Thursday, October 4, 2012

...3 bulan lagi...

 
OKT - DIS 2012 ...............masa sgt pendek tapi kitaorg sgt relaks. Kitaorg sgt chill, curi masa to spend time together, sgt xmacam org yang nak kawin. Mgkin sebab waktu kerja yang sgt berbeza buat kitaorg susah nak dptkan masa utk beli barang. Atau sebenarnya kitaorg mmg sgt sengal? hahahaha

Aku dah survey bbrp pelamin yg menambat nafsu mata. Skang ni pelamin style senget2 pastu kaler putih. Bunga2an je yang lebih utk memeriahkan suasana. Tapi ok gak, simple but nice.


Dlm dok syok2 tu tetiba aku terpikir, apa perasaan dok atas pelamin dgn semua mata memandang. Ada ke kwn2 yang sudi nak memeriahkan kenduri  aku ni :( .............. maklumlah, sapa la aku ni. Syahdu je rasa..............tapi pastu aku sambung gediks berangan nak kawin. 


Ni nak kena call tuan punya butik pengantin ni, nak confirm date untuk sewa pelamin, bilik pengantin n meja makan beradap. Org tu kasi aku RM 2700 utk semua, tapi agaknya utk basic ja la kot. Kalau mcm gambaq ni mgkn kena tambah la kot.


Ni kali kedua aku buat persiapan untuk kawen. Jgn la cancel lagi macam hari tu. Penat dah aku ni. Mau aku bakar butik pengantin tu! Biaq padan muka, sama ngan aku. Kalau aku masih xpuas ati, aku bakar satu taman perumahan kat kemuning tu, atau bakaq mentari court. padan muka!


Dan aku harap semua org akan turut happy untuk aku. Doakan kebahagiaan aku, xdak benda yg xdak risiko, perkahwinan pun satu risiko. Aku harap risiko yg aku amek ni mendatangkan keuntungan untuk aku. Dan aku harap doa kwn2 akan bantu aku.


Kdg2 rasa cam nak give up, byk sgt halangan setiap kali aku mula rasa bunga2 bahagia. Bkn aku ketegaq xmau terima nasihat, but step in my shoes, live my life.........bukan setakat faham, tapi rasa setiap yg aku rasa.  Lepas tu baru pandang mata aku n bgtau yg aku salah. Tapi nak kena amek 33 tahun utk rasa perjalanan hidup aku......sanggup ka? hehe 


Takpa la, aku terima je la. Kita bahagia dgn cara sendiri. Apa2 pun.....aku ni nak kena boh gear 5 utk selesaikan bab nikah kawin, pastu nak settle rumah n anak2. sambil layan paper work yg mmg aku xsuka. Haissshhh. Sekian.



Friday, September 21, 2012

maaf n goodbye

hdp normal, sumthing yg lid xleh bg pd mi. its not that i didnt love u, it just......takdir. mi minta maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki, halalkan makan minum, ampunkan salah silap mi.

mi mohon ampun sgt2 dgn apa yg mi buat. mi xdak niat nak sakitkan hati lid. smoga lid bahagia, dunia dan akhirat.

Tuesday, August 14, 2012

........

aku  nak hdp normal....
nak g jln2...
nak tgk wayang...
nak g shopping...
nak buka posa...
nak kongsi masalah...
nak tumpang senang susah...
bukan disembunyikan...
bukan dilenyapkan dr dunia...

AKU NAK HIDUP NORMAL!

Friday, August 10, 2012

...melantun...

2-3 minggu ni aku dok melayan budak2 bermasalah ni. masa aku malas nak amek pot, bukan main minta tolong. dah aku tolong......dah kata aku buat dia makin serabut. patutnya aku tak yah amek pot dgn hidup dorang, br ada masalah sikit dah 'melantun' xtentu pasal. semua org kena tempias. aku ni dah 4 tahun bermasalah xde la pulak nak kata org serabutkan hidup aku.

morale of the story : stay 'kering', buat hal sendiri...............masalah korang bukan masalah aku sbb masa aku ada masalah, aku xnampak pun batang idung korang..................tamat.

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan dtg lagi

Dah 2 minggu Ramadhan berlalu, tinggal lagi 2 minggu. Selalunya bulan ramadhan agak relaks, tapi tahun ni bulan ramadhan sgt memenatkan. aku hanya sempat tgk tv for 10 minutes than aku jadi tv, tv3 tgk aku.

tapi things getting better. i'm proud with my new CEO (walaupun dia cuma acting CEO) tapi karisma tu sgt2 terserlah). bila makin happy, keja pun rasa seronok walaupun keja makin banyak. aku kena belajar utk jadi a good boss to my subordinates. cuma kadang2 rasa cam dah terlalu bagi muka sampai dah start pijak kepala. ntah la, mgkn aku kena cuba dengan lebih lagi.

* Saya Shaheraliza Ahmad Zakhan Mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Juga selamat menyambut Aidilfitri dan mohon diampunkan dan dihalalkan makan minum. Selamat bercuti..................


Monday, July 16, 2012

..Siti Dewi menangis lagi...

Mcm xdak kesudahan ja cerita wayang kulit ni. Ku pikirkan selesai dah April 2010 nuunnn, rupanya ada siri sambungan plak hujung tahun tu membawa ke 2012. Ku pikirkan tragic ending ka happy ending ka in April 2012, rupa2nya tukang karut dok rancak lagi main wayang. Cerita Sembilu pun xdak sambungan berjela2 mcm ni, Awie pun reti gak berlakon filem lain.

Tapi tukang karut ni masih mendendangkan syair yang sama dan wayang kulit yang sama. Air mata Sita Dewi berselang seli dengan  jenaka Wak Dogol.  Aku selaku kulit yg menjadi bayang pada layar putih pun terasa penat (dalam sungguh bahasa sanskrit aku ni) tapi tukang karut makin rancak main wayang, mencipta ruang dan kesempatan. 

Penonton makin tertipu dengan syair, makin seronok bertepuk tangan dengan jenaka Wak Dogol, hingga lupa pada Sita Dewi di sebalik layar putih itu. (adeh makin parah bahasa sanskrit aku ni).


## moral of the story............lepas cite Madagascar 3 kat ECM, pasni kita tgk cite Ice Age 4 plak ye, byk shot2 menarik yang boleh di'apply' dlm cite sita dewi n pak dogol. 
















Tuesday, June 5, 2012

...duit macam ayaq...

huisshhh!!! tahun ni byk sungguh aku guna duit. 1/2 drpd saving aku dah digunakan. kebanyakkannya keluaq untuk 'astana idaman' yang menghadap tol skve tu............huhuhu.

mula2 bayaq agent, pastu lawyer SMP, pastu lawyer loan, pastu maintenance fee, cukai tanah & cukai pintu. skang ni nak settlekan duit utiliti. itu belum masuk renovation.............perghhhhh!!! embun@enstek pun tak makan duit camni, setakat ni cuma bayaq utiliti ja. xsampai RM500 pun.

td dah settle TNB untuk embun@enstek, ayaq dah masuk pun. pasni nak g beli lampu & kipas, pastu upah pasang saja, insyaallah dah ada org nak sewa.....katanya xperlu pasang kitchen cab. minta2 melimpah ruah la rejeki aku pasni. doa2kan untuk aku ya kawan2.....

p.s: aku sgt DENGKI KHIANAT kat dapoq sone!!! tobat laknat donat memang aku dengki....SONE!!!!!!! hahahahahaha...............tunggukan pembalasan rasukan ablasa dari aku wahai sone love!! (kekekekekek aku sgt dengki dwoh!)

Friday, May 25, 2012

...falsafah dlm kete...

Hari ni sehari suntuk aku kat Putrajaya. Merayap kat Perhimpunan Sejuta Belia 2012, banyak gila booth. Drpd pakaian, makanan, jabatan kerajaan, pokok2..............pendek kata SEMUA ADA!! tapi aku cuma jalan 1/3 daripada keseluruhan booth, xlarat dowh! 

aku dok teruja dengan pokok cabai hahahaha. pastu dok teruja tgk greenbox iaitu satu sistem utk tanam pokok dlm pasu, sgt sesoai utk aku yg bakalan dok tingkat 4 ni lalalala. kebetulan aku kenai tokey syarikat yg jual sistem ni, aku nak beli boh kat opis dan umah! Green environment la sgt.

Projek sayuq Pak Choy aku pun sgt 'mengujakan', biji benih yang aku semai dalam bekas telur terpakai tu dah mula jadi anak pokok! Jenuh makan sayuq la lepaih ni, tp cuaca skang sgt panas, jgn la pokok tu mati lepas aku pindah masuk dalam pasu nanti. Pokok serai, daun kari dan daun pandan aku pun semakin membesar, sekali lagi cuaca yg sgt panas ni mencabar kredibiliti aku sebagai bakal petani berjaya huhuhu

Masa drive balik umah, aku yg masih teruja dengan sayur2an telah berfalsafah. fal'sayur'fah aku ialah:-

"biji benih yang elok, akan tumbuh subur xkira la disemai dalam pasu plastik ka, pasu kaca ka, dlm tin ka, hatta dicampak ke tanah pun, ia akan tetap tumbuh subur" - maksudnya xkisah la kat mana kita skalipun, kita tetap dpt contribute yg terbaik, yang penting kita kena jd org yg HEBAT!

Ni gambaq hari Selasa 22 Mei 2012
ni gambaq 26 Mei 2012.......

Tuesday, May 15, 2012

...home sweet home...

Lamanya xmenulis!!! banyak betul sawang. tp, baru mula 2 ayat dah tak tahu nak tulis apa. sbb life skang terbatas kpd kerja n study. oh ! 1 lagi....umah!

Td g tgk my home sweet home, ex-owner yang liat tu dah kuar. tp almari, sofa n bagai2 bersepah kat depan umah. Sabtu lepas aku g clearkan umah tu, hr ni bw contractor utk ukur rumah. nak letak kitchen cab, buat cab untuk oven n microwave, baiki toilet sket n pecahkan 1 bilik utk luaskan ruang tamu..............pastu letak tile n cat umah.




santek kan.........idaman aku nih!
Tengah dok kecoh2 ukur tu, akak umah bawah datang, umah ni bocor katanya.....adus! nak kena wat waterproofing kat lantai bilik air n mungkin nak kena pecah dinding n lantai utk tukar coldwater pipe kat dinding sbb yg dalam tu dia pakai pvc jer. maintenance xcover utk pipe yang kat dlm umah.  apa2 pun.....i buat jer, kalau ada masalah lagi lps ni maka i have nothing to do with it ~ngeh ngeh ngeh~

pastu akak tu citer, ex-owner masih stay kat umah tu sbb aku xkunci grill. dia tido n mandi kat umah tu. anak bini dia dah balik kelate sbb xtahan ngan dia. mamat ni kaki kuda rupanya. adeh...........mcm2. anak dah 4, umo baru 30 tahun (tu la kalau xready jgn kawen). aku kunci grill tu sabtu lepas, agaknya lepas tu br dia dah xmasuk umah. tp umah tu dah xde elektrik n air.........camne dia duduk? adeh!!

Kdg2 rasa menyesal beli umah ni sbb byk sgt problemnya, tapi diingat2kan balik mngkin ada hikmahnya nanti. kalau bkn utk aku mgkn utk org lain. skurang2nya aku dah nampak hikmah aku beli umah ni kepada akak bawah umah aku tu, masalah bocor dia akan selesai. (rupa2nya bila kita terima segalanya seadanya tanpa banyak pikir, maka hati kita lebih tenang).

monthly payment umah tu mmg rendah, tapi kos minyak n tol meningkat dgn hebatnya. 30km dari bukit jalil.....waduh2!! so aku dok pikir nak wat sumthing yg boleh mendatangkan duit. tapi apa ek???.........any opinion???

Friday, April 13, 2012

..T E N A N G....

Sah dah nak kena g karok ni, tapi masih tak berkesempatan............sbb dah terlalu byk paperwork nak kena tulis. Itu xmasuk assignment lagi, hehehe...........dan aku yg malas nak mengarang ni mula la buat byk alasan. (Tp kalu menulis blog rajin plak). 5 minggu pertama sebagai student, kepala masih terawang2. bila dah kantoi 1st test baru la sedaq dunia. HAMEK KO! skang tengah gigih menyiapkan assignment sbb nak cover balik 1st test yang cam hancit.

lately byk entry aku yg xgumbira, balik2 cite yg lebih kurang sama. tp Insyaallah....semua akan jadi lebih baik. rasanya dah 2 bulan waktu tido aku kacau bilau. 2-3 minggu lepas paling kritikal, 2.30 am baru lelap tp 6.30am automatik mata terbukak......jam pun xsmpat bunyi. tp 2 hari ni aku dah bleh tido sblm pkl 11pm....dan dah tak banyak terkejut. sekadar 1-2 kali terjaga sblm pagi. Agaknya sbb aku T E N A N G kot....................

Dear friends, aku minta korang doakan yang terbaik untuk aku, sbb doa sahabat yang tidak diketahui sahabatnya adalah antara doa-doa yang mudah dimakbulkan. A M I N 

Tuesday, March 27, 2012

...MARCH 2012...

aku nak kek cam ni!! *ngee*
dalam byk2 doa yang aku minta, tuhan makbulkan doa spy aku sibuk! March 2012 sgt2 sibuks, sampai xsempat nak layan gosip kat TER. celah tu la nak settlekan lawyer n loan umah, celah ni la nak settlekan paper2 yang sebenarnya xberapa muka surat pun tp aku malas nak menulis, celah tu jugak nak pahamkan balance sheet & ratio analysis..............dah la terhegeh2 nak paham kekekekek. tp sebenarnya aku 'menular' lebih byk dr buat keje................kuikuikui

26/3 - sesi karoks sempena bday aku, sue n ina. Layan...........pecah anak tekak aku layan 'I Set Fire To The Rain'..........secara xlangsung pecah gegendang tinge org bilik sebelah! :) memandangkan 3 org celebrates bday maka sambutannya agak gah! tp hari kejadian/bday amatlah xhebat sbb kena standby sepanjang hari utk buat presentation. uhhh! apa celopsss......

 ........... apa2 pun mak redha, dengan kurniaan kesibukan yang melanda, mak nampak hikmahnya. Otak xbyk masa nak pikiaq, malam dah ngantuks so terus melelapkan mata. semoga April cepat berlalu dan Mei membawa ketenangan.


p.s : ....dok menunggu 'Kad Ucapanmu', manalah tau nak kena karok lagu dayangku intan tu. lalalalalala

Friday, March 9, 2012

...13% dan gaji buta...

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dalam bulan Mac ni.......kunci umah Saujana Putra dah bleh amek dan dah ada potential tenant, kalau jadi maka ada la rezaki lebih. Enstek pun dah siap, hujung bulan dah bleh amek kunci. Kalau sesapa nak sewa sila roger k......

Panjang jodoh aku ngan UiTM, dapat further dlm Facilities Management. Semoga kali ni tak berhenti separuh jalan mcm 10 tahun lepas....huhuhu. Kalau tak, ini dah my 2nd Master (mood perasan hehehe). Pendaftaran dah settle, dah terlepas 1st class (lalalalala smbil tgn letak dibahu). Sgt teruja nak memulakan hidup sbgi student, kalau dulu belajar hnya sbb nak cr keje, skang dah tahu matlamat belajar.

Dan Alhamdulillah lagi bila dapat kenaikan 13%,  tapi syg benefit SBPA yang lain xdapat. Mgkn CUEPACS kena perjuangkan nasib penjawat awam dengan lebih bijak. Kalau kena cara, maka semua akan dapat faedah jangka panjang. Mcm tarik rambut dlm tepung, rambut xputus dan tepung xselerak. Aku dah agak kerajaan akan batal SBPA sbb tuntutan CUEPACS tu xmunasabah.

Tapi aku sakit hati bila ada dikalangan kengkawan yang wat post berani mati............

"gaji naik, semoga kakitangan kerajaan tak makan gaji buta"........

AMBOIIII....apa celloOps!! Jgn kata kakitangan kerajaan, staf swasta pun ramai yg ngular, buat keje cam hampeh, muka masam mcm cuka getah. Aku keje cam balaci, sabtu/ahad pun pernah je msk opis tnpa claim OT sbb xlayak, xde elaun kenderaan sdgkan Kembara Hebat itu la yang aku lenjan g meeting dan ke sana sini dan aku xclaim mileage pun walaupun slalu p putrajaya. Belum masuk kena maki, sindir dek boss.  hujung minggu ni cuti aku akan go to waste sbb nak kena sediakan budget 2013, haaaa apa celops!!! Itu xtermasuk event yang xdak kena mengena ngan aku tp still kena attend terutamanya event kementerian.........dan semua tu atas dasar 'sy yang mengikut perintah' je.

Xdinafikan ramai kakitangan kerajaan yg hampes, tp jgn la tibai semua skali. Sama ja sektor swasta mahupun kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan xnaik mengikut merit walaupun kerajaan buat untung bilion2 (kalau untung la), kakitangan kerajaan xdapat bonus 2-3 kali setahun dengan jumlah bonus 3-4 bulan gaji. Kakitangan kerajaan dihantar bertugas kat tempat2 jin bertendang yg sektor swasta xkan p kecuali dengan projek kerajaan. Mesti ada kaun keluarga, sahabat handai kita di kalangan kakitangan kerajaan yg sama2 rs benefit ni. Maka bersyukur dan be happy for them la.

"Aku  bersyukur kerana aku hidup atas gaji kerajaan, pinjaman pelajaran kerajaan, sekolah kerajaan, hospital kerajaan..........................tapi aku juga tak sanjung kerajaan atas batu jemala patik. Jadi pandai2lah menilai"

Saturday, March 3, 2012

HUKM

Menjengah Wad Psikiatri HUKM adalah satu pengalaman yg sgt bermakna. Ada lucu, gelak tawa, ada derita, sedih, airmata, ada rasa takut, ngeri, rasa nak 'shoot' pesakit kat situ................tapi lebih banyak gelak la. Macam2 ragam pesakit buat aku sakit perut tahan gelak............

Pesakit 1 -Cik Palmolive-

Cik Palmolive : Nurse, tolong saya, sabun saya hilang.......tolong la saya, sabun saya hilang....
Nurse : Esok la cari, pergi tido.....
Cik Palmolive: Nurse, cari la sabun saya. Sabun Palmolive...P A L M O L I V E......palmolive!!
Nurse : Nak mandi ke? Bila nak mandi
Cik Palmolive : Esok pagi saya mau mandi
Nurse: Esok cari la.....
Cik Palmolive : Tolong la cari, sy tak boleh tido, sabun saya hilang.......................


Pesakit 2 - Cik Juling (aku xtau nama dia, bkn nak hina kekurangan dia)

Cik Juling : Itu nak makan ka...
Aku : Ye nak makan
Cik Juling : (Berjalan nak amek bubur McD)
Aku : eh...tak boleh, sy nak makan....
Cik Juling: Sikit pun tak boleh ke.......
Aku : tak boleh! (rs cam aku lak yg 'masuk air' dok layan dia ni)


Pesakit 3 - Makcik Tasbih (Sbb dia bw tasbih, pakai coat & kasut dgn 1" heel)

Scene 1...
Makcik Tasbih:  Nak satu boleh (terus hulur tangan amek goreng pisang, tapi bukan 1.....3 keping sekali amek)

Scene 2...
Makcik Tasbih: Nak satu (terus amek 2 keping nugget).............
Makcik Tasbih : (Datang dan tercegat depan kitaorg dgn buat muka marah sbb nugget dah disimpan)

Scene 3...
Makcik Tasbih : Dari mana ni....
Aku: Bukit Jalil....
Makcik Tasbih : ooo....bukit jalil.
Aku : tahu ke?
Makcik Tasbih : Tau...yang ada stadium tu...
Aku : (cerdik juga kamu ni......sambil terus jalan laju2 sebelum dia 'shoot aku')

Scene 4
Makcik Tasbih kejar aku sampai ke pintu sambil senyum..............argghhh ngeri nyer!! Kalau dia cekik aku, dia tak salah. Tapi kalau aku terajang dia, mau aku plak jadi penghuni tetap wad ni!!!

Pesakit 4 - Nyonya Garfu (sbb dia cucuk tangan dgn garfu)
Nyonya Garfu : (Kalau xsalah dia dok baca kitab Injil. Tetiba tampar diri dia sendiri)
Kwn aku : Agak2 nyonya ni xnak minta tolong tamparkan pipi dia ke? Kalau dia minta tolong, saya ada pakej, nak yang sehala atau yang pergi-balik!!
Aku : (Keras perut tahan gelak......)
Nyonya garfu dapat 2 hari cuti, tp isnin ni kena masuk wad balik.......


Ada juga pesakit dari kalangan org cerdik pandai....ada master dlm pengajian agama. Tp terlebih mengkaji! Makcik Jamilah lak temankan anak dia, kesian bila seorang ibu kena menjaga anak yg sepatutnya menjaga ibunya. Amoi sebelah katil Makcik Jamilah lak nampak cam ok, tapi seludup rokok n ubat penenang. Valium ke hapa ke aku pun xtau. Byk lak tu....dah kena pindah katil, agaknya ke single room kot. 

Makcik gangster (sebab dia rmbut pendek, xde gigi pastu mmg cam gangster arr! Siap gaduh ngan Makcik Tasbih) dapat keluar wad, pastu terus tukar baju smbil berbogel kat katil dia. Cik Palmolive menangis sbb takut org lelaki tgk Makcik Gangster berbogel......hehehehe. Caring gak Cik Palmolive ni......tp xkena tempat!

Hampir kesemua pesakit ni mendengar bisikan2 atau suara2 yg menyuruh diaorang buat mcm2. Ada yg rs nak mencederakan diri sendiri. Aku pelik gak kenapa org nak sakitkan diri, baik terajang je bangla yg jd guard Giant tp kerek mcm dah jd panglima tentera. Nyonya garfu cucuk tgn ngan garfu sbb nurse xkasi dia balik, baik dia cucuk tangan nurse tu (tp kang terus lak masuk wad gila). Time kepala tengah serabut, syaitan mula berbisik supaya kita terus hanyut dengan perasaan sendiri. Makin sedih, makin tertekan dan akhirnya mengalami kemurungan. 

Aku sempat baca ciri2 kemurungan yg dorang tampal kat dinding, antaranya:-

# Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
# Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
# Mudah berputus asa.
# Perasaan bersalah dan tidak berguna.
# Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
# Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
# Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
# Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
# Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
 Kalau korang ada 3-5 drpd ciri2 di atas dan berterusan selama 2-3 minggu...silalah dapatkan bantuan. jgn dok sengsorang, buat aktiviti dgn kengkawan n family.

Sblum tido smlm, aku teringat kat Makcik Tasbih, apa la yg buat dia jadi macam tu? Kecewa? Sedih? Terlalu banyak makan? .............. walau apa pun, moga tuhan jauhkan aku dan kawan2 aku dari jadi camtu. Melihat pesakit2 tu buat aku sedar, aku jauh lebih beruntung dari dorang. Aku ada kasih sayang family dan sahabat2 yg sentiasa membimbing aku. Dan HUKM juga buat aku lebih menghargai silaturrahim yang terjalin, menerima setiap kekurangan dan mencari kebaikan drp kelemahan tu.


Tuesday, February 7, 2012

...marah...

hati aku start panas last week.....bila dah lama sgt simpan maka hari ni segala2nya terluah. Hamek!! Skrg dah tahu perangi buruk aku. tunggu apa lagi, sila angkat kaki la. jgn suruh aku wat keputusan, ko buat je keputusan. susah kan............sebab selama ni ko biarkan org buat keputusan untuk ko. ko xpernah buat keputusan untuk hidup ko. spy ko bleh put the blame on others, ko mmg xpernahnya salah.

bila aku ngamuk, org hanya boleh kata 'sabar sabar sabar' dah bertahun2 aku bersabar. sabar dgn kata2 org, sabar dgn perangai orang, sabar dengan setiap kesakitan. Aku SABAR n hari ni aku mmg hilang sabar. 

tapi seorang sahabat yang kdg2 buat aku rasa irritated kerana kelantangan kata2nya dapat buat aku tersenyum. Dan aku akui kebenaran kata2 dia. ni nasihat dia 

"kenapa kau mencari yang susah dan bersangka2. ikutlah nasihatku, tariklah nafasmu dan hembuslah perlahan2 bersama2 ingatanmu pada Khaliqmu. tiada yg mustahil kerana penciptamu sedang membolak balikkan hatimu kerana Dia cemburu, hatimu hanya untukNya." 

dan aku tersenyum, mengakui kebenaran kata2nya. Dan aku bahagia, kerana Khaliq ku mengharapkan hati aku kembali kepadaNya. Sdgkan cintaku padaNya xsempurna.

p.s : xde la susah sgt nak redakan kemarahan aku, xyah susah2 nak buat lawak yg akhirnya buat aku lebih marah. sedikit ilmu dan kebijaksanaan berjaya meredakan segunung amarah. dan ini buat aku berfikir, layakkah kamu menjadi imamku?

Tuesday, January 31, 2012

....pasrah vs redha....

Bff aku kata "kalau redha kena ikhlas, xleh marah, xde airmata............kalau pasrah tu terima seadanya walau hati sakit n xikhlas mana pun" .... ntah mana ceramah yg didengarnya. tp betol la tuuuuu...........

Lately aku terpaksa jawab soalan yg sama byk2 kali. Jawapannya "aku beriman kepada qada' dan qadar" atau "aku terima takdir aku seadanya"..........................tapi sebenarnya aku xde la redha pun. Aku pasrah jer. Kalau itu yg terbaik utk aku dari Ilahi. Dan ada yg kurang bersetuju, niatnya baik, xmo aku merana. Cuma aku rasa dah sampai masanya aku serahkan segalanya pada takdir. Aku bukan berputus asa.....aku cuma rasa 'mungkin ini mmg takdir aku'.

Ada di kalangan bff yg terima situasi aku, ada yg tidak. Bagi yg melihat segalanya, aku rasa mereka faham. Walau pun aku jarang bercerita kecuali dgn Puan H (bukan nama sebenar kui kui kui) tp rasanya ramai yang tahu situasi sebenar. Sbnrnya Pn. H adalah org yg paling concern kalau melibatkan hal ni, dia tak mo aku sedih! (I love u Puan H) ......tp dia juga mahukan yg terbaik utk aku. Walaupun kadang2 dia naik hantu gak dgn perangai & kedegilan resaksa pemusnah bumi yg semakin berleluasa.

Orite, meh aku terus terang. Aku xminta kawan2 memberikan sokongan moral yg tak berbelah bagi dengan membawa sepanduk, cogankata, pom-pom mahupun pancaragam. Aku juga paham kalau ada kawan2 yg terlepas kata sbb depa xtau apa pun. Aku cuma minta TERIMA AKU SEADANYA.

Aku juga paham kalo satu hari nanti aku merana, derita dan sengsara kerana disia-siakan. Dan masa tu semua orang akan menunding jari pada aku sambil gelak2 sengih sambil berkata 'padan muka, ketegaq sgt! xdengar nasihat'. Maka aku akan tunduk sambil kata......hamba salah, hamba xpandai, hamba ketegaq sambil kuis2 hujung jari kaki sendiri *ngeee*




Saturday, January 21, 2012

...ulangkaji...


toink toink toink

pagi aku tulis post "...bahagia dalam derita..." petang tercetus percanggahan teori dgn praktikal. post tu adalah teori dan hakikatnya xseindah teori.......(aku xtau nak kata apa). Dalam usaha mewujudkan 'kenangan indah', ada masanya yg xberapa nak indah pun berminat nak tempa sejarah! huhuhu

So aku baca post lama tu ulang2 kali. Nak mengulangkaji teori tu, supaya dapat di'hayatitasrib'kan dengan sepenuh jiwa. Bukan senang nak bahagia weeehhhh!!!!

Kadang2 bahagia itu bersalut derita, kadang2 ketawa tu berbalut airmata.
(aku baca dlm majalah sbb tu sedap je bunyinyer.)

Sunday, January 15, 2012

...bahagia dlm derita...

aku rasa nak wat novel la. tajuk seperti di atas hahahaha! rasanya belum habis baca 1st chapter org dah baling buku aku, ngantuks!

nak kata hidup aku ni menderita, xde la kot. nak kata bahagia sgt pun, xjugak. aku ada tertengok equation kat bwh ni :

life + love = happy
life - love = sad

2 life = happy + sad
life = 1/2 happy + 1/2 sad

mmg bergeliga org yg buat this mathematical equation. mesti addmath dia power!! tp gitu le life....xsemua perkara yg kita nak, kita bleh dapat. dan xsemua benda yg kita dapat adalah seperti yg kita nak. banyak perkara yg terpaksa aku lepaskan, tp bila tangan aku kosong maka aku bleh capai benda lain plak. mgkn perkara yg lebih baik, mungkin juga sebaliknya. 

aku cuba untuk belajar terima kenyataan.....walaupun pahit. cuba tersenyum walau pun sakit. nampak happy cam xde masalah, dlm hati tuhan je tahu. aku juga belajar, kalau kita tingkatkan tahap kesabaran kita lebih dr biasa, kadang2 resultnya amat memuaskan. belajar menghargai masa dan ketika bersama walau pun sekejap je, cherish every moment together. walaupun masa tu pendek, lebih baik diisi dengan gelak ketawa, drpd ada masa yg panjang tp diisi dengan 'silent moment' yg sia2. 


aku juga 'ditegur' to act wisely, xperlu rumitkan keadaan. cakap je, xperlu throw tantrum xtentu pasal. and yes, aku ngaku it was childish. tetiba termalu sendiri wat perangai cam budak2, padahal umur dah 30an, watpe belajar tinggi2 masuk asrama penuh bagai (mrsm okeh), kerje hebat tp mcm budak2!!  *wink* lain kali xmo dah jadi ju-on, nak cuba jadi hantu lain puloks :)



Aku juga belajar menghargai diri sendiri, xleh nak mengharapkan org sentiasa mencipta bahagia tu utk aku. Xleh nak harap org sentiasa menciptakan kenangan indah utk aku. Memandangkan hdp aku xsama ngan org lain, maka masa yg sgt lapang tu aku isikan dgn aktiviti indah. Xyah nak dok bersedih tgu tepon bunyi atau sms masuk. Last week g Bukit Tabur, cam nak ber'terabur' gigi panjat bukit tu, nasib baik ada braces yg memastikan gigi berada di gusi! first 1/2 hour tu sgtlah azab sbb xfit, dah bertahun2 tinggalkan aktiviti daki mendaki ni! This week dorang panjat tangga Batu Caves tp aku siboks mencipta kenangan indah kat lain*ngeeee*. Xnak arr panjat tangga, sakit lutut dwoh! tgk next week lak apa kejadahnya aktiviti dorang! yg pastinya sgt2 happy dgn aktiviti riadah ni, penat lelah terbayar bila sampai ke puncak bukit tu. tapi nak kena g gym n beli kasut outdoor lah, sakit ibu jari kaki mak!!

 Cantik kan pemandangan dr atas bukit ni. Tp mmg konsep mendaki la, kalau dah dinding batu 90deg, xsesia aku panjat pokok jambu kat umah Arwah Tok Minah dolu......

Aku juga belajar bersabar dengan kata-kata org. Ke'melantakkan'lah apa org nak kata, yup i've made mistakes but life doesn't come with instructions. hehehe cumils tak alasan aku? toink! Sabar je la nak buat camne. Walau pun kekadang ini adalah tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku TAPI ini juga tidak adil, tidak adil, tidak adil baginya. terpulanglah kepada Yg Maha Adil untuk menilai dan menentukan takdir hidup aku. Aku pasrah....................(statement xleh blah). Apa2 kembali pd pelajaran sblm ni la, blajar untuk mengindahkan hidup sendiri. ini la yg dikatakan 'mencipta bahagia dlm derita' keh keh keh keh.

Semua ni bukan pengorbanan ye...sbb xmemenuhi syarat2 sah korban. ini cuma tolak ansur, supaya kita boleh bahagia, walau dgn cara kita sendiri. Sbb xsemua org melalui jalan hidup yg sama. 


"Ada sungai yg berliku, ada sungai yang berbatu, ada air terjun, ada sungai cetek, ada sungai dalam, ada anak sungai, muara sungai, ulu sungai, ada tasik ladam kuda (tasik yg terbentuk akibat penukaran aliran sungai.....geografi).   Tapi semua sungai menuju ke laut............kalau air sungai melimpah, dan pasir sungai berubah sekalipun, sungai tetap mengalir ke laut"


ps: aku sendiri xberapa paham dengan metafora aku kali ni *wink wink wink*
















Saturday, January 7, 2012

...resdung...

lately hidung aku jadi xselesa...........start dgn demam selsema masa raya haji, pastu sentiasa xselesa. mcm ada 'sumthing' je behind my nostril and throat. pastu ada breakouts kat belakang badan n kepala. masa g facial n body scrub minah tu kata mgkn aku ada resdung.

so la ni aku dok tgh gila buat rawatan resdung. Aku gigih sgt buat treatment ni sbb rasa tak selesa at the back of my throat is so irritating. kadang2 aku mula la rasa nak cam sesak nafas sbb rs xselesa kat belakang tekak tu. 1st time tu cuak la jugak, kelam kabut nak bernafas.  bila dah bleh control aku punya panic attact tu maka keadaan lebih tenang n nafas lebih teratur.

makan HPA Herbs n buat rawatan asap tu. nak buat utk 1-2 bulan lagi................skang dah nampak kesan sikit. dah mula selesa.....harap2 la menjadi!