"low.........................lower than low" dlm byk2 KP berceloteh, itu je ayat dier yg lekat dlm otak aku. Sbb itu lah perasaan aku 1-2 hari ni. Sgt low........low self esteem, xsangka hari ni aku bleh rasa camni hnya kerana kata2. Tp kalau kata2 tu datang dari org yg selama ni dok gelak & nangis sesama............*sigh*
2 hari ni kata2 tu je yg ligat dlm kepala hotak aku, berputar2 macam merry-go-round! Aku cuba abaikan, tp ayat2 tu mmg xleh blah. Kalau dah ungkit sampai ke gaji & umur. Aduih!!!! Mmg terserlah ketidak-matangan. Slma ni aku terima 'angin' dia yg xmenentu, tp skrang kata2 tu dah xleh nak ditarik balik. Aku dah berputus asa, berpatah arang berkerat rotan. Setakat nak bercakap dan bekerja bukan masalah, tp untuk terima balik dlm personal life aku sebagai 'sahabat'.......i dont think i'll accept her without prejudice and with sincere. Mcm mana nak terima org kalau hati kita dah tak ikhlas, mampu ke kita berada di sisi dia kalau hati selalu ada prasangka.
Kadang2 aku terpikir, macam mana org boleh terima walau pun disakiti dgn kata2 yg tak sepatutnya. Susah untuk aku terima kata2 mcm ni, drpd org yg kononnya anggap aku sbg sahabat. Bg aku kalau aku sebahagian dari hidup dia maka kata2 mcm ni xkan keluar. Walau seburuk mana pun situasi atau masalah dan salah faham, kata2 yg dah mcm menghina ni xsepatutnya keluar. Apatah lagi dari org2 yang kita sayang. Bergenang air mata aku baca ayat2 dia, walau pun aku mmg tau mulut dia camtu tp aku terpana. Xsangka dia bertindak sama dgn org2 yg dia kata kawan/sahabat. Jadi selama ni aku ni mcm org lain juga la.........xde beza pun.
Hari ni aku mampu tersenyum dan kenal kawan2 sekeliling aku. Aku tak mahu kata nista org buat aku jatuh, aku xmau melayan emosi kecewa. Aku sendiri kena bangun dan tak boleh biar org pijak kepala aku sesuka hati, nasib aku di tangan aku, dengan izin Allah aku boleh ubah diri aku. Dan hari ni aku bekerja dengan lebih baik dari semalam, aku tak mahu mengiyakan kata2 dia. I know i'm better than that!!
No comments:
Post a Comment