Thursday, April 14, 2011

...mmmmm.....

xtau nak kata camna dah. dah xleh nak pikiaq lg dah. dok raba2 selotape cr pangkal pun xjumpa2 lg ni (pd yg xpaham sila rujuk kelas peribahasa di post2 lepas)................ aku hanya berserah, kerana in the end yg menilai adalah Allah, tuhanku dan tuhanmu, yg Maha Mengetahui & Maha Adil. Yg mengenali manikam dan kaca.

Sebenaqnya, dlm dok raba2 selotape tu, aku mcm dah jumpa pangkal dia. cuma xberapa confident. Ni nak raba satu round lagi, kot2 jumpa. Buleh la tampal apa2 yg patut, lekatkan apa2 yg sesuai. Ikat sampai selotape tu habih, maka selesailah segalanya. Cuma masih mengumpul kekuatan, keyakinan dan ketabahan......

Aku dah tak 'firm' mcm dulu..........dulu aku bleh buat kering n blah. La ni aku lebih lenient....amek masa utk buat keputusan, pikiaq lama sket. Dulu hidup aku hnya ada hitam & putih, skang ruang kelabu antara hitam & putih tu semakin lebaq. Malah aku bleh xberpikiaq n biarkan masa tentukan segalanya. Xyah la nak suh aku buat list pro & con sbb segalanya jelas di depan mata, cuma aku amek masa yg lebih panjang utk berpikiaq dan buat keputusan. Malah Einstein pun pernah berkata "its not that i'm so smart, it just that i stay with problems longer"......paham ke idak? hehehe

Skarang aku rasa aku nak bertawakal. Andai kata segalanya pergi, maka ia bukan utk aku TETAPI kalau ia kembali n memang ditakdirkan utk aku, maka sejuta rintangan pun xleh manghalang takdir yg dah terpahat utk aku. Aku amat yakin n redha dgn qada' & qadar...dan aku beriman dengannya. Aku akan cuba hidup sebaik mungkin tanpa mendramatasikan keadaan, sbb kdg2 aku sendiri keliru dengan kehendak hati. Hati inginkannya, tp akal membangkang, jadi ku pohon pada Tuhan yang memegang hati2 manusia, jgnlah Kau balik2kan hatiku. Berikan aku ketabahan tanpa perlu meraih simpati umum, semoga masih ada secebis rasa EGO agar aku tidak memalukan diriku pada mata umum dengan kelemahan hatiku dan kebodohanku.

Sesungguhnya aku xpernah menghalang kamu mencari bahagia, sedangkan kebahagiaan yg aku cari sentiasa dihalang. Tetapi kebahagiaan itu tetap menemukan aku tanpa aku perlu bersingsing lengan mencarinya. Dan aku memaafkan kamu walaupun kamu meludah ke mukaku untuk men'suci'kan dirimu, kerana aku inginkan hati yg  tenang tanpa setitik kesumat. Agar aku bisa bahagia ke akhir hayat walaupun yg tinggal padaku hanyalah selembar benang. 


p.s : pasai pa aku rasa ayat2 terakhir aku tu macam karya usman awang? Sarat dengan pengertian yg amat mendalam. persoalannya adakah depa akan paham sebab biasanya ayat penyata pun depa tak paham, inikan pula mencari erti tersirat ~lalalalalala~

'Untuk direnung dan dipikirkan. Moga jadi pedoman bermanfaat.'

3 comments:

fham5579 said...

aku rasa hg x amek sastera kan dlu tp cam terror ja mengarang ayat2 puitis itewww...semoga tabah fren. aku sokong hg walau apa pun terjadi dun wori....

sengetminda said...

aku budak pure science ~lalalalala~ tp ntah camne bleh jd peg. belia & sukan.

itu maknanya aku paham bahasa melayu, ada gak org melayu yg xpaham bahasa walaupun kita ckp depan batang hidung dia. Sian dia!

Diamilikku said...

aku suka second part of your comment..kelllassssssss...kalau lah aku boleh meluahkan apa yang aku rasa..aku pasti akan buat entry macam nih jugak..tapi ni lah masalah aku yang paling besaq..pendam ja dalam hatiku ini