Wednesday, December 30, 2009

...mate dah balik...

aku hapi nih......sahabat sehati n senasib aku dah balik mesia dgn selamatnya. n dia berjaya menyejukkan hati aku & buang rasa sedih n move on. kak amy, sy akan ikut nasihat akak. berhenti menyalahkan diri sendiri n menghargai apa yg ada......focus pd masa depan n get happy.

sonoknya, balik je mesia ktorg karok cam nak putus urat leher hahahaha. habih semua genre lagu, balada, dangdut............dr lagu melayu, indon n omputih (bahase lain kitaorg tak tahu hehehe). Pagi ni, bgun je kuar sarapan kat pasar hahaha....selero den makan tambahan plak skang ni dah start amek supplement. nak berisi sket. siap buat skrip drama kat pasar tu hahahaha.......................

semoga 2010 akan jadi lebih indah......

Monday, December 28, 2009

...cendol seremban....

smlm aku g makan kenduri Rabani n Irnie kat Rembau N.9. Tahniah kepada pasangan pengantin baru........ balik tu kitaorang singgah kat gerai cendol pak man dawi yang famous gila tu.....hahaha UNIK!! itu je yang mampu aku ckp.

Pak man tu cite byk hal, semua fakta pasal mesia. luas tiap2 negeri, jumlah penduduk, sejarah negeri........siap seloka lagi. dia panggil lembut lidah. ramai gile org g makan cendol, kalau tambah free, air sirap n barli free......
bebudak ni siap amek gambar lagi ngan pak man.

bebudak ni kata gerai pak man ni pernah masuk TV tp tak ingat rancangan apa.....makin laris la jualan pak man lepas ni.

Friday, December 25, 2009

...weh weh weh ageeegege...

puas hati aku.......delete je benda2 yg menyakitkan hati. Thanx ieta, nasihatmu amat berguna. malas aku nak layan. rupa2nya kalu kite care less, pekak kan telinga n tulikan hati maka hidup kita lebih mudah n hati lebih happy. patut la kebanyakan lelaki mcm xamek pot sgt. hahaha

inilah yg dikatakan masuk tinge kiri keluar tinge kanan.............ku teruskan hidup dgn new attitude! Walaweh.................

Monday, December 14, 2009

Bw ke lubang kubor.

as i was saying.......kecik hati. Puncanya kalo dilihat memang nampak kecik (pd mata dia) tp tetap menyakitkan hati aku. Dia tgk mcm mana aku jatuh n macam mana aku struggle utk bangun balik, tapi dia sakitkan hati aku the same way as b4. Aku tak paham.......

dan sebagai seorang pompuan, i have no rights to show my feelings n emotions. kalau cakap, kata mendesak, kalau merajuk kata not reasonable. So aku kena pendamkan rasa hati n take it to my grave. as usual, kata semua boleh bincang, bila nak dibawa berbincang.... xde mood nak cakap, tak tau nak cakap apa. akhirnya kat sini la aku luahkan segala rasa sakit hati. kalo dia baca kira ok lah....tapi ada dia kesah? dia memang tak kesah pun. aku bukan bini dia pun.....huhuhu sakitnya hati!!!

dan dipendekkan cite aku nangis sorang2.......nak cite kat orang, orang akan kata padan muka hang shiera, sapa suruh hang nak sgt kat dia. Kalo lah aku xmsk dlm hidup dia, msti dia tgh happy skang ni.....salah aku.  Skang aku hidup dgn rasa bersalah aku.........that will drag me to hell.

Saturday, December 12, 2009

...kecik hati n aku...

kalo org yg selalu ikut blog ni mesti tgk mood aku ni fluctuated. kejap happy n kejap sedey. kadang2 xde la sedey sgt tp cara aku menulis macam la aku ni sedey sgt. usually aku akan sedey atau marah sekejap je, lps 10 atau 15 minit aku akan okey. aku cepat marah tapi sgt cepat sejuk, melainkan aku kecik ati. hahahaha

kecik hati bleh buat aku kuat, keras hati.....kerana kecik hati aku tinggal angah, kerana kecik hati aku bleh lupa eddy, kerana kecik hati aku focus belajar n g mrsm. Tapi kecik hati yg aku maksudkan ni bukan lah selalu, benda2 kecik tu aku x layan sgt. Ni kalau aku betol2 kecik hati.....besar punya kecik hati. tapi setakat ni aku x pernah buat benda2 xelok la, cuma kecik hati bleh buat aku jadi nekad.

usually lepas aku sabar dlm jangka masa yg lama pastu baru aku akan mula simpan dlm hati.....dah bernanah baru la aku rs kecik hati n buat aku jadi nekad. aku bleh jadi sgt sbr n tuli. tapi once aku dah terasa n fed-up mulalah episod mencari jalan keluar. angah pernah kata "sy x sgka shiera ni keras hati, selama ni slalu nangis".
lately aku dah x nangis, aku dah terlalu byk nangis tahun lepas. aku dah tua, airmata x bw aku ke mana.

dan ketahuilah bahawa skang ni aku tgh memendam rasa. yup im happy wit da progress but byk benda along da way thats killing me inside. aku masih mampu bersabar......masih mampu tersenyum. but i'm not ready 4 another heart break now, i might looking 4 da way out kalu hal ni masih berlanjutan n xde perubahan. i've gone through hell b4, im not going through it again. i'm just protecting myself, myheart.......

to ieta n sone....relax, aku xsedey, cuma nak bercerita. Aku bangga menjadi shiera....dah byk kali aku jatuh tapi aku bangun menjadi shiera yg lebih matang. byk kesalahan aku n aku sedang cuba membaiki diri.

2010 - azam aku ialah " menjadi aku yg lebih baik".......sambungan pada azam tahun lepas. Gudluck to me!!

Friday, December 11, 2009

...aries 11/12/2009...

..."something u were wanting to happen will actually happen".....

ye ke, boleh caya ke horoskop ni ahaksss, usually aku jarang baca ruangan ni tp hari ni aku rasa nak baca lak. cam sonok je baca, tapi mana leh percaya apa tah lagi nak mengharap.

apa yg aku nak lagi dlm hidup ni?.........starts with a 'life partner". apa kriteria this so called life partner?
1. 'he' is a man.... a real man inside n outside (not a boy.....xtau la org paham ke tak)
2. 'he' willing to listen............standard la kan
3. 'he' love me ( a lot!!! hahahaha)
4. 'he' can make me laugh........(dah byk sgt gelak skang ni mmmmm....love it)
5......
6........ aku dah tak tau apa lagi kriteria 'life partner' yg aku nak..................itu je la kot buat masa ni he he he

kenapa nak kawen? aku nak mencari keredhaan Ilahi melalui partner aku ni. W.pun bunyinyer pelik sket... tapi itulah yg aku cari. ade ke org yg nak sama2 panjat langit ke-7 dengan aku ni......harap2 dia paham.


apa lagi yg aku cari dalam hidup?..........bila dapat life partner yg lain2 akan dtang juga, being a wife, being a mother (insyaallah), being a daughter in-law, being in-laws. hahaha aku nak rasa semua, rasa disayangi by my hubby, by his family, bergaduh bila raya, gaduh2 manja, nyusahkan org, org manja ngan kita, rasa kena  marah dek laki, rasa rindu................pendek kata pahit manis, asam garam hidup la.

apa lagi aku nak dalam hidup? kerjaya aku.....aku suka kerja aku sekarang. cuma harap2 working environment akan jadi lebih baik. sbb aku ni akan terpengaruh dgn keadaan keje. aku cepat rasa bosan, so kena create byk inovasi baru dlm keje. pedulikan lah kata org, mulut org xkan senyap, so aku dtg keje, buat keje.......................

apa lagi aku nak? nak bahagiakan mama n abah. nak tgk adik2 berjaya. nak menutup mata dgn tenang.

byk sgt ke yang aku nak?......aku xkesah sgt dgn material cause i know sooner or later aku kena tinggal semua tu. so buat pe nak rebut2? buat pe nak kaut harta berkoyan2, buat pe rumah banglo 4 tgkt? buat pe kete 7-8 bijik?......simple life pun dah cukup. xperlu mewah, tp xjugak susah. tapi kalo tuhan kasi aku harta karun berjota2 aku amek jugak he he he Alhamdulillah....

so hopefully semua akan dimakbulkan. amin

p.s: kalo aku rajin nanti aku download gambar2 aku cam ieta n sone

Wednesday, December 9, 2009

..happy3...

a happy life. rasa tenang je. this is what i want, simple happy life. tp suka dan duka adalah part of life n semua tu akan mematangkan kita. semua mesti ada baru "cukup rasa".............. aku harap semua ni will last 4ever. mcm sone kata....teman sepanjang hayat.

ya tuhan.......kalau keindahan ini yg kau berikan setelah kau uji aku dengan kesakitan, maka terimalah sujud dan syukur dariku......... dan peliharalah keindahan ini ke akhir hayatku serta selitkanlah keredhaan mu, agar aku akan kekal bahagia disisiMu. Amin.

Monday, December 7, 2009

...happy 2...

hehehe...sonok ar weekend lepas. dpt spend time with my love.........without doing nothing pun xpe. asalkankan depan mata aku hahahaha (selfish nyer). hati rasa tenang je.....tapi air yg tenang jgn disangka tiada boya darat hahahaha.

bila la dia nak ajak kawen??? dududududu.....

Wednesday, December 2, 2009

...tikam belakang...

hampeh punya org tua, dah la satu kerja pun tak tau semua org yg kena advise dia, dok cerita buruk aku kat DG lak!! Hapa punya manusia hati busuk macam ni...... Ya Tuhan! Dia nak naikkan anak-beranak sanak-saudara dia 7 keturunan pun, ada aku kesah, masalahnya kenapa tikam n pijak aku yg xamek pot hal dia tu?

Dia nak pelahap apa pun harta opis ni, ada aku kesah tu hal dia ngan tuhan, tapi apasal naya aku? Ish3x tak ingat mati ka????? I've decided to fight her.......aku takkan bagi satu sebab pun untuk dia bw mulut pasal aku kat DG. Aku akan lawan dgn cara yg positive, aku kna tunjukkan kat DG yg aku bukan macam yg dia kata!!! Aku akan lawan sampai dia terduduk!!!

Jangan salahkan aku hanya kerana ko xde cutting, xleh pakai suaq! Jgn salahkan aku hanya kerana ko memang xleh buat keja n x layak dok kat tmpat tu! Jgn salahkan aku kalo aku melawan, cause u ask 4 it!!!!

Tuesday, December 1, 2009

...the face of death.....

Ni tajuk buku yg aku baru habih baca......despite all the long explaination yg aku baca, ending dia menyentuh hati aku. Buku ni buat aku berfikir dan buat aku paham......penderitaan tu akan mengubah seseorang. But to be an angel or a devil adalah pilihan kita sendiri. Untuk terus meratap dan menderita atau untuk bangun dan hidup gembira.......

"Scars are more than reminder of past wounds. They are evidence of healing"....selama ni aku selalu kata, walaupun luka sembuh tapi parut tetap ada. tapi ayat omputih tu buat aku 'lihat' parut/scars dari sudut yang lain. Dari sudut positive. .

Mgu lepas aku tgk ulangan nur kasih, ayat adam pun dah buat aku terfikir........" Kita tak boleh jadi org lain, tapi kita boleh jadi orang yg lebih baik" Selama ni aku nak org terima aku, baik n buruk aku. Accept me for me. tapi sekarang aku juga belajar untuk memperbaiki diri aku sendiri

Kadang2 kita xnampak macam mana hidup mematangkan kita, rupa2nya kadang2 kita belajar menjadi matang melalui perkara remeh misalnya dr buku, drama ectS emua ni terletak dalam tangan kita sendiri............................... 2010 here i come, to be Me, A BETTER ME.

p.s: (hope ada kebaikan post ini untuk yg membaca)

~~happy~~

hehehe......aidilfitri n aidiladha tahun ni aku happy. enjoy sgt!! happy tgk setiap muka family aku, happy tgk muka frankenstien, happy jumpa new faces n make new friends.......this moments make me feel alive. thanks babe.....u really make my day.

This is what i longed for..........satu simple life yg sederhana tapi sempurna. Cuma mahu diterima as what i am. aku xleh jadi org lain but i can be a better person. aku xharapkan kehidupan yag cemerlang gemilang dan terbilang, aku x minta disanjung dan dipuji, tak minta di'pampered' tiap masa. Aku paham hidup ni ada ups and downs, xsemuanya indah. and i'm getting ready 4 that...............

happy...............n takde ayat2 indah lain yg bleh aku ckp. i'm just happy......a simple happy life. Hope it will stay that way.

Friday, November 27, 2009

...selamat hari raya aidiladha...

selamat hari raya aidiladha pada semua. semoga pengorbanan ishak dan ismail menjadi iktibar n panduan pada diri aku dan semua.

bercerita pasal pengorbanan, kdg2 rs mcm pengorbanan aku x dihargai. org x perasan pun hahaha. biaq la, buat la apa suka, aku dah malas nak kata apa. tuhan ku adalah tuhan mu, aku yakin tuhan nampak dan tau hati aku. aku yakin suatu hari tuhan akan makbulkan doa aku. doa nabi ayob pun amek masa bertahun2......ini plak aku yg bukan nabi huhuhu....

Al-Insyirah-Berlapang Dada..............semoga segalanya akan bertambah baik. Amin.

Monday, November 23, 2009

...lapisan kesabaran...

aku kena belajar bersabar. Nov-Dis 2008 aku mula belajar menjadi seorang yg sabar tahap dewataraya... tinggi tahap kesabaran sampaikan layak masuk kerajaan langit & duduk atas teko ayah pin. Skang kesabaran tu makin menipis...macam lapisan ozon. byk hal yg membuatkan hati aku panas, pemanasan global ini mewujudkan lobang2 pada lapisan kesabaran aku.

HUHUHU......skang aku kena hijaukan hati dan menebalkan lapisan kesabaran aku. Mesti halang partikel2 kemarahan yg mampu melobangkan kesabaran aku, bisikan syaitan yg menggelegakkan minda. Hati mau sabar, jiwa mau tuli........

Ku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim............................................

Thursday, November 19, 2009

...sket2 marah, sket2 majuk....

baru je ckp, love me 4 my good n my bad ....hahahaha.

cobaan buat lawak aku gagal memandangkan aku dapat statement 'sket2 marah, sket2 majuk' huhuhu aku selalu kena cam ni, jarang la dpt org yg paham lawak bodo aku. takpa la, dah memangnya aku ni bodo, jadi teruskan buat bodo jer la.

cuma aku terpikir, manusia mudah menerima kebaikan dan kelebihan pasangan/orang lain, tapi when it come to bad habits atau kelemahan, org mula la xske. sebab tu aku kata kenal aku dolu then decide, jgn menyesal kemudian hari. hahaha still masih belum terlewat utk buat keputusan babe.............

this is my biggest fear.....bimbang org xleh terima kelemahan aku. sbb tu aku sentiasa cuba utk mengelakkan kesilapan. aku terima kekurangan org dengan tgn terbuka, but when it come to me seolah2 setiap kelemahan dan kesilapan disembur balik ke muka. aku sendiri x suka dgn kelemahan dan kekurangan diri, so i'll end up angry with myself.

do i have no rights to get angry? no rights to show my feelings? no rights to know the truth? adakah aku kena ikut kehendak dan keperluan org lain utk menjaga hati org? hati aku? hahaha same questions over n over again...hehehe. xpe la, walau macam mana pun penerimaan org "INILAH AKU"... aku xbleh menjadi org lain, i'm just being me. try to be my very best.

and do take notes, luahan hati ni aku x tujukan pada sapa2. it just an open disscussion berdasarkan situasi. keadaan smlm trigger my mind, buat aku berfikir tp aku x marah pd sapa2 pun.............semoga takdir hidup aku adalah lukisan terindah dari Ilahi untuk aku, kerana aku yakin dgn kasih sayang Ilahi.

Wednesday, November 18, 2009

...ieta....

ske plak aku baca blog si ieta ni. tetiba gatal nak kawen ahakkksss!! hahaha. Lain orang lain le takdirnye, ye dak? lain plak cobaannye, ye dak? ramai yg kawen atas dasar centa, ramai gak yg cerai. Tapi ramai jugak yg bahagia. Takdir masing2.......

Tp sblom serah pd takdir kena la usaha dolu. Mcm hang la ieta oiii kalau hang jadi ibu dan isteri yg terbaek, aku pun nak berusaha menjadi shiera yg lebih baik.... aku pun teringin nak ciom bau kasturi di langit ke 7 tu huhuhu.

Memandangkan 2010 dah mula tepon cakap nak mai, aku pun nak mulakan azam tahun baru aku. Rasanya azam tahun lepas dah tercapai 80% - 90%. Azam tahun 2009 'Aku nak jadi aku', jadi azam tahun 2010 ' aku nak jadi aku yang lebih baik'. Lantak la apa org nak kata, aku nak baiki salah dolu. aku xmo pandang belakang, jangan pandang belakang, tp sekali sekala kena tengok side mirror gak, takut langgar org masa memotong ahakksss.

aku punye self esteem & self confident in life perlukan booster. kerja aku rasanya xde masalah sgt, seb baik la aku amalkan dasar 'pecah dan perintah' so aku xde campur sgt work n personal. tapi tipu la kalau kata personal prob langsung xmempengaruhi keje.

just wondering.....macam mana hidup aku kalaulah aku dah kawen n have my own family. mampu ke aku juggling between work, family n personal desire. mampu ke......harap2 aku dibantu n disokong. kat sini la peranan tolak ansur n tanggungjawab. sonoknyer...... semoga aku dapat 'teman masa tua' yg akan syg aku 4ever. love me 4 my good and my bad............amin

Friday, November 6, 2009

...kain pasang 4m....

Ada kawan pernah tnya......"x syg ke lama bercinta kmdian putus..." aku x tau camne nak xplain. tp aku bg satu perumpamaan la ye....................

Kalau beli kain pasang utk buat baju, biasanya kain pasang ni dipotong 4m. Tapi aku kecik jer....3.5m pun dah cukup. Ikutkan sayang memanglah sayang, byk kain lebih. Tapi kalu aku buat baju untuk hbhkan semua kain....baju tu akan jadi besar, longgar, tak cantik di pakai... silap2 langsung xleh pakai. kalu boleh kecikkan balik bju tu ok le...kalau tak dah kena kasi orang.

begitu juga kawen, hnya kerana sygkan masa yg dah dihabihkan utk bercinta maka nak dteruskan jugak kawen. lps tu bru rasa tak sesuai, hati dah tak cinta, suka kat org lain. pastu tak bahagia...menyesal, menyeksa diri....silap2 bercerai.

Nasib baik la aku xdegil nak kawen ngan 'mamat penang' tu. nsib baik la aku lepaskan dia bila dia kata dah tawar hati. rupanya2 mmg hati dia pd org lain w.pun dia tak mengaku. hri ni awek dia htr message...dulu xngaku. skang perli2 n marah aku. kalau aku degil...mgkn skang aku tgh filekan divorce hehehe

semoga aku bahagia..........................

Thursday, November 5, 2009

...ape masalah aku....

Ape masalah aku sebenarnyer ni? he he he rasanya masalah paling besar ialah "diri aku sendiri". Aku bleh handle frustration tp xleh nak handle kegembiraan. Aku rasa rendah diri n x yakin pada diri sendiri. aku jadi 'serik' kerana hubungan dolu2.....aku perlu 'a partner' yg bleh tolong aku keluar dr trauma ni....

rupa2nya ketabahan aku menjadikan aku 'over protective'. setiap kesusahan menjadikan aku lebih keras kepala n keras hati huhuhu....xnak!! tp aku takut utk tunjukkan perasaan sendri... so aku diam dlm byk hal, akhirnya aku meletop sengsorang. aku takut to love and to be loved...takut aku akan kecewa lagi. aku jadi xreti nak sayang org...aku akan end up menyakiti org yg sayang aku.

aku juga jadi terlalu berhati2 . Aku cuba untuk menjadi sempurna.....sedangkan aku tau aku x mampu. aku takut nak buat salah. sedangkan kesilapan adalah pengalaman. sampaikan goreng ikan pun aku takut salah...hahaha lawak.

bla aku tahu aku disayangi (mcm tajuk lagu hehe) aku jadi takut. takut aku xmampu jadi yg terbaik. takut aku tak setanding.... x sepadan. aku takut setiap keburukan dan kelemahan aku akan dilemparkan balik ke muka aku mcm dolu2, takut 'ketidak sempurnaan' aku akan diungkit.....mcm dolu2.

aku terlalu banyak menyalahkan diri sendiri. w.pun org tak nampak, tapi aku terlalu byk memikirkan hati org. pastu aku kecik hati sengsorang, serabut sengsorang. pastu mula la nak meroyan. aku terlalu memandang rendah pada diri endiri.aku terlalu memikirkan kekurangan aku.

Ya Tuhan........kau ampunkanlah dosa2 ku... kau tunjukkanlah aku jalan bahagia. Izinkan aku bahagia dan mencari keredhaan mu. Ya Tuhan, sesungguhnya benteng hatiku semakin rapuh, aku takut ia pecah. Teguhkanlah hatiku. Ya Tuhan.......berikanlah aku satu kehidupan sederhana yang sempurna, sebelum aku menutup mata. Ya Tuhan, pandanglah aku, dengarkanlah rintihanku, tolonglah aku........jgn lah kau biarkan jiwaku mati tanpa kasihMU.

???

Aku lupa aku ada blog huhuhu

Thursday, October 1, 2009

....aku plastik....

byk perkara yg berputar dlm kepala aku & statement tu is one of d things................ aku tau aku ni byk ragam....susah nak betul2 kenal. Tp bla org yg lgsg x kenal aku buat statement yg aku ni plastik........benda tu melekat dlm kepala mcm canser.

marah, maki, caci....katalah apa yg org nak kata but i'm only human. Ya...aku salah, tp aku juga cuba untuk berubah, perbaiki diri. salah ke aku letak peringatan2 utk diri sendiri?

AKU DAH CUBA......but its not hard enough. Aku juga punya hati...tau rasa sedih. Walau pun aku 'plastik' tapi hati aku x plastik..........at least i'm not a drama queen n not selfish. Aku tau bla aku perlu mengalah n beralah.

Sunday, September 13, 2009

...permintaan....

hari ni aku dapat 'permintaan' yg tak mampu aku tolak. rasanya inilah langkah terakhir yg perlu aku ambil, selebihnya biar Allah tentukan. jangan ingat aku x sakit dgn semua ni, aku lebih sakit. aku pernah lalui semua ni, sebab tu aku diam je bila kena marah. sebab tu aku hormati 'permintaan' hari ni. sebab tu aku amek keputusan ni.

Pd maria.....sy minta maaf, bila sy di kedudukan awak baru sy faham rasa perit tu. selama ni sy nampak kesakitan sy dan sy lgsung xpeduli perasaan awak. pd sy awak punca segalanya, hari ni sy faham kesusahan awak. sy betul2 mnta maaf.
bru skang ma sedar perubahan papa, dr awal tahun 2008 papa makin berubah. dah x xcited nak dtg kl, nak jumpa mama. dah makin kurang call mama, dah x ambil pot sgt. dlu ma tak nampak semua ni. ini rupanya cara org tawar hati.................. ma hormati keputusan papa. smoga kita sama2 dpt cari bahagia yg kita nak.

to you my dear.......................gua harap lu bahagia selalu. kalau ini takdir kita, jadi kita kena terima n move on with our life. insyallah, klu hati kita betul2 ikhlas, tuhan akan tunjukkan kita jalan.

Semoga semua org dapat kebahagiaan masing.......jgn sampai ada yg menyesal dgn keputusan sendiri. Hr ni mgkin kita xnampak & terlalu selfish utk korbankan kepentingan sendiri. aku hnya org luar yg mgkn x phm keadaan sbnr, tp aku dah lalui jalan ni dan aku gembira dgn keputusan aku dulu dan aku berdoa agar aku x menyesal dgn keputusan aku hari ni.

p/s pas ni nak g nyanyi lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sampai pecah anak tekak...........

Saturday, September 5, 2009

Ditipu & tertipu

frust tak tau nak kata. org yg aku percaya rupanya selama ni pelakonn drama terbaik yang pernah aku jumpa tp aku bleh percaya kat dia. aku patutnya lebih peka........aku nak a stabil life, bukann kisah cinta bodoh dan tak matang macam ni.

aku dah start berdendam balik.......tabiat yang dah lama aku avoid. dan dalam keadaan mcm ni, aku bleh buat benda gila yang tak masuk akal......if i'm not happy so do u. hiiiisssshhhh.....bencinya aku.

yaa aku liar, jahat or whatever org nak kata.....but jgn terus biar aku jadi jahat. tolong aku cr jalan keluar, baiki diri aku. tp kenapa take advantage? go to hell with ur love..................................enough!

Wednesday, August 26, 2009

i hate it........

1. i hate it when u hold me tight, it'll make me longed 4 u
2. i hate it when u hold my hand, i'm afraid i won't let u go
3. i hate it when u look into my eyes, it reveal my feelings 4 u
4. i hate it when u touch my face, cause i'll think u love me
5. i hate it when u caress my head, it calm me down n melt my heart
6. i hate it when u kiss my hand, cause i feel honoured being a lady
7. i hate it when u come 4 me, i just can't resist u
8. i hate waking up beside u, cause i wanna be there 4eva
9. i hate ur sms, it keep us in touch
10. i hate it when u're there 4 me, cause i feel pampered n i want it to be last
but i hate myself even more because I LOVE WHAT U DID...................and i love it so much!

(adaptasi dr 10 things i hate about u...........................cilok beb!)

Tuesday, August 11, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair
rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholat ku kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan ku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal ku dendang...
bakal ku syairkan

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malam ku sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu bakalku seyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat ku
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati
aku menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalahberusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin......andai benar ini Ramadhan terakhir buatku ....MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN....

Monday, August 10, 2009

10 Laluan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji*Hindarkan perasaan irihati ( benci )*Jangan terpengaruh dengan harta dunia*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat*gembirakan hati orang mukmin*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah* suka memberi Sedekah* Berkata Benar* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat* Sucikan perkataan dan pakaian* Bersyukur dgn yang sedikit* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia*Pendekkan cita-cita dunia* Banyakkan puji pujian kepada Allah* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala* Berbaktilah pada ibu bapa* Berpegang teguh pada hukum syarak* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu* tinggalkan perkara yang maksiat* Jauhkan segala yang haram
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu* tinggalkan perkara yang maksiat* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh* Kasihi orang yang soleh* kerjakan segala suruhan allah* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala* kasihilah Rasullullah* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala* Bencikan segala yang diharamkan Nya.

Lembaran hidup wanita solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan.
Tiada sukar untuk dilaksanakan. .

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah taat dengan abuyanya
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita
Penghulu Syurga

Ketika aku marah
Inginku titip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar..

Mampukah aku menjadi wanita Solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara
Masyitah.... .

Monday, August 3, 2009

Linda - Jika Kau Kekasih

Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku beginiHidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Kasih…

Saturday, July 25, 2009

boleh tak sesiapa bagi aku nasihat?.....

Aku cuma manusia biasa yang nak merasa bahagia sama macam orang lain, tapi kenapa nasib tak pernah menyebelahi aku. mgkn aku selalu lupakan DIA, yang memberi rahmat. Mgkn juga DIA sayangkan aku, setiap kali aku jauh dariNya, dia bg aku ujian, bw aku balik kat DIA.
Aku cuba cari BAHAGIA DI HATI, bahagia walaupun tak punya apa2, tapi aku tak sekuat tu................. aku sunyi, nak ada teman. Teman yang boleh diajak berbual, berdebat, bergaduh, bermanja, bergantung. Teman untuk sama2 susah dan senang. Teman yang boleh bimbing aku. Teman yang boleh marah aku bila buat salah. Teman yang berleter kat aku sebab dia sayang aku.Teman yang akan makan masakan aku walaupun x sedap. Teman yang akan puji aku walaupun terpaksa..........
aku ingatkan, aku takkan sedih. sbb aku pernah lalui rasa kecewa yang lebih teruk dr ni. Tapi rupanya, melupakan orang yang aku cinta tp dia tak cintakan aku lebih mudah dr cuba melupakan org yang sayangkan aku (dan tentunya aku juga sayangkan dia walaupun rasa cinta tu belum tentu hadir).
Hanya aku yang tahu betapa sakitnya menjadi aku selama 30 tahun ni.Dan hari ni aku sakit lagi. Mungkin tak ditakdirkan aku bahagia macam orang lain. Aku terima ketentuan DIA untuk aku, kerana DIA maha mengetahui sesuatu yang aku tak tahu.Mgkn suatu hari bila aku betul merayu padaNYA, DIA akan pandang aku dan beri aku kebahagiaan tu. Kerana DIA dah janji setiap makhluk berpasangan. Samada di dunia atu di akhirat.
kata org, cinta tak perlu dicari, ia akan hadir sendiri. tapi kenapa cinta berputik dlm hati aku pada waktu aku terpaksa melepaskannya? Selfish kah aku kalau aku tetap nak kan cinta tu, dan akan ada yang terluka kerana aku. Atau selfish kah org itu yang tak mahu melepaskannya walau tahu cintanya dah pudar. perlukah aku memperjuangkan kebahagiaan aku atau terus menjadi aku seperti sebelum ini yakni berkorban untuk kebahagiaan org lain?

boleh tak sesiapa bagi aku nasihat?

Thursday, July 23, 2009

Perempuan Di Neraka

Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia.

1. Antaranya, Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit- ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran darinya...............(ku ingatkan diriku sendiri agar aku insaf & bertaubat)

Thursday, July 16, 2009

....kerja....

aku bosan dah keje cam ni. semua org nak ikut kepala hotak dorang jer, aku keje dalam keadaan dan kemudahan yang amat minima.....huhuhu.

ditambah plak pc aku dijangkiti virus H1N1......habih semua documen x dpt diselamatkan. keje aku selama 8 tahun di semua hilang.....gone with the wind. Kire2nye aku skang kena buat 'wind of change' ler hu hu

aku sorang buat semua keje...dorang yang bahagian/cawangan/unit dengan staf pelbagi rupa saiz dan warna pun buat keje lembap...inikan aku yang buat keje sorang2. Dengan sorang je staf aku yang bulat dan berkulit sawo matang tu............kitaorg dorang la yang handle everything hu hu. pastu ramai2 lak menyibuk keje aku nih.

sakitnya hati. agak2 kalu aku blah jer dari tmpat ni dengan tidak bertanggungjawab bleh ker???

nak pegi bercuti....sama jer, balik kena ngadap keje dan bos yg sama gak. nak balik kg? aku takut dgn soalan2 mak aku......bila nak kawen!! arrrggghhhhh.....sape nak kat aku ni? dah le kecik....hitam...buruk....tak cantik....kasarbahasa.....ni bakal jadi penganggur plak nih!!

dugaan...................inikah dugaan untukku? Ya Rabb....tuhan yang memiliki langit dan bumi, tuhan yang memegang hati2 manusia. Tabahkan hatiku, kukuhkan jiwaku......berikan aku ketenangan dan kekuatan untuk terus meredah badai dunia. Sehinggalah semuanya berhenti dan aku kembali bersama mu.................................................................................di alam abadi.

Wednesday, July 15, 2009

...cinta 4...

E-mail group yang gua join tgh bincang topik cinta & perkahwinan. Ni antara komen yang menyentuh hati gua dan menyedarkan gua........................................sama2 kt renung:-
Jom kita sama-sama muhasabah dan sentiasa perbetulkan niat kita, tujuan yang di atas sekali adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah. kerana Dia yang memiliki cinta, pemilik hati yang sentiasa berubah ini.

"Ya muqollibal qulub.. tsabbit qulubana 'ala dinik"

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu."dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)

walaupun kita belanjakan segenap kekayaan kita untuk mengekalkan cinta, tidak akan berguna jika tidak diizinkan Allah.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (30:21)

isteri itu untuk kita cenderung dan merasa tenteram, tapi orang sekarang ini belum lagi bergelar isteri tapi sudah lebih dari itu.Jadi secara asasnya, memang cinta itu satu keperluan dalam mengekalkan rumahtangga. namun perlu diingat selalu, iaitu Al-khaliq kepada cinta itu. maka, mintalah pada al-Khaliq itu untuk mengekalkan cinta kita. carilah keredhoanNya, nescaya dia akan penuhi permintaan kita. cuma kadang2 kita selalu silap.. baca buku cara bercinta macam2, tapi terlupa untuk bertaqarrub pada Allah.

Friday, July 10, 2009

...kawan@sahabat....

susah benor berkawan/bersahabat skang ni. kawan makan kawan, kawan tikam kawan, kawan lupa kawan ...................hu hu hu. aku camni jelah......buat le pe korang suka, kalu rasa nak cari maka carilah. asal korang bahagia, aku cam tu le jugak..........................

dah cuba pandang2, tapi paling muka.................dah cuba tegur2, macam tak suka....................... cuba ajak lepak, tp takde masa. hu hu hu ye la aku ni tak serupa orang, jahat so org x suka. sooooosial kan.....uhuk uhuk. sib baik dapat member se'persatuan', maka dapatlah aku ni berkawan.

semalam bercerita dengan 'club mambers'......sedey plak rasa. dengar nasib setiap orang, macam2 citer. tapi apa2 pun, kita yang menentukan nasib kita sendiri. makna kata kita boleh ubah keadaan tu dengan usaha, doa dan tawakal. insyallah. meh la kite keluar dr 'semak' ni......

sapa tak nak jadi baik? merasai nikmat hidup & bahagia cam orang lain. tapi skang bukan masa aku. so sesiapa yang 'baik' kat luar tu, tolong la bimbing kawan ko nih..........................tolong la.

Thursday, July 9, 2009

...semak...

aku semak hari nih!!!! semak perut, semak hati, meja aku semak, kepala aku semak....rasa cam nak smash something je...... tapi kalau aku buat camtu aku gak yang rugi...dudududu...
baru je semalam gelak2 ngan '2 sahabat seangkatan', hari ni rasa cam nak nangis lak hu hu hu.

masalahnyer aku nak nangis, tapi mata aku tak leh nangis. aku nak buang rasa semak ni...tapi die tak nak kuar. aku jadi numb, tak boleh merasa atau lebih tepat, tk leh nak meluahkan rasa.

keje berlambak (salah aku x pandai organize masa), jiwa semak, perut lapar lak nih, pundi kencing penuh......................arghh.......rase camnak balik kg pastu keje kilang atau migrate je kat mana2. agak2 bangladesh terima tak sorang lagi rakyat, kulit pun lebih kurang jer. kwang kwang kwang

Tuesday, July 7, 2009

...CiNTa 3...

penat........
itulah definasi paling tepat untuk menggambarkan apa gua rasa. nak hidup sorang....x mampu, ada masa nak juga berteman. tapi bla perasaan tu timbul....byk plak cengkadak yg datang. mungkin aku ni x ditakdirkan hidup cam org lain. atau tuhan nak bagi aku something better than what i have now.........................huar huar huar

redha je lah

Wednesday, July 1, 2009

...di sebalik...

Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya,
mungkin banyak cerita sedih yang tak terluah.
Di sebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu.
tetapi cuba kita jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu.

...kena maki...

30 Jun 2009.................................babe, sampai hati lu kan. lu maki gua tu! hu hu hu

Monday, June 15, 2009

.....laut.....

"aku suka laut, hanya laut boleh buat aku tenang"..............itu kata kawan aku, bukan aku kata. hakikatnya, aku tak suka laut. aku takut pada laut. laut takde penghujung, aku tak suka sesuatu yang tak pasti. laut buat aku rasa sedih, sebab hidup aku macam laut. takde kepastian....hu hu. buat kesekian kalinya, aku menangis lagi kat pantai, tepi laut.

dolu2 aku selalu pegi pantai, aku suka dok tepi benteng ombak, tengok ombak, tengok buih2 kecik tu. gagah betul buih tu, walau macam mana kuat terhempas kat batu, tapi tak pernah hilang. aku nak jadi cam buih tu........tapi ombak hidup ni tinggi sgt. aku tak sekuat buih kecik tu.

aku makin hanyut, makin jauh ke tengah laut.................siapa yg akan bw aku ke tepi? aku takut, takut kalau2 aku tak sempat berpijak di darat.................................

Monday, June 8, 2009

....memang senget.......

...........pernah tak kita sedar yg kita ni x betul? perbuatan dgn pemikiran x selari? selalu mcm lost jer, hilang dlm dunia sendiri?
aku tau aku tengah senget, sbb aku mula lupa. lupa tutup lampu, g dapur pastu lupa nak buat pe ha ha cam nyanyuk jer. pastu skang ni aku suka mengemas. biasanya klu aku camni maknanya aku ada masalah. ada benda yg aku pikir2kan.

hmmmm........masalahnyer aku tak tau apa masalah aku ni. apa yg aku pikir? aku tak tau....i have no clue. kena tgk blue's clue baru dpt ilham kot............................................sedey!


Wednesday, June 3, 2009

...kad kawen....

hari ni aku dapat kad kawen.........indah puisi dier....aku post la utk tatapan

Ya Allah...Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada sesorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
untuk mencintai Mu...

Ya Allah...Jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada -Mu...

Ya Allah...Jika aku jatuh cinta,
izinkan aku menyentuh hati sesorang
yang hatinya berpaut pada-Mu
agar tak terjatuh aku dalam jurang....

Ya Allah...Jika aku jatuh cinta,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari-Mu,

Ya Allah... Sesungguhnya aku
bermohon padamu,
untuk selalui mencintai-Mu
dan sentiasa dalam lindungan
kasih dan sayang-Mu............

Tuesday, June 2, 2009

....hujan.....

kadang-kadang kan.....hujan tu buat aku tenang jer,
kadang-kadang kan...hujan tu buat aku mengantuk,
kadang-kadang kan....hujan tu buat aku takut.................takut klu building opis ni bocor (nanti aku kena marah),

hujan pun buat aku sedey, bla baju baru basuh dah basah balik...huhu
hujan bw rezeki............terutama pada penjual payung
hujan bleh bw banjir..........ramai yg susah, ramai gak yg senyum.........

tapi kalau x hujan langsung.....................hu hu hu teruk beb!

aku pun macam tu......tak selalu menggembirakan org lain. ada masa aku buat org sedey......tapi kalau aku takde .........................hu hu hu camner?

Thursday, May 28, 2009

...CiNTa 2...

aku makin bingung dengan 'soal hati'..................nak tapi tak nak... suka tapi tak mau... hepi tapi sedih...gelak tapi nangis ......
nak jadi baik.......tapi tak mau tinggal lagha!
suka disygi tapi tak mau jadi manja!
hepi bila org take care tapi sedih sbb tau hakikat diri!
gelak masa buat lawak tapi hati kat dalam nangis.............................syushah! syushah!

baru aku sedar, dunia ni bulat. dulu aku mangsa....sekrang cam nak jadi pemangsa jer.
dolu aku rasa aku ok jer hidup sorg2 skrang dah pandai rasa sunyi...............naper ey?

kenaper ey............

Wednesday, May 20, 2009

catatan utk mate.......

mate....
camne? sihat ker....hari ni buat per? mate, tenangkan hati....berlapang dada. igt tuhan selalu dan ingat ktorang ni sayang sgt kat awak. ni semua ujian duania je, dan dunia ni sementara jer. bykkan bersabar, bykkan berzikir......tuhan nak agkt darjat awak.

mate, tuhan tu syg kat awak. dia nak awak kembali kat die, dekat dengan dia. skrang awak dah dekat dengan die.......dah boleh jadi tetamu dia pun. pakcik kata jgn bimbang, semua ok. pakcik minta awak jaga sembahyang.

mate.....saya bekalkan awak dengan terjemahan surah Al-Insyirah (Lapang Dada) untuk awak hayati dan amalkan..............

(1) Bukankan Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai muhammad)?
(2) Dan Kami telah menghilangkan bagimu bebanmu
(3) Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah;
(4) Dan kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan pelbagai kemuliaan)
(5)Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)bahawa tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan
(6) Bahawa tiap-tiap kesukaran disertai denga kemudahan
(7) Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amalan saleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan saleh yang lain;
(8) Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendak kamu berharap.

inilah bekalan saya waktu hati saya lintang pukang. moha hati kita kembali tenang.
luv u mate.

Wednesday, May 13, 2009

...belia...

kalu x salah, KBS anjur Sambutan Hari Belia kat Melaka 14-17 mei 09. berkoyan-koyan bebudak opis ni kena g buat pameran, kosong opis dibuatnye. aku g hari jumaat, tu pun sebab compete dlm senamrobik.....nak pecah tempurung lutut aku ni sbb training hari2 (tp masih tak pandai)..............
yg jadi persoalan ialah manager ktorg....rasa cam kene tipu jer. kalu bercakap huh langit pun bleh dibawa ke bumi tapi hampeh!! camni la bila dah berpolitik, program cam ni pun nak kapur duit. gini la rupa 'belia'......krjn kasi duit utk program tapi separuh dah masuk poket pemimpin 'belia' ni, camne program nak lancar. ni la yg dikatakan 'duri dalam daging' (atau pepatah aku:- lipas dalam roti) ......
p/s masih belia kah aku?

Friday, May 8, 2009

...CiNTa 1...


(bleh tak kalu aku merepek ala jiwang?.......... kuang kuang kuang)

...ciNtA....ada yang kata cinta buta, ada yang kata kita yg buta kerana cinta. Ye ke? aku dah rasa SYOKnye bercinta dan SAKITnye putus cinta huhuhu. memandangkan aku ni ssh nak fall in luv maka putus cinta tu 'saKit banGAt' ler. tp bagi aku yg penting bukan camne kt jatuh, tapi camne kita bangun selepas jatuh.............

ada org yg takleh berpisah dari 'insan tercinta'.....berkepit jer (sakit bijik mato weh...) ada plak yg x kesah sgt. ada yg suka control insan t'cinta, ada yg bagi kebebasan. macam2 cara org bercinta ek. aku plak? rasanye aku ada a little bit or everything...cam rojak, pasembor pun bleh!

but after 'my big bang'......everything changed. cara aku pandang CiNTa dah b'ubah, cara aku bw diri dah b'ubah. walau pn org x nampak......tapi smua dah tak sama. kdg2 aku jadi 'kosong'.....dah xtau camne nak react towards love, rasa cam bodoh pn ade. aku bangun sebagai org lain. aku jadik xkesah, malas nak pikir. kdg2 aku xtau ape yg aku rasa.....is it ciNTa? SaYAng? LuSt? SuNYi? ....aku jadi KELIRU (pergh! pasni boleh la berduet dgn ajai....)
aku cuma nak 'a simple love story'.......i dont need flowers on valentine, i dont need gifts on every occasion, i dont need breakfast in bed every morning, no fights, no surprises (no mistress please)............ just a simple love story, u & me.
Dapat ker...................................................................


Influenza A

aku masih sakit lagi hu hu hu..................dah hampir sebulan camni, baik demam terus dapat sakit tekak, selsema dan batuk. Letih kot!
takpe la kan nak buat camne, sib baik ade kawan yang concern.....smua ni salah aku gak, dah tua tapi hati nak active cam dolu2. Ubat??? itu musuh no.1...... takdenye aku nak amek benda tu. 2 hari i kene pakse makan ubat huhuhu.
sib baik la ada kawan aku tu...mekasih ya.
Mr. Lam (bos kecik) gelakkan aku, die kta kalu aku turun flight kompom aku kena kuarantin. he he he mana tak nye aku batuk all the way kl-johore & johore-kl. nasib diorg la kena dengar 'dendangan maut' aku nih.....................cam ni ke influenza A....minta smpg malaikat 44

harap cepat sembuh sebab aku dah tak tahan bernafas ikut mulut ni, susah nak makan!!

Sunday, April 5, 2009

....kembali bernyawa...

minggu lepas aku nyawa2 ikan........demam panaz tahap dewata gaban!! dah cecah 40 deg. celcius huhu.............. lepas kena drip 2 botol air dan ubat sebakul jadik buah tangan, aku sihat kembali. skang dah mengadap pc kat opis dengan hujan renyai2 kat luar (hari ahad lak tu hu hu).

semua ni sebab aku gak, kononnya nak start new life, so aku keja cam pencacai kat opis ni. dah tak terbw dek badan la tu.....kalau tiap2 minggu kena lenjan g outstation, sapa tahan.

tapi member aku lagi hebat, outstation back to back jer...hu hu. drive plak tu, balik kuantan terus g shah alam, minggu ni nak g penang lak katanya. Aku g cherating plak minggu ni....he he amek angin pantai skit.

setelah baik demam aku menghargai masa SIHAT aku....aku jaga diri skit. jaga makan, tidur, minum air kosong byk2 dan mandi berjadual......selalunya mana sempat jer. Baru rasa nikmat sihat, kenal kasih ALLAH. he he insaf la sekejap.......

Pape pun....aku akan di pecacaikan kembali bermula hari ni. (kepala masih pening ngan ubat2 yg sebakul tu).................

Wednesday, February 18, 2009

Salam..............

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...................

Dah thn baru pun...aku ni cam dalam mimpi lg. Banyk bnor benda jadi kat aku..........thn 2008 tu perit sgt hu hu hu........perit, sakit, azab dll susah nak ckp. dan thn 2009 ni aku nak jadi transformer. Azam tahun 2009 ni ialah 'Aku nak jadi AKU'.

Aku dah bosan ikut telunjuk org dan jaga hati org. At last semua yg aku buat x berbaloi pun. Huh kecewa bebenor aku nih buahahaha..............semoga aku cepat 'bangun dan sembuh'. Wish da best 4 me kay!!!....................