Sunday, December 5, 2010

...5 sen...

Sedih......ntah nape aku kecik hati baca fb hari ni. kecik hati sungguh bila depa dok pulun kutuk kerajaan sbb naikkan harga minyak sbyk 5 sen/liter tu. Paling aku sakit hati bila depa dok pulun perli....ayat2 sarcastic tu mcm ditujukan direct pada aku. siap ungkit rasa bersyukur krn negara ni bebas dari rasuah n judi sbb pemimpin kita seorg Islam..... tahun ni bonus lima ratus so tahun depan bleh la dpat 5 bulan bonus. silly me cause i cried......

Aku paham, byk komplikasi lain yg timbul bila minyak naik, harga pengangkutan awam naik, harga kebykan  barang mgkin naik, aku juga akan rasa kesan ni. semua org akan rasa kesan ni. Sedar atau tak, gaji kakitangan kerajaan masih rendah dibandingkan dengan swasta, kakitangan kerajaan xdak bonus berbulan2, OT kakitgn kerajaan xbleh lebih 1/3 gaji pokok walaupun kena gheja mcm balaci, pegawai kerajaan langsung tidak dibayar OT, kami xbleh sesuka hati buat part time..........makna kata kami juga akan sama2 susah bersama2 rakyat lainnya. So jgn la sesuka hati perli kononnya lepas ni kami bleh dapat 5 bulan bonus.

Tetiba aku rasa mcm dipijak, dihenyak, dilenyek.......segala usaha aku gheja kdg2 hujung minggu pun dok melayan keperluan (@kehendak)  org lain sedangkan aku tak dibayaq sekupang pun sbb xlyk terima OT.... tu semua tak dak makna. Seolah2 usaha semua kakitgn kerajaan to make sure rakyat dpt best service sebenarnya xdak makna langsung....sbb minyak naik 5sen? tau dak sesetengah badan kerajaan dah bekukan OT sbb kekangan kewangan?

tahu tak berapa byk perbelanjaan/buget yg dipotong bg memastikan negara kita ni xmuflis dan pd masa yg sama kena jugak pastikan ada projek utk kontraktor/swasta supaya rakyat kita ada pekerjaan n ada gaji? "Kerajaan pentingkan ekonomi n singkirkan rakyat"....... ekonomi utk sapa? untuk rakyat la...supaya rakyat ada pendapatan, boleh makan, boleh sara diri..........boleh shopping masa YES, boleh buat rumah terbuka, pakai baju raya sedondon, bakaq mercun sesuka hati, lempaq makanan yg xhbh sebab tamak setiap kali ada jamuan tak cukup 1 pinggan maka berpinggan2 ambik makanan free. Bygkanlah kalau ekonomi kita meleset, inflasi naik, kerajaan berhutang dgn bank dunia? apa akan jadi pada rakyat? jgn kata naik 5sen.....silap2 minyak pun xdak, bekalan makanan xckp, pelabur semua lari.........

Malaysia negara pengeluar minyak so minyak xbleh mahal? Berapa telaga minyak kita? berapa tong minyak kita keluarkan setahun? berapa hasil minyak kita? masih untung ka berbanding jumlah subsidi yg kerajaan bayaq utk kembalikan kekayaan negara pd rakyat? Semua benda ada subsidi : minyak petrol, subsidi diesel, subsidi baja, subsidi perubatan, pendidikan,  biasiswa, pinjaman perniagaan, makanan pun ada...beras, gula, minyak, tepung.............aku xmencadangkan kerajaan hapuskan semua subsidi ni sebab kita tak akan mampu nak tanggung semua tu, tapi kalau kerajaan nak kurangkan sikit beban kerajaan untuk jana ekonomi bagi kepentingan anak cucu kita, maka kerajaan tu kejam sgt dah ka?

Sejak 9 tahun kerja ngan kerajaan, inilah kali pertama aku back up langkah kerajaan. selama ni aku pun marah bila kerajaan naikkan harga minyak. mgkn sbb slma ni aku hnya uruskan facilities n maintenance. Tp skang aku nampak dan rasa mcm mana susah nak manage budget n financial sblm kerajaan amek langkah kurangkan subsidi. Selama ni aku nampak masalah sendiri, tp bila aku tgk sekeliling n nampak masalah pihak lain, masalah kerajaan, masalah rakyat miskin.....kita akan nampak knp semua ni rasional. Just when we work hard for the people and not appreciated..........IT HURTS! sucks.......

Subsidi minyak tu akan pegi pada perubatan dan pendidikan........pd org miskin, yg xmampu nak beli seliter minyak pun. Pd fakir yg selama ni memang dok jalan kaki atau naik basikal saja, pd anak2 yatim yg xprnah rasa naik keta ngan mak ayah, pd pakcik makcik yg xprnah tgk LCCT @ KLIA. Anggap saja la semua tu sbgai zakat yg kita bayar utk cover balik masa kita gelak2 kat opis. 10 rezeki yg tuhan bg tu xsemua miik kita, sebahagiannya hak org lain......

Aku xmenjanjikan pemimpin kerajaan yg bebas rasuah, tp sekurang2nya bersangka baik lah pada kakitangan yg ikhlas buat kerja....aku rasa masih ramai pegawai kerajaan yg bersungguh2 kerja mencari REZEKI HALAL tanpa shubahah. Aku bukan pembela kerajaan, tapi buat kali pertama aku sgt kecik hati bila ayat2 sarcastic mcm tu ditulis sesuka hati. Mgkn sepanjang perkhidmatan aku, skang ni aku mula rasa nikmat kerja yg ikhlas.... mgkn jugak sebab aku tak boleh nak jelaskan kenapa kerajaan buat mcm tu w.pun aku sgt2 tahu sebabnya.

Utk bantu kerajaan....dan juga masa depan anak pinak sendiri, tolong la bayaq cukai, bayaq balik pinjaman ptpn, kurangkan membazir ayaq, elektrik, makanan, bayaq duit indah water, jgn buang sampah dlm longkang/pembentung, jgn langgar pembahagi jalan atau tiang elektrik (ingatan utk aku sendiri)...sbb semakin tinggi kos penyelenggaraan yg kerajaan tanggung maka makin byk la subsidi yg akan ditarik balik. Kerajaan xbleh nak sekat terlalu byk perbelanjaan sbb byk sektor/industri yg bergantung pd kerajaan, kalau kerajaan kedekut sgt maka byk syarikat yg akan gulung tikaq maka ramai yg jadi penganggur. berbelanja dgn bijak, jgn jd kedekut sgt sbb kalau rakyat xberbelanja maka ekonomi xmembangun tp kalau terlalu boros, mgkn akan ada peningkatan harga....cthnya masa perayaan maka harga makanan berlipat ganda sebab permintaan yg meningkat mendadak. maknanya, kita sebenarnya yg mengawal ekonomi ......... kita bleh elak peningkatan harga.

Maaf pd kengkawan yang baca leteran, bebelan dan luahan aku yg agak melalut ni.  Sbnrnya aku kecewa......kecewa dgn sikap rakyat subsidi yg hanya tgk harga minyak di negara2 pengeluar minyak tp xnampak penderitaan rakyat negara2 yg gagal urus ekonomi negara. Nauzubillah.

1 comment:

aku eta said...

aku suka post ni...penuh info...mgnkin org yg kuat komplen tak pernah tau kenapa tindakan A diambil untuk mengatasi masalah B...*suka tngok discovery channel pasai tajuk cerita selalu berubah*