Aku cuma manusia biasa yang nak merasa bahagia sama macam orang lain, tapi kenapa nasib tak pernah menyebelahi aku. mgkn aku selalu lupakan DIA, yang memberi rahmat. Mgkn juga DIA sayangkan aku, setiap kali aku jauh dariNya, dia bg aku ujian, bw aku balik kat DIA.
Aku cuba cari BAHAGIA DI HATI, bahagia walaupun tak punya apa2, tapi aku tak sekuat tu................. aku sunyi, nak ada teman. Teman yang boleh diajak berbual, berdebat, bergaduh, bermanja, bergantung. Teman untuk sama2 susah dan senang. Teman yang boleh bimbing aku. Teman yang boleh marah aku bila buat salah. Teman yang berleter kat aku sebab dia sayang aku.Teman yang akan makan masakan aku walaupun x sedap. Teman yang akan puji aku walaupun terpaksa..........
aku ingatkan, aku takkan sedih. sbb aku pernah lalui rasa kecewa yang lebih teruk dr ni. Tapi rupanya, melupakan orang yang aku cinta tp dia tak cintakan aku lebih mudah dr cuba melupakan org yang sayangkan aku (dan tentunya aku juga sayangkan dia walaupun rasa cinta tu belum tentu hadir).
Hanya aku yang tahu betapa sakitnya menjadi aku selama 30 tahun ni.Dan hari ni aku sakit lagi. Mungkin tak ditakdirkan aku bahagia macam orang lain. Aku terima ketentuan DIA untuk aku, kerana DIA maha mengetahui sesuatu yang aku tak tahu.Mgkn suatu hari bila aku betul merayu padaNYA, DIA akan pandang aku dan beri aku kebahagiaan tu. Kerana DIA dah janji setiap makhluk berpasangan. Samada di dunia atu di akhirat.
kata org, cinta tak perlu dicari, ia akan hadir sendiri. tapi kenapa cinta berputik dlm hati aku pada waktu aku terpaksa melepaskannya? Selfish kah aku kalau aku tetap nak kan cinta tu, dan akan ada yang terluka kerana aku. Atau selfish kah org itu yang tak mahu melepaskannya walau tahu cintanya dah pudar. perlukah aku memperjuangkan kebahagiaan aku atau terus menjadi aku seperti sebelum ini yakni berkorban untuk kebahagiaan org lain?
boleh tak sesiapa bagi aku nasihat?
1 comment:
bagi nasihat...huhu..tak reti la..diri aku sendiri pon tak brape nak betol lagi... sabar je laa...jgn pikirkan sgt hal2 yg merunsingkan pikiran...redha dgn ketentuan
ko bleh email aku kat zaiey285@yahoo.com... ko still duduk kat bukit jalil ker...aku jarang la plak ke area2 sane... no hp ko still yg sama cam dulu ker... ? no aku same je mcm dulu.... aku still dok taman tun...kalo ko gi shopping kat area2 one utama, the curve or ikea ...calling2 le aku bleh jumpe....
Post a Comment