 7, 2009

...CiNTa 3...

penat........
itulah definasi paling tepat untuk menggambarkan apa gua rasa. nak hidup sorang....x mampu, ada masa nak juga berteman. tapi bla perasaan tu timbul....byk plak cengkadak yg datang. mungkin aku ni x ditakdirkan hidup cam org lain. atau tuhan nak bagi aku something better than what i have now.........................huar huar huar

redha je lah

Wednesday, July 1, 2009

...di sebalik...

Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya,
mungkin banyak cerita sedih yang tak terluah.
Di sebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu.
tetapi cuba kita jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu.

...kena maki...

30 Jun 2009.................................babe, sampai hati lu kan. lu maki gua tu! hu hu hu