Friday, April 29, 2011

...ASB...

bangun pagi terus teringat psal buku ASB, rasanya dok dlm handbag tu juge, dah le dia ada IC aku. Terus call ASNB utk freeze account, seb baik boleh. hadus semua dah dibekukan. Ptg ni tukar kunci keta...mau la 2-3 ratus.

dalam dok sedih2 aku teringat, aku kata nak cuba bahagia walau hanya tinggal selembar benang. Jd inilah masanya utk aku berusaha utk mencari bahagia di hati. Tuhan baru amek sikit je nikmat dia, mgkn dia akan ganti yang lebih baik. 

Celah2 tu juga teringat statement aku sendiri, aku beriman dengan qada' dan qadar. takdir baik dan takdir buruk yang Allah tulis, semuanya ada hikmah. Lgpun kalau kita nak buat baik ni, tuhan akan turunkan ujian sepantas kilat. Alhamdulillah, tuhan masih beri aku peluang untuk merasakan kemanisan ujianNya. Setiap yang tertulis untukku adalah yang terbaik bagiku, kerana Tuhan lebih mengetahui.............

Terima kasih kawan2 yang sama2 bersimpati dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih kepada yg sudi membantu w.pun aku jauh, TQ pd my mama & abah yang muka kelat je sebab kesian kat aku kot, time kasih kat plus & makcik2 cleaners yg dok bebel kat aku, sib baik aku sibuk dok makan hati sengsorang kalau tak mesti aku 'dush' makcik2 yg berleter tak habih2 tu. Msti makcik2 tu berkenan kat aku yg dok termenung sambil relax2.......walau dalam hati sgt sakit huhuhu.

Pharmy kata"tuhan tarik sikit je nikmat dia tu sbb nak kasi sesuatu yang lebih baik". Amin.


p.s aku bukan poyo ckp pasal agama, aku cuma cuba baiki diri........supaya tuhanku dan tuhanmu menerima aku dan taubatku. Amin.

...hilang segala2nya...

haduih! hari ni aku hilang my fav handbag, my fav purse, my fav watch, my camera and my beloved HP.......semuanya sebab aku konon2nya xbersangka buruk dgn org dalam surau kat R&R Gurun. Adeh! deh! deh! duit dlm tu ada la dlm RM200/- itu pun sbb dah byk letak minyak n top up T&G. jadi kengkawan jgn percaya pd org w.pun dlm surau....semayang skang dah kena berkiblatkan handbag.

kunci kete pun dia amek sekali, haduh....skali ngan kunci umah lama pulak tu. Mmg menyusahkan aku sungguh. Td aku relax je tapi sekarang aku rasa nak menangis la pulak.........byk benda nak kena settle ni, nak kena gi buat report polis, buat IC, lesen. Esok nak kena tukar kunci kete, aduih! umah lama aku pun nak kena tukar kunci la jugak, barang2 aku still ada kat dalam tu. 

Paling buat aku rasa terkilan HP tu sbb byk message yang aku slalu ulang2 baca buat penghilang windu.....wwwwaaaaaaa skang aku dah start nangis. rasanya tuhan dok makbulkan doa aku kot, maka semua saki baki kenangan yg ada ditarik balik. Semua bnda yg aku sayang dah xde, mula2 hilang En. Ogre, pastu camera yg ada gambar die, HP yg ada message dia, satu2nya no tepon aku yg dia ada..........ameklah!  ameklah semua kalau ini yg terbaik utk aku huhuhuhu! 

Abg plus tu kata "Dugaan ni, akan ada yg lebih baik utk awak. Semuanya ada hikmah".....Amin. Nak g sambung nangis sampai lebam...................

Tuesday, April 26, 2011

...giving up...

..1st day...

tamatlah hari pertama dgn mata yg bengkak n muka yg sembap. siap amek mc lagi.........sakit kepala ngan sakit hati sama naik jer ~hahahahaha~

rupa2nya xlama mana pun. Tetiba je......."message received". Aduih! nyesal nanges sehari suntuk! *wink*

Saturday, April 23, 2011

...bodoh...

haduih! pasai pa la org cerdik cam aku boleh jadi bodoh dan kena tipu berkali2??????...cerdik ka kalau selalu kena tipu & digunakan? ~lalalalala~

Dato' KP kata "Emotion isnt sumthing u should listen to"................BETUL!!!!

Thursday, April 21, 2011

...lower than low....

"low.........................lower than low" dlm byk2 KP berceloteh, itu je ayat dier yg lekat dlm otak aku. Sbb itu lah perasaan aku 1-2 hari ni. Sgt low........low self esteem, xsangka hari ni aku bleh rasa camni hnya kerana kata2. Tp kalau kata2 tu datang dari org yg selama ni dok gelak & nangis sesama............*sigh*

2 hari ni kata2 tu je yg ligat dlm kepala hotak aku, berputar2 macam merry-go-round! Aku cuba abaikan, tp ayat2 tu mmg xleh blah. Kalau dah ungkit sampai ke gaji & umur. Aduih!!!! Mmg terserlah ketidak-matangan.  Slma ni aku terima 'angin' dia yg xmenentu, tp skrang kata2 tu dah xleh nak ditarik balik. Aku dah berputus asa, berpatah arang berkerat rotan. Setakat nak bercakap dan bekerja bukan masalah, tp untuk terima balik dlm personal life aku sebagai 'sahabat'.......i dont think i'll accept her without prejudice and with sincere. Mcm mana nak terima org kalau hati kita dah tak ikhlas, mampu ke kita berada di sisi dia kalau hati selalu ada prasangka.

Kadang2 aku terpikir, macam mana org boleh terima walau pun disakiti dgn kata2 yg tak sepatutnya.  Susah untuk aku terima kata2 mcm ni, drpd org yg kononnya anggap aku sbg sahabat. Bg aku kalau aku sebahagian dari hidup dia maka kata2 mcm ni xkan keluar. Walau seburuk mana pun situasi atau masalah dan salah faham, kata2 yg dah mcm menghina ni xsepatutnya keluar. Apatah lagi dari org2 yang kita sayang. Bergenang air mata aku baca ayat2 dia, walau pun aku mmg tau mulut dia camtu tp aku terpana. Xsangka dia bertindak sama dgn org2 yg dia kata kawan/sahabat. Jadi selama ni aku ni mcm org lain juga la.........xde beza pun.

Hari ni aku mampu tersenyum dan kenal kawan2 sekeliling aku.  Aku tak mahu kata nista org buat aku jatuh, aku xmau melayan emosi kecewa. Aku sendiri kena bangun dan tak boleh biar org pijak kepala aku sesuka hati, nasib aku di tangan aku, dengan izin Allah aku boleh ubah diri aku. Dan hari ni aku bekerja dengan lebih baik dari semalam, aku tak mahu mengiyakan kata2 dia. I know i'm better than that!!




 

Tuesday, April 19, 2011

...pixie style...

Tadaaaa...............inilah pixie style yg anggun, cumils & sophisticated. Gaya wanita moden yg hidupnya sentiasa be on the move all the time. Wanita yg BERANI,  dare to change & dare to be different ~lalalalala~

Kenapakah pujian melambung diberikan kepada wanita yg memiliki hairstyle ini? Jawapannya...........kita tunggu selepas ini! hahahahahaha!!!

15/4/2011- aku paksa Alan potong rambut aku jadi camni. Loike it so much. Senang nak jaga, senang nak shampoo, cepat kering, boleh basuh rambut sesuka hati. Aku dah semak ngan rambut panjang & lebat tu....aku serabut. Serabut ngan rambut, serabut ngan En. Ogre & Princess Fiona,  serabut ngan 'housemate', serabut ngan 'kawan' yg sendiri2 sentap pastu sesuka nak sembur org. Maka aku potong rambut, say good bye to en. ogre, tnya housemate aku tu bila nak pindah & abaikan je kawan2 yg bukannya nak bersahabat tp nak cari tukang angguk kata2 dia. Huh! hebatnya jalan penyelesaian itew.................

17/4/2011 aku beli 7 helai long sleeve t-shirt. 6 helai sepatutnya utk g gym, entahkan jadi pergi entahkan tidak. 1 helai penuh warna warni, mcm takut lak nak pakai, kena g tukar kaler nih . Aku nak kembali ke gym &  bersenam utk kembangkan otot2 yg patut n cantikkan body! Baru bleh ngurat, xyah pi jumpa tok moh pun ye adik2, kasi mantap ajer. itulah rahsia akak selama ni....hahahaha jahat betol cik shiera ni!! Rambut dah cantik, pasni kasi tambah weight & tone my but. 

Reach for the sky baby.......................... :)


p/s : mohon kerjasama en. ogre utk bukakan sangkar supaya sy bleh terbang bebas dan menikmati dunia......... & tolong jgn umpan sy dgn makanan yg enak2 sbb sy xnak terus menerus tinggal di sangkar emas nan indah tp sebenarnya Zhullians itew.


Saturday, April 16, 2011

Kaum Hawa - Lagu ini untuk En Ogre.....


Hampir saja aku meragukan semua
ragu apa aku bisa bahagia
denganmu sayang ternyata ku senang..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang..

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
ku pantas bahagia..

dosa itu di depan mata
ku menyakiti kaum hawa
dia yang tlah lama denganmu
dan masih denganmu uh..
masih saja denganmu..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang oh..

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
aku juga pantas bahagia..

ku tak ingin jadi isteri yang muda
ku juga tak mahu kau lepas dia
biar saja aku yang pergi kasih
semoga kau bahagia..


p/s
ye saya sayang kamu. tp kita let time tell okeh? for now, kita teruskan je hidup dengan baik tanpa mendramatasikan keadaan dan biarkan tuhan tentukan takdir kita. lgpun dunia ni bukan utk selama2nya pun....................

Thursday, April 14, 2011

...mmmmm.....

xtau nak kata camna dah. dah xleh nak pikiaq lg dah. dok raba2 selotape cr pangkal pun xjumpa2 lg ni (pd yg xpaham sila rujuk kelas peribahasa di post2 lepas)................ aku hanya berserah, kerana in the end yg menilai adalah Allah, tuhanku dan tuhanmu, yg Maha Mengetahui & Maha Adil. Yg mengenali manikam dan kaca.

Sebenaqnya, dlm dok raba2 selotape tu, aku mcm dah jumpa pangkal dia. cuma xberapa confident. Ni nak raba satu round lagi, kot2 jumpa. Buleh la tampal apa2 yg patut, lekatkan apa2 yg sesuai. Ikat sampai selotape tu habih, maka selesailah segalanya. Cuma masih mengumpul kekuatan, keyakinan dan ketabahan......

Aku dah tak 'firm' mcm dulu..........dulu aku bleh buat kering n blah. La ni aku lebih lenient....amek masa utk buat keputusan, pikiaq lama sket. Dulu hidup aku hnya ada hitam & putih, skang ruang kelabu antara hitam & putih tu semakin lebaq. Malah aku bleh xberpikiaq n biarkan masa tentukan segalanya. Xyah la nak suh aku buat list pro & con sbb segalanya jelas di depan mata, cuma aku amek masa yg lebih panjang utk berpikiaq dan buat keputusan. Malah Einstein pun pernah berkata "its not that i'm so smart, it just that i stay with problems longer"......paham ke idak? hehehe

Skarang aku rasa aku nak bertawakal. Andai kata segalanya pergi, maka ia bukan utk aku TETAPI kalau ia kembali n memang ditakdirkan utk aku, maka sejuta rintangan pun xleh manghalang takdir yg dah terpahat utk aku. Aku amat yakin n redha dgn qada' & qadar...dan aku beriman dengannya. Aku akan cuba hidup sebaik mungkin tanpa mendramatasikan keadaan, sbb kdg2 aku sendiri keliru dengan kehendak hati. Hati inginkannya, tp akal membangkang, jadi ku pohon pada Tuhan yang memegang hati2 manusia, jgnlah Kau balik2kan hatiku. Berikan aku ketabahan tanpa perlu meraih simpati umum, semoga masih ada secebis rasa EGO agar aku tidak memalukan diriku pada mata umum dengan kelemahan hatiku dan kebodohanku.

Sesungguhnya aku xpernah menghalang kamu mencari bahagia, sedangkan kebahagiaan yg aku cari sentiasa dihalang. Tetapi kebahagiaan itu tetap menemukan aku tanpa aku perlu bersingsing lengan mencarinya. Dan aku memaafkan kamu walaupun kamu meludah ke mukaku untuk men'suci'kan dirimu, kerana aku inginkan hati yg  tenang tanpa setitik kesumat. Agar aku bisa bahagia ke akhir hayat walaupun yg tinggal padaku hanyalah selembar benang. 


p.s : pasai pa aku rasa ayat2 terakhir aku tu macam karya usman awang? Sarat dengan pengertian yg amat mendalam. persoalannya adakah depa akan paham sebab biasanya ayat penyata pun depa tak paham, inikan pula mencari erti tersirat ~lalalalalala~

'Untuk direnung dan dipikirkan. Moga jadi pedoman bermanfaat.'

Sunday, April 10, 2011

... 5S...



Khamis lepas HR anjurkan ceramah 5S. Aku sure jabatan/majikan hangpa pun ada mention pasal 5S ni, untuk keterangan lanjut, sila layari internet dan dapatkan kaedah pelaksanaannya.......*wink*

Hari ni aku pi opis sbb nak amek charger hp, nasib baik opis ngan umah hanya sekangkang kera. Melihatkan bilik aku yg dah macam stor kertas, maka aku mula mengambil langkah 1 iaitu SISIH-SEIRI. Aku mula la meneliti balik kertas2 atas meja dan menyisihkan longgokan kertas kat atas meja aku. pastu aku susun, sapu n seragamkan. lepas ni kena sentiasa amalkan supaya dokumen penting xhilang ~lalalalala~

Rasanya aku nak kena amalkan 5S dalam kehidupan seharian, kena tgk balik apa yg perlu diSISIHkan ~lalalal~  yg pasti aku xrasa disisihkan. weeeehhhaaa...............yg selebihkan let time tell.




Thursday, April 7, 2011

...menyampah...

HADUIHHH!!!! perasaan menyampah tengok org ni dah melampau2......ntah nape.
Org tnya soalan aku menyampah,
org cakap banyak pun aku menyampah,
org gelak aku menyampah,
org memandai2 pun aku menyampah,
org pemalas tahap babun pun aku menyampah
org xsedaq diri lagi2 la menyampah
org like status aku, pun aku menyampah
org call aku pun aku menyampah
org buat lawak xkena masa pun aku menyampah
hatta org dok layan BB  cam org lain xde hp pun aku nyampah

kdg2 rasa cam nak duduk dalam gua batu, dok sorang2 jgn bercampur dengan org. agaknya baru le hati aku suka tgk org. Aku nak buat baik ngan org, tapi kalau perangai tu macam mintak penampaq......haduih!!! Tolong la jgn tambah dosa aku dgn dok buat perangai bongok cam2........................