E-mail group yang gua join tgh bincang topik cinta & perkahwinan. Ni antara komen yang menyentuh hati gua dan menyedarkan gua........................................sama2 kt renung:-
Jom kita sama-sama muhasabah dan sentiasa perbetulkan niat kita, tujuan yang di atas sekali adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah. kerana Dia yang memiliki cinta, pemilik hati yang sentiasa berubah ini.
"Ya muqollibal qulub.. tsabbit qulubana 'ala dinik"
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu."dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)
walaupun kita belanjakan segenap kekayaan kita untuk mengekalkan cinta, tidak akan berguna jika tidak diizinkan Allah.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (30:21)
isteri itu untuk kita cenderung dan merasa tenteram, tapi orang sekarang ini belum lagi bergelar isteri tapi sudah lebih dari itu.Jadi secara asasnya, memang cinta itu satu keperluan dalam mengekalkan rumahtangga. namun perlu diingat selalu, iaitu Al-khaliq kepada cinta itu. maka, mintalah pada al-Khaliq itu untuk mengekalkan cinta kita. carilah keredhoanNya, nescaya dia akan penuhi permintaan kita. cuma kadang2 kita selalu silap.. baca buku cara bercinta macam2, tapi terlupa untuk bertaqarrub pada Allah.
No comments:
Post a Comment