Saturday, November 12, 2011

...doakan aku..

Sahabat,
mungkin jalan bahagia kita tidak sama
kerana jalanku tak seindah jalanmu
tiada kalungan bunga buat penghias jalanku
tiada pelukan mesra menerima aku
jalanku ditaburi duri derita
dipenuhi kata-kata penyesak rasa
dihujani airmata membersih luka

Sahabat,
mungkin takdir hidupku tak sama dengan mu
kerana aku tak dipandang mulia
kerana aku tak dilahirkan jelita
dan hadirku tidak ditatang
melainkan disengkang, dibantah, dilarang

namun
doakan aku wahai sahabat
moga-moga aku bahagia
andai kata bukan disini
kuharap mungkin di sana.................

No comments: