Saturday, January 8, 2011

5 Jan 2011

"Shiera....shiera....shiera....." along terjerit2 kat pintu toilet.
"Yo..." aku menyahut
"umah ko terbakar........"
"umah aku ke flat aku....." huhuhu bleh relax lagi
"umah kau!!!!!....................." ha...terus aku berlari keluar dr toilet, capai handbag kat meja n berlari ke kereta.

Dlm kereta mcm2 la aku pikiaq.  Aku xtutup iron ka?......habih la, camne nak bgtau tuan umah.....kena bayar ganti rugi ka?....habih semua baju aku? mak aii kena g shopping ngan qubiey la pasni.....apa harta aku yg paling mahal?????  Hadoiiii!!!!

(Dan disaat2 ini aku mengharapkan hadirnya sokongan  itu...................)

Sampai je kat bawah....aku dah terjengok2 tgk umah aku. Nasib baik tak sondol kete depan hehehe. "Xde asap pun.....apa yg terbakar?" tengok tingkap......mcm gelap jer hadooiiii....rentung ke umah aku? Masuk je dalam lif terus tepon ifa...."fa, ko katne? meh la umah aku huuuuu".....

Pintu umah aku dikelilingi reporter xbergaji yg membawa 2 biji mata sebagai camera......xpa2, depa prihatin (aku pujuk hati sendiri). Mak aiii!! Ganaznya abg bomba ni, kopak grill aku dorang kerjakan, xdak cutter ka? Melangkah masuk ke dalam umah........mmmmmm dinding umah aku masih putih n hijau, xde pape yg rentung pun, tapi BANJIR??!!! Wanie  & naim ada kat dlm umah ngan abg2 bomba......pakcik bomba soh aku kasi nama, ic n hp no. Aku dah bleh tergelak tgk umah aku sbb  1. aku tutup iron, so aku bukan punca.   2. aku xpayah byq ganti rugi.   3.barang2 aku selamat.....n aku xpyh shopping. dudududu n aku start buat lawak....aku rasa mesti abg bomba tu igt aku dah sewel....hahahaha

mala sampai, Ifa n moha pun sampai........man, paien, wari, budak2 cafe, bob isn...........ramainya!! Semua org memulakan sesi mengemas, aku plak blur2 lagi. (masih mengharapkan keajaiban dan menantikan sokongan itu yg xkunjung tiba). Dan dgn few more phone calls, Mail pun sampai membawa lori 3tan....malam tu jugak aku pindah masuk umah Mala. Umah aku dibanjiri air setakat buku lali dgn bumbung 'skylight' yg membolehkan aku terus nampak bintang....aduyaiiii. Dan aku masih boleh buat lawak lagi? Erkksss adakah aku benar2 sewel????










(sori gambaq ni tunggang terbalik...malas nak pusing. kalau aku rajin nanti aku edit)
Qubiey sampai di saat2 akhir dgn membawa sumbangan nasi lemak ayam yg lazat. Abg Atan n pejoe juga hadir sama untuk menyaksikan bencana aneh kebakaran n banjir di tingkat 15. Sue turut hadir walaupun salah tingkat....tingkat 10 xde bumbung ye puan sue, jd kesimpulannya aku dok atas sekali.

Selepas mangsa bencana dah beredar pun masih ada kunjungan dr en Ame & en. gorgon yg meninjau tempat kejadian sambil memikirkan punca kejadian. En gorgon masih membuat pemantauan pd hari berikutnya kerana xpuas hati dgn penilaian awal.

Sampai umah Mala, teruskan memunggah barang, makan nasi lemak n tido. Dan tgk tepon aku yg 'hang'....rupanya ada 10 msg n berpuluh2 missed call termasuk panggilan yg dinanti ting ting ting ting. ok aku yg salah sgka. Tp msa ni kita akan kenal kat mana letak nilai kita di mata sahabat/teman........sehinggakan ada sorg member ni tinggalkan tournament badminton walau sedang mendahului, smata2 nak tolong member. Aku sgt2 hargai........rupanya ada nilai aku di situ.

Esoknya g balai polis buat repot.
"ya cik, ada apa" kata Polis A
"sy nak report umah sy terbakar" aku jawab dgn muka stone
"Haaaa?..." buntang mata ketiga2 polis kat kaunter tu
"hahahahahah........umah sy terbakar"
"betol ke ni..."
"xkan sy nak buat report palsu.......balai polis ni" aku ngan mala ketawa je tgk muka polis tu. Aku terus amek pen n kertas n buat karangan report aku sblum polis A salin balik report tu. balai polis tu baru bukak 1/1/2011 jd pc xde lagi........"erksss...nak sy supply ker....."
sudahnya aku dok wat lawak ngan polis tu pulak, siap interview lg......bila start operasi, dah wat p'rasmian ke belum, DB kat mana, jenayah komersial tu apa........hahahaha kecoh betol.

Yg aku pelik.....aku bleh teima dgn tenang. Aku menantikan hikmah di sebalik kejadian. Sbb setiap kesulitan akan disusuli dgn kebahagiaan...............andainya kita bersabar. So mcm tu je la..........apa2 pun aku dah settle kat umah baru. Skang aku dok dkt dgn sri petaling........makanan byk, kedai byk, bank, shopping cmplx dan segala2nya lah. huishhhh.......!!

smoga hati aku akan sentiasa tenang macam ni menempuh setiap dugaan yg dtg. semoga hati aku juga akan tenang menerima setiap kekecewa yg akan dtg. dgn hati yg tenang, aku akan temui kebahagiaan walaupun aku xpunyai apa2 hatta selembar benang sekali pun. Amin.

5 comments:

Diana said...

ya Allah...hang ni, bleh relek lagi nooo???aku still tak paham apa punca kebakaran tu wei?but anyway alhamdulillah org dan brg selamat...mcm2 betui...hehehehe

fham5579 said...

kuciwa gak aku bila aku ni org last2 yg tau x dpt nk p memberi support

pekasamgoreng said...

hanim oii...aku lagi la...tengok status fb hang pagi tu..baru aku tau....tapi tak pa..aku rasa masa tu..shiera panik kot...tak tau nak tepon sapa...so sapa yang depan mata dia ja dia carik dulu.....tapi aku bangga sebab hang shiera..sangat tabah...mungkin terlampau banyak kekecewaan dan kesusahan yang ditempuh mengajar kita menjadi lebih cekal hati...dalam erti kata lain...keras hati....tapi jangan la sampai keras ketung lak weiii....anda perlu juga berperasaan...okay....frenn...kadang2 tu..jangan la lupakan aku....aku masih insan yang boleh berkongsi suka duka....huhuhu....

iEtaFAkyR@ said...

ha tu la shiera wei... apa kes nih sebenaqnya?? ada org bakaq mercun thn baru atas bumbung kah??? ka sja dok tala kot bumbung umah hg nih. cuba citer terang2 skit.
btw syukur alhamdulillah hg selamat. :D

sengetminda said...

rumah aku kena petir daa..... mgkn sbb petir tu nak reach lightning arrestor ataupun air-cond dgn ion2 positif tu telah menarik perhatian petir.........so bumbung tu terbakar la sikit kat bucu. tp abg bomba dah sembur air ditambah plak ayaq hujan, banjir lak umah aku.

rumah yg dah mcm kandang tu slps dah angkat brg2....ms tu la aku terpikiaq nak amek gambaq. actually aku xtepon sapa2 pun. mala, ifa n moha yg arrange semuanya. aku cuma terpinga tertanya & terkapai2.........bila sedaq semua barang aku dah diangkut ke dalam lori dudududu