Wednesday, December 15, 2010

..siti says..

weeee bertalu2 plak post aku skang. HAMEK bacalah sampai muak hahahaha. pastu komen jgn xkomen, xberani nak komen dlm post ni bleh la sambung komen dlm FB.

masa kat a.staq aku sempat g karok ngan siti. (siti ni kwn aku dr kecik, kawan main masak2) Sempat gak la tarik 2-3 lagu. xleh layan sgt takut terbabas. adat dok ngan mama & abah xleh la nak balik 2-3 pagi, apatah lagi kalau sampai xbalik umah. hati org tua kena jaga la jugak xleh main redah je ikut hati sendrik. bg yg berakal cetek akan kata aku ni hipokrit, tp bg aku ni cara aku hormatkan dorang. dok bwh bumbung dorang jd kena la play by their rules.

pas karok g makan kueteow iman, pastu mula la bercerita pot pet pot pet terkeluar la cerita pasal bf.  alkisahnya dia masih igt kat en. X  wpun skang ni en. Y suka kat dia. katanya Y ni baik sgt, lurus, jurus cuma hati dia pada X. mmmmm....xleh nak kata apa la kan, soal hati ni mmg susah la. Tetiba dia sound aku

"Liza, aku respect la hang ni. dok KL sengsorang n xdak suami tp hang survive je"  -debush! statement berani mati dr bff.....
"ti, bab hidup mmg la survive tp kdg2 hati rasa ting ting ting ting. cuma skang ni aku lebih selesa  tanpa sapa2. kadang2 bila kita sorang2 kita akan kenal diri kita dan apa yg kita perlukan dalam hidup sbb fikiran kita lebih rasional tanpa emosi"
"Liza, hang ni baik, xbyk songeh. Kdg2 lelaki suka org yang jahat2 sket, nakal sket. Mcm aku la, Y terlalu baik tp hati aku masih kat X w.pun dia selalu sakitkan hati aku" - 2nd debush! statement xleh blah plak. Aku? Baik? oh no no no

tapi betoi gak statement tu.....life ngan aku ni boring kot. aku xpandai sgt nak jimba2., xreti nak menggediks n geletis......setakat g karok, makan2, sekali sekala g shopping, tgk wayang. tu je lah....dolu2 rajin gak g camping n trekking. skang ni pegi keja, balik keja. lately aku byk terperuk layan farmville, sbnqnya aku mmg suka dok umah. xpa la, that fun element tu dah semakin dok mai....dgn adanya asmarians yg havoc n vouge maka ada suntikan vit f dlm hidup. Ditambah plak ngan geng opis yg 'hancit' hahahaha happiiieeeee...







3 comments:

Diamilikku said...

bagi aku dalam konteks nih baik bukanlah perkataan yang sesuai..hang ni "hati kering" jenih tak express feelings sangat2...macam takdak emosi ja...too cool n relax i guess

iEtaFAkyR@ said...

juz be yourself beb! hg ja yg tau apa yg patut dibuat.... kdg2 nk jd jahat ka baik ka skema ka, biar la bertempat. aku yakin hg cukup waras utk menilai. kan??? ^__^

sengetminda said...

thanks guys: aku xleh nak berpura2 mahupun berdrama spy org suka aku. aku xreti. selama ni aku hnya jadi aku.....yg selebihnya terpulang la.

relax? xckp emosi ke post2 luahan perasaan aku ni hahahaha. aku akan cuba utk lebih berekspresi....kena selalu2 naik bas ekspress ni!!