Sunday, February 27, 2011

...suka vs duka....

lately aku rasa masa berjalan dgn sgt laju. Jan & Feb sgt cepat berlalu dan Mac dah mula say hi.....dan kemudian akan kata bye bye. byk cerita suka dan duka dlm tempoh 2 bulan ni. Aku belek2 blog hangpa, pun mcm tu jugak suka duka silih berganti....rsnya blog aku ni byk cite sedey kot hahahaha sbb kadang2 menulis adalah cara paling senang utk luahkan perasaan yg slma ni kita pendam sorang2. 

Hati perempuan ni dianugerahkan sarat dengan emosi dan perasaan, sbb tu la seorng isteri/ibu bleh setia memenuhi keperluan dan tanggungjawab pada hubby n anak2 walaupun kdg2 kecewa dgn sikap dorang yg xberapa nak sensitif dgn keadaan si ibu/isteri. Sbb tu la jg pompuan suka sgt membebel, itu cara pompuan luahkan isi hati. pompuan skang je kurang membebel sbb dorang dah bleh berceloteh kat blog.....~lalalalala~

smlm ex-housemate aku mai umah, dia kemas barang2 dia sbb aku bakalan menghuni bilik itew ~lalalala lagi~ dia tnya kenapa lelaki ni jenis buta perut kalau bab2 perasaan. xreti nak tnjuk kasih sayang, xmau nak bercerita n luahkan perasaan sndiri. mmmmmmm itulah lelaki. susah nak duga sbb dorang agak kemut utk bercerita pasal hati sendiri....alih2 semuanya jd dingin xtentu pasal. Jd terpulang pd kebijaksanaan kaum ibu utk mengenalpasti perubahan cuaca hubby n bf sendiri. Pastu rectify la sendiri, kadang2 itu lebih mudah drp bersemuka dan bertanya. Tp klu hubby puan2 bukan dr jenis di atas....silalah guna kebijaksanaan puan2 sbb msti puan2 kenal suami puan2 kan kan kan kan..........

Dan ceritera kitaorg berkembang dr stu topik ke satu topik.....cerita sedih ke cerita lawak, masuk cite seram dan cite serius n sensitip. Apakah cite sensitip itu? jeng! jeng! jeng! cite kawin 2, 3 dan 4 ~lalalalala~ Ramai yg sensitip ni dgn topik hangat ini ~lalalalala lagi~ sbb semua org xnak dimadukan, xnak berkongsi suami, xnak cinta dibahagi 2, takut suami xbleh berlaku adil, tkut suami lebih sayangkan madu. Aku paham, aku juga perempuan, aku juga fobia ngan semua perkara di atas. Tp....Sebagai muslimin yg percaya dgn takdir, aku xbleh menghalang perkara yg Allah SWT tulis sebagai halal, w.bagaimanapun sebagai wanita aku juga xbersedia utk menghadapi kesakitan tu. Jadi aku serahkan kembali semuanya kpd ketentuan tuhan. 

Ex-housemate aku plak kata "suami bukanlah hak mutlak isteri, kerana semua atas muka bumi ni xkan kekal selama2nya.....mulanya aku nak laki aku ceraikan aku kalau nak kawen lagi, tp bila dipikir2kan balik semua yg Tuhan bg kat kita adalah pinjaman, semua akan balik pada Yg maha Esa jugak, so aku izinkan kawen asalkan dia  xberzina yg mana aku akan dpt dosa sama. Asalkan dia berterus terang dan buat ikut cara baik. Tp seboleh2nya aku xmau hari tu datang. Nauzubillahi Minzalik" Actually aku pernah terbaca article ni jugak, tp aku xbleh nak kata apa2.......segalanya terpulang pd takdir. Sbb apa2 pun itulah yg terbaik utk aku ~lalalalalalagi~





3 comments:

Diamilikku said...

aku pun mintak dijauhkan dari hal2 ni..walaupun hakikatnya mcm hang la..aku mengizinkan kalau ditakdirkan ia terjadi...daripada tanggung dosa kannnn..tapi aku dah buat syarat dah...

~~ masa dia kawin lagi satu tu..gaji dia kena sama ngan gaji masa dia kawin ngan aku...(Start from basic)...lebihan gaji dia aku amik..
cth : masa kawin ngan aku gaji dia 1,800...masa dia nak kawin lagi sorang gaji dia 3,800...so 2,000 aku amik..1,800 tu dia start la balik ngan wife baru dia..sebab dulu susah sama2...

Jahat dak aku?? bagi serupa tak bagi la kan...hahahahahahhaha

sengetminda said...

jgn sampai laki hang jln senget2 kat pdg mashar sudah la hehehe

aku eta said...

hehehehehehehe....aku pernah jgk kata benda yg sama kat azhar...kalau dia nak kawen len pi lah...kurnag2 pompuan tuh plak tnaggung benda hat dia suka bagi kusut kepala otak aku...biar bini no dua dia plak kusut hauhauhuhauhauhauhauhau ;p