Sunday, November 20, 2011

...mmmm....

I bought the house, n suddenly feels like it's not a good decision. Quite far from bukit jalil  dan ada tol in each routes. umah masih dihuni, so agent akan hantar notis pada org tu. not happy dgn my new neighbours.

Tp mgkn akan ada hikmah lain. pertamanya, rumah sendiri so kalau jauh ka, susah ka, apa ka, umah ni atas nama aku bukan nama cik puteh. keduanya aku bleh buat apa saja, nak lentang, nak tonggeng, nak baring, nak sepah xdak sapa yg larang. after 3-4 tahun aku akan sewakan pd org lain, mgkn masa tu harga sewa dah jd 400-500. berbanding ngan aku bayaq xsampai 200 sebulan tu ~lalalalala~Pastu kenal agent yg xkedekut ilmu, dok ajaq aku camne nak invest in property. harap2 dapat rejeki lebih ~lalalalala~ nak jimat lagi aku sewa plak 1 drp 3 bilik tu hahahahaha. mata duitan sungguh!!! Nak wat camne, kena cari rejeki lebih utk diri sendiri.

Hikmah lainnya, hidup akan lebih tenang sebab 'my beloved stalker' dah xleh buat lawatan sambil belajar ke umah aku. Setakat blog n FB tu sukati ko ler. Pendek kata, can't wait to move in. 


Tuesday, November 15, 2011

....umah...

aku dok gemuruh jiwa ni. betul ka tindakan aku nak beli another house ni? tp ni umah lelong la.....flat aja, aku nak duduk. drpd dok bayaq sewa kat cik puteh, baik aku beli umah sendiri. tp jauh sikit dari bukit jalil. lepas ibu pejabat baru siap, mungkin aku akan pindah ke teratak idaman aku tu la....itu pun kalau aku xjual hahahahaha. manalah tau kalau dapat good price, boleh wat modal beli umah besaq skit lagi. pastu dok sorang2, pastu sunyi, pastu sakit jiwa! adeh!

Aku dok berdoa akan ada kebaikan bila aku beli umah ni, mmg jauh sikit tp senang nak ke shah alam. mengambil kira aku nak sambung study, kalau diterima UiTM la lalalala. mana tau abis study bleh jd tutor sambilan ka. bleh tambah pendapatan. lgpun aku ni bkn bleh dok ngan org, aku serabut kalau umah mcm tadika. rumah buruk takpa, tp jgn bersepah.Smoga ada kebaikan, mudah2an.

p.s : laki aku cuci kaki ja masuk umah.....tapi tgn mi nak pegang steering tucson tau sayang. i love u!
(ada gak yg sembelit nak beli tucson ni hahahaha)

Sunday, November 13, 2011

...terima kasih...

TERIMA KASIH ... sbb masih pegang tangan mi, walau mi minta dilepaskan.
TERIMA KASIH ... sbb masih bertahan walau pun mi hampir berputus asa.
TERIMA KASIH ... sbb masih tersenyum saat mi buat macam2 perangai.
TERIMA KASIH ... sbb masih menyapu air mata mi, walau pun mi menepis.
TERIMA KASIH ... sbb masih percayakan mi walaupun mi xyakin dgn diri sendiri.

MAAFKAN ... kerana mi pernah lari
MAAFKAN ... kerana mi mahu sembunyi
MAAFKAN ... kerana mi sering sangsi
MAAFKAN ... kerana mi selalu menyakiti
MAAFKAN ... kerana mi xpandai menghargai

........................semoga akan hadir pelangi sesudah hujan.........................................



( apa yg ko merepek ni setan!!!!! camne plak ko bleh termomosi ni? adeh! adoinya pun! btw i mean it!)

Saturday, November 12, 2011

...doakan aku..

Sahabat,
mungkin jalan bahagia kita tidak sama
kerana jalanku tak seindah jalanmu
tiada kalungan bunga buat penghias jalanku
tiada pelukan mesra menerima aku
jalanku ditaburi duri derita
dipenuhi kata-kata penyesak rasa
dihujani airmata membersih luka

Sahabat,
mungkin takdir hidupku tak sama dengan mu
kerana aku tak dipandang mulia
kerana aku tak dilahirkan jelita
dan hadirku tidak ditatang
melainkan disengkang, dibantah, dilarang

namun
doakan aku wahai sahabat
moga-moga aku bahagia
andai kata bukan disini
kuharap mungkin di sana.................

Tuesday, November 8, 2011

...Aidiladha...

Raya datang lagi...... dan aku buat hebat balik pagi sabtu dan kembali ke KL pd petang Isnin. Journey to KL agak mencabar sbb jammed bermula kat Bukit Gantang-Terowong Ipoh. Pastu dia smbung plak dr Tol Ipoh (U)-Simpang Pulai. Baru nak bernapas dia jammed plak disana sini.......dan antara punca jammed

1. bottle neck yg menyebabkan pengguna jalan raya huru hara xreti nak bertolak ansur dan akhirnya semua kena mengesot pelan2 atas jalan.
2. Pemandu kenderaan perasan - yg try nak over take lori tp hampir 2 minit berlalu masih dok sebelah lori sbb xmampu nak potong lori tu di jalan mendaki bukit.
3. Pemandu lori dan bas yang xmampu menahan rasa nak juga memotong lori @bas lain di hadapan walaupun depa tu sama saja....yakni siput.
4. Kenderaan bajet hebat - Murano/honda/merce/bmw atau kete hebat seangkatannya yg sengaja bawak 120kmj atau kurang di laluan kanan walaupun kete dia bleh ditekan sehingga 220kmj. Sbb nak habaq kata kete dia hebat tp dia saje yg xnak bawa laju2.........
5. Penjual ikan yakni selfish yg dok lorong tengah padahal dia xberani nak tekan lebih drp 100kmj tp tetap xnak dok lorong kiri.

Dengan yg sedemikian, sy rasa xsalah kalau sy guna lorong kiri tp bawak lebih drp 120kmj...sebab lorong tu kosong. Semua nak guna lorong tengah dan lorong kanan, jadi saya beralah je la.......dudududu!
nampak tak lori potong lori potong lori......hmmmm

Tuesday, November 1, 2011

...resepi slimfit sepanjang zaman....

Penyakitku datang lagi.......dah mula pulak penyakit xleh tido ni. Pkl 10.30 dah ngantuks......layan tido smbil hujan melanda bukit jalil. pastu terjaga pukul 12.30 dia buat xleh nak tidoq plak! dah seminggu gak la camni, dah tu camne xcekeding. w.pun cukup makan tapi xcukup rehat, stressed, xckp tido.....camne nak membesar. apa yg stressed sgt pun xtau la......simptom2 tu dah ada. Terjaga malam + loya time pagi. cam morning sickness je kan lalalalala

simptom ni agak biasa bg aku, started since 2003 rsnya. ms tu aku pelik gak la tp lps jmpa doktor dia kata tu simptom2 stress. n last 2 weeks i got breakouts/pimples on my body n head. byk lak tu, aku igtkan food poisoning/alergy sbb masa yg sama juga aku kena diarrhoea. selepas diarrhoea yg ketiga baru aku jumpa doktor dan katanya aku ada Indigestive Diarrhoea Syndrome, mgkn sbb antibiotik atau detox programme yg aku amek maka usus aku kekurangan bakteria baik so aku dinasihatkan banyakkan minum vitagen atau yakult. ubat yg sedap diminum...............

diarrhoea + insomnia = kurus. Untuk melengkapkan resepi utk kekal 'slimfit' sepanjang masa, kita tunggu aku start hilang selera makan plak. Bleh mampuih gak camni......boleh tak kalau aku nak reformat cpu kepala hotak aku ni, delete unused icon, letak apa2 anti-virus terhebat di pasaran. hmmmm kalau la semudah itew.....