Wednesday, October 8, 2014

letih vs 'life purpose'

"ingatkan diri sendiri"

.


.

Pi stall letih, dok umah pun letih...
Pi gheja letih, tak gheja pun letih...
APTB








Pagi ni masa mandi boleh terpikiaq pasal 'lifepurpose'....sambung pikiaq dalam gheta. Nampak BMW X6 potong aku.....mmm camna klu aku target nak beli X6, pastu? Beli apa lagi? bot laju? jet pejuang?

Masa study target nak lulus, dah lulus target nak kerja, dah kerja nak beli umah, keta n etc...bila dah ada semua nak start a family, dah ada family.....jem!

'life purpose' dah jelas dan nyata...untuk menghambakan diri kpd Allah SWT tapi pasaipa aku rasa cam terumbang-ambing ja. macam boring ja. Maknanya ada la yg tak kena dlm hidup tu.......deng! (itu pun xtau lagi ka) 7 lautan still cant satisfy kehendak hati/nafsu jadi nak kena focus kepada akhirat lak ler.....


**nampak dak? nampak dak? simptom2 belia lanjut usia. dunia dah makin hilang harga... hehe!

Friday, July 26, 2013

...xde mood...

aku xde mood.....bukan marah2, tp xde mood a.k.a tiada perasaan.

xde mood nak keje tp xde mood nak ngular
xde mood nak lepak kat umah tp xde mood nak kuar jalan2
xde mood nak masak tp xde mood nak g param
paling parah bila aku xde mood nak SHOPPING.......pelik!

ada sekali tu aku diam 2 hari, agaknya pening en ejad tgk aku diam je. dia tanya soalan, aku pandang je muka dia dengan muka toya mat amin. hahaha mcm ayam berak kapoq ada gak.

semuanya sebab aku rindu YG TERAMAT SGT......................

windu kat paperwork yg melambak2
windu boss watsapp hari sabtu, ahad, subuh pagi n malam hari
windu meeting tiap2 isnin
windu berbengkel n seminar
windu kat BOSS yg hebat itu....huhuhu



Sunday, March 31, 2013

...rumah oh rumah...

Dah setahun umah ni tergendala, dok bayaq saja tapi xduduk. Enstek dah disewa, Saujana Putra dok camtu la jugak. Minggu ni kami laki bini gigih cat umah Saujana Putra/Umah hinggap.

Umah ni dah macam tempat pertempuran otomen ngan resakse, owner lama tu berperang kot. Mural hasil creativy anak2 dia penuh dinding, kat siling pun ada. Pastu dinding berlubang2, kecik2 je la. heran gak aku, terpaksa tampal ngan filler.

2 hari maka siap tampal ngan cat ruang tamu cum dapoq ngan 1 bilik. itu baru undercoat, blum kalernyer. 2 bilik lagi minggu depan la cat, kalau sempat.



Tu sofa tinggalan owner lama.

Niat di hati nak buat kitchen cab n flooring. nanti2 lah huhu. nak kena pindah segera, jauh nak ulang alik KLIA-BJalil. pasni aku shopping kat Banting....hahahahaha

Tuesday, March 19, 2013

membujang kembali......

Ejad kena OT smpai midnite, sian lak nak kena drive dr KLIA smpai BJalil, sok pepagi nak drive p KLIA plak. so 2 mlm kat KLIA huhuhu. ye....ejad dah xkeje TR! hahaha dah xde diskaun 10%. sorry la che m ngan kirah. xdak rejeki.

slalunya aku yg outstation, kali ni dia yg OT sampai xbalik. padan muka aku. rasa pelik lak, sbb selalunya dia balik lbh awal dr aku. kalau keje shif malam pun, dia akan balik on time. skang ni balik xtentu waktu, kdg awal n kdg lewat. tp....ahad off. weee

so 2 hari ni aku nak malas2an. beli je makanan, conquer satu katil, layan tv. membujang kembali......weeehhaaaaaa!

Thursday, February 28, 2013

masalah sekupang

hehehe.....skang aku paham pasai pa masalah sekupang dua eza bleh jadi seringgit. aku pun slalu ada masalah sekupang dua, towel kat tombol pintu, gelas kat tepi tv, grill ternganga. mula2 mmg aku layankan, lama-lama aku sound tepet. hehe

ssh nak adjust idops berdua, sbb dah terbiasa idup sendiri. tapi aku gak yg gatai nak berlaki huhuhu. jadi ku gagahi jua. bila agak2 rasa nak sound, aku igtkan diri ni pahala free.  tp slalunya terlepas jue.. 


la ni jugak aku mulai paham frustration sone setiap kali peot. huhuhu. dulu bila sone tkt nak test, aku rs aku lbh suka tau drp berteka-teki. rupanya xmau test sbb mengharap. aku pun sama.

jd betoi la kata org, kita xkan paham selagi kita tak berada dlm kasut org tu, dan lalui sendiri perkara tu. merasai dan memahami adalah 2 perkara yg berbeza. kita memahami dgn logik akal, tp kita merasai dgn hati naluri. so aku minta hampun kat sone n eza sbb gagal merasai. ngeeeee.....


#peacenowar!



Friday, January 25, 2013

...2013, married vs single.....

ish......dah sebulan masuk tahun 2013 aku baru nak update blog. ngeee :) 

Walaupun dah lambat, aku still nak wish Happy New Year, semoga azam tahun lepas dicapai dengan jayanya dan gudluck utk azam tahun 2013. Tahun ni aku xdak azam. Sbb kalau berazam nak baiki diri, itu dah memang WAJIB, xmasuk tahun baru pun kena sentiasa baiki diri. So tahun ni aku just go with the flow.

Masa aku dok tunggang langgang tahun lepas, my lovely cuz kata..."kak eza, be easy on urself, live life as it is. Dlm sesetengah hal, kita xperlu terlalu merancang @ mengharap, just go with the flow'.... so aku go with the flow dan Alhamdulillah. Dan masa kenduri tu dialah yg gheyau macam drama hindustan. adeh!

mmmm.....masih byk yg nak kena ejas. masih terikut2 rentak idop org bujang.......balik umah terus lepak depan tv, angkat baju letak atas katil dulu agak2 dah kedut seribu baru lipat, makan tu kalo boleh kat kedai aje. muahahaha pemalas! nasib baik encik hubby cool je lalalala. Bahagia betol bila balik keje, dinner dah ready, bilik dah kemas, baju siap basuh, kalau aku dah basuh dia lipat. Dan paling best bila baju keje utk esok dah siap iron. (~kita jgn puji lebih2, bodek sikit je. bagi masa 2-3 bulan lagi, nak kempem lagi kita wait n see lagi 1 tahun....~).  Kalau ku tahu, dah lama ku pujuk2 ku ajak kawen. :)


Tima kasih pada yg hadir.....yg xdapat hadir kita tgu aku wat house warming ka, apa ka. Tima kasih pada yg mendoakan dari jauh....kepada TER, thanks so much sbb sentiasa ada to support me throughout my ups and downs, xkira aku ni haluan kiri atau haluan kanan, hangpa sentiasa ada utk guide aku. Love u ols. ahaks.


"tidak cukup sekadar cinta, kita juga perlu bahagia"
(petikan skrip filem Minyak Dagu, langsung xtakut, nsib baik tgk kat youtube)





Thursday, October 4, 2012

...3 bulan lagi...

 
OKT - DIS 2012 ...............masa sgt pendek tapi kitaorg sgt relaks. Kitaorg sgt chill, curi masa to spend time together, sgt xmacam org yang nak kawin. Mgkin sebab waktu kerja yang sgt berbeza buat kitaorg susah nak dptkan masa utk beli barang. Atau sebenarnya kitaorg mmg sgt sengal? hahahaha

Aku dah survey bbrp pelamin yg menambat nafsu mata. Skang ni pelamin style senget2 pastu kaler putih. Bunga2an je yang lebih utk memeriahkan suasana. Tapi ok gak, simple but nice.


Dlm dok syok2 tu tetiba aku terpikir, apa perasaan dok atas pelamin dgn semua mata memandang. Ada ke kwn2 yang sudi nak memeriahkan kenduri  aku ni :( .............. maklumlah, sapa la aku ni. Syahdu je rasa..............tapi pastu aku sambung gediks berangan nak kawin. 


Ni nak kena call tuan punya butik pengantin ni, nak confirm date untuk sewa pelamin, bilik pengantin n meja makan beradap. Org tu kasi aku RM 2700 utk semua, tapi agaknya utk basic ja la kot. Kalau mcm gambaq ni mgkn kena tambah la kot.


Ni kali kedua aku buat persiapan untuk kawen. Jgn la cancel lagi macam hari tu. Penat dah aku ni. Mau aku bakar butik pengantin tu! Biaq padan muka, sama ngan aku. Kalau aku masih xpuas ati, aku bakar satu taman perumahan kat kemuning tu, atau bakaq mentari court. padan muka!


Dan aku harap semua org akan turut happy untuk aku. Doakan kebahagiaan aku, xdak benda yg xdak risiko, perkahwinan pun satu risiko. Aku harap risiko yg aku amek ni mendatangkan keuntungan untuk aku. Dan aku harap doa kwn2 akan bantu aku.


Kdg2 rasa cam nak give up, byk sgt halangan setiap kali aku mula rasa bunga2 bahagia. Bkn aku ketegaq xmau terima nasihat, but step in my shoes, live my life.........bukan setakat faham, tapi rasa setiap yg aku rasa.  Lepas tu baru pandang mata aku n bgtau yg aku salah. Tapi nak kena amek 33 tahun utk rasa perjalanan hidup aku......sanggup ka? hehe 


Takpa la, aku terima je la. Kita bahagia dgn cara sendiri. Apa2 pun.....aku ni nak kena boh gear 5 utk selesaikan bab nikah kawin, pastu nak settle rumah n anak2. sambil layan paper work yg mmg aku xsuka. Haissshhh. Sekian.



Friday, September 21, 2012

maaf n goodbye

hdp normal, sumthing yg lid xleh bg pd mi. its not that i didnt love u, it just......takdir. mi minta maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki, halalkan makan minum, ampunkan salah silap mi.

mi mohon ampun sgt2 dgn apa yg mi buat. mi xdak niat nak sakitkan hati lid. smoga lid bahagia, dunia dan akhirat.

Tuesday, August 14, 2012

........

aku  nak hdp normal....
nak g jln2...
nak tgk wayang...
nak g shopping...
nak buka posa...
nak kongsi masalah...
nak tumpang senang susah...
bukan disembunyikan...
bukan dilenyapkan dr dunia...

AKU NAK HIDUP NORMAL!

Friday, August 10, 2012

...melantun...

2-3 minggu ni aku dok melayan budak2 bermasalah ni. masa aku malas nak amek pot, bukan main minta tolong. dah aku tolong......dah kata aku buat dia makin serabut. patutnya aku tak yah amek pot dgn hidup dorang, br ada masalah sikit dah 'melantun' xtentu pasal. semua org kena tempias. aku ni dah 4 tahun bermasalah xde la pulak nak kata org serabutkan hidup aku.

morale of the story : stay 'kering', buat hal sendiri...............masalah korang bukan masalah aku sbb masa aku ada masalah, aku xnampak pun batang idung korang..................tamat.

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan dtg lagi

Dah 2 minggu Ramadhan berlalu, tinggal lagi 2 minggu. Selalunya bulan ramadhan agak relaks, tapi tahun ni bulan ramadhan sgt memenatkan. aku hanya sempat tgk tv for 10 minutes than aku jadi tv, tv3 tgk aku.

tapi things getting better. i'm proud with my new CEO (walaupun dia cuma acting CEO) tapi karisma tu sgt2 terserlah). bila makin happy, keja pun rasa seronok walaupun keja makin banyak. aku kena belajar utk jadi a good boss to my subordinates. cuma kadang2 rasa cam dah terlalu bagi muka sampai dah start pijak kepala. ntah la, mgkn aku kena cuba dengan lebih lagi.

* Saya Shaheraliza Ahmad Zakhan Mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Juga selamat menyambut Aidilfitri dan mohon diampunkan dan dihalalkan makan minum. Selamat bercuti..................


Monday, July 16, 2012

..Siti Dewi menangis lagi...

Mcm xdak kesudahan ja cerita wayang kulit ni. Ku pikirkan selesai dah April 2010 nuunnn, rupanya ada siri sambungan plak hujung tahun tu membawa ke 2012. Ku pikirkan tragic ending ka happy ending ka in April 2012, rupa2nya tukang karut dok rancak lagi main wayang. Cerita Sembilu pun xdak sambungan berjela2 mcm ni, Awie pun reti gak berlakon filem lain.

Tapi tukang karut ni masih mendendangkan syair yang sama dan wayang kulit yang sama. Air mata Sita Dewi berselang seli dengan  jenaka Wak Dogol.  Aku selaku kulit yg menjadi bayang pada layar putih pun terasa penat (dalam sungguh bahasa sanskrit aku ni) tapi tukang karut makin rancak main wayang, mencipta ruang dan kesempatan. 

Penonton makin tertipu dengan syair, makin seronok bertepuk tangan dengan jenaka Wak Dogol, hingga lupa pada Sita Dewi di sebalik layar putih itu. (adeh makin parah bahasa sanskrit aku ni).


## moral of the story............lepas cite Madagascar 3 kat ECM, pasni kita tgk cite Ice Age 4 plak ye, byk shot2 menarik yang boleh di'apply' dlm cite sita dewi n pak dogol. 
















Tuesday, June 5, 2012

...duit macam ayaq...

huisshhh!!! tahun ni byk sungguh aku guna duit. 1/2 drpd saving aku dah digunakan. kebanyakkannya keluaq untuk 'astana idaman' yang menghadap tol skve tu............huhuhu.

mula2 bayaq agent, pastu lawyer SMP, pastu lawyer loan, pastu maintenance fee, cukai tanah & cukai pintu. skang ni nak settlekan duit utiliti. itu belum masuk renovation.............perghhhhh!!! embun@enstek pun tak makan duit camni, setakat ni cuma bayaq utiliti ja. xsampai RM500 pun.

td dah settle TNB untuk embun@enstek, ayaq dah masuk pun. pasni nak g beli lampu & kipas, pastu upah pasang saja, insyaallah dah ada org nak sewa.....katanya xperlu pasang kitchen cab. minta2 melimpah ruah la rejeki aku pasni. doa2kan untuk aku ya kawan2.....

p.s: aku sgt DENGKI KHIANAT kat dapoq sone!!! tobat laknat donat memang aku dengki....SONE!!!!!!! hahahahahaha...............tunggukan pembalasan rasukan ablasa dari aku wahai sone love!! (kekekekekek aku sgt dengki dwoh!)

Friday, May 25, 2012

...falsafah dlm kete...

Hari ni sehari suntuk aku kat Putrajaya. Merayap kat Perhimpunan Sejuta Belia 2012, banyak gila booth. Drpd pakaian, makanan, jabatan kerajaan, pokok2..............pendek kata SEMUA ADA!! tapi aku cuma jalan 1/3 daripada keseluruhan booth, xlarat dowh! 

aku dok teruja dengan pokok cabai hahahaha. pastu dok teruja tgk greenbox iaitu satu sistem utk tanam pokok dlm pasu, sgt sesoai utk aku yg bakalan dok tingkat 4 ni lalalala. kebetulan aku kenai tokey syarikat yg jual sistem ni, aku nak beli boh kat opis dan umah! Green environment la sgt.

Projek sayuq Pak Choy aku pun sgt 'mengujakan', biji benih yang aku semai dalam bekas telur terpakai tu dah mula jadi anak pokok! Jenuh makan sayuq la lepaih ni, tp cuaca skang sgt panas, jgn la pokok tu mati lepas aku pindah masuk dalam pasu nanti. Pokok serai, daun kari dan daun pandan aku pun semakin membesar, sekali lagi cuaca yg sgt panas ni mencabar kredibiliti aku sebagai bakal petani berjaya huhuhu

Masa drive balik umah, aku yg masih teruja dengan sayur2an telah berfalsafah. fal'sayur'fah aku ialah:-

"biji benih yang elok, akan tumbuh subur xkira la disemai dalam pasu plastik ka, pasu kaca ka, dlm tin ka, hatta dicampak ke tanah pun, ia akan tetap tumbuh subur" - maksudnya xkisah la kat mana kita skalipun, kita tetap dpt contribute yg terbaik, yang penting kita kena jd org yg HEBAT!

Ni gambaq hari Selasa 22 Mei 2012
ni gambaq 26 Mei 2012.......

Tuesday, May 15, 2012

...home sweet home...

Lamanya xmenulis!!! banyak betul sawang. tp, baru mula 2 ayat dah tak tahu nak tulis apa. sbb life skang terbatas kpd kerja n study. oh ! 1 lagi....umah!

Td g tgk my home sweet home, ex-owner yang liat tu dah kuar. tp almari, sofa n bagai2 bersepah kat depan umah. Sabtu lepas aku g clearkan umah tu, hr ni bw contractor utk ukur rumah. nak letak kitchen cab, buat cab untuk oven n microwave, baiki toilet sket n pecahkan 1 bilik utk luaskan ruang tamu..............pastu letak tile n cat umah.




santek kan.........idaman aku nih!
Tengah dok kecoh2 ukur tu, akak umah bawah datang, umah ni bocor katanya.....adus! nak kena wat waterproofing kat lantai bilik air n mungkin nak kena pecah dinding n lantai utk tukar coldwater pipe kat dinding sbb yg dalam tu dia pakai pvc jer. maintenance xcover utk pipe yang kat dlm umah.  apa2 pun.....i buat jer, kalau ada masalah lagi lps ni maka i have nothing to do with it ~ngeh ngeh ngeh~

pastu akak tu citer, ex-owner masih stay kat umah tu sbb aku xkunci grill. dia tido n mandi kat umah tu. anak bini dia dah balik kelate sbb xtahan ngan dia. mamat ni kaki kuda rupanya. adeh...........mcm2. anak dah 4, umo baru 30 tahun (tu la kalau xready jgn kawen). aku kunci grill tu sabtu lepas, agaknya lepas tu br dia dah xmasuk umah. tp umah tu dah xde elektrik n air.........camne dia duduk? adeh!!

Kdg2 rasa menyesal beli umah ni sbb byk sgt problemnya, tapi diingat2kan balik mngkin ada hikmahnya nanti. kalau bkn utk aku mgkn utk org lain. skurang2nya aku dah nampak hikmah aku beli umah ni kepada akak bawah umah aku tu, masalah bocor dia akan selesai. (rupa2nya bila kita terima segalanya seadanya tanpa banyak pikir, maka hati kita lebih tenang).

monthly payment umah tu mmg rendah, tapi kos minyak n tol meningkat dgn hebatnya. 30km dari bukit jalil.....waduh2!! so aku dok pikir nak wat sumthing yg boleh mendatangkan duit. tapi apa ek???.........any opinion???

Friday, April 13, 2012

..T E N A N G....

Sah dah nak kena g karok ni, tapi masih tak berkesempatan............sbb dah terlalu byk paperwork nak kena tulis. Itu xmasuk assignment lagi, hehehe...........dan aku yg malas nak mengarang ni mula la buat byk alasan. (Tp kalu menulis blog rajin plak). 5 minggu pertama sebagai student, kepala masih terawang2. bila dah kantoi 1st test baru la sedaq dunia. HAMEK KO! skang tengah gigih menyiapkan assignment sbb nak cover balik 1st test yang cam hancit.

lately byk entry aku yg xgumbira, balik2 cite yg lebih kurang sama. tp Insyaallah....semua akan jadi lebih baik. rasanya dah 2 bulan waktu tido aku kacau bilau. 2-3 minggu lepas paling kritikal, 2.30 am baru lelap tp 6.30am automatik mata terbukak......jam pun xsmpat bunyi. tp 2 hari ni aku dah bleh tido sblm pkl 11pm....dan dah tak banyak terkejut. sekadar 1-2 kali terjaga sblm pagi. Agaknya sbb aku T E N A N G kot....................

Dear friends, aku minta korang doakan yang terbaik untuk aku, sbb doa sahabat yang tidak diketahui sahabatnya adalah antara doa-doa yang mudah dimakbulkan. A M I N 

Tuesday, March 27, 2012

...MARCH 2012...

aku nak kek cam ni!! *ngee*
dalam byk2 doa yang aku minta, tuhan makbulkan doa spy aku sibuk! March 2012 sgt2 sibuks, sampai xsempat nak layan gosip kat TER. celah tu la nak settlekan lawyer n loan umah, celah ni la nak settlekan paper2 yang sebenarnya xberapa muka surat pun tp aku malas nak menulis, celah tu jugak nak pahamkan balance sheet & ratio analysis..............dah la terhegeh2 nak paham kekekekek. tp sebenarnya aku 'menular' lebih byk dr buat keje................kuikuikui

26/3 - sesi karoks sempena bday aku, sue n ina. Layan...........pecah anak tekak aku layan 'I Set Fire To The Rain'..........secara xlangsung pecah gegendang tinge org bilik sebelah! :) memandangkan 3 org celebrates bday maka sambutannya agak gah! tp hari kejadian/bday amatlah xhebat sbb kena standby sepanjang hari utk buat presentation. uhhh! apa celopsss......

 ........... apa2 pun mak redha, dengan kurniaan kesibukan yang melanda, mak nampak hikmahnya. Otak xbyk masa nak pikiaq, malam dah ngantuks so terus melelapkan mata. semoga April cepat berlalu dan Mei membawa ketenangan.


p.s : ....dok menunggu 'Kad Ucapanmu', manalah tau nak kena karok lagu dayangku intan tu. lalalalalala

Friday, March 9, 2012

...13% dan gaji buta...

Alhamdulillah rezeki Allah bagi dalam bulan Mac ni.......kunci umah Saujana Putra dah bleh amek dan dah ada potential tenant, kalau jadi maka ada la rezaki lebih. Enstek pun dah siap, hujung bulan dah bleh amek kunci. Kalau sesapa nak sewa sila roger k......

Panjang jodoh aku ngan UiTM, dapat further dlm Facilities Management. Semoga kali ni tak berhenti separuh jalan mcm 10 tahun lepas....huhuhu. Kalau tak, ini dah my 2nd Master (mood perasan hehehe). Pendaftaran dah settle, dah terlepas 1st class (lalalalala smbil tgn letak dibahu). Sgt teruja nak memulakan hidup sbgi student, kalau dulu belajar hnya sbb nak cr keje, skang dah tahu matlamat belajar.

Dan Alhamdulillah lagi bila dapat kenaikan 13%,  tapi syg benefit SBPA yang lain xdapat. Mgkn CUEPACS kena perjuangkan nasib penjawat awam dengan lebih bijak. Kalau kena cara, maka semua akan dapat faedah jangka panjang. Mcm tarik rambut dlm tepung, rambut xputus dan tepung xselerak. Aku dah agak kerajaan akan batal SBPA sbb tuntutan CUEPACS tu xmunasabah.

Tapi aku sakit hati bila ada dikalangan kengkawan yang wat post berani mati............

"gaji naik, semoga kakitangan kerajaan tak makan gaji buta"........

AMBOIIII....apa celloOps!! Jgn kata kakitangan kerajaan, staf swasta pun ramai yg ngular, buat keje cam hampeh, muka masam mcm cuka getah. Aku keje cam balaci, sabtu/ahad pun pernah je msk opis tnpa claim OT sbb xlayak, xde elaun kenderaan sdgkan Kembara Hebat itu la yang aku lenjan g meeting dan ke sana sini dan aku xclaim mileage pun walaupun slalu p putrajaya. Belum masuk kena maki, sindir dek boss.  hujung minggu ni cuti aku akan go to waste sbb nak kena sediakan budget 2013, haaaa apa celops!!! Itu xtermasuk event yang xdak kena mengena ngan aku tp still kena attend terutamanya event kementerian.........dan semua tu atas dasar 'sy yang mengikut perintah' je.

Xdinafikan ramai kakitangan kerajaan yg hampes, tp jgn la tibai semua skali. Sama ja sektor swasta mahupun kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan xnaik mengikut merit walaupun kerajaan buat untung bilion2 (kalau untung la), kakitangan kerajaan xdapat bonus 2-3 kali setahun dengan jumlah bonus 3-4 bulan gaji. Kakitangan kerajaan dihantar bertugas kat tempat2 jin bertendang yg sektor swasta xkan p kecuali dengan projek kerajaan. Mesti ada kaun keluarga, sahabat handai kita di kalangan kakitangan kerajaan yg sama2 rs benefit ni. Maka bersyukur dan be happy for them la.

"Aku  bersyukur kerana aku hidup atas gaji kerajaan, pinjaman pelajaran kerajaan, sekolah kerajaan, hospital kerajaan..........................tapi aku juga tak sanjung kerajaan atas batu jemala patik. Jadi pandai2lah menilai"

Saturday, March 3, 2012

HUKM

Menjengah Wad Psikiatri HUKM adalah satu pengalaman yg sgt bermakna. Ada lucu, gelak tawa, ada derita, sedih, airmata, ada rasa takut, ngeri, rasa nak 'shoot' pesakit kat situ................tapi lebih banyak gelak la. Macam2 ragam pesakit buat aku sakit perut tahan gelak............

Pesakit 1 -Cik Palmolive-

Cik Palmolive : Nurse, tolong saya, sabun saya hilang.......tolong la saya, sabun saya hilang....
Nurse : Esok la cari, pergi tido.....
Cik Palmolive: Nurse, cari la sabun saya. Sabun Palmolive...P A L M O L I V E......palmolive!!
Nurse : Nak mandi ke? Bila nak mandi
Cik Palmolive : Esok pagi saya mau mandi
Nurse: Esok cari la.....
Cik Palmolive : Tolong la cari, sy tak boleh tido, sabun saya hilang.......................


Pesakit 2 - Cik Juling (aku xtau nama dia, bkn nak hina kekurangan dia)

Cik Juling : Itu nak makan ka...
Aku : Ye nak makan
Cik Juling : (Berjalan nak amek bubur McD)
Aku : eh...tak boleh, sy nak makan....
Cik Juling: Sikit pun tak boleh ke.......
Aku : tak boleh! (rs cam aku lak yg 'masuk air' dok layan dia ni)


Pesakit 3 - Makcik Tasbih (Sbb dia bw tasbih, pakai coat & kasut dgn 1" heel)

Scene 1...
Makcik Tasbih:  Nak satu boleh (terus hulur tangan amek goreng pisang, tapi bukan 1.....3 keping sekali amek)

Scene 2...
Makcik Tasbih: Nak satu (terus amek 2 keping nugget).............
Makcik Tasbih : (Datang dan tercegat depan kitaorg dgn buat muka marah sbb nugget dah disimpan)

Scene 3...
Makcik Tasbih : Dari mana ni....
Aku: Bukit Jalil....
Makcik Tasbih : ooo....bukit jalil.
Aku : tahu ke?
Makcik Tasbih : Tau...yang ada stadium tu...
Aku : (cerdik juga kamu ni......sambil terus jalan laju2 sebelum dia 'shoot aku')

Scene 4
Makcik Tasbih kejar aku sampai ke pintu sambil senyum..............argghhh ngeri nyer!! Kalau dia cekik aku, dia tak salah. Tapi kalau aku terajang dia, mau aku plak jadi penghuni tetap wad ni!!!

Pesakit 4 - Nyonya Garfu (sbb dia cucuk tangan dgn garfu)
Nyonya Garfu : (Kalau xsalah dia dok baca kitab Injil. Tetiba tampar diri dia sendiri)
Kwn aku : Agak2 nyonya ni xnak minta tolong tamparkan pipi dia ke? Kalau dia minta tolong, saya ada pakej, nak yang sehala atau yang pergi-balik!!
Aku : (Keras perut tahan gelak......)
Nyonya garfu dapat 2 hari cuti, tp isnin ni kena masuk wad balik.......


Ada juga pesakit dari kalangan org cerdik pandai....ada master dlm pengajian agama. Tp terlebih mengkaji! Makcik Jamilah lak temankan anak dia, kesian bila seorang ibu kena menjaga anak yg sepatutnya menjaga ibunya. Amoi sebelah katil Makcik Jamilah lak nampak cam ok, tapi seludup rokok n ubat penenang. Valium ke hapa ke aku pun xtau. Byk lak tu....dah kena pindah katil, agaknya ke single room kot. 

Makcik gangster (sebab dia rmbut pendek, xde gigi pastu mmg cam gangster arr! Siap gaduh ngan Makcik Tasbih) dapat keluar wad, pastu terus tukar baju smbil berbogel kat katil dia. Cik Palmolive menangis sbb takut org lelaki tgk Makcik Gangster berbogel......hehehehe. Caring gak Cik Palmolive ni......tp xkena tempat!

Hampir kesemua pesakit ni mendengar bisikan2 atau suara2 yg menyuruh diaorang buat mcm2. Ada yg rs nak mencederakan diri sendiri. Aku pelik gak kenapa org nak sakitkan diri, baik terajang je bangla yg jd guard Giant tp kerek mcm dah jd panglima tentera. Nyonya garfu cucuk tgn ngan garfu sbb nurse xkasi dia balik, baik dia cucuk tangan nurse tu (tp kang terus lak masuk wad gila). Time kepala tengah serabut, syaitan mula berbisik supaya kita terus hanyut dengan perasaan sendiri. Makin sedih, makin tertekan dan akhirnya mengalami kemurungan. 

Aku sempat baca ciri2 kemurungan yg dorang tampal kat dinding, antaranya:-

# Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
# Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
# Mudah berputus asa.
# Perasaan bersalah dan tidak berguna.
# Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
# Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
# Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
# Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
# Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
 Kalau korang ada 3-5 drpd ciri2 di atas dan berterusan selama 2-3 minggu...silalah dapatkan bantuan. jgn dok sengsorang, buat aktiviti dgn kengkawan n family.

Sblum tido smlm, aku teringat kat Makcik Tasbih, apa la yg buat dia jadi macam tu? Kecewa? Sedih? Terlalu banyak makan? .............. walau apa pun, moga tuhan jauhkan aku dan kawan2 aku dari jadi camtu. Melihat pesakit2 tu buat aku sedar, aku jauh lebih beruntung dari dorang. Aku ada kasih sayang family dan sahabat2 yg sentiasa membimbing aku. Dan HUKM juga buat aku lebih menghargai silaturrahim yang terjalin, menerima setiap kekurangan dan mencari kebaikan drp kelemahan tu.


Tuesday, February 7, 2012

...marah...

hati aku start panas last week.....bila dah lama sgt simpan maka hari ni segala2nya terluah. Hamek!! Skrg dah tahu perangi buruk aku. tunggu apa lagi, sila angkat kaki la. jgn suruh aku wat keputusan, ko buat je keputusan. susah kan............sebab selama ni ko biarkan org buat keputusan untuk ko. ko xpernah buat keputusan untuk hidup ko. spy ko bleh put the blame on others, ko mmg xpernahnya salah.

bila aku ngamuk, org hanya boleh kata 'sabar sabar sabar' dah bertahun2 aku bersabar. sabar dgn kata2 org, sabar dgn perangai orang, sabar dengan setiap kesakitan. Aku SABAR n hari ni aku mmg hilang sabar. 

tapi seorang sahabat yang kdg2 buat aku rasa irritated kerana kelantangan kata2nya dapat buat aku tersenyum. Dan aku akui kebenaran kata2 dia. ni nasihat dia 

"kenapa kau mencari yang susah dan bersangka2. ikutlah nasihatku, tariklah nafasmu dan hembuslah perlahan2 bersama2 ingatanmu pada Khaliqmu. tiada yg mustahil kerana penciptamu sedang membolak balikkan hatimu kerana Dia cemburu, hatimu hanya untukNya." 

dan aku tersenyum, mengakui kebenaran kata2nya. Dan aku bahagia, kerana Khaliq ku mengharapkan hati aku kembali kepadaNya. Sdgkan cintaku padaNya xsempurna.

p.s : xde la susah sgt nak redakan kemarahan aku, xyah susah2 nak buat lawak yg akhirnya buat aku lebih marah. sedikit ilmu dan kebijaksanaan berjaya meredakan segunung amarah. dan ini buat aku berfikir, layakkah kamu menjadi imamku?